Marketing
Sudah seminggu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Pelbagai prosedur operasi standard (SOP) juga telah diperketatkan dan dihadkan seperti aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin atau perarakan keagamaan tidak dibenarkan.
Ramai juga yang ramalkan bahawa PKP mungkin akan disambungkan. Tetapi apa jua, rakyat Malaysia diminta untuk terus berada di rumah jika tiada keperluan keluar dari rumah masing-masing.
Oleh itu, berikut di bawah adalah antara senarai aktiviti atau perkara yang boleh anda lakukan bersama keluarga ketika PKP di rumah:
Mungkin waktu hujung minggu sahaja kita mempunyai masa untuk mengemas rumah bersama ahli keluarga, tetapi kini ianya boleh dilakukan setiap waktu PKP ini.
Jadikan rumah anda sentiasa bersih dan jauh daripada ancaman kuman serta bakteria, ianya sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk keluarga anda jatuh sakit.
Daripada pesan makanan di luar lebih baik masak sendiri, duit pun boleh jimat. Menu yang ringkas pun okay janji semua orang gembira dapat makan.
Semasa tempoh PKP, kita perlu menjadi kreatif dalam menyediakan hidangan di rumah. Gunakan bahan-bahan yang ada di rumah dengan sebaiknya.
Ramai yang merungut hanya bangun, makan dan tidur sepanjang masa, sekali gus melahirkan kebimbangan berat badan naik ketika tempoh PKP. Sebenarnya sepanjang berada di rumah, masih boleh menjalankan senaman untuk memastikan kekal cergas.
Terdapat beberapa senaman yang anda boleh lakukan bersama keluarga antaranya melakukan ‘squat’ sebanyak 20 kali dan berlari setempat. Ada banyak tutorial video percuma di Youtube oleh Sydney Cummings, Chloe Ting, Blogilates.
Setiap orang pasti ada bahasa yang sudah lama mereka mahu pelajari dan kuasai. Waktu yang terluang dan sesuai ini, apa kata anda dan ahli keluarga belajar bahasa atau kemahiran baru.
Apa sahaja bahasa tersebut, anda boleh terus membuat carian bahan di Google dan mulakan pembelajaran sendiri di rumah. Mulakan dengan perkara asas seperti senarai perbendaharaan kata yang mudah dan cara menyapa dalam sesuatu bahasa.
Untuk belajar skills baru anda boleh cuba Skillshare, Cousera, Google Digital Garage, Future Learn.
Waktu yang sesuai juga untuk movie marathon, ini mesti paling ramai suka sebab boleh baring je depan TV seharian.
Selain itu, pastikan juga anda menonton cerita-cerita yang bermanfaat juga ok seperti dokumentari atau biografi ke, sambil menonton boleh juga tambah ilmu pengetahuan.
Mungkin apa yang terjadi ini mempunyai hikmah kepada kita semua. Oleh itu, kita mengambil iktibar sebanyaknya dan memohon perlindungan daripada Tuhan untuk mengelakkan bencana ke atas diri dan keluarga kita.
Selain melakukan pelbagai aktiviti yang lain, kita boleh juga ambil peluang untuk meningkatkan amalan ibadah kita seperti solat sunat, membaca Al-Quran, dan menderma.
Pada saat ini, ramai orang baru sedar tentang kepentingan mempunyai simpanan kecemasan. Sudah lambat untuk memulakannya ketika ini. Tetapi apa yang anda boleh buat adalah buat bajet yang ketat ketika PKP ini. Bezakan keperluan dan kemahuan.
Anda sebenarnya sudah automatik mengurangkan perbelanjaan dengan memasak sendiri. Tetapi, apabila membeli keperluan dapur, pastikan beli yang perlu sahaja. Jangan membazir dan menurut kemahuan. Pastikan anda bawa ‘shopping list’ apabila keluar membeli supaya tidak terlebih belanja.
Kesimpulannya, anda tidak boleh jadikan alasan PKP ini membuat anda terhad untuk bergerak dan keluar ke mana-mana. Hal ini kerana pelbagai aktiviti yang anda boleh cipta sendiri dan meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Pastikan anda kekal duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini hanya keluar jika ada keperluan. Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak Covid-19. Stay safe!
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah satu platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma dengan sistem pintar kami & ketahui kelayakan anda dengan segera. Kadar serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.