Kalkulator Pinjaman Peribadi Overlap
Anggarkan penjimatan anda dengan pinjaman peribadi overlap
Penafian
Kalkulator pinjaman peribadi overlap ini bertujuan untuk kegunaan peribadi sahaja. Amaun penjimatan bergantung pada jumlah dan kadar sebenar yang anda diluluskan, sekiranya anda memilih untuk memohon. Semua kelulusan permohonan pinjaman tertakluk kepada penilaian kredit dan kelulusan daripada pembiaya di Direct Lending.
Cara untuk guna kalkulator pinjaman peribadi overlap
Langkah 1
Masukkan amaun hutang tertunggak, kadar faedah tahunan dan bayaran bulanan yang anda buat pada masa ini untuk pinjaman anda, seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman lain.
Klik “Tambah pinjaman lain” untuk menambah baki pinjaman tertunggak yang lain dan rujuk ringkasan untuk memahami hutang dan komitmen sedia ada anda. Berdasarkan angka yang anda masukkan:
- Jumlah baki hutang: Jumlah hutang tertunggak untuk semua pinjaman.
- Kadar purata: Kadar faedah purata (setahun %) untuk semua pinjaman.
- Jumlah bayaran bulanan: Amaun termasuk faedah yang anda bayar setiap bulan untuk selesaikan hutang ini.
Langkah 2
Drag slider untuk melaraskan kadar faedah tahunan dan tempoh pinjaman peribadi overlap anda untuk melihat kesan yang terjadi kepada jumlah bayaran bulanan anda.
Langkah 3
Keputusan menunjukkan jumlah bayaran bulanan dan jumlah simpanan yang anda boleh dapat dengan menyatukan semua hutang anda dalam satu pinjaman peribadi overlap kadar tetap.
Video Tutorial: Kalkulator Pinjaman Peribadi Overlap
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi
Klik 'Semak Kelayakan' dan beritahu kami apa yang anda perlukan
Banding dan pilih pinjaman yang sesuai untuk anda
Hantar dokumen, dapatkan bantuan pinjaman yang diperibadikan untuk anda daripada konsultan kami yang berdedikasi
Soalan Lazim
Jika anda mempunyai pinjaman yang banyak dalam satu masa yang sama seperti, kad kredit, pinjaman pendidikan, hutang kereta dan lain-lain, anda mungkin mengalami kesukaran dalam menjejaki pembayaran bulanan dan mengetahui baki pinjaman tertunggak.
Oleh itu, cara yang akan membantu untuk memudahkan pengurusan hutang dan kewangan anda adalah dengan memohon pinjaman peribadi overlap. Anda boleh gunakan pinjaman peribadi ini untuk menyelesaikan semua hutang sedia ada, dan membuat satu bayaran bulanan sahaja.
Penyatuan hutang ini mungkin dapat memperbaiki situasi kewangan, tapi ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada keredit anda. Pinjaman peribadi overlap tidak menjadikan anda bebas hutang serta merta kerana anda tetap perlu membuat pembayaran hutang dengan lebih baik dan tepat pada masanya. Pinjaman tersebut masih perlu dibayar sehingga mencapai baki sifar.
Oleh itu, sebelum bersetuju dengan pinjaman baru, penting untuk anda memahami cara penyatuan hutang atau pun overlap berfungsi. Kami telah menyediakan panduan yang komprehensif dalam Soalan Lazim ini untuk membantu anda memahami lebih lanjut.
Pinjaman peribadi overlap juga dikenali sebagai penyatuan hutang. Teknik penyatuan hutang ini adalah strategi kewangan yang menggabungkan beberapa pinjaman ke satu pinjaman baru dengan kadar tetap, selalunya kadar pinjaman ini lebih rendah dan memudahkan urusan bayaran balik.
Sebagai contoh, menyatukan semua pinjaman tidak bercagar seperti, kad kredit, bil perubatan dengan kadar faedah yang tinggi ke satu pinjaman baru bukan saja dapat menjimatkan wang malah dapat membantu anda untuk menyelesaikan baki hutang tertunggak lebih cepat.
Penyatuan hutang adalah pilihan yang bijak atas beberapa situasi — tapi tidak semestinya ia adalah pilihan yang terbaik. Pertimbangkan untuk menyatukan hutang jika anda mempunyai:
- Jumlah hutang yang banyak. Jika anda hanya mempunyai sejumlah hutang yang boleh diselesaikan kurang daripada setahun, penyatuan hutang mungkin tidak berbaloi disebabkan kos dan pelan pembayaran yang disertakan dengan pinjaman baru.
- Pelan tambahan untuk mengukuhkan kewangan anda. Ada sesetengah hutang tidak dapat dielakkan, seperti pinjaman perubatan, namun ada juga punca berhutang yang yang disebabkan daripada perbelanjaan berlebihan atau tabiat buruk kewangan yang lain. Sebelum anda mohon pinjaman peribadi overlap untuk menyatuan hutang anda, nilai tabiat perbelanjaan dan rangka strategi untuk mengawal kewangan anda. Jika tidak, anda mungkin mempunyai lebih banyak hutang daripada yang anda miliki sebelum membuat penyatuan hutang.
- Skor kredit yang cukup tinggi untuk layak menikmati kadar faedah lebih rendah. Jika skor kredit anda meningkat sejak anda menyelesaikan pinjaman yang lain, anda berpotensi untuk mendapatkan pinjaman peribadi overlap dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman sedia ada. Ini boleh membantu anda menjimatkan faedah sepanjang tempoh pinjaman.
- Pembayaran balik pinjaman yang tidak membebankan. Hanya buat penyatuan hutang jika pendapatan sedia anda cukup untuk membayar balik pinjaman baru. Elakkan memohon pinjaman peribadi overlap jika anda sudah tidak mampu untuk membuat bayaran balik untuk pinjaman baru.
- Memudahkan pembayaran pinjaman anda. Mungkin sukar untuk menjejaki dan membayar semua hutang anda daripada pelbagai pemberi pinjaman. Kesibukan dalam aktiviti harian anda akan menyebabkan anda mudah untuk terlepas pandang tentang pembayaran bulanan. Di sinilah penyatuan hutang menggabungkan semua pinjaman anda menjadi satu bayaran balik. Dengan cara itu, anda dapat fokus dengan satu bayaran balik saja untuk menyelesaikan komitmen bulanan.
- Jimat kadar faedah. Menurunkan kadar faedah pinjaman anda boleh menjimatkan ratusan atau malah ribuan Ringgit. Ianya juga memudahkan untuk anda menjejaki pembayaran bulanan, serta dapat menyelesaikan hutang tertunggak dengan lebih cepat.
- Bayaran bulanan yang tetap. Pinjaman peribadi overlap mempunyai pelan bayaran bulanan yang tetap, yang bermaksud anda boleh mengetahui masa yang tepat bila anda akan bebas hutang. Ini juga boleh memberi motivasi yang lebih tinggi untuk anda membayar hutang.
- Bayar hutang lebih cepat. Jika faedah ke atas pinjaman peribadi overlap anda lebih rendah daripada faedah ke atas pinjaman sedia ada, pertimbangkan untuk membuat pembayaran extra dengan wang yang anda simpan setiap bulan. Ini boleh membantu anda menyelesaikan pinjaman dengan lebih cepat, dan menjimatkan lebih banyak bayaran faedah dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penyatuan hutang selalunya menghasilkan tempoh pinjaman yang lebih lama—jadi anda perlu membuat keputusan untuk membayar hutang anda lebih awal untuk memanfaatkan faedah ini.
- Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Mengambil pinjaman peribadi overlap mungkin melibatkan caj tambahan seperti duti setem, insurans Takaful, yuran tahunan dan caj lain. Tapi, ingat pemberi pinjaman yang sah tidak memerlukan peminjam membuat bayaran pendahuluan sebelum menerima pembiayaan. Jadi, jika terdapat sebarang caj atau yuran, ia akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman anda, dan anda tidak perlu membayar apa-apa caj secara tunai.
- Boleh meningkatkan kadar faedah anda. Penyatuan hutang mungkin pilihan yang bijak jika anda layak untuk kadar faedah yang lebih rendah. Namun, jika skor kredit anda tidak cukup baik untuk mendapatkan kadar terbaik, anda boleh diberikan kadar yang lebih tinggi daripada kadar hutang semasa anda.
- Anda mungkin akan membayar faedah lebih banyak dalam tempoh pinjaman. Walaupun kadar faedah anda dapat diturunkan dengan penyatuan hutang, anda mungkin akan membayar lebih banyak faedah sepanjang tempoh pinjaman baharu. Apabila anda menyatukan hutang, tempoh bayaran balik bermula pada hari pertama sehingga mencecah tujuh tahun. Walaupun bayaran bulanan keseluruhan anda lebih rendah, faedah akan terakru dalam tempoh yang lebih lama. Untuk mengelakkan masalah ini, rancang untuk pembayaran bulanan yang lebih besar daripada jumlah minimum pinjaman. Dengan cara ini, anda boleh menikmati faedah pinjaman peribadi overlap tanpa menanggung faedah tambahan.
- Tidak akan menghapuskan hutang. Penyatuan hutang menjadikan pembayaran lebih mudah, tetapi ianya tidak akan menyelesaikan masalah tabiat kewangan yang menjadi punca utama masalah kredit tersebut. Ada beberapa situasi di mana ramai peminjam yang membuat pinjaman peribadi overlap, terpaksa menanggung baki hutang yang lebih besar kerana mereka gagal mengawal tabiat buruk perbelanjaan. Jadi, jika anda ingin mohon penyatuan hutang untuk membayar semua baki kad kredit yang telah mencapai had penggunaan maksimum, mulakan pelan tersebut dengan pengurusan kewangan yang lebih baik dan berdisiplin.
Banyak jenis hutang boleh disatukan, tetapi pinjaman peribadi overlap lebih bermanfaat apabila ianya melibatkan pinjaman dengan kadar faedah tinggi, seperti kad kredit. Kebaikan utama penyatuan hutang ialah anda dapat menjimatkan wang kerana membayar kadar faedah yang lebih rendah.
Pertimbangkan juga untuk menyatukan hutang atau bil seperti:
- Kad kredit
- Pinjaman pendidikan
- Pinjaman peribadi
- Pinjaman 'payday'
- Pinjaman kenderaan / auto
- Pinjaman perubatan / bil perubatam
- Pinjaman retail
- Mana-mana ansuran pinjaman yang lain
Jika anda memilih penyatuan hutang untuk membayar hutang, ia berkemungkinan akan meningkatkan skor kredit anda dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, skor kredit anda akan turun sedikit buat sementara waktu, kerana proses awal penyatuan hutang akan membuat pemeriksaan kepada laporan kredit anda. Jangan risau, situasi ini tidak akan memberi kesan negatif selagi anda membuat pembayaran tepat pada masanya dan tidak membuat sebarang pinjaman baru yang akan menjejaskan kredit.
Penyatuan hutang adalah langkah bijak apabila:
- Bayaran hutang bulanan (termasuk sewa atau gadai janji) tidak melebihi 50% daripada pendapatan kasar bulanan.
- Kredit anda cukup baik untuk layak mendapat kad kredit faedah 0% atau pinjaman peribadi overlap dengan kadar faedah rendah.
- Aliran tunai anda dapat membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten.
- Jika anda memilih pinjaman peribadi overlap, anda boleh membayarnya dalam tempoh lima tahun.
1. Senaraikan semua hutang sedia ada anda.
Senaraikan semua hutang sedia ada anda. Pilih hutang yang anda ingin satukan. Semak kadar faedah, tempoh pinjaman dan baki tertunggak semasa. Rujuk kepada pemberi pinjaman untuk mendapatkan maklumat pinjaman yang lebih tepat.
2. Buat pengiraan mudah
Mari kita anggap bahawa Adam mempunyai:
Pinjaman Peribadi | Kad Kredit |
---|---|
Jumlah: RM10,000 | Jumlah: RM10,000 |
Kadar faedah: 8% setahun | Kadar faedah: 18% setahun |
Tempoh pinjaman: 3 tahun | Tempoh pinjaman: 2 tahun |
ika anda campurkan (8% + 18%), kadar purata faedah menjadi 13% setahun. Maka penyatuan hutang adalah berbaloi apabila kadar faedah untuk pinjaman peribadi overlap itu lebih rendah daripada jumlah kadar purata faedah ke atas hutang sedia ada. Da
Anda boleh gunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi Overlap kami untuk menganggarkan jumlah penjimatan dengan penyatuan hutang. Kalkulator ini melakukan pengiraan untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan beberapa maklumat asas untuk dapatkan jumlah penjimatan dengan lebih terperinci.
3. Mohon dengan pemberi pinjaman yang boleh dipercayai
Jika anda telah membuat keputusan untuk menggunakan pinjaman peribadi untuk membayar hutang kad kredit atau komitmen pinjaman yang lain; anda boleh semak kelayakan pinjaman dengan Direct Lending – Platform pinjaman peribadi digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda.
Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi cepat, selamat dan mampu milik untuk anda. Seperti biasa, perkhidmatan kami 100% percuma, tanpa bayaran pendahuluan atau yuran pemprosesan. Semak Kelayakan Percuma
- Bukti pendapatan. Ini adalah salah satu kelayakan yang paling penting. Pemberi pinjaman ingin mengetahui bahawa anda mempunyai kemampuan kewangan untuk memohon pinjaman./li>
- Sejarah kredit. Pemberi pinjaman akan menyemak sejarah pembayaran dan laporan kredit anda.
- Kestabilan kewangan. Pemberi pinjaman ingin mengetahui bahawa anda mempunyai risiko kewangan yang baik.
Namun, setiap pembiaya akan mempunyai kriteria mereka sendiri berdasarkan status pekerjaan anda, pendapatan dan skor kredit anda. Penting untuk anda tahu bahawa cara setiap pemberi pinjaman berbeza dalam memproses penyatuan hutang.
- Warganegara Malaysia berumur 20 sehingga 58 tahun
- Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih
- Jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, senarai hitam atau CCRIS/CTOS juga layak mohon (untuk pinjaman koperasi terpilih)
Setiap pemberi pinjaman, mempunyai syarat kelayakan mereka sendiri berdasarkan status pekerjaan, pendapatan dan skor kredit anda.
Bank dan koperasi mungkin pilihan yang baik kerana anda boleh membincangkan situasi kewangan dengan perunding pinjaman. Perunding itu boleh menyemak kewangan anda, membuat cadangan dan mungkin meminta pengecualian yang membolehkan pinjaman anda diluluskan.
Koperasi, khususnya, lebih memfokuskan kepada segelintir komuniti, dan mereka bersedia untuk membantu anda jika anda mempunyai kredit yang rendah. Pinjaman peribadi overlap daripada koperasi adalah lebih mudah berbanding pinjaman bank komersial kerana pembayaran balik pinjaman koperasi dibuat melalui potongan gaji melalui ANGKASA.
Baca: 6 Pinjaman Peribadi Koperasi Untuk Peminjam Masalah CTOS & CCRIS, AKPK/SAA
Jenis dokumen akan berbeza untuk setiap pemberi pinjaman, bergantung pada jenis pekerjaan anda. Untuk mempercepatkan proses permohonan pinjaman anda, pastikan anda telah mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan. Berikut adalah dokumen am yang perlu anda sediakan untuk memohon pinjaman peribadi Overlap di Malaysia:
- Salinan NRIC anda
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan (jika anda memohon pinjaman bank & koperasi)
- Dan sekurang-kurangnya satu (1) daripada:
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC)
- Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika perlu
Anda boleh menerima kelulusan pinjaman anda sepantas 2 hari bekerja hingga kira-kira 2 minggu. Ini bergantung pada bank atau koperasi yang anda pilih.
Kebanyakkan pemberi pinjaman peribadi di Malaysia menawarkan kadar faedah tetap, di mana ansuran bulanan sepanjang tempoh bayaran balik adalah tetap.
Di Direct Lending, kami menawarkan pembiayaan dengan kadar yang kompetitif iaitu kadar faedah yang tetap daripada bank dan koperasi yang boleh luluskan pinjaman secara online dan lebih mudah. Kadar pembiayaan serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja. Klik sini untuk mohon.
Tidak, tiada bayaran pendahuluan diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi atau memproses permohonan anda di Malaysia. Direct Lending menyediakan perkhidmatan yang percuma kepada pengguna mereka. Jika anda dikehendaki membayar yuran tersebut, segera hubungi pihak berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang penipuan pinjaman di Malaysia dengan membaca artikel di blog kami.
Pinjaman peribadi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermakna anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau melantik penjamin untuk membuat pinjaman wang.
Anda boleh menggunakan kad kredit selepas membuat penyatuan hutang jika akaun masih aktif dan dalam keadaan baik. Pastikan anda menggunakannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan kewangan sebelum ini berlaku lagi.
Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi yang membolehkan peminjam mencari, memohon dan menerima pembiayaan yang paling sesuai dengan mereka.
Produk pinjaman peribadi di platform Direct Lending sesuai untuk sektor swasta dan kakitangan awam di Malaysia.
Bagi penjawat awam, kami menawarkan pinjaman bank dan koperasi yang anda boleh perolehi daripada rakan kongsi pembiayaan kami yang terkenal dan berwibawa.
Bagi sektor swasta, anda boleh memohon pinjaman peribadi wang berlesen cepat dan selamat daripada lebih 15 rakan kongsi pinjaman berlesen di Malaysia untuk memenuhi keperluan pembiayaan anda.
Gunakan kalkulator pinjaman peribadi percuma kami untuk mengira ansuran bulanan pinjaman anda.
Perkhidmatan kami 100% PERCUMA dan tidak memerlukan sebarang bayaran daripada pelanggan pada bila-bila masa. Direct Lending telah menerima 3,000++ ulasan yang dinilai 5 bintang oleh pelanggan kami dalam Google Business Page dan Facebook kami.