Mengenali Koperasi KOBETA
Pinjaman peribadi koperasi ini ditawarkan oleh Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun pada awal 2004 selepas mendapat kod Potongan Biro ANGKASA. Visi KOBETA adalah untuk menjadi koperasi kredit utama dan dominan, memainkan peranan penting dalam gerakan koperasi dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dan inovatif kepada pelanggan. KOBETA didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.
Ciri-ciri Pinjaman Istimewa
- Amaun pembiayaan sehingga RM250,000
- Tempoh pembiayaan 10 tahun sahaja
- Kadar keuntungan 5.99% tetap, payout setinggi 91.5%
- Bayaran melalui Biro Angkasa
- Tanpa penjamin atau cagaran
- Tiada bayaran pendahuluan
- Pembiayaan berkonsep Syariah
- Pembiayaan dilindungi Takaful
- Proses 1-2 minggu
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 58 tahun
- Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 6 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS, CTOS dan AKPK juga layak memohon
Permohonan ditolak oleh bank sebab komitmen luar tinggi?
Pinjaman Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) dapat bantu anda. Dapatkan pinjaman koperasi yang anda perlukan dengan cepat, murah dan selamat supaya anda boleh mencapai impian anda atau menangani masalah kewangan yang tidak diduga.
Ia juga dapat bantu anda membersihkan rekod kredit negatif dengan overlap atau menyelesaikan pinjaman yang tertunggak. Pinjaman koperasi KOBETA ini berkadar rendah dan payout tinggi.
Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma. Capai kebebasan kewangan anda hari ini.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pinjaman peribadi koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi KOBETA adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi koperasi KOBETA untuk apa-apa tujuan sahaja seperti langsaikan hutang mahal atau membersihkan rekod kredit negatif dengan pinjaman bertindih (overlap). Selain itu anda juga boleh gunakan pinjaman ini untuk beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau mengembangkan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 sehingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Pinjaman peribadi koperasi KOBETA tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pinjaman KOBETA walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, koperasi KOBETA menerima. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM20,000 sahaja adalah layak untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi KOBETA juga menerima yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account).
Ya, sekiranya anda disenaraikan di bawah program AKPK, anda boleh cuba untuk memohon pinjaman ini. Tetapi, kelulusan pinjaman tertakluk pada pihak KOBETA.
Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM250,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga maksimum 10 tahun.
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Proses permohonan pinjaman peribadi koperasi KOBETA adalah sekitar 1 sehingga 2 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi koperasi KOBETA adalah 5.99% setahun.
Yuran ahli untuk pinjaman peribadi koperasi KOBETA adalah sebanyak RM30 bulanan untuk peminjam kali pertama. Yuran ini akan ditolak daripada pinjaman peribadi tersebut.
Untuk pinjaman peribadi koperasi KOBETA, terdapat 3 bulan bayaran ansuran bulanan yang akan ditolak daripada pinjaman peribadi tersebut.
Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 91.5%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak koperasi KOBETA.
Pinjaman peribadi koperasi KOBETA mempunyai perlindungan Takaful.
Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi koperasi KOBETA.
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi koperasi KOBETA.
Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi koperasi KOBETA.
Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan koperasi KOBETA adalah 5.99%. Tempoh pembiayaan adalah 10 tahun sahaja. Sebagai ilustrasi, untuk pinjaman RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 5.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM15,990.