Marketing
Berapa ramai daripada kita semua mempunyai “bank” simpanan untuk hari tua selain daripada KWSP? Tahukah anda, kebanyakkan rakyat Malaysia hanya bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan hari pencen mereka, sedangkan banyak lagi platform pelaburan terbaik di Malaysia yang memberi manfaat dan keuntungan lebih banyak daripada simpanan biasa.
Pastinya pada hari tua nanti kita memerlukan simpanan dan tabung kecemasan untuk menampung kehidupan seharian selepas berhenti kerja. Menjadi persoalannya sekarang, adakah simpanan KWSP kita nanti cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari?
Berdasarkan pengumuman terkini daripada KWSP, kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM228,000 kepada RM240,000 bermula 1 Januari 2019. Ini bermaksud, jumlah sasaran simpanan minimum untuk ahli apabila mencecah umur 55 tahun ialah RM240,000.
Jadual 1 adalah sasaran untuk ahli yang tidak mengeluarkan sebarang simpanan dalam akaun KWSP sehingga umur 55 tahun nanti. Namun, semenjak pandemik Covid-19 melanda, ramai rakyat yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, KWSP telah membuka permohonanan i-Sinar dan i-Citra untuk ahli membuat pengeluaran simpanan daripada akaun KWSP sebagai alternatif untuk ahli mendapatkan dana tambahan untuk menampung keperluan hidup.
UMUR | KUANTUM SIMPANAN ASAS | UMUR | KUANTUM SIMPANAN ASAS |
18 | 2,000 | 37 | 68,000 |
19 | 4,000 | 38 | 74,000 |
20 | 6,000 | 39 | 80,000 |
21 | 8,000 | 40 | 86,000 |
22 | 10,000 | 41 | 93,000 |
23 | 13,000 | 42 | 101,000 |
24 | 15,000 | 43 | 108,000 |
25 | 18,000 | 44 | 116,000 |
26 | 21,000 | 45 | 125,000 |
27 | 24,000 | 46 | 134,000 |
28 | 27,000 | 47 | 144,000 |
29 | 31,000 | 48 | 154,000 |
30 | 35,000 | 49 | 164,000 |
31 | 39,000 | 50 | 175,000 |
32 | 43,000 | 51 | 187,000 |
33 | 47,000 | 52 | 199,000 |
34 | 52,000 | 53 | 212,000 |
35 | 57,000 | 54 | 226,000 |
36 | 62,000 | 55 | 240,000 |
Jadual 1: Kuantum Simpanan Asas Baru Mengikut Umur (sumber: KWSP)
Tidak dinafikan pengeluaran i-Sinar dan i-Citra ini banyak membantu ahli yang terjejas, namun initiatif ini juga memberi kesan pengurangan kepada baki wang simpanan dalam akaun KWSP ahli. Pada September lalu, KWSP telah menyatakan kerisauan terhadap simpanan hari persaraan rakyat Malaysia kerana 46% ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah mempunyai baki simpanan tidak kurang daripada RM10,000.
Jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran, anda mungkin akan berjaya capai target simpanan seperti di Jadual 1. Namun, untuk yang terpaksa membuat pengeluaran penting untuk anda ketahui bahawa selain daripada simpanan KWSP ada banyak lagi ‘bank’ simpanan hari tua anda.
Jangan risau, tidak semestinya anda tidak akan capai target simpanan hari tua tersebut jika membuat pengeluaran i-Sinar & i-Citra. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 6 platform pelaburan terbaik sebagai ‘backup plan’ anda.
Jangan risau menyimpan atau melabur duit anda di sini kerana Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) memberi jaminan untuk pelindungan sekiranya bank didapati bankrap.
Malah, platform pelaburan terbaik ini juga merupakan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia jika ingin menunaikan ibadah haji di Mekah.
Oleh itu, sambil anda menyimpan untuk kegunaan hari tua nanti, anda juga sudah ada duit mencukupi untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu.
Ini juga salah satu platform pelaburan terbaik untuk mengembangkan lagi duit anda selain daripada mencarum di KWSP. Hal ini kerana ianya konsisten dalam memberi dividen yang baik setiap tahun iaitu pulangan 5% dan ke atas.
Jadi, anda boleh mempertimbangkan cara simpan duit di asb ini sebagai pelaburan terbaik jangka panjang dan kegunaan hari tua anda nanti.
Baru-baru ini, ASB baru sahaja mengumumkan kemudahan pendafataran akaun secara dalam talian sahaja. Jika anda masih belum mempunyai akaun ASB, muat turun aplikasi dan ikut langkah seterusnya untuk daftar dengan mudah.
Selain simpanan hari tua, simpanan ASB juga boleh dijadikan instrumen simpanan untuk anak anda, terutamanya simpanan pendidikan mereka di masa depan.
Perbezaan sebanyak RM112 bila anda melaburkannya 11 tahun dulu, bayangkan jika anda mempunyai 100 gram emas pada hari persaraan nanti jika mula buat pelaburan emas pada hari ini.
Harga emas ketika itu mungkin akan naik sehingga RM300 segram dan anda mungkin tidak perlu menggunakan lagi duit KWSP untuk menampung kehidupan seharian untuk 5 tahun pertama.
Kebiasannya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ini ialah jangka panjang. Mungkin anda familiar dengan ASB. Jadi, ASB juga adalah unit trust tetapi untuk jangka pendek.
Sebaik-baiknya ada harus mempunyai konsultan yang pantau akaun anda. Konsultan ini yang akan menjadi penasihat untuk anda bila masa yang sesuai tambahkan pelaburan bagi mengembangkan lagi duit anda.
Agak berisiko tetapi jika ada mempunyai ilmu yang kukuh dan bersedia untuk melabur dalam platform ini percayalah ia memberi pulangan yang tinggi. Jadi ,sebelum anda menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ini pastikan ada mempunyai ilmu tentangnya supaya ada tidak kerugian kemudian hari.
Sebenarnya, ada banyak nasihat kewangan percuma yang anda boleh rujuk untuk belajar cara simpan duit atau melabur. Sertai Facebook group, tonton video YouTube ataupun trend terkini adalah mendengar perbualan di Clubhouse. Terpulanglah platform yang mana anda lebih suka. Janji anda belajar menyimpan atau melabur mulai dari sekarang supaya anda mempunyai kewangan yang kukuh pada hari persaraan nanti.
Tonton video ini untuk penjelasan platform pelaburan terbaik untuk panduan anda.
Apa itu Robo-Advisor? Robo-Advisor adalah sebuah program yang menguruskan portfolio pelaburan penggunanya secara automatik. Program seperti ini biasanya menggunakan algoritma, matematik dan kecerdasan buatan (AI) bagi menentukan aset yang akan di dalamnya.
Ia secara automatik mencipta portfolio untuk anda berdasarkan matlamat pelaburan dan potensi risiko dan mengimbanginya secara berkala.
Kebiasaaanya, robo advisor Malaysia akan menggunakan wang anda untuk melabur dalam dana exchange traded funds (ETFs), iaitu kumpulan saham bon atau pelaburan lain.
Bagaimanapun, setiap robo-advisor menggunakan metadologi/cara pelaburan berbeza, iaitu pelaburan asas dan peruntukan portfolio anda akan berbeza berdasarkan platform robo-advisor yang dilaburkan.
Setakat April 2024, terdapat 3 robo-advisor yang berstatus patuh syariah di Malaysia, iaitu Wahed Invest dan RAIZ.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 22 Februari 2021 dan dikemaskini semula pada 25 April 2024).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.