Marketing
Nak mohon pinjaman peribadi swasta ini memang mudah dan tidak memerlukan pelanggan membayar apa-apa caj atau pun bayaran pendahuluan. Tapi, masih ramai yang keliru dan tak tahu cara yang betul untuk dapatkan pinjaman peribadi yang sah dan selamat.
Sebab itu bila ada yang memang betul-betul nak guna pinjaman peribadi untuk tujuan yang penting seperti perubatan dan kecemasan akan mudah terperangkap dengan pemberi pinjaman yang tak berlesen seperti ah long dan scammer pinjaman.
Jadi, ini adalah langkah-langkah yang betul bila nak buat pinjaman peribadi swasta untuk gaji rendah.
Sebelum meneruskan permohonan pinjaman peribadi swasta, anda digalakkan untuk semak skor kredit CTOS dan rekod bayaran balik pinjaman dalam laporan CCRIS. Cara ini memudahkan anda untuk mengelakkan permohonan pinjaman peribadi ditolak oleh pemberi pinjaman. Sebagai contoh jika anda mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 3 bulan, pihak pemberi pinjaman anda melihat anda sebagai peminjam yang berisiko untuk tidak membuat bayaran balik dengan telus.
Pihak pemberi pinjaman, seperti bank dan kredit komuniti akan mengakses laporan kredit anda sebelum menawarkan pinjaman peribadi. Oleh itu, anda kenalah mempunyai skor kredit dan rekod pembayaran pinjaman yang baik sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memohon pinjaman peribadi swasta.
Alternatif lain untuk yang tiada komitmen pula tapi perlukan pinjaman peribadi, boleh mohon dengan koperasi atau pun syarikat kredit komuniti. Biasanya syarat kelayakan tidak ketat seperti membuat pinjaman peribadi dengan bank.
Tips extra: Jika anda tiada komitmen langsung – dimana tidak mempunyai apa-apa pinjaman ianya juga akan menjadi salah satu sebab permohonan ditolak oleh bank kerana mereka tidak yakin jika anda boleh membuat bayaran balik. Oleh itu, anda boleh buat komitmen baru seperti, memohon pinjaman kredit asas atau membuat pinjaman ASB untuk membina skor kredit. Pastikan anda gunakan kredit ini dengan bijak seperti membuat bayaran balik tepat pada masa setiap bulan.
Selepas memastikan kesihatan kewangan anda berada dalam situasi yang baik, anda boleh teruskan proses mencari pinjaman peribadi swasta dengan membuat perbandingan pakej pinjaman yang ada.
Antara perkara yang anda kena tahu sebelum memohon pinjaman peribadi:
Anda kena semak kelayakan dulu untuk tahu pakej pinjaman yang boleh dimohon. Sekurang-kurangnya bila anda buat semakan, anda boleh tahu berapa anggaran amaun yang anda boleh pinjaman, kadar faedah pinjaman dan ansuran yang anda kena bayar setiap bulan sehingga pinjaman selesai.
Cara untuk semak kelayakan ini bergantung dengan pemberi pinjaman. Jika anda membuat pinjaman peribadi swasta dengan bank anda boleh semak kelayakan melalui website rasmi atau walk-in ke outlet bank yang berdekatan.
Jika anda lebih selesa mohon pinjaman peribadi secara online anda boleh semak kelayakan percuma di platform Direct Lending secepat 2 minit. Jika anda bekerja di sektor kerajaan anda boleh semak kelayakan pinjaman bank dan koperasi.
Untuk pekerja swasta pula boleh semak kelayakan pinjaman wang berlesen yang kami sediakan. Syarat kelayakan untuk mohon:
Kami juga ada kalkulator pinjaman peribadi untuk memudahkan anda kira ansuran bulanan pinjaman peribadi swasta yang anda ingin mohon.
Bila sudah tahu kelayakan, anda boleh pilih pemberi pinjaman yang sesuai dengan keperluan kewangan anda. Kemudian, lengkapkan borang yang dengan semua maklumat dengan tepat. Baca juga semua terma dan syarat dalam borang tersebut. Pastikan anda tidak isi maklumat yang salah kerana pihak pemberi pinjaman boleh semak info tersebut dan permohonan anda ada kemungkinan akan ditolak.
Semasa proses permohonan ini anda perlu sediakan dokumen siap-siap untuk mempercepatkan permohonan pinjaman peribadi. Anda juga boleh dapat wang dengan segera jika semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
Antara dokumen yang perlu disediakan untuk mohon pinjaman peribadi swasta:
Jika ada dokumen yang tak lengkap, ianya juga akan menyebabkan permohonan anda semakin lambat diproses.
Langkah terakhir, anda perlu hantar borang yang sudah diisi beserta dokumen yang diperlukan kepada pemberi pinjaman. Biasanya untuk pinjaman peribadi swasta anda boleh dapat kelulusan dan terima wang secepat 1 hari bekerja. Tapi, jika ada dokumen atau maklumat yang tak cukup anda mungkin kena tunggu 2-3 hari lagi.
Bila sudah lulus anda akan terus terima wang pinjaman masuk ke akaun bank anda. Ingat, bila sudah lulus anda tidak perlu bayar apa-apa caj pendahuluan ataupun bayaran deposit. Semua caj yang dikenakan hanya ditolak terus dari pinjaman. Jadi, jangan terpedaya dengan modus operandi scammer pinjaman yang meminta bayaran daripada anda.
Pemberi pinjaman yang sah dan beretika tidak boleh mengugut pelanggan. Jika anda diugut anda boleh terus buat laporan polis dengan kenyataan pihak pemberi pinjaman atau ahlong menggunakan data peribadi atau menyalahgunakan data daripada aplikasi pinjaman online untuk mengugut anda.
Pastikan anda menyimpan semua bukti perbualan di seperti di Whatsapp sebagai bukti laporan. Anda boleh terus block pemberi pinjaman tersebut dan jangan bayar apa-apa pun. Anda juga boleh buat laporan menerusi aplikasi i-KrediKom dan KPKT jika pemberi pinjaman itu tersenarai dalam aplikasi tersebut.
Jika anda sudah terima duit pinjaman, anda memang tidak boleh batalkan pinjaman peribadi. Namun, jika hanya surat tawaran pinjaman yang baru ditandatangani tapi belum terima apa-apa wang pinjaman (anda baru menghantar dokumen dan mengisi borang) anda masih boleh batalkan perjanjian tersebut. Ada pemberi pinjaman yang mengenakan penalti pembatalan ada juga yang tidak, jadi anda perlu semak balik terma dan syarat dan surat tawaran pinjaman.
Kalau memang ada caj pembatalan pun tidak banyak dan kena ingat pemberi pinjaman tidak boleh mengugut anda untuk bayar caj pembatalan tersebut. Buat laporan polis jika diugut dan simpan semua bukti perbualan dengan ejen pemberi pinjaman yang mengugut anda.
Akhir sekali, jika anda tidak menandatangani apa-apa surat tawaran dan duit pinjaman belum diterima, anda boleh membatalkan pinjaman peribadi tanpa apa-apa caj pembatalan.
Jika anda baru pertama kali memohon pinjaman peribadi secara online, memang akan mudah terkeliru antara pinjaman peribadi yang sah dan selamat juga pinjaman ah long atau pun pinjaman tidak wujud. Sebab itu pentingnya pengetahuan pinjaman sebelum anda memohon apa-apa pinjaman peribadi untuk memudahkan anda tahu jika pinjaman itu dipercayai atau tidak.
Sekiranya anda ingin mengetahui jika anda layak mohon pinjaman peribadi swasta di platform Direct Lending, anda boleh semak kelayakan secepat 2 minit percuma. Tiada apa-apa bayaran dan caj yang dikenakan. Perkhidmatan pinjaman kami adalah 100% percuma. Tidak pegang kad ATM.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.