Mengenali Pinjaman Peribadi Kuwait Finance House (KFH)
Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Kuwait Finance House dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa. Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah mampu milik, berkadar tetap dan bayaran (“payout”) yang paling tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji.
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad adalah Bank Islamik asing pertama di Malaysia. Ia adalah antara tiga bank Islamik pertama dari Timur Tengah yang mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia. Ia mula beroperasi di Malaysia sejak 2005.
Ciri-ciri Pinjaman Istimewa
- Pinjaman peribadi daripada Kuwait Finance House
- Amaun pembiayaan sehingga RM250,000
- Tempoh pembiayaan dari minimum 2 tahun sehingga maximum 10 tahun
- Promo: 100% payout (bank bayar takaful)
- Kadar keuntungan tetap dari 4.50%
- Bayaran melalui Biro Angkasa (oleh MCCM Resources Sdn Bhd)
- Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
- Tanpa penjamin atau cagaran
- Pembiayaan berkonsep Syariah
- Pembiayaan dilindungi Takaful
- Proses 1-2 minggu
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
- Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
- Jawatan kontrak & renewal minimum 1 tahun untuk jawatan doktor, pharmacist, engineer, lecturer & pengarah
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM3,000 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi atau CCRIS masih layak memohon
- Tunggakan dengan PTPTN layak memohon
Plan Promosi Untuk Anda
Kadar keuntungan
4.50% kadar tetap
Julat pinjaman
RM100,000 - RM250,000
Kadar keuntungan
4.65% kadar tetap
Julat pinjaman
RM5,000 - RM99,000
Risau dengan penambahan komitmen bulanan disebabkan oleh OPR naik?
Risau dengan penambahan bayaran bulanan pinjaman peribadi anda yang kadar terapung disebabkan oleh kenaikan OPR? Overlap pinjaman peribadi kadar terapung anda dengan loan peribadi kadar tetap serta mampu milik dari Kuwait Finance House. Jadi anda boleh hidup lebih tenang dan ada kepastian dengan komitmen di masa depan.
Pembiayaan peribadi Kuwait Finance House berkadar tetap dan payout 100%. Kuwait Finance House akan tanggung takaful untuk anda. Tiada apa-apa tolakan takaful dari pinjaman, anda akan terima 100% pinjaman.
Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma. Semak kelayakan anda sekarang.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pinjaman peribadi Kuwait Finance House adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi Kuwait Finance House adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi Kuwait Finance House untuk apa-apa tujuan sahaja seperti ubahsuai rumah, beli kenderaan, memulakan atau mengembangkan perniagaan, bayar bil perubatan atau langsaikan hutang mahal anda.
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 59 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM2,000 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Pinjaman peribadi Kuwait Finance House akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Pinjaman ini sesuai untuk menyatukan pinjaman yang mahal dengan pinjamna 100% payout dan kadar tetap serendah 4.50%.
Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, Kuwait Finance House akan terima permohonan tetapi dengan syarat tunggakan pembiayaan tersebut tidak boleh melebihi 2 bulan.
Kalau melebihi 2 bulan tunggakan di CCRIS, dan ada rekod SAA anda boleh guna pinjaman ini untuk menyelesaian tunggakan tersebut.
Untuk masalah CTOS, rujukan perdagangan (trade reference) atau rekod CTOS melebihi RM2,000 perlu diselesaikan dengan pinjaman ini
Pinjaman peribadi Kuwait Finance House tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.
Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM250,000. Tempoh pinjaman adalah dari minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60%. Ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio)
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Proses permohonan pinjaman peribadi Kuwait Finance House adalah sekitar 1-2 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi Kuwait Finance House adalah dari 4.50% sehingga 4.99%.
Tiada yuran ahli atau yuran pemprosesan yang akan dikenakan untuk pinjaman peribadi Kuwait Finance House.
Untuk pinjaman peribadi Kuwait Finance House – MCCM, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.
Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda terima adalah 100%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima ditentukan oleh pihak Kuwait Finance House.
Pinjaman peribadi Kuwait Finance House – MCCM mempunyai perlindungan Takaful. Kos takaful akan ditanggung oleh KFH. Amaun ini tidak akan ditolak daripada jumlah yang dipinjam.
Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi Kuwait Finance House.
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi Kuwait Finance House.
Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Kuwait Finance House.
Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Pembiayaan Kuwait Finance House adalah berkadar tetap dari 4.50%. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 2 tahun hingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 4.50% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM14,500.