Marketing
Jika anda mempunyai masalah ‘blacklist’ dengan bank, dan mencari cara clearkan CTOS dan CCRIS, anda berada di tempat yang betul. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini, jangan risau masih ada jalan untuk bersihkannya. Kami akan jelaskan di artikel ini, pastikan anda baca sampai habis untuk tahu cara clearkan CTOS dan CCRIS.
Salah satu cara clear CCRIS dan rekod negatif CTOS adalah dengan membuat penyatuan hutang. Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Bagi mereka yang mempunyai kadar hutang yang tinggi, tindakan ini bertindak sebagai cara untuk selesaikan hutang tertunggak sekaligus clearkan rekod negatif CTOS dan CCRIS anda.
Ramai yang ingat kalau ada masalah CCRIS dan CTOS, anda tak layak untuk buat pinjaman kerana telah disenarai hitamkan (blacklisted). Tapi sebenarnya itu bukanlah punca utamanya. Sekiranya rekod kredit anda kurang cantik, mungkin agak susah untuk anda dapat kelulusan pinjaman bank komersial yang dimohon, namun ada pembiayaan yang sah dan selamat seperti pinjaman peribadi bank & koperasi untuk bantu cantikkan rekod negatif tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan rekod kredit kurang cantik? Sebagai contoh, jika anda:
Oleh itu, penting untuk anda kekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang baik sebagai kelebihan dalam memohon pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Rekod kredit CCRIS dan CTOS anda akan digunakan oleh institusi kewangan untuk melihat corak pembayaran balik hutang anda sewaktu anda memohon kemudahan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi daripada pinjaman wang berlesen, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain.
Corak pembayaran balik hutang anda akan membantu bank untuk tentukan sama ada untuk meluluskan atau ‘reject’ pinjaman, kadar faedah, tempoh pinjaman, jumlah amaun pinjaman dan sebagainya. Sekiranya anda membayar hutang anda tepat pada masanya, selalunya tiada masalah untuk bank luluskan pinjaman anda. Jika tidak, jom ketahui cara clearkan CTOS anda CCRIS anda dengan 8 cara ini.
Cara Clearkan CTOS dan CCRIS
Ringkasan:
Gabungkan semua hutang anda dengan penyatuan hutang agar anda boleh fokus bayar satu ansuran. Tetapkan pembayaran ansuran bulanan secara automatik untuk pastikan anda disiplin bayar ansuran bulanan tepat pada masanya.
Anda perlu fokus untuk jelaskan pinjaman tertunggak anda terlebih dahulu dan jadikannya sebagai keutamaan, barulah rekod anda akan jadi lebih cantik. Cuba kurangkan perbelanjaan yang kurang penting seperti kehendak anda. Contoh seperti beli kopi mahal, gajet terbaru, pakaian branded dan lain-lain.
Anda juga boleh jana pendapatan tambahan terutamanya selepas waktu kerja atau hujung minggu sebagai satu cara clearkan CTOS dan CCRIS anda. Gunakan pendapatan ini untuk bantu jelaskan hutang.
Anda boleh pilih untuk buat pembiayaan semula. Misalnya untuk settlekan hutang kad kredit dengan mencari pinjaman peribadi berkadar rendah. Pinjaman baru tersebut boleh bantu anda rendahkan ansuran bulanan anda.
Sekiranya anda adalah seorang penjawat awam, anda masih layak untuk mohon pinjaman koperasi yang menerima peminjam yang ada rekod negatif CCRIS atau CTOS. Pinjaman koperasi juga adalah satu alternatif untuk bantu anda tutup (overlap) hutang sedia ada.
Jika anda seorang penjawat swasta pula, anda boleh mohon pinjaman peribadi untuk bayar amaun hutang tertunggak yang kecil. Anda perlulah cari pemberi pinjaman yang sah dan boleh terima pemohon dengan rekod CCRIS, seperti pinjaman wang berlesen.
Jika anda rasa tidak mampu untuk tampung bayaran balik bulanan, anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk buat penjadualan semula. Cara ini mungkin dapat membantu untuk clearkan CTOS dan CCRIS anda.
Akhir sekali, jika anda berjaya ikut cara-cara di atas, pastikan anda amalkan disiplin untuk buat bayaran tanpa ada kelewatan. Jangan lupa pantau rekod CTOS dan CCRIS anda dari masa ke masa.
Infografik ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang boleh membantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Sekiranya anda ada masalah CCRIS, CTOS, SAA atau AKPK, anda masih berpeluang untuk mohon pinjaman koperasi di platform Direct Lending. Semak kelayakan anda secara percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 24 Mac 2021 dan dikemas kini pada 7 Februari 2024).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.
14 Comments
saya nak clearkan CTOS saya yang dah lapuk sebab baru tahu nama saya rekod x elok sebab abang ambil motor guna nama saya. rekod 2005 lagi. kedai pun dah x ada lagi nak g settle pun. so macamana ya nak settle hutang tu dlm 3000.
Selain Dari bincang sama peminjam cara lain untuk bayar balik cctos Ada TAK?
Saya dah selesai pinjaman @ tunggakkan . Tapi kenapa nama saya tersenarai dalam ctos ? bagaimana saya nak bersihkan ?
Sepatutnya syarikat tu dah kena maklumkan dengan CTOS untuk clear nama cik. Kalau masih ada rekod tunggakan boleh hubungi CTOS dan lampirkan sekali surat penyelesaian tunggakan pinjaman.
Sy ada tunggakan motor,nama dah kena ctos. Bole ke bayaran balik pada kedai secara ansuran ?
Untuk kes ni encik kena buat penstrukturan hutang dengan pihak loan motor tersebut.Pihak pemberi pinjaman akan cuba untuk susun balik bayaran bulanan yang sesuai dengan kemampuan encik.
Saya ada tunggakan di kedai barangan elektrik.. boleh ke sy langsaikan terus semua hutang tu dengan sekali bayaran sahaja
Hi puan Siti, kalau ada tunggakan lebih baik untuk selesaikan dengan bayaran penuh sekaligus, sebab ada beberapa syarikat yang akan masukkan nama di dalam CTOS bila puan ada tunggakan bayaran balik.
Dalam sistem nama tunggakan tapi saya dah bayar semua tunggakan tu . Ada resit semua . Ada cara takk untuk clearkan nama saya nak buat sendiri tggu kedai buat lambat
Hi Mohamad Sukri, encik boleh hubungi terus pihak CTOS atau CCRIS untuk kemaskini dengan segera tunggakan yang ada.
saya ingin membuat pinjaman untuk menyelesai hutang tunggakan kereta selama 3bulan nak buat pinjaman 5ribu status bkerja tetap swasta ada cara lain untuk memohon
Hi, cik sudah buat semakan di website kami ke? Tapi, kalau untuk pekerja swasta yang ada masalah tunggakan CCRIS 3 bulan memang susah sikit nak lepas cik. Selalunya cik kena settle kan dulu sekurang-kurangnya 1-2 bulan tunggakan kereta tu untuk senang apply loan baru.
Saya bekerja tetap majlis daerah sipitang. Ingin clearkan ctos melalui penyatuan hutang.
Baik, kalau macam tu kami boleh bantu. Encik semak kelayakan pinjaman dulu dekat sini.