Director
Semakin hari, semakin ramai yang terpedaya dengan penipuan pinjaman peribadi. Kita nak pinjam wang sebab perlukan duit tapi boleh pulak scammer ini minta bayaran pendahuluan atau wang deposit untuk caj servis lah, caj buang rekod CCRIS, dan banyak lagi. Malangnya, ramai pula yang tertipu dengan scam pinjaman yang tak wujud ini.
Lain pula dengan mangsa yang tertipu dengan pinjaman wang berlesen kononnya under KPKT tapi rupanya itu scammer. Oleh itu, anda haruslah bijak ketika memilih pinjaman peribadi yang sesuai dan selamat.
Ada juga penipu yang menyamar menjadi individu daripada platform pinjaman, termasuklah Direct Lending. Kami telah menerima beberapa laporan mengenai penipu (scammer) yang menyamar jadi Direct Lending. Sindiket penipuan ini menggunakan nama syarikat kami tanpa persetujuan dan meminta bayaran pendahuluan untuk memproses pinjaman. Biasanya, peminjam yang mempunyai rekod CCRIS dan CTOS yang kurang baik adalah target utama penipu scammer.
Di artikel ini, kami berkongsi tanda penipuan pinjaman peribadi yang anda harus perhatikan untuk melindungi diri, cara semak syarikat pinjaman penipu, dan juga apa yang anda perlu lakukan sekiranya ditipu oleh scammer pinjaman wang.
Sekiranya anda diminta untuk buat bayaran deposit, wang pendahuluan, atau pun upfront fee untuk dapatkan pinjaman, itu adalah penipu pinjaman online. Scammer pinjaman peribadi ini akan cuba pelbagai cara dan alasan untuk dapatkan wang daripada anda.
Pemberi pinjaman peribadi yang telus dan sah TIDAK AKAN meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum anda menerima pinjaman. Malahan, ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Sekiranya anda menggunakan ejen pinjaman atau perunding seperti Direct Lending untuk memohon pinjaman peribadi, anda tidak perlu membayar sebarang yuran atau caj perkhidmatan. Mereka akan menerima pendapatan mereka sebagai komisen dari bank / koperasi setelah pinjaman diluluskan.
Oleh itu, berhati-hati jika ada pihak yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlesen yang kononnya sah dan selamat tetapi meminta apa-apa bayaran sebagai caj pemprosesan wajib, bayaran pendahuluan ansuran, insurans atau cagaran dan banyak lagi.
Hal ini kerana, setiap caj pinjaman peribadi yang dikenakan ke atas pinjaman anda, akan terus ditolak daripada jumlah pinjaman yang lulus. Oleh itu, anda memang tidak perlu bayar 1 sen pun kepada syarikat pinjaman wang sebelum anda dapat duit pinjaman.
Penipu pinjaman wang ini sering menggunakan beberapa taktik untuk dapatkan bayaran deposit daripada peminjam. Ini adalah antara wang pendahuluan atau pun bayaran yang akan diminta oleh scammer apabila anda memohon pinjaman peribadi.
Salah satu cara untuk cek penipuan pinjaman peribadi ialah ketika anda dikehendaki untuk memberi kad ATM atau kad debit anda apabila membuat permohonan. Syarikat pinjaman wang ini kononnya perlukan kad ATM anda untuk pengesahan dan sebagai cagaran untuk memberikan duit pinjaman kepada anda.
Berhati-hati kerana penipu pinjaman akan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang atau meminta anda membayar caj pemprosesan, sebelum mereka memulangkan balik kad ATM atau kad debit tersebut. Ingat ya, sebarang bayaran pemprosesan sepatutnya ditolak terus dari jumlah pinjaman anda sebelum pihak bank atau koperasi mengkreditkan duit pinjaman ke akaun anda.
Anda menerima panggilan atau emel yang mengatakan bahawa anda layak untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Kadang-kadang anda juga diberitahu bahawa ianya hanya khas untuk anda padahal sebenarnya anda tidak pernah memohon sebarang pinjaman peribadi sebelum ini.
Atau mungkin anda memohon pinjaman tersebut, tetapi anda ditawarkan dengan jumlah yang lebih banyak daripada apa yang anda mohon. Berhati-hati dengan penipuan pinjaman peribadi ini, dan pastikan sama ada ianya sahih sebelum anda meneruskan proses selanjutnya.
Apa yang dikatakan sebagai tawaran atau pakej pinjaman yang terlalu bagus? Pakej pinjaman seperti kadar faedah (atau interest) yang terlalu rendah sehingga tidak logik. Contohnya, jika anda diberitahu kata-kata seperti ‘kadar faedah 0%’ atau ‘jaminan wang tunai dan kelulusan terjamin 100%’, lebih baik untuk terus delete dan block pihak tersebut.
Hal ini kerana, berdasarkan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, kadar maksimum untuk pinjaman peribadi adalah 18% setahun sahaja. Selain itu, pemberi pinjaman peribadi yang sah akan memeriksa dulu sama ada anda mampu membayar balik hutang tersebut. Setiap pemberi pinjaman amat peduli untuk mendapatkan kembali wang yang mereka beri pinjaman. Pemberi pinjaman peribadi yang sah akan menilai kriteria yang berikut dengan teliti sebelum meluluskan permohonan pinjaman kepada anda.
Jika anda mempunyai rekod kredit CCRIS atau CTOS yang kurang baik, komitmen luar yang tinggi, mempunyai rekod senarai hitam dan AKPK, masih ada alternatif pinjaman seperti pinjaman bank dan koperasi yang memberikan kelonggaran sedikit kepada penjawat awam untuk dapatkan pinjaman peribadi yang sah dan selamat. Pihak koperasi lebih fleksibel kerana bayaran balik pinjaman adalah melalui pemotongan gaji dan diberi kuasa oleh pengawal selia untuk melakukannya.
Sekiranya pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera kerana tawaran pinjaman istimewa seperti ‘kadar faedah rendah’ dan tawaran tersebut akan berakhir tidak lama lagi, maka anda perlu mengabaikannya kerana ini adalah salah satu taktik penipuan pinjaman peribadi. Ini kerana jika lebih pantas penipu menandatangani perjanjian dengan anda, maka lebih cepat anda akan masuk ke dalam perangkap penipuan tersebut.
Jangan sekali-kali kelam-kabut untuk membuat apa-apa keputusan walaupun urgent nak buat pinjaman segera. Teruskan jika anda 100% yakin dan percaya dengan siapa anda sedang berurusan.
Kadang-kadang penipu bukanlah menginginkan wang anda, tetapi untuk mencuri identiti anda untuk tujuan penipuan. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, emel atau media sosial untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi anda. Penipuan ini dipanggil sebagai 'phishing’.
Jangan berikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda melainkan anda tahu siapa dan apa tujuannya. Penipuan pinjaman peribadi ini selalunya menggunakan taktik untuk menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang sah, tetapi syarikat-syarikat yang sah ini sendiri tidak sedar tentang penipuan pinjaman peribadi tersebut.
Mohon Pinjaman Peribadi Cepat Dan Selamat
Berikut merupakan antara ayat scammer yang sering digunakan di kalangan sindiket penipuan pinjaman untuk mendapatkan keuntungan daripada pemohon.
Selain tanda penipuan di atas, anda juga boleh cek syarikat pinjaman online penipu di video ini.
Di sini kami berkongsi dengan lebih terperinci apa yang anda harus dilakukan untuk melindungi diri anda daripada penipuan pinjaman peribadi:
Jika anda mencari pemberi pinjaman yang sah, anda boleh terus mohon pinjaman dengan bank dan koperasi. Namun, jika anda mencari pinjaman wang yang cepat dan selamat anda boleh mohon pinjaman kredit komuniti atau sekarang dikenali sebagai Syarikat Kredit Komuniti dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Syarikat kredit komuniti ini dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Kadar faedah yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah maksimum 12% setahun (pinjaman bercagar) dan 18% setahun (pinjaman tidak bercagar).
Anda harus memeriksa dahulu jika pemberi pinjaman wang anda bukan syarikat pinjaman penipu. Sebelum ini, anda boleh memeriksa status pemberi pinjaman berlesen melalui sistem eMAPS. Kini, KPKT telah melancarkan aplikasi baru iaitu i-KrediKom di mana anda boleh memeriksa status lesen syarikat pinjaman dengan mudah. Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun melalui Apple Store dan Google Play.
Berikut ialah langkah-langkah menggunakan aplikasi i-KrediKom untuk menyemak status lesen syarikat pinjaman berlesen:
Aplikasi i-KrediKom di Google Play
2. Jalankan aplikasi tersebut.
3. Taip nama syarikat yang anda ingin cari pada ruangan “Carian”.
Untuk semak status lesen syarikat pinjaman wang dengan aplikasi i-KrediKom, anda perlu masukkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat untuk mengetahui sama ada ia didaftarkan di bawah KPKT. Jika syarikat tersebut adalah berdaftar dibawah KPKT, maklumat syarikat tersebut akan dipaparkan di atas sistem tersebut. Anda boleh klik pautan syarikat tersebut untuk ketahui lebih maklumat seperti alamat dan nombor syarikat. Sekiranya syarikat tersebut tidak berdaftar atau lesen telah tamat, sistem akan menunjukkan ‘Tiada Padanan Ditemui’.
Berhati-hati bila memohon pinjaman berlesen kerana ada moneylender yang berdaftar sebagai syarikat kredit komuniti dibawah KPKT tidak telus dalam perniagaan. Walaupun mereka mempunyai lesen yang sah, jika mereka tetap meminta bayaran deposit dan memegang kad ATM, anda boleh buat aduan pinjaman wang berlesen untuk report syarikat kredit komuniti ini dengan KPKT kerana tidak menjalankan perniagaan mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Anda boleh guna laman aduan di laman web rasmi KPKT, atau melalui aplikasi i-KrediKom.
Kami ingatkan lagi, semua pemberi pinjaman wang yang sah hanya akan menawarkan pinjaman yang mematuhi dengan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedahnya tidak melebihi 18% setahun dan perjanjian pinjaman itu adalah sah dengan dokumentasi pinjaman. Pastikan anda juga tidak terjerat dengan pinjaman Ahlong semasa mencari pinjaman berlesen.
Hal ini kerana, ada penipu pinjaman yang berpura-pura menjadi pinjaman berlesen yang sah dan meminta peminjam untuk membayar bayaran pendahuluan atau memberikan ATM atau kad debit untuk kelulusan pinjaman tersebut. Ingat ya, semua peminjam wang yang sah tidak akan meminta sebarang bayaran pendahuluan atau kad ATM kerana ia adalah haram untuk mereka melakukannya.
Sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna mencari pinjaman peribadi dengan menggunakan platform pinjaman atau agen pinjaman untuk mencari dan memohon pinjaman yang paling sesuai dengan mereka. Ini adalah kerana kebanyakan masa peminjam mungkin tidak tahu pinjaman yang mana adalah paling sesuai dan berbaloi. Platform pinjaman atau agensi kewangan ini adalah seperti 'jambatan' kepada institusi kewangan atau pemberi pinjaman.
Tetapi, terdapat platform pinjaman atau agensi kewangan yang tidak beretika dan mengambil kesempatan ke atas peminjam. Antaranya adalah mereka yang meminta peminjam membayar perkhidmatan perundingan pinjaman. Paling teruk untuk penipuan pinjaman peribadi ini, setelah anda bayar, anda tidak akan dapat menghubungi mereka lagi.
Platform pinjaman yang betul dan sah TIDAK AKAN meminta anda untuk membayar apa-apa bayaran atau caj. Direct Lending adalah platform pinjaman bank dan koperasi khas untuk kakitangan kerajaan dan perkhidmatan kami adalah 100% percuma. Kami menerima pendapatan kami daripada bank dan koperasi secara langsung setelah pinjaman telah diluluskan.
Oleh itu, sila periksa sama ada platform pinjaman atau agensi kewangan anda ada meminta sebarang bayaran ataupun tidak sebelum berurusan dengan mereka. Anda juga boleh melihat ulasan pelanggan sebelum anda berurusan dengan mereka. Dengan penggunaan media sosial dan Internet, ia adalah mudah untuk mengetahui maklum balas pelanggan mengenai mereka.
Dari semasa ke semasa, kebanyakan anda pernah menerima panggilan telefon, e-mel, SMS, dan lain-lain yang menawarkan kad kredit, pinjaman peribadi dan banyak lagi. Atau mungkin anda pernah lihat iklan Facebook yang menawarkan pinjaman. Ini tidak bermaksud bahawa setiap tawaran yang anda terima menerusi saluran ini adalah penipuan pinjaman peribadi. Sebahagian daripadanya adalah daripada sumber yang sah seperti bank.
Petua pertama adalah anda perlu jelas dengan apa yang ditawarkan kepada anda. Kemudian, sahkan dari mana asalnya sumber tersebut. Sekiranya anda membuat permohonan melalui laman web, pastikan URL laman web itu adalah sah dan terjamin kerana terdapat situasi di mana penipu membuat akaun media sosial palsu yang sangat mirip dengan sumber sebenar. Kemudian, penipu tersebut menggunakan akaun palsu untuk memaparkan iklan pinjaman palsu di atas media sosial.
Sekiranya anda menerima SMS atau ‘cold call’ daripada individu yang memberitahu anda bahawa dia berasal daripada bank atau institusi kewangan dan menawarkan pinjaman peribadi yang anda tidak pernah mohon, periksa nombor telefon tersebut dan berhati-hatilah jika ia adalah nombor telefon bimbit. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh mendapatkan nama dan membuat panggilan ke pejabat untuk mengesahkan jika individu tersebut benar-benar menelefon dari institusi seperti yang dikatakan.
Selain itu, terdapat juga kes di mana individu yang mengaku sebagai ejen AKPK menawarkan perkhidmatan pengurusan hutang. Contoh bagaimana penipuan pinjaman peribadi ini berfungsi adalah dengan meminta peminjam untuk memohon pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang yang masih belum selesai. Kemudian penipu itu membantu mangsa memohon kepada AKPK. Mangsa diberitahu bahawa Program Pengurusan Hutang (Debt Management Programme) tersebut adalah pinjaman khas dari Bank Negara. Akhirnya, mangsa tersebut telah membayar kira-kira RM20,000 kepada penipu itu untuk ‘perkhidmatannya’. Oleh itu, harap anda semua boleh berhati-hati. Penipu sebegini ini adalah sangat kreatif dengan taktik kotor mereka.
Sekiranya anda mempunyai keraguan terhadap individu yang anda sedang berurusan ni adalah tergolong dalam penipuan pinjaman peribadi atau tidak, anda boleh layari ke Portal Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Portal ini diusahakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID). Setiap maklumat mengenai kes yang telah dilaporkan sebelum ini disimpan di dalam portal tersebut. Oleh itu, jika anda merasakan ada pihak yang mencurigakan yang ingin anda periksa, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memasukkan nombor akaun bank atau nombor telefon ke dalam portal CCID.
Langkah untuk menggunakan Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil:
Atau anda boleh muat turun aplikasi ‘Check Scammers CCID’. Aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android. Langkahnya senang sahaja. Anda hanya perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon suspek di aplikasi tersebut dan klik semak. Hasil maklumat semakan akan dipaparkan sekiranya ada rekod seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.
Andaikan agensi kewangan yang anda berurusan adalah sah tetapi mereka mengenakan bayaran. Dalam keadaan seperti ini, cuba perhatikan dan periksa sama ada akaun bank yang diberikan kepada anda adalah akaun peribadi atau akaun syarikat. Begitu juga dengan nombor telefon, periksa sama ada ia adalah nombor telefon syarikat berdaftar atau nombor telefon individu. Anda boleh periksa maklumat tersebut jika anda mempunyai akses.
Sekiranya nombor akaun atau nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan transaksi telah dilakukan, anda perlu ikuti langkah tindakan yang dihuraikan ini.
Dalam situasi di mana anda sudah menjadi mangsa penipuan pinjaman peribadi, anda perlu mengambil langkah-langkah yang segera untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Salah satu cara yang pantas dan mudah adalah melalui platform WhatsApp. Berita baik, PDRM telah melancarkan talian WhatsApp dan hotline untuk memudahkan rakyat membuat laporan tentang jenayah komersil seperti scam. Ikut cara di bawah untuk membuat aduan:
Selain daripada aduan WhatsApp, anda juga boleh menghubungi talian hotline CCID Scam Response Center untuk membuat laporan atau sekadar ingin bertanya tentang modus operandi jenayah scam online. Anda boleh buat panggilan dan bercakap dengan pegawai melalui nombor 03-26101559 atau 03-26101599. Waktu beroperasi pula adalah dari 8 a.m sehingga 8 p.m. setiap hari.
Pastikan anda simpan butiran aduan dan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak polis. Tetapi anda diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan hanya berurusan dengan nombor-nombor rasmi yang disediakan oleh pihak berkuasa. Sertakan butiran yang jelas dan bukti yang kuat untuk membantu penyiasatan dan menangani penipuan dengan lebih berkesan.
Sumber Gambar: Freepik (@Opatsuvi)
Berhati-hati sekiranya pinjaman yang ditawarkan kepada anda mempunyai satu atau lebih tanda amaran yang dihuraikan. Pastikan anda menyemak dengan teliti siapa anda sedang berurusan sebelum meneruskan tindakan lanjut.
Kami ingin mengingatkan sekali lagi bahawa pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta sebarang wang pendahuluan atau perkhidmatan daripada peminjam. Jadilah peminjam yang bijak dan hanya pinjam daripada pemberi peminjam yang sah!
Hubungi kami di social media jika anda mempunyai soalan atau memerlukan bantuan nasihat, kami boleh cuba membantu dan tidak mengenakan apa-apa pembayaran.
Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi tetapi tidak tahu yang mana adalah lebih baik, jangan risau Direct Lending sedia membantu anda. Semak kelayakan 100% percuma.
Tiada caj tersembunyi atau wang pendahuluan yang diperlukan. Semua pinjaman bank dan koperasi di platform kami berkonsep Syariah dan ditaja oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman berlesen yang sah.
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.
1 Comment
KPKT pun ada mcm along. Minta can agreement.
Perlu add-on note, ckp not 100% trusted.