Marketing
Berdasarkan laporan kaji selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan 2018, masih ramai rakyat Malaysia mempunyai tahap keyakinan rendah, terutama dalam merancang kewangan mereka. Ia semestinya memberi impak tidak sihat kepada kesejahteraan kewangan rakyat.
Oleh itu, sedikit pengetahuan berkaitan pembahagian gaji seperti rule 50/30/20 ini penting dalam membantu membuat perancangan kewangan dan komitmen bulanan, terutama ketika mendepani situasi mencabar dan tidak dijangka.
Jika anda rasa sukar untuk buat pembahagian gaji, anda boleh ikut formula ini. Ini adalah cara bahagikan gaji dengan rule 50/30/20.
Rule 50/30/20 ialah kaedah belanjawan mudah yang boleh membantu anda buat pembahagian gaji. Asasnya ialah membahagikan pendapatan anda kepada tiga kategori perbelanjaan:
Keperluan ialah bil-bil yang mesti anda bayar dan merupakan perkara yang diperlukan untuk terus hidup. Ia termasuk bayaran sewa atau gadai janji, pembayaran kereta, barangan runcit, insurans, penjagaan kesihatan, pembayaran hutang minimum dan utiliti.
Separuh daripada pendapatan anda selepas cukai adalah semua yang diperlukan untuk menampung keperluan dan kewajipan hidup. Jika anda membelanjakan lebih daripada itu untuk keperluan, anda perlu sama ada mengurangkan keinginan atau cuba mengecilkan gaya hidup anda, mungkin ke rumah yang lebih kecil atau kereta yang lebih sederhana.
Kehendak adalah semua perkara yang anda belanjakan wang untuk perkara yang tidak terlalu penting. Ia termasuk makan malam, menonton wayang, membeli beg tangan baharu, tiket ke acara sukan, percutian dan gadjet terkini.
Semua itu dapat dijimatkan dengan melakukan senaman di rumah dan tidak melanggan gimnasium, memasak berbanding makan di luar, atau menonton sukan di televisyen berbanding menontonnya secara langsung di stadium
Ia juga termasuk keputusan untuk menaik taraf sesuatu perkara seperti memilih stik yang lebih mahal berbanding yang lebih murah atau membeli Mercedes dan bukannya Honda yang jauh lebih jimat. Pada asasnya, kehendak adalah semua tambahan kecil yang anda belanjakan untuk menjadikan hidup lebih menyeronokkan dan menghiburkan. Tidak salah untuk sekali sekala, namun biarlah ia berpada-pada.
Kategori akhir ialah dengan memperuntukkan 20% daripada pendapatan bersih anda untuk simpanan dan pelaburan. Ia termasuk menambah wang pada dana kecemasan dalam akaun simpanan bank.
Anda harus mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan kecemasan sebagai persiapan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau kejadian yang tidak diduga berlaku. Meskipun peruntukan untuk simpanan lebih kecil berbanding yang lain, namun ia adalah peruntukan paling penting dalam perancangan kewangan.
Katakan pendapatan selepas cukai anda adalah RM3,000 dan anda mengikut kaedah yang diperkenalkan oleh Warren, maka peruntukan kewangan anda boleh jadi seperti berikut. Anda boleh membelanjakan 50% atau RM1,500 untuk keperluan seperti sewa atau gadai janji, kenderaan, barangan dapur, insurans dan sebagainya. Namun begitu, jumlah peruntukan ini harus selari dengan kos keperluan bulanan anda.
Lagi 30% atau RM900 daripada wang tersebut digunakan untuk kegunaan bebas seperti keahlian gim, makan di luar, keahlian Netflix dan lain lain. Baki 20% atau RM600 pula harus disimpan atau digunakan untuk menyelesaikan hutang. Ini termasuklah wang simpanan kecemasan, pelaburan skim persaraan atau pelaburan akaun Amanah Saham (ASB).
Walaupun peruntukan untuk simpanan adalah lebih kecil berbanding yang lain, namun ini adalah peruntukan yang paling penting dalam perancangan kewangan. Warren percaya bahawa simpanan yang kecil adalah lebih baik berbanding dengan tidak mempunyai simpanan langsung.
Tambahan lagi, jika anda gunakan duit tersebut untuk menyelesaikan hutang, anda sebenarnya sedang membuka peluang kewangan kepada diri anda. Warren juga menyatakan bahawa bukan semua hutang akan membebankan masa hadapan anda. Hutang seperti pembelian rumah, kereta dan pinjaman pelajaran adalah hutang yang baik kerana anda akan memperoleh faedah daripadanya pada masa depan.
Manakala kad kredit dan pinjaman habis bulan tidak akan memberikan anda sebarang aset. Malah, hutang sebegini, jika terkumpul, akan menyebabkan hutang buruk yang menggunung. Perkara ini akan meningkatkan risiko bankrupsi.
Sekiranya anda mengalami masalah semasa pembahagian gaji, tidak salah untuk menggunakan beberapa aplikasi kewangan yang dapat memudahkan pengurusan kewangan peribadi anda. Terdapat banyak aplikasi percuma yang boleh bantu perancangan kewangan anda. Kebanyakan aplikasi ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu anda mengurus semua kewangan anda dengan menyambungkan akaun perbankan dan e-wallet anda. Cara ini juga cara yang mudah untuk menjejaki perbelanjaan harian dengan hanya menambahkan apa-apa perbelanjaan anda kepada laman aplikasi tersebut. Ianya boleh membantu pengurusan kewangan peribadi anda seperti bil, skor kredit, hutang kredit, pelaburan dan lain-lain.
Adakah rule 50/30/20 ini cara pembahagian gaji yang terbaik? Rule 50/30/30 daripada Warren ini hanyalah nasihat kewangan umum untuk memudahkan pengurusan kewangan anda. Sebenarnya, anda tidak perlu kira setiap sen. Anda hanya perlu kekalkan dana dan sentiasa konsisten setiap bulan.
Segelintir penasihat kewangan lebih cenderung kepada peraturan simpanan 10%, sebuah model simpanan yang wujud sejak zaman 1920-an. Rule 50/30/20 ini menyeru untuk simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan sebagai dana persaraan. Peraturan ini mungkin tidak boleh diguna pakai pada zaman ini.
Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat tidak hidup melebihi 60 tahun. Pada tahun 2020, kadar jangka umur di Malaysia adalah 76.22 tahun. Dengan kadar hidup yang lebih tinggi, simpanan sebanyak 10% sebulan adalah tidak mencukupi. Simpanan persaraan anda mungkin akan habis sebelum tamatnya riwayat anda.
Amalkan tabiat simpan duit terlebih dahulu sebelum anda berbelanja. Bila dapat gaji pastikan terus simpan 10% daripada gaji yang diterima. Kalau boleh, jangan usik duit tu dan keluarkannya.
Selain itu, anda juga boleh senaraikan komitmen bulanan yang perlu dibayar dan asingkan duit itu ke tepi agar anda tak menggunakannya.
Ini contoh idea untuk buat bajet bulanan untuk anda yang hidup bujang dan bergaji RM2500.
2. Beli barangan keperluan bukan kehendak
Belanja ikut keperluan masing-masing. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.
Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Contohnya, usah kerap menukar telefon bimbit. Kalau dah tahu belum masih mampu untuk simpan duit dari gaji, anda kena ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.
Tahukah anda, perkara yang sering kita malas dan ambil mudah adalah membuat perbandingan harga apabila membeli sesuatu barangan.
Contohnya seperti membeli barangan kelengkapan rumah, elektrik atau elektronik. Percayalah, tabiat ini akan memberi manfaat kepada anda walaupun kelihatan leceh.
Jika setiap bulan aliran tunai anda sentiasa negatif, anda kena cari alternatif lain dengan membuat pendapatan sampingan. Dapat tampung belanja makan, susu, pampers anak pun dah okay.
Contohnya anda boleh ambil komisen jual buku-buku, jadi introducer kepada ejen takaful, jual kerepek, keropok lekor, ejen dropship atau jual barang yang popular di negeri anda. Pasti laku keras!
Jika anda tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal tersebut dengan ubah gaya hidup .
Pastikan gaji yang anda dapat itu tidak digunakan untuk berjoli sakan dengan pergi bershopping barangan mewah dan mahal.
Tambahan lagi, ketika musim pandemik ini, anda perlu berjimat cermat kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.
Dalam duit gaji yang kita terima setiap bulan, sebenarnya terdapat rezeki untuk orang lain. Jangan kedekut untuk menderma walaupun nilainya RM1.
Jangan lupa kirimkan duit kepada mak ayah anda dan sekali sekala berilah hadiah kepada mereka. Anda juga boleh belanja adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu.
Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita.
Salah satu cabaran besar untuk keluarga dan individu makan gaji di Malaysia adalah menyediakan perancangan kewangan. Rule 50/30/20 adalah mudah untuk pembahagian gaji tapi tidak semestinya berkesan. Anda boleh ubah peraturan tersebut dan laraskan peruntukan mengikut kemampuan dan matlamat kewangan anda.
Anda juga boleh sediakan peraturan kewangan anda sendiri,kerana kejayaan sebarang perancangan kewangan bergantung kepada pelaksanaan. Aspek yang lebih penting adalah untuk simpan sebanyak mungkin, jika boleh, untuk keselesaan hari esok.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.31% atau secepat 2 hari bekerja.
Join channel Telegram kami untuk lebih banyak tips dan nasihat kewangan!
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 29 Januari 2020 dan dikemaskini semula pada 3 Jun 2022).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.