Director
Aktiviti ubahsuai rumah adalah salah satu perkara yang paling mengujakan terutamanya bagi mencantikkan, membaik pulih dan membesarkan kediaman. Pengubahsuaian kecil seperti membaiki dan mengecat cuma memerlukan persediaan yang sedikit.
Namun begitu, pengubahsuaian besar seperti menambah bilik dan menukar lantai memerlukan persediaan yang rapi. Persediaan yang penting bukan hanya dari segi rekaan dan binaan, tetapi tuan rumah juga memerlukan persediaan kewangan seperti membuat loan renovate rumah. Kerana jika tiada wang, bagaimana untuk renovate rumah kan?
Jangan risau sekiranya ini adalah kali pertama anda rancang untuk dapatkan pembiayaan seperti pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk renovate rumah lama. Di artikel ini, kami sediakan panduan mudah untuk bantu anda.
Ikutilah panduan mudah ini untuk merealisasikan konsep ubahsuai rumah anda. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, projek ubahsuai kediaman anda akan bebas daripada masalah, bermula daripada perbincangan konsep, kerja pembinaan sehinggalah memperoleh dana tambahan.
Keinginan untuk ubahsuai rumah selalunya terbit apabila tuan rumah mendapati kediaman mereka memerlukan perubahan drastik. Antara aktiviti ubahsuai yang lazim adalah pembesaran, baik pulih ataupun penambahbaikan menyeluruh untuk mengubah suasana kediaman.
Apabila konsep telah ditetapkan, barulah perancangan boleh dilakukan dengan teliti. Untuk dapatkan visualisasi yang lebih baik, anda boleh melihat Pinterest untuk dapatkan inspirasi reka bentuk. Daripada reka bentuk kontemporari hingga minimalis, Skandinavia, tradisional, Bali, industri, dan banyak lagi.
Sebut harga daripada kontraktor akan memberikan anda anggaran atau purata kos projek. Sebut harga ini juga akan membantu anda untuk menganggarkan lona renovate rumah yang anda patut mohon. Selain harga, jangka masa projek juga perlu tersenarai dalam sebut harga. Maklumat tersebut adalah penting bagi memberikan anda gambaran mengenai serba sedikit kerumitan yang perlu diharapi sepanjang tempoh projek dijalankan.
Pemilihan kontraktor yang baik adalah penting. Ingat ya, sebut harga yang murah tidak selalunya baik terutamanya dari segi kualiti kerja. Dapatkan kontraktor yang disyorkan oleh orang ramai bagi memperoleh tahap kesempurnaan kerja yang tinggi.
Tip ini adalah tidak wajib tetapi ia adalah wajar untuk anda dapatkan Kontrak Renovasi Rumah yang menyatakan syarat dan terma kerja pengubahsuaian. Kontrak ini bertindak sebagai perlindungan anda sekiranya ada berlakunya perselisihan faham dengan kontraktor.
Apabila kontraktor telah dipilih, tiba masanya untuk menilai keadaan kewangan anda. Semak jika sebahagian daripada wang dapat diasingkan untuk membiayai kos projek. Jika kos terlalu tinggi untuk ditanggung, adalah lebih baik jika projek tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan menjadi lebih kukuh. Tuan rumah boleh juga guna barang kitar semula atau DIY sebagai cara untuk jimat kos renovate rumah.
Jika tidak dapat jalankan projek berskala besar, maka projek masih boleh diteruskan menerusi fasa-fasa tertentu untuk memastikan keadaan kewangan tidak terganggu. Memandangkan projek ubahsuai rumah berskala besar memerlukan kos yang tinggi, tuan rumah perlu lakukan penilaian mengenai dana bantuan atau loan renovate rumah.
Pemilihan kontraktor yang baik adalah penting. Ingat ya, sebut harga yang murah tidak selalunya baik terutamanya dari segi kualiti kerja. Dapatkan kontraktor yang disyorkan oleh orang ramai bagi memperoleh tahap kesempurnaan kerja yang tinggi.
Tip ini adalah tidak wajib tetapi ia adalah wajar untuk anda dapatkan Kontrak Renovasi Rumah yang menyatakan syarat dan terma kerja pengubahsuaian. Kontrak ini bertindak sebagai perlindungan anda sekiranya ada berlakunya perselisihan faham dengan kontraktor.
Apabila kontraktor telah dipilih, tiba masanya untuk menilai keadaan kewangan anda. Semak jika sebahagian daripada wang dapat diasingkan untuk membiayai kos projek. Jika kos terlalu tinggi untuk ditanggung, adalah lebih baik jika projek tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan menjadi lebih kukuh. Tuan rumah boleh juga guna barang kitar semula atau DIY sebagai cara untuk jimat kos renovate rumah.
Jika tidak dapat jalankan projek berskala besar, maka projek masih boleh diteruskan menerusi fasa-fasa tertentu untuk memastikan keadaan kewangan tidak terganggu. Memandangkan projek ubahsuai rumah berskala besar memerlukan kos yang tinggi, tuan rumah perlu lakukan penilaian mengenai dana bantuan atau loan renovate rumah.
Dengan pemilihan kontraktor dan pengiraan kos projek yang teliti, sudah tiba masanya untuk tuan rumah memilih loan renovate rumah yang paling sesuai untuk memulakan projek. Jika kos ubahsuai sangat tinggi, maka pinjaman gadai janji atau kemudahan pembiayaan semula seperti pinjaman peribadi Co-opbank Pertama adalah pilihan yang munasabah. Kelebihan pilihan-pilihan tersebut adalah amaun pinjaman tinggi, kadar faedah rendah, tempoh pembayaran semula lebih panjang dan ansuran bulanan yang mampu milk.
Tetapi, jika anda ingin memperoleh loan renovate rumah tanpa menawarkan cagaran, maka pinjaman peribadi adalah pilihan yang paling sesuai. Terdapat beberapa faktor utama menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil pilihan ini. Antara faktor utamanya adalah proses permohonan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat. Tambahan pula, terdapat pemberi pinjaman yang menawarkan konsep pinjaman berkonsep Syariah.
Adakah anda masih tidak pasti patutkah anda memohon loan renovate rumah? Sini, kami huraikan antara kelebihan dan kekurangan mohon pinjaman peribadi untuk ubahsuai rumah untuk bantu memudahkan anda membuat keputusan.
Pemilik rumah tidak dibenarkan menduduki hartanah mereka sebelum sijil Sijil Layak Menduduki (COF) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Pendudukan (OC) dikeluarkan. Oleh itu, anda harus pastikan sijil-sijil ini sudah diterima terlebih dahulu jika anda ingin mula membuat sebarang ubah suai rumah.
Lakukan semakan dengan pihak berkuasa mengenai jenis ubahsuai rumah yang anda ingin lakukan. Kerja-kerja yang kecil seperti sambungan kawasan dapur mungkin tidak memerlukan kelulusan oleh arkitek dan pengesahan bertulis daripada PBT.
Berdasarkan Surat Ikatan Perjanjian Bersama (Deed of Mutual Convents) yang ditandatangani oleh pemilik apabila membeli hartanah daripada pemaju hartanah, Perbadanan Pengurusan(MC) atau badan Pengurusan Bersama(JMB) mempunyai hak untuk semak cadangan atau draf pelan ubahsuai rumah anda bagi memelihara kawasan kejiranan daripada sebarang ketidakselesaan.
Di kebanyakan komuniti berpagar dan berpengawal, MC akan meminta pemilik rumah memperuntukkan deposit sebagai dana untuk membaiki sebarang ketidakpatuhan oleh kontraktor bangunan yang terlibat. Sebagai contoh, kegagalan membuang serpihan dan bahan bangunan, atau merosakkan harta benda umum seperti jalan raya dan parit di kawasan kejiranan.
Pemilik rumah yang bukan di kawasan berpagar dan berpengawal juga harus memastikan kontraktor memperuntukkan dana untuk perkara yang sama. Jika tidak, sebarang denda oleh pihak berkuasa akan ditanggung hanya oleh pemilik rumah jika ada sebarang pelanggaran undang-undang oleh kontraktor mereka.
Sekatan masa dilakukan untuk memastikan kerja-kerja pembinaan terhad. Biasanya, waktu bekerja pembinaan adalah dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu. Kerja-kerja ubahsuai rumah tidak dibenarkan pada hari Ahad untuk memastikan penduduk kawasan kejiranan tidak terjejas dan terganggu oleh aktiviti pembinaan, terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu.
Kegagalan untuk mematuhi Pelan Bangunan yang telah diluluskan menyebabkan ramai di antara pemilik rumah gagal mendapatkan sijil-sijil CFO, CCC atau OC untuk kerja-kerja renovation mereka. Pemilik boleh dikenakan penalti jika mengubah lukisan pelan yang sudah diluluskan tanpa mengikut prosedur yang betul.
Sediakan dan senaraikan bajet untuk ubah suai rumah anda. Jika anda tidak menganggarkan kos pengubahsuaian rumah anda dengan tepat, anda mungkin perlu meninggalkan kerja di tengah jalan dan projek akan terbengkalai kerana kehabisan dana. Dapatkan bantuan juruukur bahan yang boleh membuat anggaran kos yang tepat, melainkan kerja renovation rumah anda hanyalah pengubahsuaian yang kecil.
Ada hutang yang baik dan hutang yang buruk. Meminjam untuk pengubahsuaian rumah adalah satu hutang yang baik jika ia dapat meningkatkan nilai rumah anda. Malah sebenarnya, beberapa perubahan untuk rumah anda seperti ubahsuai dapur, pelandskapan dan penambahan ruang di dalam rumah dapat meningkatkan nilai rumah anda. Jika anda memilih untuk beli rumah, ianya juga masih dikira sebagai hutang yang baik.
Menaik taraf rumah anda dengan teknologi hijau seperti panel solar, pencahayaan cekap tenaga dan bumbung pemesong haba dapat menjimatkan duit anda untuk jangka masa yang panjang; contohnya bil utiliti serta alat-alat pemanasan dan penyejukan dan sebagainya. Anda juga mungkin mahu mengubah suai rumah anda untuk menjaga dan mengekekalkan rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik di mana anda boleh elakkan sebarang kerosakan besar dan yang mahal untuk masa akan datang.
Sesetengah pengubahsuaian bukanlah tidak penting, tapi ia boleh membuatkan anda rasa lebih selesa berada di dalam rumah anda dan itu jugalah yang perlu anda ambil kira untuk membuat keputusan. Kalau dilihat pada sisi lain, projek-projek pembaikan rumah yang dapat meningkatkan keselamatan anda sememangnya menjadi satu keperluan penting!
Memang betul pinjaman pembiayaan semula atau loan renovate rumah itu sendiri boleh memberikan tawaran kadar faedah yang lebih rendah. Tapi anda kena selalu ingat yang anda sebenarnya akan membuat satu pinjaman rumah yang baru dan mencagarkan rumah anda.
Inilah yang menjadi satu kebimbangan bagi kebanyakan orang yang meminjam untuk projek pembaikan rumah. Anda mungkin terdorong untuk mengubah suai bahagian rumah anda yang tidak diperlukan pun atau anda tidak berkemampuan dan seterusnya terpaksa pula menanggung hutang yang tidak diperlukan.
Jika anda masih tidak pasti sama ada anda perlu memohon pinjaman peribadi bagi menampung projek pengubahsuaian rumah anda; jangan risau, kami ada beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu anda.
Pertimbangkan loan renovate rumah jika:
Cuba cari pilihan pembiayaan yang lain dahulu jika:
Akhir sekali, anda mungkin mahu tangguhkan dahulu untuk mengubah suai rumah anda jika anda tidak mampu membuat pembayaran balik untuk mana-mana jenis pinjaman. Dalam kes ini, elakkan sebarang risiko adalah pilihan yang terbaik. Menyimpanlah dan lakukan pengubahsuaian secara tunai.
Cadangan lain yang mungkin anda boleh buat ialah pengubahsuaian kecil-kecilan atau membeli barangan di kedai peralatan dan cuba membuatnya sendiri (Do-It-Yourself). Contoh kedai hardware yang menjual dengan harga yang berpatutan adalah kedai Mr. DIY, Ace Hardware.
Ada juga yang ingin membandingkan sama ada mahu ambil loan untuk beli dan renovate rumah sedia ada atau membina rumah idaman yang baru. Hal ini kerana, kos untuk kedua-dua pilihan ini adalah sangat besar. Sebelum ini kami telah kongsikan tentang proses dan cara buat loan untuk renovate rumah. Jadi, kami akan berkongsi tentang pengalaman Puan Aznira buat loan untuk bina rumah bagi yang ingin membuat perbandingan.
Puan Aznira sudah memiliki tanah sendiri di Semenyih. Oleh itu, beliau hanya membuat pinjaman peribadi berjumlah RM100,000 untuk kos bina rumah. Bayaran bulanan ini dikongsi bersama suami, dan hampir semua urusan pembinaan diuruskan oleh ayah mertua beliau.
Beliau berkata kos pembinaan rumah tidak memakan kos yang besar, dan ini merupakan salah satu kelebihan dalam membina rumah sendiri dalam bajet. Tetapi ini juga bergantung kepada reka bentuk, tenaga kerja dan bahan pembinaan rumah tersebut. Jadi, kos pembinaan yang tidak tentu juga merupakan kekurangan utama jika anda ingin buat loan untuk bina rumah. Pastikan anda menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan anda.
* Pengalaman dipetik daripada laman iProperty.com.my
Bagi yang ingin membuat loan untuk bina rumah idaman, perlu diingatkan bahawa bank hanya meluluskan 90% sahaja pinjaman yang dipohon. Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet yang merangkumi segala kos tanah dan rumah. Antara urusan bina rumah yang memerlukan duit tunai adalah kos melukis pelan, permohonan kelulusan di PBT, dan kos guaman. Jadi bergantung pada kewangan anda, buat loan untuk renovate rumah atau bina rumah sendiri lagi berbaloi?
Semak kelayakan anda secara percuma dengan Direct Lending dan kami akan bantu anda merealisasikan rumah impian anda. Direct Lending adalah platform pinjaman peribadi khas untuk penjawat awam. Pinjaman kami dari bank & koperasi adalah berkonsep Syariah. Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja!
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 27 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 2 April 2024).
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.