Branded Content Specialist
Pasti ramai yang pernah mendengar perkataan insurans atau takaful bukan? Ramai anak muda yang rasa membazir untuk melanggan insurans, sebab masih muda. Ada pulak yang tak tahu jenis insurans yang dia kena langgan dulu. Oleh sebab itu, mereka lebih memilih untuk membelanjakan wang kepada pekara lain berbanding perlindungan insurans.
Namun, kejadian seperti kemalangan atau tragedi yang sering berlaku dalam masyarakat sedikit sebanyak telah membuatkan ramai terbuka hati untuk melanggan insurans. Perkara itu disebabkan ramai risau tidak mampu membayar bil hospital yang tinggi pada bila-bila masa yang tidak dijangka. Sebelum ditimpa musibah, sebaiknya kita sediakan payung sebelum hujan supaya jika sebarang tragedi berlaku, anda tidak perlu pun menyentuh tabung kecemasan.
Tahukah anda, pelan jenis insurans berbeza mengikut umur. Jika anda berumur lebih muda, anda akan mendapat pelan yang lebih murah. Jika umur anda telah lanjut, anda akan membayar pelan insurans dengan lebih mahal. Pelan insurans ketika anda berumur 20 tahun adalah lebih murah berbanding ketika anda berumur 30 tahun.
Jika anda melanggan pelan insurans pada hari ini, tidak semestinya esok anda boleh menggunakan manfaat yang termaktub dalam pelan insurans. Hal ini disebabkan tempoh matang atau tempoh menunggu setiap polisi berlainan, ada yang selama 90 hari manakala yang lain sehingga 2 tahun. Maknanya, anda hanya akan dapat claim semua manfaat selepas tempoh menunggu.
Jika anda melanggan insurans, sudah tentu anda inginkan pakej pelan yang premium dan harga yang murah bukan? Apabila anda lebih muda dan lebih sihat, banyak pilihan yang disediakan untuk anda. Apabila usia anda meningkat, anda mudah diserang penyakit, ini bermakna pilihan insurans anda jadi lebih terhad. Oleh sebab itu, jangan tangguh untuk ambil insurans.
Gaya hidup setiap orang berbeza dan sentiasa berubah, zaman sekarang tak sama lagi jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu. Kebanyakan golongan profesional mempunyai gaya hidup yang tidak aktif. Mereka akan duduk dan menghadap komputer lebih lama pada waktu kerja. Pemakanan juga berlainan, zaman kini kita terdedah dengan makanan berminyak seperti fast food yang menjadi salah satu punca masalah kesihatan. Sementara kita masih mempunyai sistem imun yang baik, lebih baik dapatkan insurans seawal mungkin.
Sebenarnya, banyak pelan insurans di luar sana yang menawarkan bonus tanpa tuntutan kepada pelanggan. Sebagai contoh, anda telah membayar jumlah pelan insurans dan tidak melakukan sebarang tuntutan selama 5 tahun, anda layak mendapat rebat tunai tanpa tuntutan. Lebih jimat dan lebih berbaloi!
Jenis insurans ini dianggap antara anda dan syarikat pembekal insurans. Tujuannya adalah untuk melindungi anda jika ada sebarang perkara yang buruk mungkin berlaku. Anda akan membayar premium yang dipersetujui secara tetap. Jika perkara seperti kematian mengejut, hilang upaya kekal atau menyeluruh, penyakit kritikal, penyakit terminal berlaku kepada anda, anda akan mendapat benefisiari (penerima yang dinamakan) pembayaran (dipanggil manfaat).
Insurans hayat penting kerana jika anda merupakan seorang ketua keluarga yang menjadi sumber pencarian untuk keluarga, insurans hayat dapat menampung kos kewangan jika anda tidak lagi mampu mencarum.
Terdapat dua jenis insurans hayat iaitu insurans hayat bertempoh dan insurans hayat seumur hidup. Ini merupakan perbezaannya;
Insurans hayat bertempoh:
Insurans hayat seumur hidup:
Kelebihan insurans perubatan adalah ia dapat membantu anda dalam kes kecemasan seperti kemalangan. Medical card memberi perlindungan yang akan membayar perbelanjaan kesihatan dan perubatan. Jika anda dimasukkan ke hospital, kad perubatan anda dapat menampung kos rawatan anda. Seperti kita semua sedia maklum, kos rawatan di hospital swasta sangat mahal. Oleh sebab itu, orang ramai dinasihatkan untuk melanggan kad perubatan agar dapat mengurangkan beban kewangan pada masa akan datang.
Jenis insurans ini untuk melindungi rumah. Adalah penting untuk membeli insurans hartanah kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Andaikan apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya rumah anda dilindungi. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans hartanah iaitu polisi isi rumah, polisi pemilik rumah dan polisi kebakaran asas.
Polisi isi rumah:
Polisi pemilik rumah:
Polisi kebakaran asas:
Bagi sesiapa yang suka melancong, anda disarankan untuk melanggan insurans perjalanan. Tujuannya adalah untuk melindungi anda daripada risiko dan kerugian kewangan yang akan berlaku semasa anda melancong atau sebelum berlepas. Sebagai contoh, anda kemungkinan dapat pampasan untuk pembatalan atau gangguan perjalanan, bagasi, perjalanan, bagasi, kelewatan perjalanan dan lain-lain. Antara contoh syarikat insurans perjalanan termasuk Allianz Travel Easy, Etiqa TripCare 360, AXA Affin Smart Traveler, Tune Protect Travel Easy dan Zurich Z Travel.
Setiap pemilik kenderaan seperti kereta atau motosikal wajib mempunyai insurans. Anda akan didenda jika tidak memiliki insurans kereta dan cukai jalan yang sah. Polisi insurans dibahagikan kepada tiga jenis.
Pihak ketiga:
Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian:
Komprehensif
Insurans ini memberikan perlindungan sekaligus dapat memperoleh simpanan dalam jangka masa panjang. Anda atau waris akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Takaful keluarga dibahagikan kepada empat;
Takaful keluarga:
Takaful pelaburan:
Takaful perubatan dan kesihatan:
Takaful pendidikan anak:
Semua ejen syarikat insurans perlu berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA) sebelum menjual produk Takaful. Anda dinasihatkan untuk melakukan semakan terlebih dulu bagi mengelakkan kes penipuan. Boleh semak di sini.
Pastikan pilih polisi mengikut keperluan anda. Sebaiknya, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan anda.
Tidak dinafikan, memang susah untuk dapatkan polisi yang mempunyai semua perlindungan. Oleh sebab itu, anda perlu memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda mencari polisi yang memberi manfaat selepas kematian, anda boleh pilih insurans hayat.
Kesimpulannya, insuran memang penting dan banyak faedah jika kita melanggan pelan perlindungan. Kepada orang ramai di luar sana, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sebagai pembeli insurans buat pertama kali. Untuk golongan muda, anda juga boleh mendapatkan nasihat kewangan anak muda untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, adalah sebuah platform pinjaman bank dan koperasi dan juga pinjaman wang berlesen online yang membawa misi untuk memberikan pinjaman cepat, mudah, dan selamat di Malaysia. Kami bantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai. Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan.
Ell is a branded content specialist who works in the leading digital publisher in Malaysia for 2 years. Graduated from University Malaya. She is a versatile content writer who can switch her tone and language style swiftly including branded and editorial content.