Marketing
Jika anda seorang penjawat awam, sudah tentu anda tahu peraturan potongan gaji 60% yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Had potongan ini dilaksanakan bagi memastikan pendapatan bersih penjawat awam berbaki sekurang-kurangnya 40% daripada gaji bulanan.
Kemudahan potongan gaji penjawat awam ini diharap dapat membantu anda agar tidak berada dalam kesusahan kewangan yang serius. Namun, terdapat beberapa situasi di mana anda mungkin memerlukan pembiayaan tambahan dan memohon pinjaman bank dan koperasi untuk situasi kecemasan, seperti menanggung kos perubatan dan sebagainya.
Jika anda mampu untuk membuat pinjaman dan tidak terbeban untuk membayar balik, tiada masalah. Bagaimana pula jika potongan gaji anda sudah melebihi 60%? Adakah anda masih layak untuk membuat pinjaman? Ada penjawat awam mungkin memohon pinjaman wang berlesen untuk amaun pinjaman yang kecil dan kelulusan permohonan yang cepat.
Sebenarnya, ada alternatif pembiayaan yang lain yang juga selamat dan membantu selesaikan masalah kewangan anda. Ini adalah tips kewangan untuk penjawat awam yang terbeban dengan potongan gaji melebihi 60%.
Sebelum itu, anda kena kira dulu potongan gaji anda untuk komitmen sedia ada dengan formula pengiraan potongan gaji.
Antara komitmen atau potongan pinjaman yang diutamakan dalam slip gaji penjawat awam:
Bila sudah hampir atau melebihi 60% anda kena buat beberapa tips ini untuk mengurangkan had potongan gaji dan hidup lebih tenang tanpa hutang yang membebankan.
Mungkin anda terfikir ‘potongan gaji saya sudah melebihi 60%, masih boleh buat pinjaman ke?’ Jawapannya BOLEH tapi bersyarat. Anda kena overlap hutang lama dengan pinjaman baru. Overlap hutang bermaksud pembiaya baru akan mengumpulkan pelbagai hutang yang ada ke satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru dengan institusi kewangan yang sama.
Bergantung kepada amaun pinjaman baru dengan mengambil kira:
Bergantung kepada pemberi pinjaman, untuk pinjaman koperasi selalunya tidak mengambil kira komitmen luar peminjam dan menawarkan perkhidmatan overlap pinjaman peribadi ini. Walaupun sebilangan koperasi ini fleksibel untuk menerima peminjam dengan rekod kredit yang kurang cantik, ini tidak bermakna pinjaman peribadi tersebut dijamin 100% lulus. Ia masih memerlukan proses dokumentasi dan kelulusan kredit yang teratur oleh pihak koperasi.
Fahami dulu status kewangan anda dan adakah anda mempunyai tunggakan CCRIS/CTOS/SAA atau adakah anda di bawah seliaan AKPK? Ada penjawat awam dengan potongan gaji melebihi 60% tidak dapat memohon pinjaman daripada bank kerana bank akan mengambil kira komitmen di luar slip gaji (seperti pinjaman kereta, kad kredit dan lain-lain) sebelum meluluskan permohonan pinjaman.
Jika anda berdaftar dengan Program Pengurusan Hutang seliaan AKPK, anda masih ada peluang untuk memohon pinjaman overlap daripada beberapa institusi kewangan seperti, pinjaman koperasi. Jadi anda ada peluang untuk buat overlap dan kurangkan lagi komitmen bulanan anda kerana sebahagian koperasi masih boleh terima AKPK.
Mungkin jika anda mempunyai pinjaman koperasi dengan kadar lebih yang mahal dan ada yuran ahli boleh overlap dengan koperasi kadar lebih murah dan tiada yuran ahli.
Jumlah payout juga akan berbeza mengikut skor kredit peminjam; semakin tinggi skor kredit, semakin tinggi jumlah pembayaran/payout dan semakin rendah kadar pinjaman yang ditawarkan.
Penjawat awam yang mempunyai masalah tunggakan CCRIS/CTOS/SAA perlu mencantikkan semula skor kredit supaya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh institusi kewangan atau pun bank. Proses ini kadangkala memerlukan masa dan anda perlu membuat pinjaman untuk menyelesaikan tunggakan CCRIS/CTOS/SAA. Bila skor kredit sudah cantik barulah anda boleh menggunakan penyatuan hutang daripada bank.
Berikut adalah jadual perbandingan pinjaman peribadi koperasi yang menerima peminjam dengan rekod negatif CCRIS, CTOS dan AKPK yang dapat membantu anda membandingkan serta membuat keputusan terbaik.
Pinjaman Peribadi Koperasi |
Komitmen Tinggi di Luar Slip Gaji |
CCRIS (Tunggakan pinjaman) |
CTOS/Rujukan perdagangan |
SAA (special attention account) |
AKPK |
Terima |
Terima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
CTOS kurang dari RM2,000 diterima |
Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
Tidak terima |
|
Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) |
Terima |
Terima |
CTOS kurang dari RM30,000 diterima |
Terima |
Terima (Bagi Yayasan Ihsan Rakyat) |
Terima |
Terima |
CTOS kurang dari RM20,000 diterima |
Terima |
Tertakluk kelulusan pihak KOBETA |
|
Terima |
Terima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
CTOS kurang dari RM5,000 diterima |
Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
Tidak terima |
|
Terima |
Terima tetapi tertakluk kelulusan pihak UKHWAH |
Terima tetapi tertakluk kelulusan pihak UKHWAH |
Terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
Tidak terima |
|
Tidak terima |
Tunggakan perlu dijelaskan terlebih dahulu |
Terima bagi CTOS bukan di bawah bank. CTOS di bawah perbankan perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia |
Tidak terima |
Tidak terima |
Semua pinjaman peribadi koperasi yang dinyatakan di dalam artikel ini, tidak memerlukan anda untuk membayar sebarang caj pemprosesan atau melakukan pembayaran sebelum bersetuju dengan pinjaman peribadi tersebut.
Anda boleh mulakan perancangan kewangan dengan menyenaraikan semua jenis pendapatan tetap bulanan anda. Selepas itu, senaraikan semua komitmen bulanan yang anda perlu bayar. Anda perlu tolak jumlah pendapatan dengan jumlah komitmen bulanan anda. Baki amaun tersebut anda boleh pilih untuk simpan di mana-mana akaun simpanan atau platform pelaburan berisiko rendah.
Dengan adanya bajet bulanan ini, anda dapat melihat kemampuan anda untuk berbelanja dan komitmen apa yang anda perlu kurangkan jika dapat. Cara ini merupakan langkah asas untuk pengurusan gaji yang lebih baik. Namun, ada juga beberapa formula urus gaji yang anda boleh mulakan berdasarkan kemampuan dan pendapatan masing-masing. Apa yang penting anda tahu aliran keluar masuk duit gaji dan kawal perbelanjaan setiap bulan.
Anda disarankan untuk menyediakan tabung kecemasan 3 hingga 6 bulan daripada pendapatan sekarang bak kata orang, “sediakan payung sebelum hujan”. Dengan adanya tabung kecemasan anda akan dapat elak untuk membuat pinjaman jika berlakunya situasi kecemasan.
4 langkah mudah untuk memulakan tabung kecemasan:
i) Akaun simpanan bank
ii) Akaun deposit tetap
iii) Platform pelaburan rendah risiko
Salah satu cara untuk menguruskan kewangan peribadi adalah dengan mengenal pasti perbezaaan di antara keperluan dan kehendak. Walaupun, kelihatan senang namun ramai orang yang gagal untuk mengenal pasti kedua-dua perkara ini yang menyebabkan ramai orang berbelanja melebihi pendapatan dan kemampuan.
Keperluan (needs) adalah perbelanjaan yang wajib ada supaya anda dapat menjalankan kehidupan setiap hari. Ini adalah perbelanjaan berulang yang selalunya anda tak akan gunakan sejumlah besar gaji bulanan anda, seperti ansuran pinjaman rumah, sewa rumah, atau bayar kereta.
Kehendak (wants) pula, adalah perbelanjaan yang bantu menjadikan hidup anda lebih selesa. Benda-benda yang anda akan beli untuk puaskan hati. Anda boleh hidup macam biasa kalau benda ini tiada, tapi hidup lebih nikmat jika ada mempunyai barang ini.
Oleh itu, rujuk balik bajet belanjawan bulanan anda dan senaraikan kehendak vs keperluan. Pastikan anda utama keperluan dulu, barulah self reward.
Tidak salah untuk membuat pinjaman tapi, anda perlu tahu jika ia akan menjadi hutang yang baik atau jahat bagi anda.
Ciri-ciri hutang baik:
Ciri-ciri lain hutang jahat:
Oleh itu, pinjaman overlap ataupun penyatuan hutang adalah hutang baik yang mampu untuk mencantikkan skor kredit anda dan semestinya dapat meningkatkan status kewangan anda, sama ada untuk jangka masa pendek atau pun jangka masa panjang.
Skor kredit adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit atau kesihatan kewangan anda. Ia menilai sejarah kewangan anda supaya institusi kewangan boleh menentukan jika mereka ingin berurusan dengan anda.
Sama ada anda sentiasa buat bayaran tepat pada masa, atau sentiasa terlewat dengan bayaran ansuran anda atau ada tunggakan bayaran. Semua ini akan direkodkan di dalam sistem CCRIS dan CTOS yang akan mempengaruhi skor kredit anda.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk membaca dan mendapatkan laporan skor kredit anda sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengetahui semua hutang dan komitmen anda. Cara ini akan membantu anda mengetahui kedudukan kewangan anda dapat membaiki skor kredit (jika perlu) lebih awal sebelum membuat sebarang pinjaman.
Anda digalakkan untuk membayar hutang dan pinjaman tepat pada masanya. Kegagalan untuk membuat bayaran balik setiap bulan atau membuat pembayaran minimum sahaja untuk hutang kad kredit akan merosakkan skor kredit anda. Tabiat pembayaran ini akan menambahkan bebanan hutang kerana anda terpaksa membayar interest ataupun caj pembayaran lewat yang mahal. Anda juga boleh gunakan juga teknik untuk selesaikan hutang seperti teknik snowball yang akan fokus untuk settlekan hutang yang sikit jumlahnya dahulu baru bayar hutang yang besar.
Bagi penjawat awam yang potongan gaji melebihi 60%, pengurusan hutang boleh menjadi satu cabaran yang besar. Oleh itu, AKPK berperanan penting dalam membantu peminjam dalam penyelesaian hutang dengan cara yang lebih mudah dan teratur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan program AKPK kepada penjawat awam.
Pertama, sukar untuk anda membuat pinjaman baru. Jika anda terlibat dengan program AKPK, anda tidak dapat membuat pinjaman baru sama ada pinjaman peribadi, pinjaman kereta, rumah, dan lain-lain. Ini kerana, individu di bawah pengawasan AKPK akan dikategorikan sebagai “peminjam bermasalah” disebabkan rekod kredit yang buruk. Jadi anda perlu selesaikan masalah kewangan anda untuk membuat pinjaman semula.
Selain itu, tempoh pinjaman akan dipanjangkan. AKPK juga membantu dengan memberi alternatif kepada tempoh pinjaman yang lebih panjang. Ini dapat membantu dari segi mengurangkan ansuran bulanan pinjaman. Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang, kemungkinan jumlah keseluruhan faedah yang dibayar oleh peminjam akan lebih tinggi.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan bantuan dan penyelesaian kewangan bagi peminjam yang ingin mengatasi masalah hutang mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti penangguhan tindakan undang-undang, pengecualian bayaran duti stem, dan bantuan dalam struktur semula hutang. Oleh itu, AKPK membantu peminjam untuk menghadapi cabaran kewangan mereka dengan lebih yakin. Ini adalah langkah pertama yang penting ke arah pemulihan kewangan yang lebih sihat.
Oleh itu, jika anda sudah menghadapi masalah ini jangan terus mencari ‘shortcut’ seperti membuat pinjaman daripada Ah long untuk mendapatkan pembiayaan. Kami faham anda mempunyai sebab yang penting dan terdesak untuk dapatkan pinjaman. Namun, cari dulu pinjaman daripada pemberi pinjaman yang sah dan selamat.
Secara amnya, kami menggalakkan anda untuk membuat pinjaman bank jika layak, namun kami juga akan bantu anda dapatkan pembiayaan yang selamat dan sah di platform Direct Lending. Walaupun proses permohonan pinjaman dengan Ah long nampak mudah, namun anda kena fikir kesan jangka panjang bila sudah terjerat dengan perjanjian yang tidak masuk akal daripada mereka.
Khas untuk pelanggan Direct Lending kami juga menyediakan perkhidmatan Overlap Facilities untuk penjawat awam dan pekerja GLC yang terpilih. Anda akan menikmati Pinjaman Peribadi Bank dan Koperasi berkonsep Syariah dengan kadar faedah serendah 2.95%. Pembiayaan ini juga salah satu cara selesaikan hutang kereta dengan cepat kerana anda akan dapat menggabung semua hutang yang ada ke dalam satu pinjaman sahaja.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.