Marketing
Apa itu i-Sinar? i-Sinar adalah satu program bagi semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak untuk mengeluarkan wang simpanan Akaun KWSP 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100. Program ini diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2021 di mana inisiatif ini disasarkan untuk membantu ahli KWSP yang terkesan dengan wabak COVID-19 bagi mengekalkan dan meneruskan kehidupan mereka dengan selesa.
Umum sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar untuk membolehkan ahli mengeluarkan wang simpanan mereka dalam Akaun KWSP 1.
KWSP juga menyeru ahli yang ingin memohon skim i-Sinar, memastikan i-Akaun mereka aktif, nombor telefon dikemas kini terlebih dahulu bagi menerima nombor TAC dan nombor akaun bank aktif.
Bagi Kategori 1, ahli yang layak termasuk:
Kriteria bagi Kategori 1 pula meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Bagi kategori ini juga, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Bagi Kategori 2 pula, pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021.
Ianya meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan. Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas kelulusan diberi.
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Untuk permohonan i-Sinar anda boleh layari isinar.kwsp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Mudah bukan? Tanpa harus diingatkan status permohonan ini sama ada diluluskan atau tidak hanya akan dapat diketahui mulai 4 Januari 2021.
Oleh itu, anda boleh membuat semakan pada tarikh berkenaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua 🙂
Kredit: Facebook Syima Rifqi Aisy
Mungkin ada yang sudah terima SMS daripada KWSP berkenaan bayaran pengeluaran i-Sinar pada bulan Mei 2021. Sesiapa yang mungkin belum menerima pemberitahunan tersebut, anda boleh semak sendiri jadual pembayaran i-Sinar di akaun KWSP anda.
Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun :
1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.
2.Lihat di bahagian ‘Withrawal’,
3.Tekan Withrawal History
4.Sila pilih i-SINAR & Klik perkataan i-SINAR
5.Dipaparkan maklumat bayaran i-Sinar
April 2021 | 1 | 2 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
Mei 2021 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 10 | 11 |
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Bagi pertanyaan umum pula, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.
Cadangan untuk mengeluarkan wang bersyarat secara ‘one-off’ RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi hot topik sekarang di kalangan rakyat. Jumlah pengeluaran itu tidak ditetapkan lagi dan tidak semestinya setinggi RM10,000. Idea di sebalik pengeluaran KWSP ini adalah untuk bantu rakyat mengharungi tekanan hidup kesan daripada penularan Covid-19.
Setakat ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran i-Lestari di mana pencarum boleh keluarkan wang simpanan dalam Akaun 2 maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Tambahan pula, ahli KWSP diberi pilihan untuk kekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11% atau menurunkan kepada 7% pada bulan April tahun ini.
Kelonggaran sudah diberikan untuk pemilik akaun KWSP mengeluarkan daripada Akaun 2. Dan jika kelonggaran diberikan untuk pengeluaran Akaun 1, ramai risau pulak dengan masalah kewangan pada hari persaraan. Sebab tujuan simpanan KWSP adalah untuk kegunaan pada hari tua atau persaraan.
Ada yang setuju dengan pengeluaran KWSP dan ada yang tidak. Tetapi persoalannya adakah rakyat Malaysia yakin dengan diri mereka sendiri? Untuk mengeluarkan wang KWSP tersebut dan hanya guna pada masa atau keperluan mendesak sahaja?
Jom kita lihat poll daripada Malaysiakini di Twitter.
Seramai 71.4% yang setuju dengan pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP. Antaranya komen daripada pengundi yang setuju dengan pengeluaran:
Kedua-dua pengguna Twitter ini pula mempersoalkan perspektif yang menarik mengenai masa hadapan yang belum pasti seperti, “Adakah kita pasti akan bersara? Adakah kita akan hidup sampai hari tua?”.
Tetapi ada juga yang rasa pengeluaran haruslah diberi prioriti kepada pihak yang memerlukan sahaja:
Tapi kalau dikatakan ada kekangan kewangan, ada juga yang telah membuat pembelian mahal seperti kereta baru.
Dan ada juga sampai yang tengah hamil hendak jual buah pinggang atas desakkan hidup. Perkongsian di Instagram oleh @drzulkiflialbakri.
Cadangan untuk keluarkan wang KWSP daripada Akaun 1 bergantung kepada keputusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 samada untuk meluluskannya atau tidak. Sekiranya cadangan ini diluluskan, maka pilihan untuk mengeluarkan atau menyimpan wang KWSP masih kekal di tangan anda.
Jadi, tepuk dada tanya selera, apakah tujuan untuk pengeluaran KWSP tersebut?
Hanya keluarkan wang KWSP sekiranya:
Terus simpan wang dalam KWSP sekiranya:
Jika anda tetap ingin membuat pengeluaran atas sebab-sebab yang tertentu, bolehlah rujuk artikel kami tentang 10 cara bijak guna duit KWSP.
Penulisan artikel ini hanya semata untuk perkongsian daripada Direct Lending sahaja dan tidak mewakili pendapat mana-mana pihak tertentu.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.