Marketing
Walaupun sudah ramai yang sedar dengan kegiatan scammer skim cepat kaya ini, masih ada yang terpedaya dengan ayat-ayat manis mereka. Contohnya pada Disember 2022 yang lalu, pengerusi Pertubuhan Jaringan Sahabat Malaysia (JSM) telah membuat laporan untuk satu sindiket skim cepat kaya pelaburan yang tidak masuk akal. Kononnya, labur RM250 boleh dapat AS$200 juta! Memang tak masuk akal.
Namun lagi dan lagi, masih ramai yang percaya dan bahkan sedia untuk melaburkan duit mereka dalam nilai yang banyak untuk “berjaya’ dalam skim ini.
Salah satu sebabnya kenapa orang sekarang mudah terpedaya adalah kerana mereka sangat teruja dan mengejar untuk memperoleh pendapatan pasif, ibarat goyang kaki tetapi dapat income setiap hari.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan lima golongan yang sangat mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya untuk anda berhati-hati.
Skim cepat kaya adalah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil.
Pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.
Antara aktiviti Skim Cepat Kaya ialah pengambilan deposit secara haram atau menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).
Contoh scammer Malaysia yang diharamkan seperti Pak Man Telo dan Swiss Cash.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang menjalankan modus operandi serupa dengan skim cepat kaya yang lain pada umumnya.
Hanya sahaja dari segi nama, tawaran, dan pemasarannya dibuat berbeza untuk mengelakkan dari diketahui mangsanya.
Berikut adalah ciri-ciri pelaburan skim cepat kaya yang perlu anda tahu:
Menggunakan terma Islamik seperti hibah atau patuh syariah dan menyamar sebagai ustaz merupakan antara taktik penipuan skim pelaburan cepat kaya, yang telah berjaya memperdaya banyak orang.
Di samping itu, mangsa yang terlibat juga mudah terpedaya apabila mereka kata yang dibuat adalah untuk saham akhirat seperti bina hotel di Mekah dan menggelarkan diri mereka ustaz, sedangkan perkara itu tidak ada kesahihannya.
Antara dialog yang sering diucapkan dan digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut.
Ayat 1:
“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
Ayat 2:
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
Ayat 3:
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
Ayat 4:
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”
Ayat 5:
“Tengok syarikat kami, guna akaun Bank Islam. Takkan Bank Islam boleh izinkan kami buka akaun dengan Bank Islam kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
Ayat 6:
“Tengok syarikat kami, masuk billboard dekat New York Times Square. Syarikat ni memang besar. Takkan tak percaya lagi?”
Ayat 7:
“Tengok syarikat kami, masuk iklan TV Alhijrah. Takkan TV Alhijrah boleh izinkan kami beriklan kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
Ayat 8:
“Tengok syarikat kami, siap masuk suratkhabar, muka depan lagi. Takkan tak percaya lagi?”
Ayat 9:
“Tengok syarikat kami, siap masuk Ekspo Antarabangsa! Takkan ini bisnes cap ayam?”
Ayat 10:
“Tengok syarikat kami, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkan kami ni penipu.”
Ayat 11:
“Tengok, yang join skim ni bukan calang-calang orang. Artis, Profesor, Datuk, Tan Sri, … lawyer, doktor, polis, ketua kampung… Tak percaya lagi?”
Ayat 12:
“Takut? Kami sediakan perjanjian jual beli (agreement) dengan mati setem dekat LHDN, tak percaya juga lagi?”
Ayat 13:
“Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan.”
Macam mana kita boleh tentukan sama ada seseorang atau syarikat itu scammer atau bukan?
Untuk pengetahuan anda, setiap syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan wajib berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Hal ini kerana, SC bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Berikut kami kongsikan cara cek scammer di Malaysia yang boleh anda lakukan:
Terkini, antara syarikat pelaburan yang belum mendapat kelulusan BNM adalah seperti:
Terdapat beberapa golongan yang mudah terpengaruh dengan skim ini. Antaranya seperti:
Skim penipuan pelaburan seperti ini tidak terkecuali mensasarkan orang-orang kampung.
Selain sesetegahnya yang kurang arif dalam penggunaan teknologi, mereka juga kurang pendedahan kepada jenayah penipuan scammer di luar sana.
Golongan penjawat awam menjadi sasaran scammer melalui “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai insurans, polis, pegawai mahkamah dan banyak lagi.
Kebiasaannya, scammer akan meminta mangsa memberikan maklumat peribadi seperti maklumat perbankan, nombor kad pengenalan, dan nombor OTP.
Golongan berusia 51 tahun ke atas cenderung menjadi mangsa penipuan scammer kerana kurang terdedah terhadap maklumat serta perkembangan semasa kes penipuan yang berlaku.
Tambahan pula, kedudukan ekonomi golongan tersebut lazimnya mempunyai aliran kewangan stabil, ada wang simpanan untuk hari tua serta wang persaraan menyebabkan peratusan mereka menjadi mangsa penipuan lebih tinggi.
Scammer tertarik kepada golongan pesara kerajaan kerana mereka mempunyai wang persaraan sendiri.
Dikatakan, seramai 22,000 pesara kerajaan dengan jumlah kerugian terkumpul yang dicatatkan sebanyak RM850 juta direkodkan menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan wang simpanan persaraan mereka sebagai modus operandi utama.
Hal ini kerana, biasanya golongan pesara ini memegang gratuiti dan gantian cuti rehat yang agak banyak dan kadangkala mudah terpukau dengan janji manis scammer hingga akhirnya menyebabkan diri sendiri kerugian
Siapa kata golongan profesional tidak mudah tertipu? Sebenarnya ramai sahaja mangsa skim ini daripada golongan profesional seperti doktor, pensyarah, ahli perniagaan, dan sebagainya.
Walaupun golongan ini dikategorikan sebagai individu yang pastinya lebih arif tentang maklumat penipuan seperti itu tetapi mereka masih boleh terpedaya dan percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.
Contohnya, seperti kegiatan Macau Scam yang mensasarkan golongan professional sebagai sasaran utama.
Setiap orang sebenarnya boleh mengelakkan dari dari tertipu dengan skim ini. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Antaranya seperti:
Sekiranya anda tertipu dengan skim ini, anda boleh menghantar maklumat lanjut atau aduan beserta dokumen yang berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti maklumat berikut:
Lalu bagaimanakah pula cara dapatkan duit dari scammer? Untuk mendapatkan duit anda semula dari scammer, anda boleh sama ada berdepan dengan mereka yang bertanggungjawab, atau memfailkan tuntutan kecil di mahkamah.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan skim cepat kaya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.