Marketing
Ada banyak cara simpan duit dan tips menabung yang dikongsikan di media sosial. Cara menabung yang mana paling efektif itu sebenarnya terpulang pada diri masing-masing. Formula yang sebagus mana pun jika anda tiada komitmen dan disiplin untuk menabung, memang tak jadilah.
Sebab ada yang berjaya menabung menggunakan jadual simpan duit secara konsisten setiap bulan, tapi apabila dah sampai pertengahan tahun, sudah hilang motivasi untuk kekalkan momentum tersebut. Antara yang gagal mungkin disebabakan berbelanja barangan bukan keperluan secara berlebihan, banyak berhutang dan juga tidak disiplin dalam menabung. Tanpa sedar, aliran tunai yang keluar lebih tinggi daripada yang masuk.
Jadi, yang pentingnya adalah anda mula simpan dan kekalkan disiplin untuk menabung. Sekiranya anda gagal untuk wujudkan tabung simpanan pada tahun lalu, jangan risau. Anda boleh tetapkan matlamat kewangan untuk simpan duit untuk tahun seterusnya.
Inilah perkongsian oleh Nik Nur Alif Faisal yang berkongsi cara untuk simpan cecah RM3,000 setahun. Caranya memang mudah dan senang untuk diikuti. Jom baca!
RM1 |
Setiap hari masuk tabung. Jumlah setahun RM366. |
RM5 |
Setiap minggu simpan 2 keping. Jumlah setahun RM520. |
RM10 |
Setiap minggu simpan 2 keping. Jumlah setahun RM1040. |
RM20 |
Setiap bulan simpan 2 keping. Jumlah setahun RM480. |
RM50 |
Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Jumlah setahun RM300. |
RM100 |
Simpan ikut bulan genap (Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Jumlah setahun RM600. |
Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Cara yang anda simpan wang itu terpulanglah pada kreativiti masing-masing. Nak beli tabung boleh. Nak recycle dan simpan dalam balang pun boleh. Janji anda menyimpan untuk tujuan yang betul.
Pakar kewangan mengesyorkan amaun tabung kecemasan adalah 3 sehingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Perkara ini penting sebab kita tidak akan tahu apa yang berlaku pada keesokkan hari. Contohnya jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM2,000, maka untuk membina tabung kecemasan selama 3 bulan anda perlu tingkatkan lagi amaun simpanan setiap bulan.
Dana kecemasan berbeza dengan simpanan biasa. Dana kecemasa hanya boleh dikeluarkan jika ada situasi kecemasan sahaja. Tabung ini sebenarnya boleh mengelakkan anda daripada membuat sebarang hutang. Tak salahkan untuk anda sediakan payung sebelum hujan.
Wang yang disimpan boleh juga dilaburkan melalui platform pelaburan tebaik. Dividen yang ditawarkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada menyimpan di akaun simpanan. Atau sekiranya anda pernah dengar pasal servis ‘robo-advisor’, anda juga boleh cuba untuk melabur.
Prosesnya dikendalikan oleh aplikasi sahaja. Ramai suka guna servis ini sebab ia menawarkan servis caj yang rendah, fokus kepada pelaburan pasif dan boleh bantu anda ‘diversify’ portfolio pelaburan. Contoh servis robo-advisor adalah StashAway, Wahed Invest dan MyTHEO. Jika anda rasa lebih selesa wang yang dikumpul itu nak diganti dengan aset emas pun boleh.
Selain dana kecemasan dan melabur, anda juga boleh guna wang simpanan ini untuk pembayaran dan perbelanjaan. Nak bayar road tax kereta, pergi bercuti bersama keluarga, settlekan hutang kad kredit, dan lain-lain. Pelan elok-elok apa yang anda nak gunakan wang tersebut dan elakkan pembaziran. Pastikan anda ikut pelan pengurusan kewangan peribadi yang ada untuk memastikan anda tidak terlepas bayar sebarang hutang dan bil bulanan.
Jadi, pastikan anda menabung untuk tujuan yang betul. Lama-kelamaan tabiat menabung ini akan menjadi sesuatu yang anda akan lakukan secara automatik dan anda tidak akan rasa susah pun. Jika anda sudah berkeluarga tabiat menabung ini juga akan turun menurun ke anak-anak anda. Ini akan memudahkan anda buat simpanan untuk anak anda di masa depan. Janji anda mula amalkan tabiat menabung ini. Jom menabung untuk kesejahteraan dan kewangan yang lebih stabil.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.