Marketing
Sejak kebelakangan ini, kita sering didedahkan dengan aktiviti scammer yang mengambil kesempatan bagi memperoleh wang dengan cara menipu orang ramai. Selain itu, ada juga berita kehilangan ataupun kecurian wang yang dikenal pasti melalui akaun simpanan bank yang lesap secara tiba-tiba.
Terbaru, seorang pengguna di Facebook, Apol Moon'tel berkongsikan pengalamannya yang kehilangan duit di dalam akaun simpanan bank baru-baru ini. Jumlah keseluruhan wang atau kerugian yang dialaminya ialah hampir RM5,000 lebih. Ikuti perkongsian yang dimuat naiknya di Facebook di bawah:
Menurutnya, baki asal dalam akaun simpanan sepatunya mempunyai RM5,000 lebih, tetapi kejadian itu hanya disedari olehnya ketika cuba untuk keluar duit tersebut baru-baru ini. Pada mulanya, baki yang dilihatnya ada dalam RM2800, kemudian ketika dia cuba untuk ‘withdraw’ untuk keluarkan semua ianya tidak berjaya.
Wanita itu cuba untuk menyemak kembali baki yang tinggal, kemudian ianya menjadi RM2004, selepas dia cuba masukkan kad lagi untuk keluarkan baki yang ada ianya juga masih gagal. Dalam pada itu, dia sekali lagi cuba untuk semak kembali baki yang tinggal ianya menjadi RM1205. Tanpa membuang masa lagi, dia terus hubungi bank untuk melaporkan kejadian itu.
Pada masa yang sama, ketika dia bercakap dengan pihak bank, operator itu memaklumkan masih terdapat penolakan daripada baki yang tinggal. Ketika itu, baki akaun banknya tinggal RM400 lebih, selepas mohon untuk ditutup akaun semua bakinya akaunnya terus menjadi RM0.
Selepas itu barulah dia menerima semua pesanan atau mesej daripada CIMB sebanyak 16 mesej mengenai transaksi itu. Berikut di bawah antara screenshot mesej yang diterima olehnya:
Wanita itu menjelaskan kad debit atau akaun simpanan bank itu tidak pernah didedahkan kepada sesiapa pun sebelum ini. Malah, menerusi screenshotyang dikongsikan itu jelas menunjukkan transaksi berkenaan melibatkan daripada syarikat Apple, namun dia turut memberitahu dirinya tidak pernah mempunyai akaun Apple ID atau seumpamanya kerana dia memakai telefon Android.
Oleh itu, dia juga telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kejadian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Wanita itu juga mengingatkan kepada orang ramai terutamanya kepada yang mempunyai akaun online banking supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada mereka pada masa akan datang.
Berikut di bawah kami kongsikan antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki cara anda menggunakan online banking:
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan risiko anda daripada scammer yang cuba mengambil kesempatan ke atas data peribadi anda. Stay safe semua!
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.