Pelan ansuran servis kereta ini boleh didapati di 10 Pusat Perkhidmatan Nissan sepanjang tempoh pelancaran sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 – Direct Lending, platform pinjaman digital terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama bersama Tan Chong Motor Holdings Berhad (Tan Chong), bagi memperkenalkan pelan ansuran servis kereta sepenuhnya digital yang patuh Shariah, di Pusat Perkhidmatan Nissan seluruh Malaysia.
Sejajar dengan komitmen untuk memberikan pemilik kereta Nissan pengalaman yang lancar di pusat perkhidmatan mereka, pelanggan Tan Chong kini boleh membuat semakan kelayakan kewangan dan pengesahan dokumen secara dalam talian dan mendapatkan pembiayaan segera berbanding pembiayaan kewangan tradisional. Ini akan memudahkan lagi ketenangan fikiran bagi pemilik kereta dengan peningkatan fleksibiliti dalam menguruskan perbelanjaan servis dan penyelenggaraan kereta mereka dengan tempoh pembayaran balik sehingga 12 bulan.
Dengan hanya tiga langkah mudah, pemohon boleh mendapatkan pembiayaan segera dengan mengisi butiran mereka, menghantar kad pengenalan beserta dengan penyata bank bagi tiga bulan terkini, dan mengakhiri proses tersebut dengan membuat pembayaran pertama, menetapkan kadar pembayaran bulanan dan menandatangani perjanjian pembiayaan – semuanya dijalankan secara digital melalui telefon pintar.
Untuk melancarkan inisiatif ini, perkhidmatan Direct Lending boleh didapati di 10 Pusat Perkhidmatan Nissan Tan Chong yang terpilih. Kemudahan ini akhirnya akan dikembangkan di semua Pusat Perkhidmatan Nissan Tan Chong seluruh negara.
Hui Yik Seong, Pengasas Direct Lending berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat menawarkan sebuah pelan ansuran yang mematuhi prinsip Shariah, yang memberi manfaat kepada semua orang, termasuk pelanggan Tan Chong Motor Holdings Berhad. Kerjasama ini menyasarkan untuk dapat ringankan beban kewangan penyelenggaraan kenderaan — komponen yang haus atau rosak boleh memudaratkan prestasi kereta, sekaligus merisikokan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Kami berharap dengan menawarkan satu opsyen yang lebih inklusif dan mesra pengguna bagi rakyat Malaysia, kami dapat meningkatkan keseluruhan perjalanan pemilikan kenderaan mereka dan memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat untuk semua."
“Keselamatan pelanggan merupakan keutamaan kami. Dengan menjalin kerjasamadengan Direct Lending, kami dapat memastikan bahawa pelanggan kami mempunyai fleksibiliti kewangan untuk menyelenggara kenderaan mereka supaya berada dalam keadaan optimal, seterusnya menyumbang kepada pemanduan yang lebih selamat,” kata Encik Daniel Ho Wai Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong.
Pelan ansuran servis kereta Direct Lending merupakan kemudahan pembiayaan patuh Shariah yang disokong sepenuhnya oleh Amanie Advisors, sebuah firma Penasihat Kewangan Islam global yang terkemuka, memastikan kebolehcapaiannya untuk semua. Setakat tahun 2023, syarikat itu telah melakukan lebih daripada 130,000 penilaian berhubung kelayakan pembiayaan kewangan.
– TAMAT –
About Direct Lending
Direct Lending started in 2016 as a digital lending marketplace platform, enabling borrowers to find, apply and receive financing that best suits them safely and affordably. There are currently over 30 financing providers on its platform, from co-operatives, Bursa Malaysia-listed companies, licensed moneylenders, and credit communities.
With the vision to provide a seamless financing experience for every hardworking adult, Direct Lending launched its first point-of-sales financing solution in late March 2022, a Shariah-compliant, fully digital auto service financing that enables car owners to obtain financing at a workshop to pay for their essential car repairs instantly. In December 2022, Direct Lending further expanded the business by offering financing to micro SME businesses.
About Tan Chong Motor Holdings
Incorporated in 1972 and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad in 1974, Tan Chong Motor Holdings Berhad is today one of Malaysia's largest conglomerates with extensive operations across the globe. The group is widely recognised as a pioneer in the Malaysian automotive industry and is renowned for its reliable product quality, design and value delivered.
Direct Lending is an online personal lending marketplace, enabling borrowers to find, apply and receive financing that best suit them. Financing products on our platform are Shariah-compliant and are provided by RCE Capital Berhad (a Bursa Malaysia listed company), Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI and Koperasi Ukhwah. In addition, we also collaborate with JCL Credit Leasing, a licensed lender registered under KPKT.