Marketing
Bila orang cakap “Rumah Ku Syurga Ku” yang ada dalam fikiran adalah rumah yang nyaman, selesa dan memberi aura positif. Bayangkan dah penat-penat kerja confirmlah balik rumah nak beristirehat dengan tenang dan selesa. Oleh itu, ada masa-masa tertentu dimana kita patut renovate rumah untuk memastikan kesegaran rumah kita itu seperti keadaan rumah yang kita baru beli dulu.
Jika anda sudah set matlamat untuk renovate rumah, pastikan untuk fokus dalam kos renovate rumah dan pengurusan kewangan. Kos ubahsuai rumah rumah mungkin lebih daripada yang anda rancang. Jadi masa inilah anda mungkin boleh gunakan simpanan kecemasan sebagai dana tambahan. Cara lain untuk dapatkan dana tambahan lain pula adalah memohon pinjaman renovate rumah daripada bank atau platform pinjaman peribadi.
Ada juga yang memohon pembiayaan untuk dana baiki kerosakan rumah disebabkan oleh bencana alam seperti banjir. Anda bernasib baik jika rumah anda masih terlindung dengan insurans rumah kerana pihak insurans akan menanggung kos kerosakan, bergantung kepada polisi insurans anda.
Ketahui lebih lanjut cara jimat renovate rumah untuk dapatkan rumah impian anda di artikel ini.
Gagal merancang, merancang kegagalan. Anda perlukan perancangan bajet renovate rumah yang teliti untuk mendapatkan hasil yang berbaloi dan puas hati. Pertama sekali,pastikan bajet untuk renovate rumah bersesuaian dengan pendapatan anda. Kemudian, tentukan bahagian rumah yang anda nak renovate. Jika anda nak renovate ruang tamu, senaraikan juga ciri-ciri ruang tamu idaman anda. Sebagai contoh, gantikan jenis lantai tiles dengan lantai vinyl untuk ruang tamu. Penting untuk anda senaraikan ciri-ciri ruang yang anda nak renovate untuk mengelakkan pembaziran dan pastikan ianya selari dengan tujuan anda mengubahsuai rumah.
Keputusan untuk pengubahsuaian rumah adalah keputusan yang besar untuk jangka masa panjang. Jika anda tinggal dengan pasangan atau ahli keluarga lebih baik dapatkan persetujuan daripada semua pihak untuk mengelak sebarang perselisihan faham dalam tempoh masa renovate rumah.
Lebih kurang sama juga bila anda nak beli rumah, pastikan anda mempunyai dana tambahan sebanyak 10% atau 20% untuk perkara yang tidak dijangka semasa renovate rumah.
Nak renovate apa? besarkan tandas? luaskan dapur? pemasangan lantai mozek? ganti bumbung baru? Senaraikan setiap renovation yang anda mahu dan survey anggaran harga untuk bahagian rumah yang ingin diubahsuai.
Terdapat banyak jenis bahan untuk renovate rumah dan setiap bahan tersebut mempunyai semestinya ada beza daripada segi kualiti dan harga. Anda boleh berbincang dengan kontraktor untuk meminta pandangan untuk jenis bahan yang sesuai berdasarkan bajet anda. Jika anda memiliki bajet yang selesa, anda boleh memilih bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama. Sebagai contoh, bahan untuk tingkap anda boleh menggunakan bahan powder coated yang lebih cantik, tahan karat dan mudah untuk diselenggarakan berbanding bahan aluminimum biasa.
Bila anda sudah menyediakan pelan renovate rumah, tidak salah untuk dapatkan 'quotation' atau sebut harga dahulu sebelum proses renovation berlaku. Cara ini akan memudahkan anda untuk selaraskan jumlah bajet yang ada dan mempunyai gambaran jelas tentang renovation rumah anda. Jika anda mempunyai sebut harga, anda boleh lihat adakah bajet anda berpadanan dengan kualiti kerja yang akan dilakukan.
Walaupun anda dah kira bajet yang diperlukan untuk renovate rumah, pemilihan kontraktor untuk renovasi rumah pun penting juga. Jangan cepat sangat termakan dengan harga kontrak yang murah. Takut jika tersalah pilih nanti, rumah tak siap, duit pun habis. Jadi pastikan anda ikut langkah ni sebelum meneruskan dengan kerja renovasi rumah anda.
Sebelum anda pilih kontraktor pilihan seeloknya buat kajian dulu. Anda semestinya mahukan kontraktor yang berpengalaman, boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri. Seeloknya anda cari beberapa kontraktor sebelum memilih satu tanpa berfikir panjang. Ada banyak maklumat tentang servis kontraktor sama ada dari internet ataupun kenalan rapat.
Walaubagaimanapun, pastikan anda selidik latar belakang kontraktor pilihan. Pastikan kontraktor tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh lakukan semakan lesen terhadap kontraktor di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Sekiranya berlaku sebarang masalah berkenaan kontraktor ini, anda juga boleh membuat aduan kepada CIDB untuk melaporkan salah laku kontraktor ini bagi tindakan selanjutnya.
Sebelum membuat keputusan, dapatkan harga quotation dari beberapa kontraktor. Pastikan quotation tersebut jelas dan terperinci, menyenaraikan setiap perkhidmatan yang termasuk dalam servis dan kos yang dikenakan. Ini membantu anda memahami dengan tepat apa yang termasuk dalam harga. Jadi, anda boleh mengelakkan diri dari ditipu oleh kontraktor dengan harga tidak masuk akal
Pastikan ada dokumen bertulis dan perjanjian yang sah di antara anda dengan pihak kontraktor. Pastikan semua butiran termasuk dalam kontrak, termasuk jadual masa, dan syarat-syarat pembayaran. Letakkan syarat atau klausa khusus sekiranya kontraktor gagal menyempurnakan dalam masa yang ditetapkan. Boleh menetapkan penalti diskaun sekiranya kerja tidak memuaskan atau lambat disiapkan. Kontrak yang teliti dan sah secara undang-undang akan memberikan perlindungan kepada kedua-dua pihak. Jadi sebelum menandatangani kontrak, pastikan anda membaca terma dan syarat yang ditetapkan dalam kontrak dengan teliti.
Walaupun anda sudah membuat kajian, seeloknya elakkan membayar secara lump sum sebelum kerja bermula. Cuba runding dengan kontraktor untuk bayar mengikut jadual pembayaran dengan progress kerja renovation. Ini juga boleh menjamin kualiti kerja yang baik dan konsisten sepanjang renovate rumah, bukan sekadar kerja sambil lewa. Jadi, anda boleh pantau proses renovasi rumah mengikut perancangan yang sudah ditetapkan. Tengok video ini untuk info lanjut tentang tips renovate rumah dengan pemilihan kontraktor yang betul.
Renovate rumah tidak bererti anda perlu membuang perabot dan barangan perhiasan yang sudah lama. Gunakan kreativiti anda dan kitar semula perabot lama anda yang masih berada dalam keadaan baik. Kadang kala, anda cuma perlu mengecat atau menukar fabrik perabot lama tersebut untuk memberikannya nafas baru.
Sebagai contoh, harga 5L untuk 1 baldi cat lebih kurang RM60 - RM100, andaikan jika anda ada almari lama yang sudah pudar warnanya daripada anda beli almari baru yang mencecah RM5,000 adalah lebih baik jika anda mengecat dan menggilap sahaja. Anda bukan sahaja dapat jimat RM4,000+ malah dapat dapat mengurangkan pengambilan sumber semula jadi dimasa akan datang.
Ini menunjukkan anda akan dapat lakukan penjimatan berganda dengan mengitar semula. Bahan-bahan lain yang mesra alam juga seperti besi, kayu, batu bata, dan papan boleh di-kitar semula dengan mudah. Anda pasti boleh membina sebuah rak yang baru menggunakan kayu kitar semula.
Bina sendiri atau 'DO IT YOURSELF'. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, tak semestinya anda tidak akan dapat capai rumah idaman yang diinginkan. Cara DIY akan berikan anda peluang untuk hias dan renovate rumah anda dengan cara tersendiri. Cara ini bukan sahaja jimat malah, anda bebas untuk menggunakan kreativiti anda.
Jika anda tiada masa untuk deko dinding dan dalam rumah, anda boleh mulakan dengan cat dinding dulu. Cara ini lebih jimat kerana anda hanya perlu keluar duit untuk beli cat dan peralatan mengecat. Jika anda mempunyai pengalaman mengecat sebelum ini, anda tidak perlu mengupah orang luar untuk cat rumah anda. Nampak tak dah berapa banyak jimat di situ?
Walaubagaimanapun, jika projek tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi, adalah lebih baik jika anda dapatkan khidmat daripada mereka yang lebih pakar melainkan anda mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut. Bagi perkara rumit seperti membaiki atap, meruntuhkan dinding, menukar jubin lantai, dan memasang suis elektrik perlu dilakukan oleh pakar.
Terdapat banyak cara lain untuk lebih bijak dalam belanjakan wang renovate rumah. Jika anda sudah bahagikan bajet yang ada dalam proses mendapatkan rumah idaman, cuba senaraikan setiap satu dan pilih beberapa bahagian yang bajetnya boleh dikurangkan.
Bukan semua mampu untuk DIY, oleh itu tidak salah jika anda menggantikan perabot lama dengan yang baru, anda boleh survey promosi perabot di kedai-kedai terpilih. Mulakan dengan senaraikan perabot yang anda ingin beli dan cari kedai perabot yang menjual perabot tersebut dengan harga promosi. Lebih banyak pilihan kedai perabot yang ada lebih bagus, ia akan membantu anda untuk memilih kedai yang menawarkan harga berpadanan dengan bajet anda.
Selain daripada harga yang murah, anda juga perlu ambil tahu servis lain yang kedai tersebut sediakan. Sebagai contoh, ada kedai perabot yang menambah caj servis pemasangan dan servis penghantaran ke rumah. Oleh itu, jangan segan silu untuk tanya pekerja atau pengurus kedai tersebut anggaran harga perabot selepas promosi dan kos servis, juga caj tersembunyi (jika ada).
Selain daripada promosi atau tawaran di kedai perabot, anda juga boleh mendapatkan tawaran hebat dengan berbelanja dari pembekal perabot atau di ekspo kediaman seperti BIG HOME Expo atau Modern Living Home Expo. Ekspo kediaman selalunya akan menawarkan harga 'markdown' sehingga 80% untuk barang yang terpilih! All in one sebab anda berpeluang untuk beli bermacam-macam perabot dan barang-barang kediaman daripada jenama kegemaran anda.
Banyak jenama yang terkenal akan berada di ekspo tersebut dan inilah masa anda membuat perbandingan harga untuk setiap perabot yang anda mahu daripada jenama yang ada. Kemudian, sediakan pengangkutan sendiri untuk menghantar barangan yang dibeli agar anda tidak perlu membayar lebih untuk kos pengangkutan.
Walaubagaimanapun, ekspo ini tidak berlaku setiap masa, ada masa-masa tertentu sahaja ia akan dianjurkan. Terutamanya pada musim perayaan seperti, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Christmas dan lain-lain. Selain itu, ia hanya dianjurkan dalam masa terhad, kadang-kadang hanya seminggu atau 3 hari sahaja. Anda boleh ikuti mereka di laman sosial untuk ketahui info lanjut home expo yang akan dianjurkan di kawan berdekatan rumah anda.
Bila rumah sudah dilengkapi dengan perabot baru, syiling baru atau lantai baru anda juga perlu bijak dalam memilih barang elektrik di rumah idaman anda.
Pada tahun 2006, TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah memperkenalkan mengeluarkan peralatan elektrik yang berlabel. Label kecekapan tenaga (Energy Efficiency Label) ini menunjukkan anggaran penggunaan tenaga untuk setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem penilaian kecekapan tenaga. Sistem penarafan bintang mempunyai minimum 1 bintang dan maksimum 5 bintang, di mana label 1 bintang paling rendah dan 5 bintang paling efisien.
Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengeluar peralatan elektrik yang mematuhi piawaian dan keperluan ujian prestasi tenaga untuk penarafan bintang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam elektrik oleh setiap peranti, berdasarkan hasil ujian makmal yang diakui. Maklumat yang diberikan akan membantu pengguna untuk memilih model paling cekap tenaga semasa membeli peralatan.
Oleh itu, anda sebenarnya dapat mengurangkan bil elektrik jika menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai taraf penjimatan tenaga 5 bintang. Ini dapat menjamin penjimatan untuk jangka masa yang lama. Malah dapat meningkatan kualiti hidup dengan peralatan yang lebih cekap.
Alat elektrik yang diluluskan oleh penarafan Energy Star:
Jika anda berminat untuk buat cara kiraan untuk mendapatkan kos pengubahsuaian yang kurang daripada RM30,000 tonton video ini untuk penjelasan lanjut.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi online cepat, mudah dan selamat di Malaysia. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 16 April 2018 dan dikemaskini semula pada 22 April 2024).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.