Sebelum kita teruskan dengan checklist dosa kewangan, kita haruslah ketahui dahulu apa itu inflasi? Ringkasnya, inflasi adalah apabila harga barangan mula meningkat, ianya boleh dilihat sebagai penurunan dalam kuasa membeli. Penurunan tahap kuasa membeli yang drastik ini akan terlihat semasa peningkatan harga barangan dan servis dalam satu tempoh masa tertentu.. Kenaikan harga barangan ini akan dikira dalam bentuk peratus. Bila bercakap tentang inflasi, kita bukan sahaja melihat kepada kenaikan harga dua tiga barang tapi secara menyeluruh seperti industri automotif, pertanian, dan sebagainya.
“Inflasi, barang naik…” Risau betul bila kita mendengar perkataan ni. Lagi-lagi dengan harga barangan naik yang semakin terasa. Selain itu, kerisauan ini ditambah lagi dengan OPR yang telah naik tiga kali pada tahun ini. Pakar ekonomi juga menjangkakan, OPR akan naik sehingga 3% menjelang awal tahun 2023.Jadi siapa-siapa yang ada membuat pinjaman dengan kadar terapung (floating rate) dengan bank-bank tempatan seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman ASB dan sebagainya memang terasa tempias untuk buat bayar bayaran balik setiap bulan.
Yelah, dengan pinjaman kadar terapung, anda memang tidak dapat menjangkakan ansuran bulanan yang tetap saja sepanjang tempoh pinjaman. Jangan risau, walaupun OPR naik semua pinjaman peribadi di Direct Lending tidak akan terkesan kerana semua pembiayaan adalah kadar tetap.
Namun, perkara-perkara macam ini, memang kita tak boleh elak. Oleh itu, ada beberapa tips yang anda boleh buat untuk kurangkan kesan inflasi untuk kehidupan seharian anda.
Adakah anda bersedia untuk menghadapi inflasi? Jom tengok balik status kewangan anda. Pastikan anda take note untuk tidak terlanjur buat dosa kewangan ini.
Pertama sekali, untuk teruskan kehidupan, kita mestilah ada sumber pendapatan kan? Untuk kebanyakan orang, untuk mendapatkan pendapatan, kita mestilah bekerja. Kalau anda masih ada pekerjaan, bersyukurlah. Semasa inflasi ini elakkanlah daripada berhenti ataupun memilih pekerjaan. Hal ini disebabkan, semasa inflasi, selalunya ada company akan cuba untuk mengurangkan kos dengan tidak mengambil pekerja baru. Jadi, susah untuk anda mendapatkan pekerjaan baru.
Namun, tidak salah untuk berhenti kerja jika anda mungkin sudah mendapatkan tawaran pekerjaan baru yang lebih baik berbanding pekerjaan sedia ada. Kalau anda tengah mencari kerja dan sedang bergelut untuk mendapatkan pekerjaan, janganlah pula terlalu memilih.. Mungkin gaji yang ditawarkan agak sedikit daripada apa yang anda harapkan, tetapi ketika inflasi ini anda dinasihatkan untuk menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan pengalaman baru supaya career anda lebih bernilai di masa hadapan.
Yang kedua adalah elakkan daripada membuat ‘self-reward’ berlebihan. Cara terbaik untuk elakkan dari perkara ini berlaku adalah dengan mencuba untuk kawal emosi dan nafsu shopping anda sebaik mungkin. Kenapa? Sebab selalunya perbelanjaan impulsif ini datang daripada kegagalan untuk kita kawal emosi dan nafsu.
Tetapi sebenarnya, apabila kita asyik membuat self-reward, kadang-kadang ia akan menjadi bahaya dalam jangka masa yang panjang untuk simpanan kita di masa hadapan. Jika kita asyik berbelanja barangan yang mahal dan berjenama, simpanan kita akan berkurang. Ketika inflasi ini apa apa saja boleh berlaku, jadi amatlah penting untuk ada simpanan yang cukup untuk situasi luar jangka.
Apabila kita bercakap tentang situasi luar jangkaan, perkara ketiga yang anda kena elak ialah mengurangkan dana tabung kecemasan. Janganlah pula anda menggunakan sikit-sikit duit tabung kecemasan itu. Pastikan dana tabung kecemasan itu sentiasa cukup amaunnya, Sebagai contoh, anda disarankan untuk menyediakan tabung kecemasan 3 hingga 6 bulan daripada pendapatan anda sekarang.
Kalau anda dah terbocor simpanan dana kecemasan, cepat-cepat lah cari cara untuk ganti balik amaun yang telah digunakan. Bak kata pepatah melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Kita haruslah sentiasa dalam mood bersedia supaya kita dapat elakkan diri kita daripada berada dalam keadaan tidak bersedia apabila sesuatu yang buruk terjadi.
Yang keempat ini, adalah benda yang paling penting yang ramai terlepas pandang. Elakkan daripada menambah komitmen yang tidak perlu. Semua orang mungkin ada pendapat masing-masing, tetapi kalau anda ada perasaan nak beli kereta baru walaupun kereta anda masih okay, lebih baik elakkan. Ini termasuk juga dengan komitmen lain seperti kad kredit.
Walaupun anda rasa seperti gaji anda mampu lagi untuk menampung dan untuk membeli kereta baru. Percayalah, kita sentiasa akan rasa tidak cukup walapun gaji kita bertambah. Tambahan pula, kalau anda membeli kereta, banyak lagi komitmen lain dan kos tersembunyi untuk menjaga kereta yang anda perlu fikirkan. Jadi kalau rasa tidak perlu, lebih baik elakkan.
Seterusnya, kalau anda rasa pendapatan anda sekarang tak cukup, rajin-rajin kan lah diri untuk mencuba atau mencari pendapatan tambahan. Kalau memang anda tiada pendapatan, buanglah rasa malas itu. Ketika inflasi ini memang banyak harga barangan seperti barangan asas yang akan naik. Bila harga barang naik, maksudnya kos sara hidup juga akan bertambah. Bayangkan dengan gaji anda sekarang pun tak pernah cukup untuk tampung kos sara hidup, apa lagilah bila berdepan dengan situasi ekonomi tak menentu ni masa depan.
Anda boleh cuba dulu untuk buat kerja yang anda minat. Contohnya, kalau anda ada bakat dalam menulis, anda boleh cuba menjadi freelancer sebagai copywriter. Kalau anda minat design, anda boleh cuba jual templates di Etsy. Ini sebagai inspirasi sahaja, maksudnya di sini banyak benda yang kita boleh terokai untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tinggal rajin atau malas je. Kadang-kadang, jumlah pendapatan tambahan lagi banyak daripada pendapatan tetap. Tak cuba tak tahu kan?
Salah satu cara yang paling mudah untuk anda uruskan kewangan anda ialah dengan mempelbagaikan akaun bank. Sediakan setidaknya dua jenis akaun bank yang berbeza supaya anda boleh mengasingkan duit simpanan dan duit harian. Dengan cara ini, anda tidak akan terguna duit simpanan anda jika anda berbelanja. Selain dari itu, Apabila berjaya menyimpan sejumlah wang setiap bulan, anda boleh mempertimbang untuk membuka akaun dengan kadar faedah yang lebih tinggi hanya untuk menyimpan simpanan. Dengan cara ini, anda peroleh faedah dan dapat menjimatkan wang.
Rule 50/30/20 ialah kaedah belanjawan mudah yang boleh membantu anda buat pembahagian gaji. Ini adalah salah satu cara paling mudah dan banyak digunakan untuk urus duit gaji oleh kerana caranya yang mudah dipahami dan dipraktikkan. Asasnya ialah membahagikan pendapatan anda kepada tiga kategori perbelanjaan:
3. Pembiayaan semula
Untuk mereka yang mempunyai banyak komitmen, anda patut pertimbangkan untuk membuat pembiayaan semula menggunakan overlap/penyatuan hutang. Penyatuan hutang bukannya teknik penghapus hutang, ia adalah satu cara untuk mengumpul pelbagai hutang anda ke dalam satu pinjaman peribadi baru.
Cara penyatuan hutang dengan pinjaman peribadi ini sesuai untuk individu yang terbeban dengan amaun pinjaman yang banyak dan ansuran bulanan yang mahal. Oleh itu, institusi kewangan akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru). Dengan ini, anda dapat melunaskan hutang anda dengan lebih mudah dan teratur.
Kesimpulannya, inflasi di Malaysia ini memang bukan lagi satu benda baru dan tidak akan berhenti di sini sahaja. Ia adalah satu situasi yang boleh berlaku
bila-bila masa sahaja, sebab itulah kita haruslah sentiasa bersedia dengan dugaan yang akan mendatang. Pada asasnya dalam kewangan adalah untuk lebihkan simpanan dan kurangkan perbelanjaan. Semoga kita semua dijauhi dari perkara-perkara yang buruk berlaku dan masih boleh bertahan dalam ekonomi yang tidak stabil ini.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, adalah sebuah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi dan juga pinjaman wang berlesen dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai dengan anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Kami juga menawarkan pembiayaan auto-servis “Servis kereta sekarang, Pay later” yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan bantuan.