Marketing
Situasi pada penularan wabak covid-19 sebelum ini mengajar kita untuk lebih peka terhadap pengurusan kewangan peribadi. Perancangan kewangan yang bijak membolehkan kita mengawal belanjawan, menabung dan membelanjakan wang pada perkara utama serta sebagai panduan mencapai matlamat kewangan di masa depan.
Oleh itu, sebelum 2023 berakhir, gunakan masa yang masih berbaki ini untuk menetapkan matlamat kewangan dan buat checklist perkara yang anda perlu lakukan untuk capai target pada tahun 2024.
Sekiranya matlamat kewangan anda sudah tercapai untuk tahun ini, TAHNIAH! Mungkin perkongsian dan nasihat kewangan di bawah ini boleh anda guna pakai untuk tahun seterusnya atau jadi panduan untuk kenalan dan keluarga anda.
Mulakan dengan menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai mengikut jangka masa pendek dan panjang. Matlamat kewangan jangka pendek kebiasaannya boleh dicapai dalam sebulan sehingga setahun, manakala jangka panjang antara lima tahun dan lebih. (selalunya melibatkan rancangan simpanan dan pelaburan)
Contoh matlamat kewangan jangka pendek adalah seperti membina tabung kecemasan, membayar hutang kad kredit, menyimpan untuk tabung perkahwinan dan lain-lain. Contoh matlamat kewangan jangka panjang seperti simpanan dana persaraan, membayar hutang rumah, atau untuk mencapai kebebasan kewangan.
Matlamat kewangan berkesan merangkumi semua aspek formula SMART seperti berikut:
Specific (Spesifik) – (Apa yang anda ingin capai? Mengapa matlamat ini penting? Siapa yang terlibat? Di mana ia berada?)
Measurable (Boleh Diukur) – (Berapa banyak? Bagaimana anda boleh tahu bila matlamat dapat dicapai?)
Achievable (Boleh Dicapai) – (Bagaimana anda mampu mencapai matlamat ini? Adakah matlamat ini kedengaran realistik?)
Relevant (Munasabah) – (Adakah matlamat ini bermanfaat? Adakah ini masa yang sesuai? Adakah matlamat ini sesuai dengan usaha/keperluan kita yang lain?)
Time Bound (Ditetapkan Tempoh) – (Bila? Apa yang anda boleh lakukan 6 minggu/bulan dari sekarang? Apa yang anda boleh lakukan hari ini?)
Satu contoh matlamat kewangan yang mengaplikasikan formula SMART adalah simpan RM1000 setiap bulan selama setahun untuk bina dana kecemasan.
Sebab ia fokus apa yang anda ingin capai, amaun setiap bulan, masa untuk simpan dan akhirnya sebab anda simpan. Jadi, belajar gunakan formula SMART untuk tentukan matlamat anda dengan lebih teliti.
Selain itu, jika anda tidak mempunyai perancangan belanjawan pada tahun ini, maka anda patut lakukannya untuk tahun depan. Tetapi, jika anda sudah ada perancangan belanjawan pada tahun sebelumnya, anda harus jalankan semakan untuk melihat kembali perancangan itu ditepati atau tidak.
Bila anda sudah tentukan matlamat kewangan, gunakan instrumen atau aplikasi kewangan untuk bantu ada capai target tersebut.
Menyediakan belanjawan adalah perkara yang wajib dilakukan sewaktu menyediakan perancangan kewangan.
Namun begitu, anda tidak perlu ubah belanjawan anda secara menyeluruh. Anda cuma perlu kaji dan perbaiki. Apabila anda kaji semula belanjawan tersebut, pastikan anda senaraikan perbelanjaan anda dengan sepenuhnya daripada keperluan asas, perbelanjaan berulang dan hutang tertunggak.
Sebagai contoh, gunakan rule 50/30/20. Anda perlu membahagikan pendapatan bulanan anda mengikut kategori berikut:
i) 50% – Komitmen
Kategori ini merupakan keperluan asas seperti cagaran atau sewa, kenderaan, insurans, kos kesihatan dan lain-lain. Secara amnya, ia adalah perkara penting yang anda tidak boleh hidup tanpa adanya.
ii) 30% – Keperluan
Kategori ini pula termasuk perkara yang anda mahu. Ini akan jadi agak mengelirukan kerana perkara tersebut mungkin juga sesuatu yang anda boleh hidup tanpa adanya. Contohnya, makan di luar adalah pilihan. Anda masih boleh pilih untuk masak di rumah. Contoh lain adalah seperti hiburan, penjagaan peribadi, percutian dan sebagainya.
iii) 20% – Simpanan
Akhir sekali, sebahagian daripada pendapatan anda haruslah dimasukkan ke bahagian simpanan. Anda boleh pilih sama ada untuk simpan di dalam bank atau melabur.
Ataupun, bina simpanan dengan membayar pinjaman pendidikan atau skim persaraan. Harus diingatkan bahawa adalah penting untuk membina dana kecemasan. Jika perlu, anda boleh bahagikan belanjawan mengikuti hari, minggu atau bulan.
Tujuannya adalah untuk melatih disiplin kewangan dengan mengikuti belanjawan sepanjang tahun. Di samping itu, ini akan memudahkan anda menjejaki perbelanjaan dan lakukan sebarang penyelarasan.
Pengiraan rule 50 20 30 adalah untuk anda yang baru mulakan perancangan kewangan. Sesuai juga untuk yang menjalankan tanggungjawabanak terhadap ibu bapa kerana anda juga perlu menyediakan sedikit dana untuk diberikan kepada ibu bapa atau keluarga anda.
Tabung kecemasan ini sebenarnya penting apabila anda berhadapan dengan perkara yang tidak dijangkakan seperti kehilangan sumber pendapatan, kecemasan kesihatan, membaiki kereta dan lain-lain. Amaun yang pakar sarankan adalah 3 sehingga 6 bulan perbelanjaan.
Contohnya jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM2,000. Amaun yang anda perlukan untuk menampung keperluan anda adalah RM12,000 (RM2,000 X 6).
Mungkin ia kelihatan seperti banyak yang anda perlu simpan tetapi sebenarnya ada banyak cara untuk simpan duit. Contoh pertama, apabila anda sudah terima gaji, terus agihkan 20% daripada gaji untuk dijadikan sebagai tabung kecemasan. Jika 20% kelihatan banyak, cuba simpan 10% daripada gaji.
Kalau tidak suka simpan duit dalam tabung, boleh cuba teknik ‘auto deduction’. Buka 2 akaun simpanan, satu untuk gaji dan satu sebagai akaun simpanan.
Jika sekadar menyimpan di akaun simpanan sahaja pulangan dividen memang tidak mencukupi disebabkan oleh kadar inflasi.
Selain daripada menyimpan dalam akaun ASB atau Tabung Haji, anda boleh cuba guna perkhidmatan robo-advisor di mana nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan diuruskan oleh penasihat kewangan yang dikenali sebagai ‘robo-advisor’.
Servis ini memang sesuai untuk individu yang baru belajar untuk melabur sebab modal permulaannya serendah RM100.
Hampir semua proses dikendalikan oleh aplikasi sahaja. Kebaikan mengunakan perkhidmatan robo-advisor adalah ia fokus kepada pelaburan pasif, membantu ‘diversify’ portfolio pelaburan dan menawarkan servis caj yang rendah.
Antara servis robo-advisor adalah Wahed Invest, StashAway dan MyTHEO. Tapi, ini sekadar cadangan sahaja. Buatlah kajian dan cari pelan pelaburan yang kena dengan kemampuan dan kewangan masing-masing. Atau anda boleh rujuk kepada penasihat kewangan.
Dengan melabur, anda boleh tingkatkan pendapatan anda dengan lebih pantas. Sungguhpun begitu, harus diingatkan yang setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri.
Pelabur baru disarankan untuk dapatkan khidmat nasihat daripada pengurus kewangan. Yang paling penting, anda perlu kekal positif supaya tindakan anda mendatangkan hasil.
Senaraikan semua hutang yang anda sedia ada. Susun hutang anda mengikuti kadar faedah yang paling tinggi kepada yang paling rendah. Langsaikan hutang yang kadar faedahnya paling mahal dulu.
Dalam jangka masa yang panjang, anda boleh jimat atas jumlah faedah. Contohnya seperti hutang kad kredit. Jangan hanya membuat bayaran minima sebab faedah kad kredit dikira atas jumlah terkumpul hutang pada setiap bulan.
Ini akan mengakibatkan anda guna jangka masa panjang untuk selesaikan hutang kad kredit dan bayar kadar feadah yang tinggi. Atau solusi lain adalah anda boleh satukan hutang yang mahal dengan pinjaman kadar faedah lebih rendah dengan penyatuan hutang.
Yang paling penting anda berdisiplin dan mempunyai kawalan terhadap perbelanjaan diri sendiri. Bayar ansuran bulanan tepat pada waktunya dan kawal perbelanjaan bulanan anda. Ingat ya, jangan terbeku dengan masalah hutang. Lagi lama anda tidak bayar, lagi banyak hutang yang anda kumpulkan.
Matlamat utama adalah untuk mengehadkan penggunaan kad kredit bagi mengelakkan hutang berganda. Apabila baki pinjaman semakin berkurang, maka kadar faedah akan turun juga. Salah satu cara yang cepat untuk menyelesaikan hutang adalah dengan mengambil pinjaman peribadi bagi menyatukan kesemua hutang anda.
Jika anda boleh dapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada purata faedah kesemua pinjaman yang ada, maka adalah baik untuk anda teruskan dengan langkah penyatuan hutang.
Kebanyakkan daripada kita mempunyai tabiat suka meminjam. Namun, ada satu lagi tabiat yang lebih mendatangkan hasil. Tabiat itu adalah menyimpan. Anda tidak pernah terlambat untuk mula menyimpan wang.
Dengan perancangan kewangan dan misi untuk menyelesaikan hutang, anda boleh ketepikan sebahagian daripada pendapatan anda untuk dijadikan simpanan.
Ada pelbagai cara untuk memulakan tabiat ini. Berapa saja jumlah boleh dijadikan simpanan, tidak kira sedikit atau banyak. Tetapi, untuk mendapat hasil yang memberansangkan, anda perlu lakukan pengorbanan.
Mulakan dengan mengurangkan perbelanjaan tidak berfaedah dan makan berlebihan. Rancang perbelanjaan barangan runcit dengan baik dan belajar minimakan keperluan. Perubahan kecil ini akan membawa anda kepada kejayaan kewangan jangka panjang.
Ilmu pengurusan wang dan kewangan peribadi adalah penting, tidak kira status pendapatan anda. Anda boleh ikut jejak langkah individu yang berjaya meningkatkan simpanan serta menyelesaikan hutang walaupun mempunyai keupayaan kewangan terhad dan berpendapatan rendah.
Jika anda berada di dalam situasi kewangan yang sama, maka adalah paling penting untuk mengelakkan perbelanjaan melulu dan tidak terkawal. Terdapat banyak buku dan sumber atas talian yang boleh bantu anda tingkatkan pengetahuan dalam bidang kewangan.
Minda dan badan yang sihat adalah aset terbesar anda. Jika anda tidak jaga fizikal dan mental anda, macam mana anda boleh capai matlamat kewangan yang lain? Jadi, utamakan dan sayangilah diri anda. Kadang-kala kita sibuk bekerja, kita lupa dan abaikan kesihatan mental kita.
Setiap hari, cuba ketepikan masa 30 minit sehingga sejam untuk melakukan aktiviti yang boleh bantu ‘relax-kan’ diri anda seperti bersenam, meditasi, membaca, melukis dan lain-lain.
Jangan lupa ajak pasangan, anak-anak atau keluarga untuk lakukan aktiviti bersama. Selain itu, pada waktu lapang anda, belajarlah kemahiran baru yang anda minat. Sumber terbaik dalam tempoh pandemik ini adalah Internet.
Pertajamkan kemahiran anda yang sedia ada. Belajar bahasa baru, sertai online class digital marketing, belajar masak, dan lain-lain. Kemahiran ini boleh bantu anda pada jangka masa yang panjang. Jadi, laburlah dalam diri anda untuk tahun baru 2024 ini.
Berfikir seperti seorang usahawan. Daripada membelanjakan wang terhadap perkara tidak berfaedah, cari sumber kewangan berbeza untuk tingkatkan pendapatan. Apa pun jumlah yang anda boleh tambah kepada gaji bulanan adalah untuk tingkatkan jaminan ekonomi anda. Aliran wang masuk adalah lebih baik daripada aliran wang keluar.
Pastikan perbelanjaan anda selari dengan pendapatan anda bagi memastikan anda masih mempunyai wang pada setiap hujung bulan. Jika tidak, maka anda perlu kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
Maka dengan itu, anda sepatutnya akan mempunyai lebihan wang setiap bulan. Memiliki lebihan wang pada akhir tahun adalah tanda perbelanjaan berhemah.
Sebahagian besar golongan Milenial di Malaysia mempunyai impian untuk membeli dan memiliki rumah. Ini selari dengan keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri.
Pembelian rumah adalah penggunaan wang untuk sesuatu yang berharga kerana rumah adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Sebuah rumah boleh diwariskan kepada orang tersayang pada masa hadapan. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di rumah tersebut, anda boleh sentiasa sewakannya.
Apabila anda menjadi seorang pelabur, mimpi anda menjadi semakin besar. Anda akan memberikan tumpuan kepada barangan yang lebih berharga seperti kereta dan rumah yang lebih besar.
Persaraan anda mungkin lambat lagi tapi lagi awal anda rancang untuk hari tua, lagi selesa kehidupan anda. Kebanyakan generasi tua yang sedang memasuki era persaraan menyesal kerana tidak menyimpan dan melabur pada waktu muda. Hidup sewaktu usia emas adalah sukar jika anda tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi.
Selain itu, bergantung kepada wang pencen semata-mata bukanlah idea yang baik. Anda masih perlukan sumber kewangan lain untuk menjamin kedudukan kewangan anda pada masa hadapan.
Matlamat kewangan yang anda tentukan pada hari ni adalah untuk menjamin kedudukan kewangan yang kukuh pada masa hadapan.
Pastikan ia dilakukan dengan teliti dan merangkumi semua aspek perbelanjaan dan simpanan. Perancangan ini haruslah realistik agar boleh dilaksanakan dengan baik dengan perubahan yang boleh diukur. Jangan takut untuk ubat matlamat mengikut kesesuaian.
Tidak ada cara yang lebih baik untuk menyambut kedatangan Tahun Baru melainkan dengan kematangan dalam bidang kewangan serta matlamat kewangan yang nyata. Ramai individu seperti anda telah berjaya lakukannya.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.