Director
Kebelakangan ini banyak kes scammer yang berlaku di media sosial terutamanya membabitkan pembelian barangan online. Kebanyakan mereka menjadi mangsa penipuan akibat tidak memeriksa terlebih dahulu maklumat akaun bank atau nombor telefon seller sebelum bank in sejumlah wang.
Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu portal dan aplikasi Semak Mule bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan atau scammer. Orang ramai khususnya pembeli dinasihatkan untuk menggunakan Semak Mule ini sebagai cara cek scammer secara online sahaja.
Berikut di bawah adalah cara untuk anda membuat semakan NOMBOR AKAUN BANK scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:
Berikut di bawah pula adalah cara untuk anda membuat semakan NOMBOR TELEFON scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:
Selain itu, orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi ini juga boleh memuat turun Semak Mule di platform Google Playstore.
Jadi, sebelum anda menjadi mangsa scammer seterusnya, lebih baik gunakan Semak Mule terlebih dahulu bagi memeriksa nombor akaun bank dan telefon mereka. Anda juga harus aware dengan ciri ciri penipuan pinjaman peribadi dan ambil tahu langkah seterusnya sekira telah ditipu scammer.
Tonton video di bawah untuk kenalpasti tanda penipuan scammer:
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi yang menawarkan pinjaman secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini.
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.