Marketing
Isu pendapatan rendah menjadikan segelintir rakyat Malaysia masih hidup secara kais makan gaji sahaja setiap bulan. Oleh itu, bagi mereka yang tiada simpanan, pinjaman peribadi menjadi tempat bergantung sekiranya memerlukan wang segera untuk apa-apa kecemasan. Walaubagaimanapun, dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat, terdapat pelbagai aplikasi dan medium yang boleh dimanfaatkan untuk buat duit online. Terdapat juga cara jana income yang tidak memerlukan modal, dan selamat. Oleh itu, ramai yang sudah mula buat 2-3 kerja dalam satu masa untuk menambah pendapatan mereka. Jika anda berminat dengan cara menambah pendapatan, ini beberapa cara dan pekerjaan yang anda boleh lakukan.
Portal ‘crowdsourcing’ seperti Fiverr, Upwork, Freelancer, dan Servishero membolehkan anda untuk memperkenalkan kemahiran dan perkhidmatan anda secara online dengan mudah. Anda hanya perlu daftarkan satu profil, isikan butir-butir kemahiran atau bakat anda dan mula memohon pekerjaan yang telah diiklankan.
Kebanyakan kerja yang diiklankan di portal-portal ini merupakan pekerjaan yang boleh dibuat dari jauh tanpa perlu berjumpa dengan majikan atau pekerja. Semuanya beroperasi secara dalam talian. Kategori pekerjaan yang popular termasuklah penulisan artikel atau terjemahan, reka bentuk, penghasilan media dan penulisan dan banyak lagi.
Sekiranya anda minat menulis, jadilah seorang penulis sepenuh masa. Gunakan kemahiran anda dan jana pendapatan melalui pemasaran bergabung. Contohnya, anda boleh mula dengan blogging, kursus dalam talian, menerbitkan buku dan lain-lain.
Jika anda tidak berminat dengan kerja freelance yang memerlukan kemahiran spesifik, anda boleh menjadi pemandu servis e-Hailing di Malaysia. Aplikasi popular seperti Grab membolehkan anda menggunakan kereta sendiri untuk menjadi seorang pemandu sambilan yang bebas. Terdapat juga aplikasi lain yang anda boleh rujuk di bawah.
Selain daripada jadi pemandu Grab, anda boleh juga gunakan kereta sendiri untuk buat servis penghantaran atau kurier. Pekerjaan ini juga lebih sesuai untuk anda yang introvert dan tak mahu berinteraksi secara langsung dengan pelanggan. Hanya perlu pickup barang di hub delivery berdekatan dan hantar.
Ada banyak syarikat kurier dan penghantaran yang menawarkan kerja sambilan dan full-time dengan gaji yang tinggi seperti Lalamove, J&T dan Shopee Express. Jika anda buat secara part-time, jadual bekerja anda juga lebih fleksibel mengikut kelapangan masa sendiri. Dari segi komisen atau gaji yang diberikan, anda boleh jana dari RM2,000 sehingga RM6,000 sebulan bergantung dengan syarikat kurier atau bisnes tersebut. Lumayan bukan?
Tapi untuk orang yang tak ada kereta macam mana pula? Jangan risau. Ada beberapa syarikat yang menawarkan kelebihan penggunaan kereta syarikat untuk buat penghantaran barang. Jadi anda tak perlukan kereta sendiri pun untuk buat kerja sambilan ni. Ada lesen, dah boleh terus kerja.
Memulakan perniagaan dalam talian adalah perniagaan yang menguntungkan merupakan suatu pilihan yang telah tersedia untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet yang baik dan beberapa jenis peniagaan yang memang menjadi kepakarannya kerana aktiviti membeli belah dalam talian sedang berkembang maju.
Anda boleh menyertai peluang-peluang e-dagang yang sedang berkembang yang ditawarkan oleh semua pasaran dalam talian dengan mudah seperti yang terdapat di Mudah, Lazada, Carousell, Shopee dan 11street. Anda boleh menjual produk-produk terpakai, produk yang dicipta oleh anda sendiri, produk yang anda temui dan di import ke dalam negara (bermaksud anda merupakan orang tengah), malahan kiriman perantaraan, di mana anda sebenarnya tidak mengendalikan produk tersebut.
Jika anda mempunyai bilik simpanan di rumah yang boleh disewakan, ataupun mempunyai sebuah rumah yang tidak didiami anda boleh jana income daripadanya dengan Airbnb. Selain daripada menyediakan kediaman untuk bermalam, anda juga boleh tambah income dengan menyewakan bilik atau rumah kosong anda.
Terdapat juga servis sewakan kereta yang dijalankan sebagai sumber side income. Jika anda mempunyai kereta yang tidak digunakan, anda boleh menyewakannya kepada rakan-rakan untuk menambah pendapatan.
Jika anda mempunyai skill bercakap yang menarik dan boleh menghasilkan video content, anda boleh cuba menambah pendapatan dengan menjadi vlogger di Youtube. Ataupun anda boleh juga cuba jana pendapatan tambahan dengan mudah menggunakan aplikasi Artificial Intelligence (AI). Tonton video ini untuk info lebih lanjut cara menambah pendapatan dengan AI.
Sekarang ni memang timing terbaik untuk buat bisnes makanan. Ya, rakyat Malaysia ni pun memang food lover dan suka try benda baru. Kalau anda tiada masa untuk buat penghantaran order pelanggan, boleh cuba area rumah yang terdekat dulu, ataupun jual hidangan sarapan dekat tempat kerja. Lagi senang!
Namun, bisnes ini lebih sesuai untuk anda yang memang ada bakat memasak. Anda boleh pilih untuk jual menu sarapan, makanan tengah hari, dessert dan banyak lagi. Pastikan anda yakin dengan kesedapana masakan itu untuk pastikan pelanggan datang lagi kepada anda.
Sebelum tu, pastikan anda gunakan media sosial untuk promote bisnes tersebut. Ada banyak Facebook group yang anda boleh join dan sharekan produk atau servis tersebut. Paling cepat, boleh guna WhatsApp Business, nanti mesti jiran tetangga atau rakan kerja akan forward ke group-group yang lain. Senang kan? Jadi kepada anda yang memang berbakat dalam masakan, bolehlah try dulu berniaga makanan atau macam-macam lagi, terpulang kepada kemampuan anda.
Jika tiada masa semasa hari bekerja, anda juga boleh jana pendapatan dari rumah dengan fokus dengan perniagaan atau pekerjaan dalam talian sahaja.
Dulu mungkin anda kena keluar rumah untuk jana pendapatan. Tapi di zaman yang serba canggih dan moden ini, pelbagai kemudahan dan cara untuk 'buat duit' walaupun hanya dari rumah. Oleh itu, semakin banyak iklan kerja freelance atau iklan jana side income dari rumah yang menawarkan pendapatan ribu ribu, ada juga yang menjanjikan manfaat tambahan lain seperti komisen, bonus dan banyak lagi.
Iklan ini antara jenis iklan yang selalu digunakan oleh sindiket skim penipuan kerja dari rumah untuk menarik mangsa. Ini petanda yang anda kena ketahui sebelum memohon kerja freelance atau kerja dari rumah.
Iklan skim penipuan kerja dari rumah akan menggunakan ayat atau frasa yang sangat meyakinkan pembaca. Sebagai contoh:
“Kerja di rumah atau di mana-mana sahaja!”
“Waktu kerja yang fleksibel!!!”
“Tetapkan jadual anda sendiri!!!”
“Kerja yang mudah dan ringkas!!!”
“Tiada pengalaman diperlukan!!!”
Pendapatan sehingga RM300-RM500 seminggu!!!”
Iklan pekerjaan ini selalunya akan menjanjikan amaun pendapatan yang tak masuk akal dengan syarat kelayakan yang sangat fleksibel. Tidak ada pekerjaan yang sah akan menawarkan pendapatan yang tinggi dengan kerja yang amat mudah. Pastikan anda kaji terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut sebelum mohon. Jangan terpancing dengan iklan yang over-promised atau too good to be true sebelum kaji betul-betul.
Awas jika syarikat tersebut meminta anda membuat bayaran atau yuran sebelum diterima bekerja. Modus operandi ini merupakan sebab ramai mangsa yang terkena rugi dan kehilangan wang. Syarikat yang sahih, akan mengiklankan maklumat seperti syarat kelayakan dan tanggungjawab kerja itu dengan terperinci secara PERCUMA. Anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran untuk mohon.
Sekiranya anda ternampak iklan pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan walaupun hanya dari rumah. Anda wajib untuk kaji syarikat tersebut. Syarikat yang sah akan mempunyai laman web tersendiri dan Google juga akan menunjukkan alamat (HQ) syarikat tersebut. Selain itu, anda juga boleh kaji media sosial syarikat tersebut untuk memastikan mereka aktif dan semua maklumat yang anda jumpa di mana-mana platform kerja kosong adalah tepat dan betul.
Jangan segan silu untuk 'PM' atau tanya mereka di media sosial jika masih keliru atau tidak faham tentang kerja tersebut. Perlu diingatkan bawah skim penipuan kerja dari rumah ini selalunya menggunakan alamat yang palsu atau tidak wujud. Contoh seperti pejabat-pejabat yang kosong bagi mengelakkan identiti mereka terdedah.
Jika anda baru sahaja memohon kerja tersebut, resume dan aplikasi anda memiliki maklumat peribadi seperti (alamat, telefon, email dan banyak lagi). Di tangan yang salah, maklumat ini mungkin sangat berbahaya. Oleh itu, anda kena pastikan anda berurusan dengan syarikat yang sah dengan pekerjaan yang sebenar. Lagi-lagi bila anda mohon kerja dari rumah, anda tidak mampu jumpa mereka face to face. Pastikan anda tidak kongsi maklumat peribadi sebelum memastikan kesahihan dan kewujudan syarikat tersebut.
an kerja dari rumah ini, semestinya akan meletakkan no telefon mereka di iklan untuk berhubung dengan pemohon. Cuba semak no tersebut dan bandingkan no itu dengan maklumat yang ada di laman web syarikat, jika no itu tiada dalam laman web anda boleh hubungi no pejabat untuk pengesahan. Ini adalah untuk memastikan maklumat data anda tidak diakses oleh individu yang salah. Bagaimana kalau no di laman web tersebut pun tidak boleh dihubungi? Awas ini adalah salah satu petanda, syarikat tersebut mempunyai sindiket tersendiri dan tidak mahu pihak berkuasa mengesan mereka.
Sudah tentu anda nak tahu cara untuk jana pendapatan dengan kerja tersebut kan? Oleh itu, anda kena ketahui dan semak skop pekerjaan tersebut. Skop kerja yang terlalu mudah dan sempurna. Contohnya, tidak memerlukan sebarang pengalaman, kerja ikut masa sendiri, pendapatan mingguan cecah lima angka. Ada iklan kerja yang memang mempunyai skop seperti ini tapi, jika syarikat itu sah dan wujud tiada masalah. Namun, jika syarikat itu tidak boleh dihubungi atau anda curiga dengan laman web rasmi mereka itu adalah petanda skim penipuan kerja dari rumah.
Anda kena ketahui sistem kerja dari awal sehingga akhir. Syarikat yang sah akan berikan SOP atau guidelines untuk anda selesaikan tugas yang akan diberikan. Mereka juga lebih transparent, iaitu tidak menyembunyikan sebarang info berkenaan cara pengiraan gaji/pendapatan anda, cara anda dinilai untuk mengenal pasti status kerja anda, dan paling penting anda tahu dengan siapa anda berurusan atau berhubung. Jika anda tidak pasti anda berhubung dengan siapa, department mana dan sistem pekerjaan juga tidak sistematik. Hati-hati dan mula kaji kesahihan syarikat tersebut.
Apa yang penting, anda puas hati dengan income yang anda dapat jana. Semua cadangan di atas masih merupakan penjana pendapatan yang aktif. Apa yang ideal adalah dengan menjana pendapatan pasif dengan tenaga yang sedikit.
Pertimbangkan untuk mengasingkan sebahagian daripada hasil pendapatan anda untuk melabur supaya dapat mencipta satu aliran pendapatan pasif. Semuanya harus bermula daripada asas seperti kata pepatah, ‘Sedikit-Sedikit, Lama-Lama Jadi Bukit’.
Sudahkah anda mencapai matlamat kewangan anda? Jika belum, bacalah artikel nasihat kewangan kami untuk bantu anda capai kebebasan kewangan lebih cepat.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 21 Disember 2021 dan dikemas kini pada 23 Februari 2024).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.