Kakitangan Awam? Pasti
Dapatkan pinjaman dengan cepat, mudah dan selamat. Khas untuk penjawat awam.
Pinjaman peribadi? Selesai
Loan peribadi untuk apa jua tujuan-perniagaan, perumahan, pendidikan, perubatan.
Rekod kredit? Beres
Dapatkan kelayakan segera tanpa perlu dokumen. CCRIS, AKPK dan CTOS layak memohon.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Pinjaman Bank & Koperasi Yang Tersedia
Solusi keperluan kewangan anda daripada bank dan koperasi yang ternama di Malaysia.
Kadar tetap serendah 3.99%
Kadar tetap serendah 3.99%
Kadar tetap. Payout setinggi 98%. Proses 1-2 minggu. GLC ada angkasa layak. Kira komitmen luar.
Tak kira komitmen luar
Kadar 5.99%. Payout sehingga 91.5%. Proses 2 minggu. CCRIS/CTOS layak. Ada ahli yuran.
Kalkulator Pinjaman Bank & Koperasi
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur 20 - 58 tahun
- Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih.
- Jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS/AKPK/CTOS layak mohon (untuk pinjaman koperasi terpilih)
- Tempoh pembiayaan dari 1 - 10 tahun
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi
Klik ‘Semak Kelayakan’ dan beritahu kami apa yang anda perlukan
Banding dan pilih pinjaman bank dan koperasi yang sesuai untuk anda
Hantar dokumen, dapatkan bantuan pinjaman yang diperibadikan untuk anda daripada konsultan kami yang berdedikasi
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pinjaman koperasi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Koperasi yang menawarkan pinjaman koperasi adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta 1993. Pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji melalui Biro ANGKASA . Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.
- Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial yang menawarkan pilihan potongan gaji.
- Kriteria kredit: Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen luar tinggi, AKPK atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen luar tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
- Kadar faedah: Kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah daripada pinjaman bank komersial di mana kaedah bayaran balik untuk pinjaman bank adalah melalui ‘bank-in’ secara manual atau ‘auto debit’. Salah satu sebab kadar faedah pinjaman koperasi adalah lebih rendah kerana kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji. Selain itu, kadar faedah akan jadi yang paling rendah untuk pinjaman peribadi bank yang dilakukan melalui pemotongan gaji.
- Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
- Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.
Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank dan pinjaman koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:
Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank jika:
- Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
- Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
- Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah
Sesuai untuk mohon pinjaman koperasi jika:
- Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
- Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji
Ya, semua pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk penjawat awam di platform Direct Lending adalah berkonsep Syariah.
Pinjaman peribadi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.
Anda boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.
Amaun yang anda layak untuk pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan anda, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM250,000 bergantung pada institusi kewangan.
Namun, bayaran balik untuk pinjaman bank dan koperasi adalah melalui potongan gaji, di mana pemotongan maksimum yang dibenarkan dalam slip gaji anda adalah 60%. Oleh itu, anda hanya layak mohon pinjaman koperasi jika potongan tidak melebihi 60%.
Anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi kami untuk kira berapa ansuran bulanan pinjaman yang anda mampu.
Anda layak untuk mohon pinjaman peribadi koperasi jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan:
- Warganegara Malaysia berumur 20 sehingga 58 tahun
- Ada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 3 bulan berkhidmat di sektor kerajaan
- Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500
- Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman
KLIK SINI untuk semak kelayakan percuma.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan (MyKad) (depan dan belakang)
- 3 bulan slip gaji terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini (transaksi gaji bulanan dikreditkan). Panduan download penyata bank
Kebanyakkan pinjaman peribadi bank dan koperasi di platform Direct Lending menawarkan kadar faedah tetap, di mana ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan tanpa mengambil kira perubahan terhadap kadar asas oleh Bank Negara.
Pinjaman peribadi adalah satu jenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan apa-apa cagaran atau penjamin untuk memohon pinjaman koperasi melalui platform Direct Lending.
Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.
Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk anggarkan penjimatan anda.
Kelulusan pinjaman peribadi bank dan koperasi secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu. Ini bergantung pada bank dan koperasi tertentu. Sebagai contoh, Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis menawarkan pembiayaan secepat 2 hari bekerja manakala pinjaman Kuwait Finance, Public Bank, MBSB dan Coopbank Pertama adalah sekitar 1-2 minggu.
Ya, anda boleh membuat penyelesaian awal untuk pinjaman peribadi bank dan koperasi. Kebanyakkan bank dan koperasi menawarkan rebat untuk penyelesaian awal.
Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi bank dan koprasi yang membantu peminjam cari, mohon dan banding pembiayaan yang paling sesuai dengan anda. Kami adalah agen sah untuk lebih 10 bank dan koperasi Malaysia yang diiktiraf di Malaysia. Direct Lending mempunyai lebih daripada 3,500 5-star review di Google Business Page.
Servis kami adalah 100% PERCUMA dan kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada pelanggan. Direct Lending mempunyai lebih 2,700 review 5 bintang daripada pelanggan kami di Google Business Page dan Facebook.
Proses memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi adalah sangat mudah. Semak kelayakan anda melalui platform kami dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon pinjaman bank dan koperasi, dan semak kelayakan anda secara 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 2.95% p.a. sehingga maksimum 9.99% p.a. (kadar rata). Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,990
** Untuk pinjaman RCE Yayasan. Tempoh 2 hari bekerja dikira bermula dari titik masa RCE menerima kesemua dokumen yang relevan daripada anda sehingga titik masa ketika wang pinjaman dimasukkan ke dalam akaun anda. Tempoh 2 hari bekerja hanya suatu jangkaan dan TIDAK dijamin, jika semua syarat berikut di penuhi: Semua dokumen yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama; RCE mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap anda dan pengesahan tersebut mestilah berjaya; dan Akaun bank yang diberikan untuk pendepositan wang pinjaman haruslah akaun bank Maybank. Dalam semua keadaan yang lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.