Content Creator and Business Journalist
Pelepasan cukai adalah sistem yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LDHN) yang mana pembayar cukai dibenarkan memotong sejumlah wang daripada hutang cukai mereka. Beberapa jenis bantuan termasuk insurans hayat, perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa, yuran pendidikan individu, pembelian komputer riba atau telefon pintar. Pelepasan cukai membolehkan anda mengurangkan pendapatan bercukai yang akan mempengaruhi kadar cukai dikenakan.
Sekiranya anda berjaya menguruskannya dengan baik, ia dapat menjimatkan sejumlah besar wang sekaligus membantu pengurusan kewangan peribadi dan pinjaman anda. Sama ada baru bekerja ataupun ingin penyenggaran semula, ini panduan lengkap membantu anda isi e-filing buat pertama kali melalui portal MyTax dan senarai pelepasan cukai pendapatan tahun taksiran 2023 yang boleh dituntut.
Semak Kelayakan PinjamanPada setiap bulan pastinya anda akan menerima slip gaji sekiranya sudah bekerja. Jika gaji bulanan anda lebih kurang RM2,833.33 (atau lebih daripada RM34,000 setahun) selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlu membayar cukai.
Jika anda bekerja secara bebas atau freelancer yang menerima pendapatan dari syarikat Malaysia ataupun mempunyai perniagaan sendiri, anda juga perlu membayar cukai jika pendapatan anda mencecah RM34,000 setahun. Ada juga beberapa syarikat yang membuat potongan cukai daripada gaji anda.
Harap maklum, pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Jadual menunjukkan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran.
JENIS TAKSIRAN | PENDAPATAN TAHUNAN (RM) | PENDAPATAN BULANAN (RM) |
Diri Sendiri (Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan) |
37,333 | 3,111 |
Berasingan | ||
1. Berkahwin + 0 Anak | 37,333 | 3,111 |
2. Berkahwin + 1 Anak | ||
3. Berkahwin + 2 Anak | 41,333 | 3,444 |
Bersama | ||
1. Berkahwin + 0 Anak | 48,000 | 4,000 |
2. Berkahwin + 1 Anak | 50,000 | 4,167 |
3. Berkahwin + 2 Anak | 52,000 | 4,333 |
Nota:
Cukai-cukai yang anda bayar tersebut akan digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan negara seperti membayar pegawai kerajaan, membina infrastruktur, biasiswa, kemudahan seperti taman rekreasi awam, institusi pendidikan, inisiatif kesihatan, sekuriti, pertahanan, pencen termasuk kajian sains dan perubatan.
Sehubungan itu, cukai pendapatan bukan sahaja amalan berkongsi rezeki, tetapi juga menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai dan melaporkan pendapatan tahunan.
Jika anda tidak membayar cukai, anda boleh dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda. Kemudian, anda boleh dikenakan lagi penalti 5% selepas sebulan anda tak bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak jadi lebih baik anda selesaikan bayaran cukai secepat mungkin. Kesalahan penuh tak bayar cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
Jika anda masih tak membayar hutang cukai setelah sekian lama, tindakan mahkamah boleh dikenakan. Harta benda dan barang peribadi anda akan disita oleh pihak kerajaan seperti seorang yang digelar muflis. Anda juga boleh dipenjarakan jika hutang cukai tersebut masih tidak diselesaikan walaupun setelah disita harta benda.
Sebagai seorang yang berhutang, sekatan perjalanan keluar negara boleh dikenakan. Perkara ini boleh berlaku jika anda seorang pengarah syarikat Malaysia yang tidak menyatakan dan membayar cukai pendapatan. Hal ini akan mengimpak perniagaan serta menjejaskan kualiti hidup anda.
Borang e-Filing untuk tahun taksiran 2023 akan dibuka bermula 1 Mac 2024. Oleh itu, sila pastikan anda sudah pun mempunyai akaun MyTax LHDN bagi memudahkan proses mengisi e-Filing.
Jika anda baru pertama kali membuat pembayaran cukai, sebelum anda menggunakan e-Filing anda kena dapatkan nombor cukai pendapatan dulu. Ada 2 kaedah untuk dapatkan nombor cukai pendapatan, melalui online (e-Daftar) atau secara manual dengan isi borang di kaunter cawangan LHDN.
Isi Borang Di Cawangan LHDN
Anda kena dapatkan dulu nombor cukai pendapatan secara manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
Daftar Online (e-Daftar) di Portal MyTax LHDN
Portal MyTax ini adalah satu platform yang menjadi akses utama kepada perkhidmatan ezHASiL secara online yang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Portal MyTax ini menjadi laman web rasmi untuk anda menggunakan perkhidmatan e-Filing LDHN, e-Daftar LHDN, ByrHasil untuk bayar cukai pendapatan, e-Janji Temu untuk permohonan janji temu (appointment) untuk Percukaian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem dan banyak lagi. Portal ini diperkenalkan untuk memudahkan para pembayar cukai untuk membayar cukai tepat pada masanya tanpa perlu hadir ke cawangan LHDN.
Antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut: pasport bagi BUKAN warganegara Malaysia dan sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan).
Jika anda sudah dapat nombor cukai pendapatan, anda perlu dapatkan no PIN untuk mengaktifkan akaun di portal MyTax LHDN.
Cara Log Masuk di MyTax (Pengguna Berdaftar Tapi Tiada Sijil Digital)
e-CP55D – Borang permohonan nombor pin bagi log masuk kali pertama secara online
Selepas klik pada pautan yang dihantar ke e-mel, anda boleh teruskan proses untuk daftar sijil digital.
Jika paparan menunjukkan anda tiada sijil digital, anda kena dapatkan dulu no pin baru dapat log masuk ke MyTax dengan sijil digital yang akan dihantar ke e-mel anda.
1.Log masuk ke portal MyTax dan klik pada menu Perkhidmatan ezHasil, pilih e-Filing.
2. Paparan akan menunjukkan e-BE Tahun Taksiran 2022, e-Permohonan Pindaan BE, e-Borang, e-Semakan Pengesahan dan e-Kemaskini Pelepasan 2023.
3. Klik e-Borang untuk pilih borang e-Filing dan tahun taksiran yang betul untuk status anda. (e-Borang BE tahun takiran 2023 akan mula dibuka mulai 01/03/2024)
Ini senarai borang e-Filing LHDN yang ada di portal MyTax untuk rujukan anda:
Maklumat pada borang e-Filing terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
4. Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda dan pelepasan cukai anda
5. Akhir sekali anda perlu sahkan borang cukai taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online
6. Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisikan, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’. Apabila anda sudah klik, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisikan.
(dikemaskini pada 26 Disember 2023)
Ada 2 cara untuk buat pembayaran cukai: Bayaran FPX Menggunakan No. Pengenalan Cukai atau Bayaran FPX Menggunakan Nombor Bil. Kedua-dua pembayaran cukai pendapatan ini boleh dilakukan melalui FPX, kad kredit, kad debit, kaunter pusat bayaran LHDNM, bank, pejabat pos dan pindahan wang dari luar negara. Untuk pembayaran cukai pendapatan melalui FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai, pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
Setelah anda mengisi dan menghantar borang untuk e-Filing cukai, anda perlu membayar jumlah tertera sebagai pendapatan bercukai. Ingat, anda akan dikenakan penalti 10% jika lambat bayar dan seterusnya 5% selepas sebulan masih tak dibayar. Jika anda ingin mengelakkan penalti dan hutang lapuk, lebih baik anda lengkapkan e-Filing dan bayar cukai secepat mungkin. Jadilah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab supaya kehidupan anda, keluarga, jiran dan rakan-rakan di negara ini terus kekal aman dan selesa. Membayar cukai dapat mengukuhkan lagi pengurusan kewangan keluarga jika anda sudah bekeluarga.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.