Content Creator and Business Journalist
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan dengan tujuan memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Namanya pun pinjaman, jadi graduan diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik selepas tamat pengajian. Namun, sering kali kita dengar graduan tersangkut dan berdepan kesukaran membuat bayaran balik PTPTN selepas tamat pengajian. Ini adalah cara bayar PTPTN dengan bijak untuk selesaikan hutang lapuk dengan cepat.
Anda perlu menetapkan niat dengan matlamat akan berusaha membayar hutang tersebut dengan konsisten.
Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter PTPTN atau cuba menghubungi pejabat khidmat pelanggan PTPTN untuk bertanyakan tentang penstrukturan semula bayaran balik pinjaman PTPTN.
Antara skim yang akan disyorkan oleh staf PTPTN ialah penukaran kepada skim ujrah.
Skim ini mengenakan caj yuran pentadbiran serendah 1% setahun berbanding skim bayaran balik konvensional sebanyak 3-5%.
3. Gabungan Pinjaman
Sekiranya anda membuat pinjaman PTPTN untuk pelbagai peringkat pengajian seperti diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana, anda boleh menggabungkan pinjaman-pinjaman ini dan melayakkan untuk membayar satu jenis yuran caj pentadbiran sahaja yang pastinya lebih menjimatkan.
Gabungan ini akan disertai dengan pakej skim ujrah bagi meringankan lagi beban anda.
Duit KWSP dalam akaun 2 boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN. Anda akan kurang berasa ralat untuk menggunakannya kerana ia tidak boleh dikeluarkan dan dibelanjakan sewenang-wenangnya, hanya boleh digunakan untuk bayaran tertentu sahaja.
Antara kelebihannya:
Simpanan dalam ASB ini memerlukan anda mempunyai semangat yang kuat dalam menabung. Setiap tahun, dividen yang diperolehi agak lumayan dan boleh disalurkan untuk pembayaran PTPTN.
Ditambah dengan bayaran secara konsisten kepada PTPTN setiap bulan, tidak mustahil anda boleh melunaskan hutang PTPTN kurang daripada 5 tahun.
Bagi institut pengajian yang mengenakan yuran pengajian dan kos kehidupan yang tinggi, para pelajar perlu kreatif dalam mencari pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup dan simpanan masa depan.
Antara pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan ialah menjadi agen dropship produk, bekerja di pasar raya dan terlibat dalam ekonomi gig seperti penghantaran makanan dan e-hailing atau mana-mana pekerjaan mengikut kesesuaian sebagai seorang pelajar.
PTPTN menggalakkan usaha bayaran balik para peminjam dengan menawarkan beberapa tawaran menarik yang wajar direbut, seperti:
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
1. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
2. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
3. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
4. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
Saluran | Keterangan | Caj (RM) | Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja) |
Kaunter PTPTN (seluruh negara) | |||
Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:Kad debit dan kad ATM yang mempunyai logo MEPS.Kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja). | - | 3 hari | |
Kaunter Ejen | Bank Islam | 1.00 | 3 hari |
Bank Rakyat | 0.50 | 3 hari | |
Pos Malaysia | 2.00 | 7 hari | |
CIMB Bank | 2.00 | 3 hari | |
Bank Simpanan Nasional (BSN) | 0.50 | 3 hari | |
Potongan Gaji | Potongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan.Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara online. | - | - |
Direct Debit | Kemudahan potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa peminjam.Mohon Direct Debit secara online di sini. | - | - |
Kiosk PayQuik | Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Lokasi PayQuik, klik sini. | 1.00 | 1 hari |
Razer Cash di 7-Eleven | Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Pautan Razer Cash di 7-Eleven | 1.00 | 3 hari |
Digi Kiosk | Saluran bayaran pinjaman secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Lokasi Digi Kiosk, klik sini. | 1.00 | 3 hari |
e-pay | Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai. Perkhidmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron. |
1.00 | 1 hari |
Nota: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Saluran |
Keterangan |
Caj (RM) |
Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja) |
Perbankan Internet |
Bank |
- |
- |
1.00 |
3 hari |
||
0.50 |
3 hari |
||
1.00 |
3 hari |
||
1.00 |
3 hari |
||
1.00 |
3 hari |
||
- |
- |
||
1.00 |
3 hari |
||
0.50 |
3 hari |
||
0.50 |
3 hari |
||
0.50 |
3 hari |
||
0.50 |
3 hari |
||
JomPAY |
|
- |
3 hari |
MyPay |
0.50 |
3 hari |
|
Shopee |
|
1.00 |
3 hari |
kiplePay |
|
1.00 |
3 hari |
BESTPay |
|
1.00 |
3 hari |
KelantanPAY |
|
0.80 |
3 hari |
Portal Rasmi PTPTN *Penyata pinjaman juga boleh disemak di sini. |
Senarai bank terlibat:
Senarai kredit kad:
|
- |
1 hari |
Rujukan: PTPTN
Nota: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Pembatalan Pemotongan Gaji
Kegagalan majikan menguruskan potongan gaji
Adalah menjadi kesalahan bagi majikan yang gagal menguruskan potongan gaji. Tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan Seksyen 29, Akta PTPTN di mana hendaklah menjadi suatu tanggungjawab majikan selepas dimaklumkan secara bertulis oleh PTPTN untuk membuat potongan gaji peminjam bagi maksud menyelesaikan pinjaman PTPTN secara ansuran bulanan. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi makluman berkenaan boleh disabitkan di bawah Subsekyen 2 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Kelebihan Bayaran Balik PTPTN Melalui Pengeluaran KWSP
Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP
Nota: Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.
Kaedah Permohonan Pengeluaran
Secara Online (e-Pengeluaran)
Nota: Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Tempoh Masa Bayaran
Pendaftaran i-Akaun
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Bil. |
Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019 |
Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019 |
1. |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
2. |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
3. |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
4. |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
5. |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
6. |
- |
Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.
*(mana-mana yang berkaitan) |
*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Anda akan disenarai hitam di laporan CCRIS, dan ini akan menyebabkan kualiti laporan kredit anda terjejas. Akibatnya, anda akan menghadapi kesukaran sekiranya anda ingin memohon pinjaman dari ba
Penerima pinjaman akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jika tidak membuat bayaran balik atau mempunyai tunggakan.
Implikasinya, anda bakal dihalang daripada ke luar negara, tidak boleh memperbaharui pasport atau memohon passport baru.
Pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis peringatan bayaran balik dan juga notis tuntutan sekiranya anda tidak membuat bayaran balik.
Sekiranya anda masih tidak melakukan pembayaran atau melakukan sebarang rundingan, PTPTN akan mendakwa anda di mahkamah.
Bila hutang dah menggunung dan setiap bulan duit gaji habis untuk bayar hutang sahaja. Ada beberapa teknik dan cara bayar PTPTN yang anda kena buat.
Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Pemberi pinjaman akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru) dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada.
Ringkasnya, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.
Bila sudah masuk tahun 2024, ada banyak cara untuk buat side income telah diperkenalkan. Mungkin ramai yang selesa untuk buat 1 kerja sahaja, tetapi ada segelintir yang terbeban dengan komitmen kewangan dan satu sumber pendapatan sahaja tidak mencukupi. Ada banyak cara buat side income walaupun anda mempunyai kerja sepenuh masa. Contohnya; buat bisnes dropship, jadi rider part-time, affiliate, buat online survey, ejen hartanah, ejen insurans dan banyak lagi.
Mungkin anda rasa sukar untuk buat tabung bayar hutang. Sebenarnya, ada beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk buat simpanan. Salah satunya adalah dengan buat pelaburan emas. Untung yang anda dapat balik dengan beli dan simpan emas berbaloi untuk topup tabung hutang anda malah dapat selesaikan hutang lebih awal.
Jika anda berkemampuan untuk membayar hutang PTPTN, sila berbuat demikian. Hutang PTPTN adalah satu tanggungjawab yang besar kepada peminjamnya. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau kesukaran, berbincanglah dengan pihak PTPTN.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending, platform pinjaman bank & koperasi yang bantu anda cari, mohon & banding pinjaman secara percuma dan selamat. Hubungi kami untuk bantuan pembiyaan peribadi yang selamat dan kadar serendah 2.95% setahun.
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.
1 Comment
Info yang bermanfaat. Terima kasih.
accounting firm
bayar lhdn