Marketing
Mulai 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan satu lagi Akaun Fleksibel (Akaun 3) yang baharu.
Ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun Fleksibel mereka pada bila-bila masa mengikut keperluan mereka melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP. Jangan pula bila kerajaan sudah benarkan anda keluarkan simpanan hari tua tersebut untuk tujuan yang tidak bermanfaat.
Oleh itu, untuk manfaat semua pemohon ini adalah 10 cara bijak untuk anda belanjakan duit KWSP Akaun 3 tersebut.
Pilihan ini mestilah pilihan ramai kan? Cuba anda gunakan duit KWSP untuk langsaikan mana-mana hutang yang anda ada untuk elak terus dibebani hutang lama pada masa akan datang. Terutamanya seperti hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang setinggi 15%-18% setahun.
Atau sekiranya anda masih ada lagi tungakkan motor atau kereta yang belum dibayar, lebih baik gunakan duit tersebut untuk settlekan tunggakkan tersebut. Ini sebab jika hutang anda bertimbun dan ada tunggakkan, ini akan mengakibatkan kredit skor rekod CCRIS dan CTOS anda jadi kurang cantik.
Pandemik Covid-19 ini telah mengajar kami semua, terutamanya individu yang ingin memiliki bisnes sendiri untuk keluar dari ‘comfort zone’ masing-masing. Disebabkan oleh situasi mencabar Covid-19 ini, ramai mula meluaskan bisnes mereka secara online.
Contohnya jika anda mengeluarkan sebanyak RM10,000 daripada KWSP. Cuba untuk gunakannya hanya dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 bagi memulakan modal berniaga. Janji jumlah yang digunakan di peringkat awal tidak lebih separuh daripada duit KWSP. Ini juga boleh bantu anda untuk kurangkan risiko yang anda bakal hadapi. Anda boleh mulakan dengan beberapa perniagaan yang menguntungkan dengan modal di bawah RM10k sahaja.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliki ciri pelaburan yang unik iaitu berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan tinggi. Setiap tahun ASB akan memberikan pulangan dividen yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti fixed deposit.
Selain itu, jika anda kekal menyimpan atau tidak mahu mengeluarkannya daripada KWSP. Kemungkinan besar pada masa akan datang, anda tidak dapat mengeluarkannya pada bila-bila masa dan perlu menunggu sehingga umur 55 tahun. Baca cara simpan duit di ASB untuk ketahui bagaimana anda dapat untung jika gunakan duit KWSP tersebut di dalam pelaburan ASB.
Sejak pandemik berlaku, banyak sekolah telah ditutup dan ‘online learning’ mula trending. Ramai ibubapa yang perlu belikan laptop atau iPad untuk memudahkan anak-anak belajar di rumah. Ada laptop yang murah dan ada juga yang mahal. Tetapi, jika ada anak 4? Satu laptop memanglah tidak mencukupi. Jadi, jika perlu anda boleh agihkan duit KWSP untuk belikan keperluan pendidikan anak-anak.
Pakar kewangan menasihatkan amaun tabung kecemasan yang ideal adalah 3-6 bulan gaji anda. Dana kecemasan ini boleh digunakan untuk bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan terutamanya untuk situasi luar jangkaan. Cuba simpan 30% daripada duit KWSP untuk beri kelegaan kewangan kepada diri anda pada masa depan.
Adakah anda berminat untuk belajar kemahiran atau skill baru yang anda minati? Jika skill tersebut boleh bantu menjadi nilai tambah dalam anda mencari pekerjaan atau peluang baru atau menambah pendapatan kenapa tidak mencuba? Tidak salah guna duit KWSP untuk tambah kemahiran anda. Sebenarnya ada banyak agensi kerajaan tawar kursus jangka pendek dengan yuran berpatutan. Atau jika anda hendak belajar secara percuma ada banyak kursus online yang anda boleh gunakan.
Ini orang perempuan mesti suka! Selain daripada simpanan ASB, anda juga boleh beli emas untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Baru-baru ini harga emas dilihat semakin menurun. Jadi, inilah masa paling sesuai untuk anda beli dan membuat pelaburan. Jika anda ingin membeli emas, baca artikel ini untuk ketahui formula mudah kira upah untuk ‘nego’ harga murah.
Boleh guna untuk tampung kos sara hidup untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Hal ini kerana boleh dikatakan semua orang terjejas ketika ini akibat pandemik Covid-19. Oleh itu, dengan adanya duit KWSP ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga dalam menyara keluarga masing-masing.
Ramai yang mula bekerja dari rumah sejak PKP tahun lepas. Sekiranya anda selalu gunakan komputer office, mungkin apabila anda terpaksa bekerja di rumah, anda perlu gunakan komputer riba atau laptop. Jadi, anda boleh ketepikan sedikit duit KWSP untuk beli laptop baru.
Sebenarnya tidak salah beli barang peribadi untuk beri ganjaran kepada diri sendiri. Tapi anda perlu pandai bezakan antara apa itu keperluan dan juga kehendak. Belilah sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri. Pada masa yang sama, anda juga boleh memperuntukkan sedikit wang belanja untuk keluarga anda membeli pakaian baru untuk mereka. Pasti mereka gembira dan bahagia!
Jadi, apa pendapat atau pandangan anda? Ini hanyalah perkongsian daripada para pakar ekonomi Malaysia yang cuma memberikan cadangan. Bagaimana pula dengan anda, apakah perkara yang ada akan buat dengan duit KWSP ini?
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 10 Mac 2021 dan dikemas kini pada 26 April 2024)
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
1 Comment
Baiki rumah baikpulih rumah