Pinjaman Peribadi Ambank - MCCM

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Ambank Islamic (anak syarikat Ambank) dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa.

  • Kadar serendah 3.99% p.a., payout setinggi 98%
  • Untuk kakitangan kerajaan & GLC
  • Berkonsep syariah
Semak Kelayakan

Mengenali Pinjaman Peribadi Ambank Islamic - MCCM

Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah yang paling rendah dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji. Pinjaman ini ditawarkan kepada penjawat awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan juga GLC yang ada potongan angkasa.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan dari RM5,000 sehingga RM250,000
  • Tempoh pembiayaan dari 2 sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan 3.99% tetap untuk pinjaman RM50,000 – RM250,000 dan kadar 4.45% tetap untuk pinjaman RM5000 – RM49,000
  • Payout setinggi 98%
  • Pembayaran balik melalui Biro Angkasa (oleh MCCM Resources Sdn Bhd)
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses 2 minggu

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang mempunyai potongan ANGKASA (kecuali Anggota Tentera)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak boleh ada “special attention” atau AKPK akaun dalam CCRIS
  • Tunggakkan dengan PTPTN layak memohon

Plan Promosi Untuk Anda

1
Kadar keuntungan
  • 3.99% kadar tetap

Julat pinjaman
  • RM50,000 - RM250,000

2
Kadar keuntungan
  • 4.45% kadar tetap

Julat pinjaman
  • RM5,000 - RM49,000

Kurangkan beban kewangan anda hari ini

Ringankan beban hutang anda dengan langsaikan hutang kad kredit yang berfaedah 18% setahun atau pinjaman peribadi yang mahal dengan pinjaman peribadi Ambank Islamic. Kadar hanya dari 3.99% setahun dan kadar tetap (bayaran bulanan adalah tetap walaupun BNM OPR berubah). Payout setinggi 98%. Pinjaman sehingga RM250,000 untuk membantu anda menyatukan hutang-hutang yang mahal.

Nikmatilah loan peribadi yang murah dan berbaloi ini untuk mencapai impian yang anda ada, sama ada untuk mengembangkan perniagaan, ubahsuai rumah atau membantu ahli keluarga.

Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma.

Semak Kelayakan

Jaminan kami

Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.

Anda Keutamaan Kami

Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.

Urusan Dipermudahkan

Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*

Telus

Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.

Percuma

Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira

Anda boleh jadi yang seterusnya

Soalan Lazim

Apakah pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah berkonsep Syariah.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM untuk apa-apa tujuan sahaja seperti langsaikan hutang kad kredit mahal, beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau mengembangkan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.

Adakah saya layak memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 18 sehingga 58 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda perlu selesaikan komitmen hutang tersebut sebelum memohon pinjaman ini.

Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, Ambank Islamic – MCCM menerima tetapi dengan syarat tunggakan pembiayaan tersebut tidak boleh melebihi 2 bulan. Rekod CCRIS juga tidak boleh ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account). Untuk masalah CTOS pula, rujukan perdagangan (trade reference) atau rekod CTOS melebihi RM3,000 adalah tidak layak untuk mohon pinjaman ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?

Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM200,000. Tempoh pinjaman adalah dari minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman ini?

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Potongan gaji saya dah lebih 60%, bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.

Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon pinjaman Ambank Islamic - MCCM?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
  • 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Berapakah lama masa yang diambil sebelum pinjaman dimasukkan ke dalam akaun bank saya?

Proses permohonan pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM adalah sekitar 2 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Apakah kadar keuntungan pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Kadar keuntungan 4.45% tetap rata untuk pinjaman RM5000 – RM29,000; 3.88% tetap rata untuk pinjaman RM30,000 – RM70,000; dan 3.60% tetap rata untuk pinjaman RM71,000 – RM200,000. Kadar promosi bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2022.

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM? Pinjaman ini ada ahli yuran?

Tiada yuran ahli atau yuran pemprosesan yang akan dikenakan untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Adakah sebarang bayaran ansuran pendahuluan diperlukan?

Untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.

Berapa dalam tangan yang saya akan terima dengan pinjaman ini? Apakah jumlah pembiayaan yang saya akan terima?

Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 98%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Ambank Islamic – MCCM.

Adalah pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful?

Pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM mempunyai perlindungan Takaful.

Saya dah ada pinjaman pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Apakah akan terjadi jika saya lewat membayar?

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Bolehkah saya membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi saya?

Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Ambank Islamic – MCCM.

Bagaimana saya boleh mohon pinjaman peribadi Ambank Islamic - MCCM?

Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.

Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan Ambank Islamic adalah 4.45% tetap rata untuk pinjaman RM5000 – RM29,000; 3.88% tetap rata untuk pinjaman RM30,000 – RM70,000; dan 3.60% tetap rata untuk pinjaman RM71,000 – RM200,000. Tempoh pembiayaan adalah antara 2 hingga 10 tahun. Kadar promosi bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2022. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM100,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 3.60 % p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM136,000.