Content Writer and Translator
Jutaan orang berebut-rebut menghantar permohonan setiap tahun untuk kerja kerajaan. Orang zaman dahulu dan bahkan ibu ayah kita yang dibesarkan dengan keluarga penjawat awam pasti akan menggalakkan anak-anak mereka juga berkecimpung dalam cabang kerjaya yang sama kerana banyak manfaat boleh diperoleh khususnya dari segi pinjaman peribadi.
Bahkan tidak terlalu melebih bila mana kita lihat rata-rata ibu bapa yang memiliki anak seorang penjawat awam, tidak kiralah di jabatan manapun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas, mereka akan berbangga dengan pencapaian tersebut.
Biarpun bekerja makan gaji tidak memberikan pulangan lumayan seperti pekerjaan lain, namun banyak imbuhan lain yang boleh kita nikmati.
Mungkin ramai tidak cakna akan hal ini, dalam keterjaminan yang diberikan kepada kerjaya di bidang kerajaan, terdapat juga kelebihan kerja kerajaan yang perlu anda semua tahu.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang 16 kelebihan kerja kerajaan yang menarik dan menguntungkan.
Beruntung menjadi penjawat awam kerana dalam urusan pinjaman mereka akan dikenakan kadar faedah pinjaman yang lebih murah dari biasa. Anda bebas untuk membuat pinjaman bank dan koperasi selepas semak kelayakan pinjaman peribadi yang telah ditetapkan.
Di samping itu, bagi anda yang menghadapi isu berkenaan pinjaman masalah CCRIS,CTOS, AKPK & SAA, anda boleh membuat pinjaman bank koperasi.
Contohnya yang ditawarkan oleh Direct Lending khusus untuk para penjawat awam seperti Kuwait Finance House, Co-OPBank Pertama, Ukhuwah, KOBETA, KO PUTRI dan banyak lagi.
Beli rumah adalah salah satu dari keperluan penting setiap orang untuk meneruskan kehidupan. Justeru itu, kerajaan sendiri telah menyediakan elaun perumahan yang dipanggil sebagai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup hari ini.
Elaun ini diberikan secara bulanan kerapa penjawat awam di bawah kategori pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Gred 42 hingga Gred 55 dan Kumpulan Pelaksana bagi Gred 40 dan ke bawah.
Bagi mana-mana pegawai yang tidak mendapatkan kuarters, layak untuk menerima elauan rumah ITP dengan penuh. Manakala pegawai yang diberikan peruntukan kuarters, hanya akan menerima bayaran ITP sebanyak 25 peratus sahaja.
Di bawah ini adalah jadual kadar bayaran ITP yang telah ditetapkan:
(i) Kumpulan Pengurusan & Profesional
Gred |
Kadar Sebulan (RM) |
Tarikh Kuat Kuasa |
55 dan 56 |
1,100 |
1 Januari 2017 |
53 dan 54 |
900 |
1 Januari 1996 |
51 dan 52 |
700 |
|
45 – 50 |
700 |
|
43 dan 44 |
400 |
1 Januari 2008 |
41 dan 42 |
300 |
1 November 2015 |
(ii) Kumpulan Pelaksana
Gred |
Kadar Sebulan (RM) |
Tarikh Kuat Kuasa |
40 dan ke bawah |
300 |
1 November 2015 |
Cost Of Living Allowance (COLA) boleh diklasifikasikan sebagai elaun sara hidup yang diberikan berdasarkan kepada jenis tempat dan pekerjaan anda dengan tujuan untuk meringankan beban taraf hidup yang tinggi khususnya kepada mereka yang tinggal di bandar.
Imbuhan Tetap Khidmat Awa (ITKA) adalah elaun tetap yang diberikan oleh kerajaan secara bulanan kepada mana-mana pegawai perkhidmatan awam dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan Gred 42, Kumpulan Pelaksana dan Pensyarah Gred 41 dan Gred 45.
Mereka yang terlibat ini tergolong dalam pelbagai kategori pelantikan seperti secara tetap, sementara kontrak, sangkutan, dan sambilan.
Di bawah ini adalah jadual kadar bayaran ITKA yang telah ditetapkan:
(i) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana
Gred |
Kadar Sebulan (RM) |
Tarikh Kuat Kuasa |
41 dan 42 |
300 |
1 Januari 2006 |
35 hingga 40 |
320 |
1 Januari 2007 |
28 hingga 34 |
160 |
|
25 dan 26 |
140 |
|
18 hingga 24 |
115 |
|
16 dan ke bawah |
95 |
(ii) Pensyarah
Gred |
Kadar Sebulan (RM) |
Tarikh Kuat Kuasa |
45 |
300 |
1 Januari 2006 |
41 |
300 |
Dari kita asyik menunggu kenaikan gaji apabila dinaikkan pangkat sahaja. Penjawat awam juga boleh menikmati kenaikan gaji secara berkala setiap tahun oleh kerajaan.
Selain itu ada juga kadang kala diberikan kenaikan gaji tambahan khas dengan jumlah yang dipersetujui kepada kumpulan penjawat awam sasaran seperti mana yang berlaku tahun lalu.
Manfaat ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian setiap orang dan dalam masa yang sama meringankan sedikit beban apabila harga barang naik mendadak.
Mungkin tidak ramai yang tahu setiap penjawat awam boleh membuat permohonan pinjaman komputer dan kenderaan. Tidak dinafikan komputer dan kenderaan menjadi keperluan di masa kini.
Kita akan bincangkan pinjaman ini satu per satu. Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) adalah suatu kemudahan pembiayaan yang diwujudkan bagi membiayai pembelian komputer dan telefon pintar (Smartphones) oleh Pegawai Perkhidmatan Awam. Ini termasuklah dalah halnya pembelian komputer adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya.
Manakala Skim Pinjaman Kenderaan pula adalah pinjaman sewa beli kemudahan membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang diberikan kepada penjawat awam.
Cuti tahunan biasanya akan diberikan minimum sebanyak 14 hari bagi pekerja am. Dan 25 hari bagi mereka yang berjawatan profesional. Ini tidaklah termasuk kepada kenaikan cuti tahunan dan kenaikan pangkat yang bakal diberikan kepada penjawat awam yang terpilih.
Kakitangan kerajaan berhak untuk menikmati cuti bersalin selama 360 hari sepanjang tempoh berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Tempoh cuti tersebut mestilah sekurang-kurangnya 60 hari hingga 90 hari maksimum untuk setiap kelahiran.
Gaji akan diberikan sepanjang tempoh cuti tersebut. Cuti tersebut boleh diambil bermula 14 hari lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran bayi anda.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Kelebihan lain yang dapat dinikmati para penjawat awam adalah kemudahan pinjaman perumahan LPPSA. Setiap tahun, LPPSA meluluskan lebih dari 40,000 permohonan dengan kadar penolakan yang sangat rendah. Pinjaman ini meliputi aspek dari segi:
Apa yang menarik, kadar pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah (4%). Selain itu terdapat juga kemudahan pinjaman refinance LPPSA kepada pinjaman bank bagi melangsaikan hutang pinjaman perumahan anda yang sedia ada.
Untuk permulaan, penjawat awam yang baru dilantik akan diletakkan di bawah skim KWSP. Penolakan gaji adalah seperti biasa iaitu 11% atau 13% beserta tambahan caruman daripada majikan sebanyak 11% atau 13%.
Proses ini akan berlaku sepanjang tempoh 3 tahun. Kemudian, anda diberikan pilihan untuk mencarum Skim KWSP atau berpindah ke Skim Pencen.
Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tertentu bergantung kepada diri anda sendiri. Bagi yang ingin berpindah ke Skim Pencen, berikut adalah cara kira pencen yang anda perlu tahu:
Formula kira pencen:
1/600 x Gaji akhir (pokok) x Tempoh bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira ** terhad hanya 360 bulan sahaja.
Had umur pencen di Malaysia sudah beberapa kali mengalami perubahan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Dan terbaru, anda boleh memilih sendiri umur persaraan sama ada 50, 55, 58 dan 60 tahun.
Diberi peluang kenaikan pangkat menyumbang kepada faktor motivasi di kalangan pekerja. Pengiktirafan ini biasanya diberikan oleh organisasi kepada pekerja yang mempunyai kompetensi dan potensi serta menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugasnya.
Bila naik pangkat maka automatik gaji setiap bulan pun akan naik sama. Itulah kelebihan kerja kerajaan yang buat orang lain cemburu.
Hal ini berbeza sekali dengan kerja swasta, yang kebanyakkan agak sukar untuk menaikkan gaji pekerja mereka walaupun sudah dinaikkan pangkat atas alasan keuntungan syarikat tidak menggalakkan atau majikan tidak cukup bajet.
Bayangkan sahaja, beban kerja sudah menumpuk banyaknya tetapi gaji tidak naik sama sekali.
Bekerja sambil belajar atau dipanggil sebagai “distance learning” sangat sinonim kepada mana-mana penjawat awam yang mahu menimba ilmu atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.
Antara skim bantuan yang ditawarkan kerajaan untuk penjawat awam adalah seperti Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), dan sebagainya.
Kerajaan turut menyediakan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP) yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi peluang kepada Kumpulan Pelaksana untuk meningkatkan pengetahuan melalui perolehan sijil-sijil akademik dan latihan kemahiran yang diiktiraf sesuai dengan keperluan perjawatan dan perkhidmatan yang diberikan di samping mempertingkatkan kualiti hidup dan boleh menjana pendapatan yang lebih baik.
Kelebihan kerja kerajaan yang berikutnya adalah berpeluang untuk berkursus dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan anda, peningkatan kemahiran adalah sangat penting bagi setiap pekerja agar dapat beradaptasi dengan mudah mengikut kepada perkembangan semasa.
Kemahiran digital khususnya ditekankan oleh semua penjawat awam. Justeru itu kerajaan banyak menyediakan kursus atau latihan kemahiran digital bagi pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi seperti analisa data, sains data, pembangunan operasi, pembangunan peranti software dan sokongan IT.
Setiap pekerja pasti menanti dan tertunggu-tunggu akan pembahagian bonus tahunan yang diberikan. Begitu juga bagi penjawat awam, kerajaan akan memberikan pelbagai bonus kepada mereka sama ada bonus hari raya atau bonus awal tahun.
Mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga memang sukar untuk dilakukan dalam hidup setiap orang. Ia tidak lain tidak bukan memerlukan pengorbanan dan pengurusan yang tepat dan sistematik agar keseimbangan pekerjaan dan keluarga boleh dicapai dengan sebaiknya.
Kelebihan bagi seorang penjawat awam, mereka bekerja 5 hari seminggu dan 8 jam sehari, di mana mereka biasanya mempunyai lebih masa bersama keluarga terutama sekali di hujung minggu.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai kelebihan kerja kerajaan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan semasa membuat pemilihan halatuju kerjaya yang lebih terjamin bagi masa hadapan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank/koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
Hannani Juhari has been a content writer and translator since 2018 at a variety of Malaysia’s popular websites. Originally from Johor Bahru, Johor and graduated from the University of Tun Hussein Onn Malaysia. She is known as a musicophile and a 100% digital nomad.