Pinjaman Peribadi MBSB

Kadar terapung serendah 3.32% setahun

  • Lulus secepat 3-4 hari bekerja
  • Tak perlu pengesahan majikan
  • Berkonsep Syariah
  • Khas untuk penjawat awam
  • Sesuai untuk penyatuan hutang

Semak Kelayakan

Mengenali Pinjaman Peribadi MBSB

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh MBSB (Bank Malaysia Building Society Berhad) dengan potongan gaji oleh melalui Biro Angkasa. Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah mampu milik dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji. Kelulusan untuk pinjaman peribadi MBSB juga secepat 3-4 hari bekerja, sesuai untuk yang perlukan kewangan segera.

MBSB Bank Berhad telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan Perbankan Islam. MBSB Bank dikawal selia dan diawasi oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Pinjaman peribadi daripada MBSB
  • Amaun pembiayaan sehingga RM400,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 2 tahun sehingga maximum 10 tahun
  • Payout setinggi 98%
  • Kadar terapung serendah 3.32% setahun
  • Bayaran melalui Biro Angkasa
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses secepat 3-4 hari bekerja

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 1 tahun
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM3,000 termasuk elaun tetap
  • Komitmen luar tinggi atau CCRIS masih layak memohon
  • Tunggakan dengan PTPTN layak memohon

Perlukan kewangan tambahan untuk keperluan segera?

Sekiranya anda ada masalah kewangan dan perlukan pembiayaan untuk perbelanjaan semasa Hari Raya, perbelanjaan sekolah anak-anak, membayar bil tertunggak, keperluan kecemasan, atau untuk kurangkan komitmen dengan penyatuan hutang Pinjaman Peribadi MBSB sangat sesuai dengan anda.

Pinjaman peribadi MBSB berkadar terapung serendah 3.32% setahun dan payout setinggi 98%. Anda tidak perlu cop pengesahan jawatan daripada majikan, dan kelulusan secepat 3 hari bekerja.

Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma. Semak kelayakan anda sekarang.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Siapakah pemberi pinjaman wang berlesen (licensed moneylender)?

Pemberi pinjaman wang berlesen adalah pemberi pinjaman yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Semua pemberi pinjaman wang berlesen akan menerima lesen yang sah dengan maklumat seperti nama syarikat, alamat, nombor lesen dan kesahihan lesen.

Berapakah caj kadar faedah yang akan dikenakan?

Di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah untuk pinjaman tidak bercagar adalah tidak lebih daripada 18% p.a. manakala untuk pinjaman bercagar tidak lebih daripada 12% p.a.

Berapa banyak yang boleh saya pinjam dan berapa lama?

Jumlah pembiayaan yang anda layak pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti pendapatan anda, komitmen hutang semasa dan sejarah kredit.

Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM20,000 dengan jangka masa pinjaman yang fleksibel antara 6 bulan hingga 4 tahun, ini bergantung kepada pemberi pinjaman.

Anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi kami untuk kira berapa ansuran bulanan pinjaman yang anda mampu.

Adakah saya perlu memberikan kad ATM saya untuk mohon pinjaman peribadi wang berlesen?

Tidak, semua pemberi pinjaman wang berlesen di platform Direct Lending tidak akan mengambil atau memegang kad ATM semasa anda memohon pinjaman peribadi melalui platform kami.

Apakah perbezaan antara pemberi pinjaman wang berlesen dan pemberi pinjaman haram?
  • Lesen: Pemberi pinjam wang berlesen dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana mereka harus mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 manakala pemberi pinjaman haram (lintah darat/ah long) tidak dikawal selia atau dilesenkan oleh mana-mana pihak. Ringkasnya, mereka sendiri yang tentukan segala peraturan.
  • Kadar faedah: Pemberi pinjaman wang berlesen hanya boleh mengenakan maksimum 12% p.a. untuk pinjaman bercagar dan 18% p.a. untuk pinjaman tidak bercagar mengikuti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Bagi pemberi pinjaman wang haram, mereka biasanya mengenakan kadar faedah 30% setiap bulan. Namun, ingatlah bahawa pemberi pinjaman wang haram tidak mengikuti undang-undang, jadi mereka boleh mengenakan bayaran sesuka hati.
  • Amaun & tempoh pinjaman: Amaun pinjaman yang boleh ditawarkan oleh pemberi pinjam wang berlesen adalah serendah RM1,000 hingga maksimum RM20,000 antara tempoh 6 bulan hingga 4 tahun bergantung kepada pemberi pinjaman tertentu. Ada juga pemberi pinjaman wang berlesen yang menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi tetapi syaratnya adalah dengan cagaran. Manakala pemberi pinjaman haram pula menetapkan peraturan mereka sendiri. Jadi, jumlah dan tempoh pinjaman mungkin ditetapkan mengikut kesukaan mereka. Contohnya, amaun pinjaman boleh jadi sangat tinggi tetapi jangka masa untuk pembayaran balik pinjaman yang ditetapkan adalah sangat pendek.
  • Kriteria kredit: Pemberi pinjaman wang berlesen akan membuat penilaian kredit untuk setiap para peminjam. Bagi pemberi pinjam wang tidak berlesen, tiada kriteria kredit kerana mereka tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa. Tetapi anda harus ingat bahawa dengan sebab ini, mereka mungkin akan menyimpan barang-barang peribadi anda seperti IC, pasport, kad ATM atau online banking (ID & password) sebagai jaminan untuk pembayaran balik pinjaman anda.
  • Bayaran lain: Apabila anda memohon pinjaman peribadi dengan pemberi pinjaman wang berlesen, jika pinjaman anda telah lulus, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman yang disahkan oleh pihak ketiga seperti peguam, pegawai undang-undang atau Pesuruhjaya Sumpah. Itulah sebabnya selain membayar ansuran bulanan, anda perlu membayar yuran pengesahan dan peguam, yuran pemeriksaan kredit dan duti setem. Bayaran ini akan ditolak dari pinjaman. Bagi pemberi pinjaman wang haram, tiada perjanjian pinjaman yang terlibat. Jadi mungkin ada caj tersembunyi yang mereka boleh kenakan ke atas pinjaman anda.
Apakah syarat untuk memohon pinjaman peribadi dari pemberi pinjaman wang berlesen?

Anda layak meminjam sekiranya anda adalah warganegara Malaysia dan:

  • Berumur antara 20 sehingga 60 tahun
  • Ada pekerjaan tetap dengan sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja (dengan slip gaji dan gaji dikreditkan ke dalam akaun bank)
  • Pendapatan bulanan kasar minimum RM1,500
  • Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman

KLIK SINI untuk semak kelayakan percuma.

Apakah dokumen apa yang perlu saya sediakan untuk memohon pinjaman peribadi dari pemberi pinjaman wang berlesen?

Dokumen asas yang diperlukan adalah:

Adakah saya perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk memohon pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi adalah jenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu menyediakan cagaran atau mempunyai penjamin untuk meminjam wang.

Berapa lama proses permohonan?

Anda boleh memerima kelulusan pinjaman anda secepat 1-2 hari bekerja, tertakluk kepada dokumen penuh & lengkap. Pengeluaran pinjaman mengambil masa 1-2 hari bekerja selepas menandatangani perjanjian pinjaman.

Boleh saya melunaskan pinjaman peribadi saya lebih awal?

Ya, anda boleh membuat pembayaran awal.

Siapakah Direct Lending? Kenapa saya harus memohon pinjaman melalui Direct Lending?

Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi yang membantu peminjam cari, mohon dan banding pembiayaan yang paling sesuai dengan anda. Kami hanya bekerjasama dengan pemberi pinjaman wang berlesen yang dilesenkan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Servis kami adalah 100% PERCUMA dan kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada pelanggan. Direct Lending mempunyai lebih 2,700 review 5 bintang daripada pelanggan kami di Google Business Page dan Facebook.

Bagaimana saya boleh semak kelayakan pinjaman peribadi wang berlesen saya?

Proses semak dan memohon pinjaman peribadi wang berlesen adalah sangat mudah. Semak kelayakan anda melalui platform kami dan kami akan bantu anda pilih pinjaman wang berlesen terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar faedah adalah 1.5% setiap bulan. Tempoh pinjaman adalah antara 1 tahun sehingga 4 tahun. Sebagai illustrasi, untuk pinjaman RM1,000 bertempoh 1 tahun, kadar faedah adalah 1.5% setiap bulan, jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM1,180.