Soalan Lazim
Semua yang anda perlu tahu tentang Direct Lending.
Direct Lending merupakan platform pinjaman peribadi dalam talian yang ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman pinjaman yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia – cepat, mudah, selamat dan mampu milik.
Kami merupakan wakil pemasaran yang sah (ejen) bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi kepada kakitangan awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad. Kami juga menawarkan pinjaman peribadi daripada Coopbank Pertama, Public Islamic Bank, Ambank, Koperasi Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (“KOBETA”), Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (“KOPUTRI”), Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dan koperasi-koperasi terpilih di Malaysia (“Pembekal Perkhidmatan Kewangan”).
Kami juga bekerjasama dengn lebih 15 syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen dan kredit komunity di bawah KPKT untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada pekerja swasta.
Pembiayaan dan pinjaman yang ditawarkan melalui platform Direct Lending adalah daripada pihak bank, koperasi dan pemberi wang pinjaman berlesen yang kami kerjasama. Direct Lending sendiri tidak memberi pinjaman.
Mohon sekarang dan alami sendiri perkhidmatan peminjaman yang lebih baik. Nantikan produk dan perkhidmatan lain yang hebat daripada kami. Nantikan produk dan perkhidmatan lain yang hebat daripada kami.
Semua e-mel pemasaran dari Direct Lending mematuhi spam. Oleh itu, setiap e-mel pemasaran mengandungi pautan unik untuk henti langganan. Klik pada pautan itu untuk mengecualikan diri daripada menerima e-mel pemasaran.
Anda boleh:
- E-mel kami di support@directlending.com.my;
- hubungi kami di +603 9212 4200 antara 9.00 pagi – 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat
- sembang bersama kami melalui laman web
- Direct Lending kunjungi pejabat kami di Unit 16-3A, Oval Tower Damansara, 685 Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
Kami mengalu-alukan maklum balas anda!
Bagaimana cara memohon untuk pinjaman?
Proses yang pantas dan senang dalam 3 langkah mudah:
Langkah 1 Isi borang permohonan atas talian dan pilih pemberi pinjaman yang sesuai untuk anda
Isikan borang dalam talian dengan butiran peribadi anda dan beritahu kami berapa banyak dan berapa lama anda ingin meminjam. Selepas itu, pilih pemberi pinjaman yang sesuai untuk anda untuk membuat permohonan
Langkah 2 Pihak pemberi pinjaman yang anda pilih akan hubungi anda untu semakan kredit dan pengesahan
Pemberi pinjaman akan menghubungi anda melalui e-mel atau panggilan untuk pengesahan jika anda memenuhi kelayakan pinjaman
Langkah 3 Hantarkan dokumen yang diperlukan dan tandatangan surat perjanjian Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, anda boleh menyerahkan dokumen yang dikehendaki kepada pemberi pinjaman iaitu, Kad pengenalan (MyKad), 3 bulan slip gaji dan penyata bank terkini, penyata KWSP terkini atau borang perisytiharan cukai, bil utiliti (seperti elektik, bil air & sebagainya) sebelum pergi ke pejabat pemberi pinjaman terdekat untuk menandatangani perjanjian pinjaman
Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?
Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk hampir apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:
- Selesaikan bil kad kredit
- Gabungkan hutang
- Pengubahsuaian rumah
- Perkahwinan
- Membuka atau meluaskan perniagaan
- Perbelanjaan perubatan atau hospital
- Melanjutkan pelajaran
- Membeli kereta
- Pembelian yang besar
- Melancong
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?
Anda boleh meminjam dari RM1,000 sehingga RM20,000. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 6 bulan hingga 3 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda.
Apakah jumlah pinjaman minimum?
Jumlah pinjaman minimum ialah RM1,000.
Adalah pemberi pinjaman akan ambil kad ATM saya?
Tidak, pemberi pinjaman yang kami kerjasama tidak akan ambil kad ATM anda bila-bila masa.
Adakah saya layak meminjam?
Anda layak meminjam jika anda adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 60 tahun
- Bergaji dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan
- Pendapatan tetap bulanan minimum (gaji pokok dan elaun tetap) RM1,500 untuk Semenanjung Malaysia atau RM1,200 untuk Sabah & Sarawak
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman.
- Untuk pemberi pinjaman tertentu, tiada “special attention account” dalam “Bank Negara Central Credit Reference Information System (CCRIS)”
Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
- Kad pengenalan (MyKad) Slip
- Gaji 3 bulan terkini
- Penyata Bank 3 bulan terkini (panduan download penyata bank)
- Penyata KWSP terbaru (panduan download penyata KWSP) atau Borang Pengesahan Cukai
- Bil Utiliti – Elektrik, air, atau lain lain
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?
Kami berhasrat untuk mendapatkan kelulusan anda dalam masa 1 hari bekerja. Ia juga bergantung pada kelengkapan dokumentasi dan maklumat yang diberikan kepada kami.
Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?
Tidak. Oleh kerana ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda. Tetapi, penggunaan penjamin adalah dibenarkan.
Adakah Direct Lending akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?
Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.
Apakah kadar untung pembiayaan saya?
Kadar adalah dari 12% setahun (dengan cagaran) sehingga 18% setahun (tanpa cagaran).
Adakah terdapat sebarang duti setem?
Ya, anda perlu membayar duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman anda.
Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?
Tidak, pinjaman ini tidak memerlukan bayaran ansuran pendahuluan.
Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pinjaman anda.
Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?
Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui Interbank GIRO (IBG), deposit tunai, deposit cek atau MEPS ATM pemindahan dana.
Bolehkah saya melalukan bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?
Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Ada pemberi pinjaman tertentu yang ada bayaran awal penalti jika anda ingin menyelesaikan pinjaman anda awal.
Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan Direct Lending?
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Direct Lending adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Direct Lending tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak tanpa kebenaran anda.
Bagaimana cara memohon untuk pinjaman?
Proses permohonan pinjaman kami adalah cepat dan mudah. Ia mengambil masa hanya beberapa minit untuk ketahui kelayakan dan kadar yang ditawarkan dengan serta-merta. Kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi, termasuklah pekerjaan, pendapatan bulanan, komitmen pinjaman semasa dan tahap pendidikan anda.
Anda hanya perlu memberi dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan jika anda berminat dengan kadar yang ditawarkan dan ingin teruskan permohonan rasmi pinjaman.
Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan diperiksa.
Apakah yang boleh dilakukan dengan pinjaman ini?
Anda boleh menggunakan wang pinjaman untuk hampir apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:
- Gabungkan hutang
- Selesaikan bil kad kredit
- Membuka atau meluaskan perniagaan
- Perbelanjaan perubatan atau hospital
- Melanjutkan pelajaran
- Pembelian yang besar
- Membeli kereta
- Pengubahsuaian rumah
- Melancong
- Perkahwinan
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman?
Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda. Jumlah maksimum pinjaman anda ditentukan oleh latar belakang peribadi anda, profil kredit, keadaan kewangan semasa dan komitmen yang lain.
Apakah jumlah pinjaman minimum?
Jumlah pinjaman minimum ialah RM3,000. Untuk Public Islamic Bank, pinjaman mininum ialah RM5,000.
Bagaimana cara mengubah permohonan yang telah dihantar?
Anda tidak boleh mengedit permohonan anda setelah dihantar. Sila pastikan maklumat anda disahkan sebelum menyerahkan permohonan. Jika terdapat kesilapan pada permohonan anda dan ingin mengubah jumlah pinjaman, tempoh atau maklumat peribadi, sila e-mel support@directlending.com.my, hubungi +603 9212 4200 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Bagaimana cara membatalkan permohonan pinjaman saya?
Jika anda ingin membatal permohonan anda, sila e-mel support@directlending.com.my, hubungi +603 9212 4200 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Adakah pembiayaan peribadi ini berkonsep Syariah?
Ya, pembiayaan yang disediakan di platform kami adalah berkonsep Syariah.
Adakah saya layak meminjam?
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan di sektor awam
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya?
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Penyata gaji (payslip) yang disahkan untuk 3 bulan terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan bil utiliti (untuk pinjaman koperasi KOBETA, KOPUTRI dan Ukhwah sahaja)
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda (Panduan download penyata bank)
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke akaun bank saya?
Anda boleh menerima pinjaman dari 2 hari bekerja sehingga 2 minggu, ini bergantung dengan pakej pinjaman yang anda pilih.
Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, setelah menerima dokumen lengkap daripada anda dan tiada lagi dokumen tambahan atau susulan diperlukan berikutan penyerahan pertama, dan Yayasan berjaya menghubungi anda dan majikan anda dalam tempoh 24 jam untuk pengesahan, dan pengesahan itu berjaya, wang pinjaman boleh dimasukkan ke akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja jika akaun anda ialah akaun Maybank. Dalam semua keadaan lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.
Untuk pembiayaan Coopbank Pertama, pra-kelulusan boleh diketahui dalam masa 1-3 hari bekerja dan selepas itu, pemohon boleh pergi ke branch Coopbank Pertama terdekat dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, untuk menandatangani surat tawaran dan terima pembiayaan.
Untuk pinjaman Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA dan Koperasi KOPUTRI, ia mengambil 1-2 minggu untuk memproses dan masukkan pinjaman ke bank akaun anda. Untuk Koperasi Ukhwah, ia mengambil lebih kurang 2 sehingga 3 minggu.
Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Saya menerima beberapa jenis elaun daripada majikan saya. Yang manakah dikira sebagai pendapatan?
Elaun berikut dikira sebagai pendapatan:
- Imbuhan tetap perkhimatan awam
- Imbuhan perumahaan
- Bantuan sara hidup
- Elaun keraian
- BI tugas kewangan
- Tanggungjawab pendidikan
- BI Ajar/ Cacat
Yang berikut TIDAK dikira sebagai pendapatan:
- Overtime
- Imbuhan tahunan
- Elaun jahitan
- Elaun warden
Jika anda menerima elaun berlainan daripada yang disenaraikan di atas, sila emel kami di support@directlending.com.my, hubungi +603 9212 4200 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.
Adakah saya dibenarkan menggunakan pendapatan isi rumah atau suami/isteri saya?
Tidak. Oleh kerana ini merupakan pinjaman peribadi, kami hanya mempertimbangkan pendapatan peribadi anda.
Adakah Direct Lending akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau pemprosesan daripada peminjam?
Tidak. Kami tidak akan menuntut sebarang yuran pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.
Apakah kadar untung pembiayaan saya?
Kadar untung anda ditentukan oleh Pemberi Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda.
Kadar keuntungan untuk pembiayaan Coopbank Pertama adalah 2.69% untuk tempoh sehingga 3 tahun dan 2.99% untuk tempoh pembiayaan 4 sehingga 10 tahun.
Kadar untung untuk pinjaman Public Islamic Bank adalah dari kadar sama rata 4.45% untuk pinjaman sehingga RM100,000, dan 3.99% untuk tempoh pinjaman RM100,000 atau lebih.
Kadar untuk pinjaman koperasi KOBETA adalah 5.9% setahun (sama rata) dan koperasi KOPUTRI adalah 5.50% setahun (sama rata). Untuk pinjaman koperasi Ukhwah, kadar adalah 4.35% untuk tempoh pinjaman 1-3 tahun dan 4.99% untuk tempoh pinjaman 4-10. ntuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, kadar bermula dari 5.99% sehingga 9.99% setahun sama rata (kadar akhir adalah berdasarkan profil kredit anda). Kadar untung akhir akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk menerima pinjaman atau tidak.
Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?
Jumlah pembiayaan akhir yang anda akan terima ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda. Maklumat ini akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk teruskan memohon untuk pinjaman atau tidak.
Secara amnya, jumlah pembiayaan akhir adalah berdasarkan nisbah bayaran keluar bersih (payout) (ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda), jumlah bersih daripada ansuran pendahuluan dan caj lain yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada duti setem, takaful, saham koperasi, ahli yuran koperasi dan caj pentadbiran.
For financing from Coopbank, the payout is about 98% less 2 months advance installment as the ANGKASA deduction will only commence after 2 months.
Untuk pinjaman Public Islamic Bank, payout adalah setinggi 98%. Untuk pinjaman Coopbank Pertama, payout adalah 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal disebabkan potongan ANGKASA akan mula selepas 2 bulan. Payout untuk koperasi KOBETA adalah setinggi 91.5%, KOPUTRI 95% dan Ukhwah 89%. Untuk Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, payout adalah dalam 78-88% (bergantung kepada profil kredit).
Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?
Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, peminjam akan dikenakan bayaran ansuran pendahuluan 1 bulan dan untuk pinjaman koperasi KOBETA, KOPUTRI dan Ukhwah, peminjam akan dikenakan bayaran ansuran pendahuluan 2-3 bulan. Ini akan ditolak daripada pinjaman anda. Tiada bayaran ansuran pendahuluan diperlukan untuk pinjaman Public Islamic Bank.
Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.
Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman?
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Bolehkah saya melalukan bayaran balik awal untuk pembiayaan peribadi saya?
Ya, anda boleh melakukan bayaran balik awal. Pembekal Perkhidmatan Kewangan, mengikut budi bicara boleh memberikan anda rebet untuk bayaran balik awal.
Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan Direct Lending?
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Direct Lending adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Direct Lending tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak tanpa kebenaran anda.
Pembiayaan Auto Servis (Servis Kereta, PayLater) adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan juga patuh Syariah. Pembiayaan ini adalah untuk tujuan perkhidmatan auto servis di mana amaun pembiayaan yang telah diluluskan akan dibayar kepada bengkel terpilih (tempat yang anda servis kenderaan). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh bayar ansuran servis kereta dan lanjutkan bayaran bulanan sehingga 12 kali.
Produk pembiayaan ini berasaskan konsep Syariah daripada komoditi Murabahah melalui Tawarruq. Kontrak jual beli ini adalah antara anda dan Direct Lending, dengan komoditi patuh Syariah tertentu yang dikenal pasti dan digunakan sebagai aset pendasar untuk transaksi jual beli antara pelanggan dan Direct Lending untuk tujuan pengagihan dana di bawah Kemudahan tersebut.
Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji) – Cara untuk muat turun penyata bank boleh rujuk di sini
Pembiayaan ini terbuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun yang mempunyai akaun bank. Kad kredit TIDAK diperlukan.
Keputusan pra-kelayakan akan dimaklumkan segera selepas mengisi maklumat peribadi berdasarkan profil kredit anda. Kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan yang layak akan dimaklumkan secepat 15 minit (selepas waktu bekerja) selepas anda melengkapkan pemohonan.
Anda boleh servis kereta dalam masa 1 bulan selepas permohonan diluluskan.
Selepas anda ketahui jumlah bayaran ansuran untuk baiki kereta; anda boleh mula merancang dan menempah temujanji atau melawat mana-mana bengkel yang menawarkan pembiayaan ini.
Jika anda baru mendapati ada keperluan dana yang lebih semasa di bengkel, anda juga boleh terus membuat permohonan di bengkel tersebut dan keputusan pra-kelulusan hanya mengambil masa 15 minit (semasa waktu kerja).
Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan.Tiada apa-apa caj pemprosesan yang akan dikenakan untuk pembiayaan ini.
Amaun pembiayaan adalah dari RM300 (minimum) sehingga RM5,000 (maksimum).
Pembiayaan ini adalah bertempoh dari 3 kali bayaran bulanan sehingga 12 kali bayaran bulanan.
Tidak – ia akan dilakukan di bengkel selepas servis selesai dan apabila anda bersetuju dengan pembiayaan tersebut. Kebanyakan proses hanya dilakukan secara digital melalui telefon pintar anda.
Kemudahan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau guarantor.
Pembiaya akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke bengkel 3 hari selepas perjanjian ditandatangani untuk membayar bil servis kereta.
Selepas menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandate untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada hari yang sama (semasa perjanjian ditandatangani) dan juga pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tempoh pembiayaan.
Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada; Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat akan diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Anda boleh daftar di sini dan pihak Direct Lending akan hubungi anda dalam masa 1 hari bekerja.
Pembiayaan ini akan ditawarkan oleh Direct Lending Sdn. Bhd., sebuah platform pembiayaan peribadi yang menyediakan pembiayaan yang selamat dan berpatutan untuk pelanggan yang bekerja keras di Malaysia. Direct Lending adalah Syarikat Kredit Komuniti yang dikawal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Direct Lending juga penerima geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., dan antara syarikat startup daripada Global Accelerator Programme pada tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Produk pembiayaan yang menawarkan pinjaman bisnes mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk meningkatkan aliran tunai bagi pengembangan perniagaan dan keperluan modal kerja.Produk pembiayaan ini ditawarkan oleh rakan kongsi perniagaan (peminjam atau pembiaya berlesen) Direct Lending.Permohonan melalui Direct Lending adalah 100% percuma, tiada bayaran pendahuluan atau deposit diperlukan.Anda boleh memohon sama ada pembiayaan Shariah atau konvensional.
Kadar faedah / profit adalah 0.8% hingga 1.5% sebulan, tertakluk kepada kelulusan.
Permohonan adalah 100% percuma dan tiada bayaran pendahuluan or deposit diperlukan.10% yuran pemprosesan (termasuk duti setem & yuran jaminan), akan ditolak semasa pengeluaran daripada jumlah pinjaman/pembiayaan.
Amaun pembiayaan yang anda layak pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti pendapatan bisnes, komitmen hutang semasa dan sejarah kredit. Amaun maksimum pinjaman adalah sehingga RM200,000 dengan tempoh pembayaran balik fleksibel antara 6 bulan hingga 18 bulan.
Anda layak meminjam dengan:
- Entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM di bawah mana-mana kategori berikut;
- Pemilikan Tunggal;
- Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT); atau
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
- Perniagaan beroperasi minimum 6 bulan;
- Pendapatan bulanan perniagaan minimum RM5,000 sebulan;
- Tiada tindakan undang-undang yang belum selesai; dan
- Tidak status muflis.
Anda hanya boleh memohon Pinjaman PKS Mikro Konvensional jika perniagaan anda melibatkan perdagangan berikut:
- Alkohol;
- Perjudian;
- Pornografi;
- Tembakau dan dadah berbahaya;
- Syarikat berkaitan hiburan – seperti lounge karaoke yang menyajikan arak, rumah penerbitan filem yang kebanyakannya mengeluarkan filem terlarang, pawagam yang biasanya menayangkan filem berkaitan hiburan;
- Daging babi dan hasil sampingannya;
- Makanan yang dilarang di bawah ajaran Islam seperti katak, ular, buaya;
- Rumah urut tidak patuh syariah yang membenarkan rawatan daripada jantina yang berlainan;
- Pelacuran;
- Pinjaman berasaskan faedah, termasuk jualan kredit dengan caj faedah;
- Agensi insurans dan unit amanah konvensional; dan/atau
- Pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, dan bahan serta tempat untuk beribadat selain Allah
Untuk mohon, klik sini.
Dokumen Asas Wajib
- Salinan NRIC (Depan & Belakang):
- Pemilikan tunggal – Pemilik
- Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad – Semua rakan kongsi
- Syarikat Sendirian Berhad – Semua pengarah
- Penyata bank 6 bulan terkini (mesti salinan asal dalam PDF, scan/printscreen/gambar tidak boleh diterima)
Dokumen Tambahan (Jika Ada)
- Lesen perniagaan
- Taksiran cukai pendapatan peribadi (2 tahun terkini)
Pinjaman PKS Mikro (Shariah / Konvensional) adalah satu pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu sediakan apa-apa cagaran untuk pembiayaan ini.
Anda akan menerima kelulusan dalam masa 3-4 hari bekerja selepas penyerahan dokumen penuh. Terima pembiayaan anda dalam masa 2 hari bekerja selepas menandatangani perjanjian melalui dalam talian.Nota: Setiap usaha yang munasabah telah dibuat untuk memastikan tempoh pemprosesan mengikuti garis masa; dan ini juga tertakluk kepada pelbagai keadaan ataupun perubahan termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan maklumat yang diberikan oleh pemohon.
Pinjaman PKS Mikro (Shariah)
Ya, anda boleh membuat bayaran balik awal.
Pinjaman PKS Mikro (Konvensional)
Ya, anda boleh membuat bayaran balik awal. Bayaran balik awal akan dikenakan fi pembayaran balik awal sebanyak 2% ke atas baki jumlah prinsipal.
Pinjaman PKS Mikro (Shariah)
Jika anda lewat membuat pembayaran balik, fi/caj berikut akan dikenakan:
- Sehingga 10% setahun Caj Bayaran Lewat [terdiri daripada 1% p.a Pampasan (Ta’widh) dan 9% p.a. Penalti (Gharamah)] atas bayaran tertunggak & tidak boleh dikompaun.
Pinjaman PKS Mikro (Konvensional)
Jika anda lewat membuat pembayaran balik, fi/caj berikut akan dikenakan:
- Yuran Penalti Lewat: RM200 setiap kitaran pembayaran balik
- Yuran Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaun) ke atas jumlah tertunggak
Direct Lending adalah satu platform pinjaman peribadi dan perniagaan untuk membantu individu atau PKS cari, banding dan mohon pembiayaan yang paling sesuai untuk mereka.
Perkhidmatan kami adalah 100% PERCUMA dan tidak memerlukan sebarang bayaran daripada pelanggan kami pada bila-bila masa. Direct Lending mempunyai lebih 2,000 review 5 bintang oleh pelanggan kami di Google Business Page dan Facebook kami.
Mohon Pinjaman PKS Mikro (Shariah / Konvensional) adalah sangat mudah dan tidak merumitkan. Klik link di bawah atau ikon ‘Chat on WhatsApp’ melalui platform kami dan kami akan membantu anda menerima pembiayaan untuk keperluan perniagaan anda.
Konsultan berpengalaman kami atau pegawai daripada pemberi pinjaman akan menghubungi anda dan membantu anda dengan permohonan Pinjaman PKS Mikro (Shariah / Konvensional) anda dari A-Z.
Permohonan adalah 100% percuma, tiada bayaran pendahuluan or deposit diperlukan. Tiada caj tersembunyi. Untuk memohon pinjaman /pembiayaan perniagaan, klik sini.