Director
Kami telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan tentang cara membersihkan nama dari “blacklist” bank Malaysia. Ramai orang salah faham kononnya rekod CCRIS adalah ‘blacklist’ atau disenarai hitamkan oleh bank negara. Sebenarnya, rekod CCRIS dan CTOS tidak boleh ‘blacklist’ anda. Dalam artikel ini, kami akan jelaskan lebih lanjut cara clear CCRIS untuk cantikkan balik rekod kredit anda. Bila rekod CCRIS tidak lagi disenarai hitam lagi senang permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan.
Sebelum itu, anda kena tahu dulu macam mana CCRIS dan CTOS ini berfungsi, dan berapa lama blacklist bank hilang. Kedua-dua laporan ini hanya memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan untuk membuat penilaian kredit anda. Oleh itu, jika nama anda ada dalam CCRIS dan CTOS ianya bukanlah tanda anda telah disenarai hitamkan atau blacklist. Rekod kredit itu hanya jadi kayu pengukur jika anda boleh mohon pembiayaan seperti seperti pinjaman peribadi atau pun tidak.
Dalam rekod CCRIS ada 4 info kredit ini:
Sebelum ini, kami ada berkongsi perbezaan antara rekod CCRIS dan CTOS dan bagaimana ianya berfungsi. Jadi, kali ini kami kongsikan cara clear CTOS & CCRIS untuk mendapatkan skor kredit yang lebih baik.
Cara clear CCRIS yang selalu dilakukan adalah dengan buat penyatuan hutang. Penyatuan hutang adalah satu kaedah yang menghimpunkan semua hutang yang ada kepada satu pinjaman peribadi baru. Cara ini boleh memudahkan anda untuk memantau pembayaran pinjaman sebab anda hanya fokus untuk membayar satu ansuran bulanan sahaja. Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk kira penjimatan bila anda buat penyatuan hutang.
Oleh itu, anda tidak akan menghadapi situasi seperti terlewat membayar bil dan ansuran bulanan pinjaman. Sekiranya anda lewat membayar ansuran bulanan pinjaman secara berterusan, ianya akan menjejaskan skor kredit anda menjadi negatif. Anda boleh tetapkan pembayaran secara auto debit atau arahan tetap (standing instruction) dan jadualkan tarikh bayaran balik sejurus selepas tarikh gaji bulanan anda untuk lebih teratur dalam pembayaran balik pinjaman.
Gunakan pendapatan anda untuk menyelesaikan sebarang pinjaman tertunggak yang anda miliki dan bukannya membelanjakan untuk makan di luar, membeli pakaian atau alatan baru. Ini adalah salah satu cara clear CCRIS yang lebih cepat. Walaupun anda mempunyai jumlah tertunggak yang agak besar, cuba amalkan sikap berjimat-cermat untuk satu tempoh tertentu agar anda dapat menyelesaikan bayaran tertunggak lebih cepat. Jika anda menerima apa-apa bonus atau insentif khas daripada majikan anda, gunakannya untuk membayar jumlah tertunggak atau mengurangkan komitmen hutang anda sebelum berbelanja untuk perkara-perkara lain.
Dengan teknologi dan kemudahan internet, anda boleh jana pendapatan tambahan walaupun mempunyai pekerjaan tetap dengan mudah. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kemahiran anda sebagai jurugambar, penulis, penyimpan kira-kira atau pereka bentuk untuk memperoleh pendapatan tambahan sebagai pekerja bebas sambilan di laman web seperti Upwork atau Fiverr. Terdapat banyak tugasan berkontrak yang ditawarkan dan dibayar dalam dolar US. Sekiranya, pekerjaan tambahan di hadapan komputer tidak menarik bagi anda, anda boleh manfaatkan kenderaan anda sepenuhnya dan jadi pemandu Grab pada hujung minggu atau selepas waktu kerja.
Di samping itu, jika anda mempunyai barang yang anda tidak mahu lagi tetapi masih boleh digunakan di rumah anda, contohnya barangan bayi atau kanak-kanak, pakaian, buku malahan perabot. Anda hanya perlu tangkap gambar barang tersebut dan iklankan di Carousell, Lelong atau Mudah. Ini juga dapat membantu anda memperoleh tunai tambahan selain mengosongkan ruang di rumah anda.
Hutang kad kredit merupakan jenis hutang yang sukar dibayar secara teratur oleh ramai rakyat Malaysia. Jika anda mempunyai hutang kad kredit, anda biasanya akan membayar faedah sebanyak 15-18% setiap tahun. Misalnya anda mempunyai hutang kad kredit RM10,000 anda akan membayar sekitar RM500 setiap bulan. Satu cara untuk bantu merendahkan komitmen hutang bulanan anda adalah dengan memilih pinjaman peribadi berfaedah rendah untuk menyelesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu. Sebagai contoh, Co-op Bank Pertama mempunyai kadar faedah serendah 2.95% setahun sehingga tempoh 10 tahun (tepat pada waktu menulis). Ini akan bantu mengurangkan komitmen bulanan anda sehingga RM100 setiap bulan. Ini juga membolehkan anda menyalurkan wang tambahan untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman.
Jika anda mempunyai jumlah tunggakan pinjaman yang agak besar, anda boleh memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk tutup (overlap) atau menyelesaikan tunggakan hutang. Ini akan membolehkan anda menghapuskan hutang senarai hitam ini daripada rekod CCRIS anda. Dalam sesetengah kes, kadar faedah untuk pinjaman koperasi adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi yang tidak dijamin oleh bank komersial.
Pinjaman koperasi juga menjadi pilihan penjawat awam kerana ianya mempunyai proses kelulusan yang lebih longgar berbanding bank komersial kerana bayaran balik dibuat menerusi potongan gaji. Namun, anda harus ingat komitmen untuk membayar balik tetap ada. Jadi, pastikan anda tidak terlepas bayaran balik anda.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Jika anda bekerja di sektor swasta dan mempunyai masalah tunggakan dalam laporan CCRIS, anda boleh juga mohon pinjaman wang dengan jumlah yang sedikit dan tempoh pinjaman yang singkat. Situasi seperti ini sesuai jika anda mempunyai jumlah tunggakan yang kecil dan memerlukan pinjaman wang segera. Ingat, walaupun jumlah tunggakan hutang kecil tapi ia tetap menjadi punca permohonan pinjaman anda ditolak bank.
Jadi, sekiranya anda urgent nak pinjam duit kecemasan anda boleh mohon dulu pinjaman peribadi dengan amaun yang kecil di platform pinjaman wang berlesen yang cepat dan selamat. Terdapat beberapa pinjaman wang berlesen tidak mempunyai syarat kelulusan pinjaman yang ketat. Misalnya, jika anda terlepas pembayaran untuk 2 bulan tetapi sentiasa konsisten membayar ansuran bulanan pada bulan seterusnya pemberi pinjaman mungkin akan bertolak ansur dan meluluskan permohonan pinjaman anda.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Jika gaji semasa tidak dapat menampung bayaran balik pinjaman anda secara bulanan, bincang dengan bank anda untuk menjadualkan semula bayaran balik tersebut. Tetapi, pastikan anda mampu mengikut jadual tersebut. Pihak bank mungkin tidak bersetuju, tetapi anda tidak rugi apa-apa untuk bertanya mengenainya, terutamanya jika anda boleh menunjukkan komitmen dan keupayaan anda untuk membuat pembayaran berdasarkan tempoh yang telah dijadualkan semula. Pihak bank juga mempunyai kepentingan untuk menerima jumlah bayaran penuh tanpa perlu mengambil tindakan undang-undang yang memakan masa.
Hanya pinjam jumlah yang anda benar-benar perlukan dan mampu bayar. Bayar pinjaman seperti hutang kad kredit, kereta dan pinjaman peribadi tepat pada masanya secara konsisten. Selain itu, semak laporan CCRIS anda dari masa ke masa. Anda boleh semak rekod kredit individu secara percuma. Anda hanya perlu lawati portal eCCRIS, mengunakan kiosk CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK.
Ini membolehkan anda untuk menyemak mana-mana status pinjaman yang tidak dikemas kini dalam CCRIS. Jika tidak dikemaskini, hubungi bank yang berkenaan dan minta pihak bank tersebut untuk mengemas kini status pinjaman. Mengekalkan rekod CCRIS yang baik adalah sebuah komitmen jangka panjang. Adalah penting bagi anda untuk berbuat demikian supaya anda boleh menikmati fleksibiliti kewangan dan mengejar impian anda untuk membeli rumah idaman keluarga, mengembangkan sayap perniagaan anda, melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.
Selain itu, anda boleh juga tonton video ini untuk tahu cara clear CCRIS & CTOS lebih cepat.
Berapa lama blacklist bank hilang? Jika anda sudah berjaya menyelesaikan tunggakan pinjaman, maklumat CCRIS anda akan dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ke-10 setiap bulan. Sebagai contoh, anda telah membayar semua tunggakan pinjaman pada 26hb Jun dan menyemak laporan CCRIS pada 11hb bulan seterusnya anda akan nampak rekod pembayaran pada bulan Jun telah dikemaskini menjadi “0” – bermaksud tiada baki tunggakan pinjaman. Laporan CCRIS menunjukkan semua pinjaman anda yang belum diselesaikan, eg jenis kemudahan kredit, rekod pembayaran, jumlah ansuran, had kredit dan permohonan kredit yang telah diluluskan atau dalam proses dikira daripada 12 bulan yang lalu.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 11 Disember 2017 dan dikemas kini pada 22 Januari 2024.
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.
14 Comments
nak tanya, kalau ada pihak peminjam yang blacklist saya kerana saya batalkan perjanjian. Bagaimana dengan situasi ini ya? Apa kesan terhadap status saya?
Hi, macam mana nak semak amount hutang dari blacklist?
Assalamualaikum.. Bagaimana untuk saya menghubungi pihak CCRIS. Saya hendak membawa surat fullsettlement bayaran koperasi untuk clearkn nama saya dgn segera. Adakah saya perlu pergi ke bank negara.
Hi. Assalamualaikum.. minta pencerahan. Jika saya terkena ccris adakah grentor saya di kenakan juga ccris. Dan adakah beliau tidak dapat membuat pinjaman..peribadi?
Salam. Saya dah buat bayaran Special Attention hutang credit card saya (Full), berapa lama nama saya akan clear Di Ctos fan Ccris?
Salam Tuan BNM.
Nama saya masih dalam CCRIS slsps setahun full settlemnet loan peribadi. Sudah saya email kpd BNM, SKM dan pihak pinjaman Koperasi Wawasa pd tahun lps hampir byj kali. Tp nama still under CCRIS. Dokumen settlement lengkap dr koperasi kowamas dan maybank
Boleh bantu saya🙏
Selamat petang..saya sudah settle loan saya.. tetapi dlam rekod CRISS nama saya Masih..dan tunggakan dinyatakan 9 bulan sudah..Apa perlu saya buat encik?
Settlement Letter sudah ada juga..
Hi cik Jane, kalau pihak pemberi pinjaman belum kemaskini atau clearkan tunggakan cik. Cik boleh hubungi pihak CCRIS dan lampirkan settlement letter untuk clear rekod tunggakan tu.
Assalamualaikum n hai. Jika sy sudah selesai bayaran pinjaman bank dengan buat full settlement. Adakah rejod pinjaman ccris akn dihapuskan serta merta atau masih ada lgi rekod utk setahun walaupun sy sudah selesaikan semua pinjaman.
Waalaikumsalam. Kalau sudah buat full settlement, rekod bayaran bulanan untuk pinjaman tersebut masih ada di CCRIS sehingga 12 bulan. Rekod ni akan terhapus selepas 12 bulan. Tapi jika cik mahu hapuskan rekod pinjaman tersebut, boleh cuba hubungi pihak CCRIS dan lampirkan settlemen letter sekali.
Sekiranya sya sdh settled pembiayaan kenderaan, tapi masih ada baki yg perlu ditambah, bolehka sya mbuat rayuan permohonan spya nama dah x blacklist?
Hi Lisa, kalau masih ada baki yang perlu dibayar bermaksud loan tersebut belum settle. Cuba bincang balik dengan bank untuk permintaan ini.
Assalamualaikum…. saya dh settled cctos pada 24/1/2024….jd bila nama sya dpt clear dlm BNM tuan…tlg pencerahan…Terima kasih
Waalaikumsalam puan Salbiah, selalunya dalam tempoh masa 3 hari bekerja selepas full settlement. Tapi kalau puan cek hari ini masih ada tunggakan boleh minta surat settlement letter dengan pemberi pinjaman dan maklumkan kepada CTOS yang tunggakan sudah diselesaikan.