Cara Dapatkan Penyata Bank Download Online

Banyak urusan yang memerlukan anda untuk menyediakan penyata bank anda untuk memproses permohonanan pembiayaan seperti, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya. Ini cara mudah untuk dapatkan penyata bank di Malaysia.

Maybank

Jika anda adalah pengguna Maybank. Ini adalah cara mudah untuk anda dapatkan penyata bank secara online menggunakan Maybank2U.

  1. Daftar masuk ke Maybank2u
  2. Pilih “View Statements”
  3. Penyata Maybank anda akan di tunjukkan
  4. Tarikh penyata bank boleh diubah mengikut bulan yang anda inginkan
  5. Tekan statement & tekan butang muat turun

Maybank juga menawarkan perkhidmatan eStatement yang mana anda boleh mendapatkan penyata setiap bulan melalui e-mail secara percuma.

penyata bank maybank

CIMB Bank

Jika anda pengguna CIMB Bank dan anda ingin mendapatkan penyata bank CIMB secara online anda harus menggunakan CIMB Clicks.

  1. Daftar masuk ke CIMB Clicks
  2. Tekan “My Accounts”
  3. Pilih “Deposits/ Investment Account-i”
  4. Tekan butang 3 titik & pilih “View/ Download eStatements”
  5. Pilih bulan yang anda inginkan & tekan butang muat turun

Salah satu alternatif yang anda boleh cuba juga adalah CIMB “Email Statement Delivery” untuk terima eStatement setiap bulan yang hanya berharga RM1.

penyata bank cimb

RHB Bank

Jika anda pengguna RHB bank, anda boleh mendapatkan penyata bank RHB dengan menggunakan RHB Now.

  1. Daftar masuk RHB Now
  2. Tekan pada column akaun anda
  3. Pilih bulan yang anda inginkan
  4. Tekan “Statement” & “Save to file” untuk muat turun penyata bank

Anda boleh juga melanggan servis email eStatement RHB secara percuma untuk dapatkan penyata secara e-mail setiap bulan.

penyata bank rhb

Hong Leong Bank

Pengguna Hong Leong Bank boleh gunakan apps Hong Leong Connect untuk muat turun penyata secara percuma.

  1. Daftar masuk Hong Leong Connect apps
  2. Pilih menu “Statement/Invoice”
  3. Tekan “Online Statement”
  4. Pilih statement pada pop-up
  5. Pilih bulan yang anda inginkan dan muat turun penyata
penyata bank hong leong bank hlb

Bank Islam

Untuk pengguna Bank Islam, anda harus gunakan Bank Islam Biz untuk mendapatkan penyata bank secara percuma.

  1. Daftar masuk Bank Islam Biz
  2. Tekan butang tiga garis
  3. Pergi ke my accounts
  4. Tekan e-statement
  5. Pilih download
  6. Pilih account yang anda inginkan dan tekan submit
  7. Anda akan nampak list of statements
  8. Tekan statement yang anda inginkan
penyata bank islam

BSN

Jika anda menggunakan BSN, anda boleh mendapatkan penyata bank melalui website BSN

  1. Layari laman web MyBSN
  2. Masukkan Username
  3. Klik butang Login
  4. Sahkan Security Image
  5. Masukkan Password
  6. Klik Account Overview
  7. Klik E-Statement
  8. Klik Account Name
  9. Klik Transaction History
  10. Klik Print

Bank Rakyat

Untuk pengguna bank rakyat, anda haruslah pergi ke cawangan bank rakyat yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan penyata bank.

  1. Pergi ke cawangan bank rakyat berdekatan
  2. Maklumkan kepada pegawai bank yang bertugas di kaunter nombor giliran yang anda ingin mendapatkan penyata bank anda
  3. Dapatkan nombor giliran dan tunggu di kawasan menunggu
  4. Pergi ke kaunter yang ditetapkan ketika nombor anda dipanggil oleh pegawai
  5. Nyatakan niat anda untuk mendapatkan penyata bank dan bulan yang anda inginkan
  6. Tunggu pegawai bank yang bertugas untuk memproses permohonan anda

Buat masa sekarang, Bank rakyat masih belum mempunyai servis penyata bank online. Sebarang penambahbaikan akan di kemas kini di page ini.

Cara Dapatkan Penyata Bank Online untuk Maybank, CIMB dan RHB Bank (Tutorial)

Jika anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan kadar serendah 2.95% dan secepat 2 hari berkerja. Semak kelayakan pinjaman peribadi percuma untuk penjawat awam dan pekerja swasta. Tiada caj pendahuluan dan kad ATM tidak diperlukan.

Kami juga menawarkan pembiayaan auto servis – Servis kereta sekarang, Pay later yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan bantuan kewangan baiki atau servis kereta.

Semak Kelayakan Percuma