Mengenai Yayasan Ihsan Rakyat
Yayasan Ihsan Rakyat adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan bekerjasama dengan RCE Marketing Sdn Bhd untuk menawarkan pembiayaan peribadi.
RCE Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kewangan berlesen yang dipercayai dan memberi dana kepada yayasan-yayasan di Malaysia untuk pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan sejak tahun 2003. RCE Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat milik penuh oleh RCE Capital Berhad (“RCE”) yang disenaraikan di Bursa Malaysia. RCE mempunyai aset berjumlah lebih daripada RM2,900 juta pada 31 Mac 2023 dan adalah sebuah anak syarikat Amcorp Group Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Azman Hashim.
Ciri-ciri Pembiayaan Istimewa
- Dapatkan kelayakan segera dan pembiayaan secepat 2 hari bekerja**
- Amaun pembiayaan sehingga RM300,000
- Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun
- Kadar keuntungan bermula dari 6.65% tetap setahun. Bebas yuran
- Pembayaran balik melalui potongan slip gaji
- Tiada bayaran pendahuluan. Permohonan 100% percuma
- Tanpa penjamin atau cagaran
- Pembiayaan berkonsep syariah
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
- Kakitangan kerajaan (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 6 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS dan AKPK juga layak memohon
Permohonan ditolak bank kerana rekod kredit atau komitmen luar tinggi anda?
Aktifkan semula kehidupan kewangan anda dengan pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat.
Direct Lending adalah wakil pemasaran yang sah untuk pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat. Platform pinjaman online kami direka untuk membantu kakitangan awam yang memerlukan pinjaman yang cepat atau mempunyai rekod kredit yang kurang baik.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pembiayaan peribadi RCE Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah pembiayaan peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pembiayaan ini. Pembiayaan peribadi koperasi Yayasan Ihsan Rakyat adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat untuk apa-apa tujuan sama ada untuk lunaskan pinjaman tertunggak, ubahsuai rumah, beli kenderaan, bayar bil perubatan dan sebagainya.
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Untuk pelanggan yang ada masalah rekod CCRIS, boleh mohon pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM30,000 sahaja adalah layak untuk mohon pembiayaan Yayasan Ihsan Rakyat. Selain itu, pihak Yayasan Ihsan Rakyat terima peminjam yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account).
Pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat menerima pelanggan yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.
Amaun pembiayaan maksimum yang boleh dipinjam adalah RM300,000. Tempoh pinjaman adalah minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun.
Pembiayaan anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji langsung.
Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60%. Ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio).
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Proses permohonan pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat adalah secepat 2 hari bekerja. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Kadar keuntungan tetap pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat bermula dari 6.65% p.a.
Tiada yuran keahlian yang akan dikenakan untuk pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat.
Untuk pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat, 1 bulan bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan. Ini akan ditolak dari amaun pembiayaan.
Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah dari 74% sehingga 84%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak Yayasan Ihsan Rakyat.
Pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat tidak mempunyai perlindungan Takaful.
Ya, anda boleh membuat pembiayaan bertindih (overlap) untuk pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat.
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan Yayasan Ihsan Rakyat.
Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi Yayasan Ihsan Rakyat. Ada rebat untuk pembayaran awal juga.
Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 6.65% p.a. sehingga maksimum 9.99% p.a. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 6.65% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM16,660 bagi pembiayaan daripada RCE Marketing Sdn Bhd (“RCE”) melalui Yayasan yang ia bekerjasama dan tidak mengenakan yuran keahlian.
** Tertakluk pada terma. Sila rujuk halaman pinjaman koperasi