Marketing
Anda mungkin pernah terdengar kes mangsa yang terjerat dengan pinjaman ah long atau pun scammer pinjaman peribadi sampai takut nak buat loan dengan syarikat kredit komuniti walaupun berlesen. Memang ada pinjaman wang berlesen yang telus dalam menawarkan pinjaman peribadi tapi masih ada pengguna yang tersalah pilih dan terjerat dengan modus operandi e-Ahlong melalui aplikasi pinjaman online malaysia.
Apps pinjaman online ini adalah platform online yang membenarkan pengguna memohon pinjaman peribadi melalui aplikasi syarikat kewangan tersebut. Tidak dinafikan pinjaman bank adalah lebih mudah dan pengguna sudah tahu ianya memang selamat untuk buat personal loan. Namun, ada juga kategori pemohon tidak dapat memenuhi syarat kelayakan pinjaman bank yang menyebabkan mereka mencari alternatif pembiayaan yang lain seperti mohon di platform pinjaman peribadi yang dipercayai atau pun apply dengan aplikasi pinjaman online di Malaysia.
Sistem aplikasi pinjaman online ini lebih mudah dan proses untuk mendapatkan wang pinjaman adalah lebih cepat. Pengguna hanya perlu muat naik aplikasi pinjaman online daripada syarikat pemberi pinjaman tersebut, isi maklumat yang diperlukan dan duit akan masuk secepat 24 jam.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Kemudahan ini sememangnya dapat membantu pengguna yang memang urgent nak guna wang segera tapi, ada pihak yang tidak bertanggung jawab seperti ah long yang mengambil kesempatan menjerat mangsa dalam sindiket e-ah long.
Seperti yang anda tahu, ah long adalah pemberi pinjam wang yang tidak berlesen dan mengenakan kadar faedah yang tinggi serta mengugut peminjam yang gagal membayar wang pinjaman. Kalau dulu peminjam perlu memberikan maklumat peribadi, no telefon kenalan dan ahli keluarga sebagai penjamin kalau nak mohon pinjaman.
Kini, Ahlong menggunakan taktik baru untuk menjerat mangsa yang mencari pinjaman peribadi dengan mendapatkan maklumat peribadi mangsa melalui aplikasi pinjaman online tanpa kebenaran pengguna. Aplikasi pinjaman wang ini akan meminta kebenaran (allow) untuk mengakses data di telefon bimbit pengguna.
Anda kena berhati-hati sebab ah long sekarang pun dah semakin maju. Jadi, macam mana nak tahu mana satu aplikasi pinjaman online boleh dipercayai dan selamat?
Anda kena pastikan alamat pejabat yang dipaparkan di dalam laman web dan aplikasi pinjaman online itu mempunyai alamat rasmi pejabat mereka dan memang wujud secara fizikal. Info ini memang penting supaya anda tahu syarikat pinjaman wang ini memang sah dan bukan pinjaman tidak wujud atau pun ah long.
Namun, kena sentiasa berhati-hati sebab ada juga scammer dan ah long yang ada pejabat sendiri. Oleh itu, cuba semak lesen dan permit syarikat pinjaman wang tersebut.
Paling penting untuk anda mohon pinjaman peribadi daripada syarikat pinjaman wang yang memang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jika ada lesen perniagaan, pemberi pinjaman wang tersebut tidak boleh melanggar peraturan dan etika bila memberi pinjaman berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Elakkan untuk buat pinjaman dengan ah long, pastikan anda memilih syarikat pinjaman online yang berdaftar agar lebih selamat.
Dah nama pun pinjaman online, mereka haruslah mempunyai website rasmi untuk memaparkan maklumat jelas profil syarikat, jenis perkhidmatan, cara memohon pinjaman, no lesen perniagaan, dan lain-lain. Jika syarikat pemberi pinjaman wang in mempunyai laman web rasmi dengan maklumat yang memang betul dan sah, ianya menunjukkan syarikat itu boleh dipercayai. Apa yang penting, anda kena semak dulu lesen perniagaan syarikat pinjaman online tersebut sebelum membuat semakan kelayakan pinjaman atau pun memuat turun aplikasi pinjaman online mereka.
Syarikat pinjaman online yang sah akan kongsikan secara telus dan terbuka mengenai pakej pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada peminjam. Sebagai contoh, pemberi pinjaman wang berlesen yang sah hanya menawarkan kadar faedah tidak lebih 18% setahun (1.5%) untuk pinjaman tidak bercagar, dan kadar faedah tidak lebih 15% (1.25%) untuk pinjaman bercagar.
Semua maklumat yang dipaparkan ini hendaklah diberitahu atau dimaklumkan lebih awal kepada pelanggan, agar mereka boleh mempertimbangkan semula sama ada ingin meneruskan proses pinjaman atau tidak. Jadi, jika pemohon bersetuju dengan terma dan syarat pakej pinjaman tersebut, barulah pemohon boleh meneruskan permohonan pinjaman peribadi melalui website atau pun aplikasi pinjaman online.
Mempunyai aplikasi pinjaman online (Mobile Apps)
Selain mempunyai laman web rasmi, pinjaman online ini juga mempunyai aplikasi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk memohon pinjaman peribadi. Melalui apps pinjaman online ini juga, pelanggan dan syarikat pemberi pinjaman dapat berkomunikasi dengan lebih mudah.
Selain itu, anda juga boleh menyemak maklumat pinjaman peribadi seperti kaedah pembayaran balik pinjaman, cara membuat pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan, no lesen perniagaan dan banyak lagi.
Tapi, jika anda tidak yakin untuk memohon pinjaman online melalui apps boleh memohon pinjaman peribadi di laman web rasmi sahaja. Seperti pinjaman peribadi yang sah di Direct Lending, platform pinjaman kami menyediakan website rasmi untuk pelanggan membuat semakan, memilih dan memohon pinjaman wang berlesen, pinjaman bank dan koperasi secara percuma saja.
Setakat ini, kami bekerjasama dengan 30 pemberi pinjaman wang yang memang berdaftar di Malaysia. Kami tidak meminta apa-apa bayaran pendahuluan, deposit dan tidak pegang kad ATM atau dokumen peribadi pelanggan. Anda boleh semak kelayakan secara percuma, dan dapat tahu kelayakan secepat 2 minit.
Baru-baru ini juga, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah berkongsi senarai aplikasi pinjaman online malaysia atau pun apps ah long untuk memastikan tiada yang terjerat menjadi mangsa.
Jangan gunakan aplikasi pinjaman ah long ini! Kesemua aplikasi ini didapati telah mengakses dan menyalin maklumat peribadi pengguna yang tidak berkaitan dengan urusan pinjaman peribadi tanpa kebenaran peminjam. Jika anda mempunyai aplikasi ini, segera uninstall untuk keselamatan peribadi.
Anda boleh semak lesen syarikat pinjaman wang di aplikasi i-KrediKom yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum meneruskan apa-apa permohonan pinjaman peribadi online. Jika syarikat pinjaman wang tersebut adalah sah dan berdaftar anda dapat mengelakkan penipuan pinjaman peribadi dan juga pinjaman ah long.
Jika anda merancang untuk membuat pinjaman peribadi melaui apps pinjaman, cuba untuk berhati-hati semasa memuat turun dan memberi kebenaran (allow) akses aplikasi ke telefon bimbit anda. Segera uninstall apps pinjaman online tersebut jika anda berasa curiga & restart semula telefon bimbit anda. Jika uninstall tidak berjaya, format telefon bimbit anda. Lebih baik untuk tukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet, dan media sosial anda sebagai langkah keselamatan jika anda terlanjur memuat turun apps pinjaman ini.
Mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan daD Pelesenan) 2003, pemberi pinjaman wang di Malaysia tidak boleh mengugut peminjam dan pelanggan.
Oleh itu, jika anda diugut ataupun ditipu oleh syarikat pinjaman wang:
Buat semakan syarikat pinjaman wang tersebut melalui aplikasi Check scammers CCID yang ada di Google play store. Anda juga boleh buat semakan di portal Semak Mule. Pilih kategori ‘Nombor Akaun’ atau ‘Nombor Telefon’, masukkan maklumat suspek penipu. Isikan ‘Captcha’ dan klik butang ‘Semak Maklumat’.
Aplikasi ini disediakan khas oleh PDRM, Bahagian Jenayah Siber & Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) untuk menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain.
Sekiranya nombor akaun atau nombor telefon yang dimasukkan, ada rekod laporan penipuan di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan transaksi telah dilakukan, anda perlu ikuti langkah tindakan ini.
Pertama adalah membuat laporan polis dengan segera. Hubungi CCID SCAM RESPONSE CENTER di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599. Sediakan penerangan ringkas tentang kejadian scam termasuk tarikh dan masa kejadian, kerugian kewangan, details anda seperti nama penuh, nombor IC, nombor telefon, dan nombor akaun bank yang terlibat. Sertakan juga segala bukti yang anda ada seperti maklumat akaun bank scammer, maklumat transaksi (jumlah, tarikh dan masa), nama dan nombor panggilan scammer. Kalau ada resit transaksi dan perbualan WhatsApp boleh sertakan sekali.
Ada banyak kes yang mangsa diugut oleh penipu apabila mangsa tak mahu bayar duit deposit ataupun nak batalkan permohonan pinjaman. Laporan polis boleh berfungsi sebagai bukti sekiranya mangsa diugut. Anda boleh buat laporan melalui WhatsApp atau SMS (013-2111222) dari 8 a.m sehingga 12 a.m. setiap hari. Selepas dah buat laporan polis, boleh semak status melalui SSO ataupun hubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda.
Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini dan berhubung dengan pihak CCID di Facebook page rasmi @CYBERCRIMEALERTRMP @JSJKPDRM.
Jangan sesekali rasa malu untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial supaya kejadian ini tidak berlaku ke atas orang lain. Mana tahu, posting yang anda kongsikan di media sosial boleh jadi viral dan orang ramai bantu cari dan dedahkan identiti penipu dan apps pinjaman ah long ni kan?
Meminjam wang dari ah long akan mengakibatkan kehidupan anda dan keluarga terancam. Jangan berurusan dengan penjenayah. Jangan jadi mangsa ah long. Selagi ada peminjam, selagi itu ah long akan wujud. Ayuh! Bersama-sama membanteras jenayah.
Pastikan anda semak dengan teliti siapa anda sedang berurusan sebelum meneruskan permohonan pinjaman peribadi tersebut. Sekiranya anda ada apa-apa soalan yang berkaitan dengan pinjaman peribadi, atau pun ingin berkongsi pengalaman menggunakan apps pinjaman ah long ini boleh lah hubungi kami di media sosial seperti Facebook & Tiktok. Kami juga selalu kongsikan tips kewangan dan pinjaman melalui e-mel mingguan.
Mencari pinjaman peribadi online yang dipercayai dan mudah? Mohon pinjaman melalui platform Direct Lending dan semak kelayakan anda secepat 2 minit. Pinjaman peribadi kami tidak mengenakan apa-apa bayaran deposit, pendahuluan dan tidak pegang kad ATM/IC pelanggan.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.