Content Writer and Translator
Sesetengah individu atau kumpulan boleh bertindak menyalahi undang-undang hanya untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Contoh yang paling mudah adalah dengan menjadi scammer. Bagaimanakah cara dapatkan duit dari scammer semula apabila anda menjadi mangsa?
Kali ini kami akan berkongsi secara terperinci kepada anda tentang bagaimana cara dapatkan duit dari scammer dari tiga aspek iaitu pinjaman peribadi, pelaburan, dan online.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes jenayah komersial sepanjang tempoh 2020 hingga Mei 2022 adalah sebanyak 71,833 kes melibatkan kerugian lebih RM5.2 billion. Apa yang memeranjatkan lagi daripada jumlah itu, jenayah tertinggi di tangga pertama adalah penipuan dalam talian, kemudian diikuti dengan pecah amanah, pinjaman wang haram, jenayah siber, wang palsu, dan salah guna harta.
Penggunaan internet yang meluas menjadi salah satu faktor jenayah ini berlaku. Mangsa yang disasarkan pula secara rawak, tidak kira tua atau muda, berpendidikan atau tidak, geng-geng jutawan atau makan gaji, tinggal di bandar mahupun di kampung.
Mudahnya, taktik yang digunakan oleh scammer hari ini memang sukar untuk kita kenal pasti sehingga tanpa sedar kita sendiri dipergunakan dalam diam demi kepentingan mereka.
Kesan dari jenayah komersial ini sememangnya bukan sahaja melibatkan kerugian kepada ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya.
Disamping ia mendatangkan masalah kepada individu atau keluarga daripada aspek kewangan yang turut menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka yang terbabit secara khasnya.
Justeru itu sebagai mangsa scammer, sangat penting untuk anda tahu cara dapatkan duit dari scammer itu bagi mengelakkan kerugian berpanjangan.
Bagi yang bekerja makan gaji, setiap kali tiba pertengahan bulan mulalah kita cuba untuk mencari duit lebih. Dengar ada pinjaman tanpa kadar faedah 0% atau kelulusan pinjaman yang dijamin, mula lah mata tu bersinar-sinar. Ingat ya, pinjaman peribadi yang sah memang ada kadar faedah dan tidak boleh lebih 18% setahun. Kelulusan pun bukan 100% sebab ada syarat kelayakan yang berbeza untuk setiap lender.
Biasanya mangsa scammer pinjaman peribadi ini daripada golongan yang mempunyai rekod CCRIS atau CTOS yang tidak baik dan yang terdesak memerlukan wang tunai.
Antara ciri pinjaman peribadi yang ditawarkan ini adalah satu bentuk penipuan, ia biasanya:
Pertama sekali, apabila anda mulai ragu dengan individu yang sedang berurusan itu sama ada tergolong dalam kategori scammer atau bukan, anda perlu untuk membuat semakan di Portal Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Di sini, anda boleh mendapatkan pengesahan identiti individu yang dicurigai itu.
Setiap maklumat mengenai kes yang telah dilaporkan sebelum ini ada disimpan di dalam portal tersebut. Apa yang perlu anda lakukan hanya masukkan sahaja nombor akaun bank atau nombor telefon ke dalam portal CCID.
Sekiranya memang sah individu atau agensi kewangan yang anda berurusan itu adalah scammer, teruskan dengan mengambil langkah seperti di bawah:
Sertakan segala bukti yang ada misalnya seperti resit transaksi, perbualan Whatsapp, maklumat peribadi scammer tersebut atau sebagainya yang berkaitan. Terdapat banyak kes yang dilaporkan melibatkan scammer pinjaman peribadi sebelum ini yang mengugut mangsa apabila mangsa tidak mahu membayar duit deposit atau mahu membatalkan permohonan pinjaman
Bukti ini sebenarnya boleh membantu laporan polis yang dibuat lebih kukuh.
Bagi yang ditipu dengan jumlah duit yang besar, cuba dapatkan nasihat dari penasihat kewangan bertauliah seperti AKPK.
Hal ini kerana, transaksi yang melibatkan penipuan seperti ini sukar untuk kita dapatkan balik 100% duit pinjaman tersebut. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan penasihat kewangan bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi.
Media sosial adalah medan perkongsian dan penyebaran informasi tanpa sempadan. Oleh itu, gunakan ia sebaik yang mungkin dengan memberi manfaat kepada orang lain.
Contoh yang paling mudah sebagai mangsa scammer anda boleh berkongsi pengalaman anda di media sosial untuk dijadikan iktibar dan mengelak dari ia berlaku ke atas orang lain juga.
Ramai orang sukakan pelaburan untuk menjana pendapatan pasif. Menerusi pelaburan, kita berpeluang menerima keuntungan menerusi dividen dan keuntungan inilah yang akan menambah kepada wang yang kita laburkan. Oleh kerana wang yang dilaburkan menjana keuntungan, ia dianggap bekerja untuk pemiliknya.
Maka tidak hairanlah, ramai yang tergila-gila untuk melabur walaupun mereka tiada ilmu sama sekali tentang pelaburan. Kegiatan ini lebih menggairahkan apabila aplikasi pelaburan atas talian wujud dengan pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Tanpa kita sedar, setiap satu agensi pelaburan yang memberi keuntungan ada lima lagi agensi pelaburan yang merugikan.
Antara modus operandi scammer pelaburan adalah:
Biasanya, mangsa scammer pelaburan pasti paling terkesan oleh kerana jumlah wang yang lebur dan ditipu tidaklah sedikit. Ada yang habis berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.
Apabila perkara ini terjadi, apa yang perlu anda lakukan adalah:
Selesai membuat laporan polis, anda boleh membuat laporan dengan Bank Negara Malaysia. Sebagai bank pusat Malaysia, mereka bertanggungjawab untuk memerhatikan sebarang skim kewangan haram yang mungkin cuba mengeksploitasi orang ramai.
Anda boleh memfailkan laporan dengan Bank Negara di sini. Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada pelaburan adalah satu penipuan, anda boleh menyemak senarai penipuan kewangan mereka yang diketahui di Malaysia.
Jika anda mempunyai bukti yang mencukupi, tetapi kerajaan tidak boleh memfailkan kes jenayah, anda boleh memilih untuk memulakan kes sivil terhadap penipu. Anda boleh menyaman skim kewangan untuk sebarang kerosakan yang ditanggung, jadi jika anda melabur RM 25,000 maka anda boleh menyaman mereka untuk jumlah tersebut.
Walau bagaimanapun, jika kos menyaman lebih tinggi daripada ganjaran yang mungkin anda terima atau tidak, kes sivil tidak berbaloi. Kos untuk menyaman boleh mula meningkat dengan cepat kerana anda mungkin perlu mengekalkan peguam dan anda perlu membayar yuran mahkamah dan advokasi.
Gabungan yuran mahkamah dan advokasi anda boleh mendapat setinggi RM 1,000. Peguam yang baik boleh menelan kos RM60 sejam dan kes sivil boleh mengambil masa yang lama. Sebelum anda mengambil tindakan sivil, pastikan anda tidak membelanjakan lebih banyak wang untuk sia-sia.
Walaupun anda memutuskan untuk menyaman, adakah anda tahu siapa yang anda sasarkan? Adakah anda menyaman syarikat atau individu itu?
Jika anda menyaman syarikat tersebut, orang di belakangnya boleh dilindungi daripada kerosakan dan mungkin tiada wang yang tinggal dalam syarikat itu. Sebaliknya, anda mungkin tidak mempunyai asas undang-undang untuk menyaman orang di sebalik skim tersebut kerana anda tidak terlibat secara langsung dengan mereka.
Hari ini scammer online Malaysia sangat meluas dengan pelbagai cara dan taktik penipuan yang sukar untuk kita kenal pasti. Antara jenis scammer online yang biasa kita dengar adalah seperti scam cinta, Macau scam, scam kerja part time, scam parcel, dan sebagainya.
Jika anda yakin anda telah ditipu, perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah menghubungi orang yang bertanggungjawab. Jika anda boleh mencari atau menghubungi mereka, anda mungkin dapat meyakinkan mereka untuk mengembalikan wang anda.
Mungkin penipuan itu masih berlaku dan penipu mahu menghalang anda daripada membuat kejadian dan mungkin memberi anda kembali wang tersebut.. Sebagai contoh, anda boleh mengugut untuk mendedahkan skim itu di media sosial, yang mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada orang yang berada di atas.
Hal ini kerana kesan daripada pendedahan terbuka itu, syarikat atau perniagaan mereka boleh runtuh dengan sekelip mata sahaja kerana mempunyai unsur-unsur penipuan.
Fungsi mahkamah tuntutan kecil adalah untuk membuat tuntutan kewangan di bawah RM5000. Cara ini sangat berkesan digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak.
Maksud kontrak yang dimaksudkan ini adalah apabila berlaku perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.
Kebaikannya mahkamah jenis ini ia melalui prosedur yang lebih ringkas, mudah, dan tidak memerlukan peguam.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara dapatkan duit dari scammer ini semula dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Dibawah ini disertakan maklumat bagi setiap jabatan / badan-badan / agensi-agensi yang terlibat. Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai untuk lebih berhati-hati dan selamat.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
Hannani Juhari has been a content writer and translator since 2018 at a variety of Malaysia’s popular websites. Originally from Johor Bahru, Johor and graduated from the University of Tun Hussein Onn Malaysia. She is known as a musicophile and a 100% digital nomad.
2 Comments
Askm.saya dah kena tipu dengan scammer
Assalammualaikum bagaimana nk dapatkan duit balik Dr scammer