Marketing
Semenjak 2019 lagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menjenamakan semula syarikat pemberi pinjam wang berlesen di bawah kementerian sebagai Kredit Komuniti. Pada tahun 2020 pula, KPKT juga melancarkan Garis Panduan Pemberian Pinjaman Wang Dalam Talian khas untuk pemberi pinjaman wang beroperasi secara online.
Semua usaha ni untuk membantu individu yang perlukan pinjaman tapi mungkin tak lepas dengan bank, agar tidak terjerat dengan Ahlong. Namun, masih ada mangsa pinjaman ahlong sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang salahgunakan lesen pinjaman wang tersebut. Artikel kali ini akan membantu anda bezakan kedua-dua jenis pinjaman ini dan untuk menjelaskan ciri-ciri pinjaman Ahlong yang anda kena awasi.
Ramai yang keliru dengan tanggapan umum bahawa semua pemberi pinjaman wang berlesen adalah pinjaman ahlong atau lintah darat yang mengenakan faedah yang tinggi. Oleh itu, kerajaan telah berjaya mewujudkan alternatif pinjaman wang yang sah iaitu pinjaman kredit komuniti yang selamat untuk anda dapatkan pinjaman peribadi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan inisiatif ini untuk penjenamaan lesen berdaftar sebagai Pinjaman Kredit Komuniti bagi mengubah pandangan masyarakat dan memberikan pendedahan mengenai kemudahan pinjaman yang mudah dan selamat.
Syarikat kredit komuniti tidak dikawal selia olah Bank Negara. Oleh itu, jika ada pemberi pinjaman wang yang mempamerkan lesen daripada Bank Negara, kemungkinan besar itu adalah lesen palsu. Berikut adalah contoh lesen palsu:
Jadual menunjukkan perbezaan antara Pinjaman Ahlong dan Pinjaman Wang Berlesen yang mengikut peraturan, yakni Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (MA).
LINTAH DARAT/ AHLONG | KRITERIA | PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN YANG MEMATUHI AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 |
Tiada sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Mereka yang tentukan segala peraturan. |
Dikawal Selia Oleh | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). |
Tiada lesen. Sekali lagi, mereka tentukan segala peraturan sendiri. | Lesen | Seksyen 5(2) daripada Akta Pemberi Pinjam Wang mewartakan bahawa mereka perlu memperbaharui lesen setiap 2 tahun. |
Semua individu di Malaysia boleh mohon pinjaman dengan Ahlong. | Kelayakan | Kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan individu yang bekerja sendiri dan wajib mempunyai penyata gaji/pendapatan. |
Tidak ada jumlah maksimum. | Jumlah Pinjaman | Selalunya RM1,000 sehingga RM20,000. |
Selalunya adalah sepuluh-tiga dimana 30% kadar faedah setiap bulan. Mereka juga boleh menentukan kadar faedah sesuka hati. | Kadar Faedah | Maksimum 12% setahun (pinjaman bercagar) dan 18% setahun (pinjaman tidak bercagar) seperti yang dinyatakan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. |
Ada bayaran tersembunyi yang mereka akan tentukan sendiri. | Caj Pinjaman | Mengandungi pengesahan yuran guaman, yuran pemprosesan dan duti setem. Caj ini akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman yang dimohon. Jadi, anda tidak perlu bayar apa-apa semasa mohon pinjaman wang berlesen. |
Tiada perjanjian yang dikemukakan. Kebanyakan proses pinjaman yang melibatkan Ahlong atau lintah darat hanya menggunakan perjanjian mulut, atau verbal. Jarang sekali pihak Ahlong menyediakan syarat-syarat pinjaman dalam bentuk bertulis. Ini kerana mereka tidak akan dapat menukar syarat pinjaman sekiranya perjanjian pinjaman ada hitam putih. | Surat Perjanjian Pinjaman Wang |
Wajib menyediakan butiran pinjaman yang lengkap dalam bentuk hitam putih untuk disemak oleh pemohon sebelum memeterai kontrak pinjaman.
Setiap perjanjian pinjaman wang hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh Kementerian sahaja iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman dengan cagaran).
Perjanjian pinjaman ini akan disahkan oleh pihak ketiga seperti Peguam, Pegawai Undang-Undang atau Suruhanjaya Sumpah.
|
Tiada kawal selia dan mereka akan membuat iklan sesuka hati. Iklan selalunya melalui risalah, atau iklan yang ditampal di tiang-tiang, dinding dan sebagainya yang hanya memberi nombor telefon untuk dihubungi. | Pengiklanan |
Tidak ada masalah untuk memberikan alamat pejabat, nombor telefon pejabat atau laman web syarikat.
Iklan daripada agensi pinjaman berlesen lebih profesional kerana di bawah Seksyen 11 Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka perlu memohon permit untuk pengiklanan dan bukan hanya kertas fotostat seperti yang digunakan ahlong.
Di bawah Seksyen 27A Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka dilarang untuk mengupah agen atau penyampai maklumat.
|
Mereka akan memegang dokumen peribadi seperti IC, pasport, kad ATM bank dan sebagainya sebagai deposit keselamatan. | Cara Memohon Pinjaman | Proses dokumentasi asas pinjaman merangkumi semakan latar belakang menggunakan dokumen seperti salinan IC, slip gaji, penyata bank, penyata KWSP dan lain-lain. Namun, mereka tidak akan memegang sebarang dokumen atau kad ATM bank peminjam. |
Terima semua peminjam walaupun mempunyai rekod negatif atau 'blacklist' CCRIS dan CTOS. | Kriteria Kelayakan Kredit Peminjam | Pemohon yang ada rekod CTOS negatif, komitmen luaran tinggi, ‘Akaun Perhatian Khusus’ (Special Attention Account - SAA) di CCRIS, berdaftar dengan AKPK masih boleh memohon tapi dengan syarat kelayakan yang ketat. Kelulusan adalah bergantung dengan pemberi pinjaman,. |
Menggunakan kekerasan ketika menuntut hutang. Contoh peras ugut seperti melempar cat merah, mengganggu dan mengugut ahli keluarga. | Cara Mengutip Hutang |
Pemberi Pinjam Wang atau wakilnya tidak dibenarkan sama sekali datang ke rumah peminjam atau pejabat atau lain-lain tempat selain daripada di alamat operasi perniagaannya yang diluluskan sahaja bagi tujuan mengutip bayaran ansuran. Jika peminjam gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh 28 hari selepas tempoh genap tarikh bayaran ansuran atau melakukan perbuatan kebangkrapan secara terpaksa atau sukarela, Pemberi Pinjam Wang berhak untuk menamatkan perjanjian itu. Mereka akan menghantar peringatan, mengupah pemungut hutang, mengeluarkan surat permintaan, mengeluarkan senarai hitam pada CTOS atau menawarkan perkhidmatan kaunseling AKPK. |
Mereka menetapkan bayaran sesuka hati yang membebankan peminjam. | Bayaran Untuk Kelewatan | Anda perlu tahu yang syarikat kredit komuniti/pinjaman berlesen hanya dibenarkan mengenakan caj lewat bayar ansuran bulanan tidak lebih daripada 8% setahun. Lazimnya, caj antara 3-5% untuk pembayaran lewat. |
Peminjam tidak dibenarkan membuat penyelesaian pinjaman awal kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. | Penyelesaian Pinjaman Awal | Ya, mereka membenarkan penyelesaian pinjaman awal. |
Tiada apa-apa laporan yang dihantar kepada KPKT. | Rekod Transaksi Tahunan | Perlu menghantar rekod transaksi tahunan kepada KPKT. |
Cara 1: Semak nombor SSM syarikat pemberi pinjaman wang di laman web KPKT atau di aplikasi i-KrediKom.
Cara 2: Mereka memaparkan lesen di pejabat yang dikeluarkan oleh KPKT, bukannya BNM.
Cara 3: Pastikan urusan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedah tidak melebihi 18% setahun atau 1.5% sebulan dan menggunakan perjanjian pinjaman wang yang sah.
Download Loan Contract Agreement Jadual J (PDF)
Ada lesen tapi masih minta wang pendahuluan? Walaupun syarikat peminjam wang berlesen claim mereka bukan Ah Long, anda kena berhati-hati. Sekali dah terjerat naya nak bayar balik. Nak tahu beza antara syarikat pinjaman wang berlesen sah dengan scammer atau Ah Long, tontoni video kami ini.
Mangsa ahlong adalah dalam kalangan individu yang terdesak dan sebab itulah ramai yang terkena dan mudah terjebak dengan janji manis dan faedah yang mereka berikan. Kami faham anda mempunyai sebab mohon pinjaman peribadi namun pastikan anda memilih pemberi pinjaman yang sah.
Secara amnya, jika anda layak dapatkan pinjaman bank, ini sepatutnya menjadi pilihan utama memandangkan kos yang lebih rendah. Jika anda tidak layak, adalah lebih baik untuk mencari pinjaman wang berlesen yang sah dan boleh dipercayai seperti pinjaman kredit komuniti atau pinjaman bank dan koperasi. Walaupun proses permohonan pinjaman dengan ahlong nampak mudah, namun anda kena fikir kesan jangka panjang bila sudah terjerat dengan perjanjian yang tidak masuk akal daripada ahlong.
Jika anda berpendapatan rendah atau rekod kredit yang negatif, salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman yang selamat adalah daripada bank dan koperasi atau pemberi pinjaman wang yang berlesen.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 17 Oktober 2019 dan dikemaskini semula pada 29 Mac 2024).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.
3 Comments
Mypr bole. Mohon ke. Pemastautin tetap malaysia
Maaf, kami hanya dapat terima warganegara Malaysia. Mungkin boleh cuba untuk buat pinjaman warga asing di bank, selalunya ada bank yang menawarkan pinjaman untuk pemastautin tetap Malaysia.
Saya nak tanya selepas pinjaman 15k diluluskan saya kena bayar rm586 sebagai jaminan dan duit itu akan dikembalikan sekali duit pinjaman kata syarikat wang berlesen itu. adakah patut saya buat bayaran itu sebelum mendapat duit pinjaman saya tapi sebelum tu syarikat dah minta sains borang kelulusan dan jika saya batalkan saya diminta bayar denda batal pinjaman sebanyak 2300.