Author
Kereta boleh dianggap sebagai salah satu keperluan harian bagi setiap keluarga dan individu pada zaman kini terutamanya bagi mereka yang bekerja di pusat bandar untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Oleh itu, antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemilik kereta adalah memiliki insurans kereta. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kereta dalam hal ini adalah perlu menanggung dan membayar kos insurans yang agak tinggi.
Jadi selaras dengan itu, satu program pembiayaan insurans yang dikenali sebagai Myezycover telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai yang lepas yang bertujuan membolehkan penjawat awam untuk membuat pembelian insurans kereta dan cukai jalan secara ansuran.
Program Myezycover ini akan dimanfaatkan oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf kontrak untuk melindungi kenderaan mereka daripada kemalangan serta bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara digital atau atas talian. Jadi dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk renew insurans kereta dan cukai jalan secara ansuran bagi penjawat awam melalui program Myezycover.
Insurans kereta merupakan sejenis perlindungan yang wajib dibeli oleh semua pemilik kenderaan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Akta ini mewajibkan pemilik kereta untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax, yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, anda memerlukan insurans untuk mendapatkan roadtax. Dengan erti kata lain, anda tidak boleh memperbaharui roadtax tanpa menghidupkan dulu insurans anda.
Insurans kenderaan ini diwujudkan bagi memastikan pemandu atau pihak ketiga dilindungi daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan ataupun kerugian seperti kemalangan jalan raya, perlindungan terhadap kecurian, kereta terbakar dan sebagainya.
Secara tidak langsung, ini bermakna perlindungan insurans kereta bakal membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Berikut merupakan antara kepentingan utama untuk setiap pemilik kenderaan perlu membeli atau renew insurans kereta.
Anda akan sentiasa terdedah dengan risiko terlibat dalam kemalangan tidak kira jenis mahupun model kenderaan yang anda gunakan. Tambahan pula, boleh dikatakan hampir setiap hari, akan ada kes kemalangan yang berlaku di Malaysia dan jumlah tersebut terus meningkat saban hari.
Oleh itu, persediaan perlulah dilakukan seperti mempunyai insurans kereta bagi memastikan anda tidak perlu menangungg sendiri segala kos kerosakan yang dialami dalam sebarang kemalangan.
Selain itu, sekiranya anda terlibat dalam sebarang kemalangan, anda hanya perlu membayar sejumlah nilai yang kecil untuk menanggung kos kerosakan akibat daripada kemalangan tersebut.
Tetapi sekiranya kemalangan yang melibatkan kerosakan besar berlaku, polisi insurans kereta anda akan menanggung pembaikan tersebut kerana anda mungkin perlu bayar beribu-ribu ringgit jika anda sendiri yang menanggung kerosakan tersebut.
Manakala jika kereta anda mengalami kerosakan dan tempoh warranty kereta tersebut sudah tamat, anda boleh gunakan pelan ansuran Pembiayaan Auto Servis untuk baiki kereta daripada Direct Lending di mana anda tidak perlu bayar bil servis kereta secara lumpsum dan kereta anda dapat dibaiki secepat mungkin. Teradapat lebih 200+ buah bengkel yang berdaftar menawarkan pelan ini di seluruh Malaysia.
Secara amnya, terdapat beberapa jenis polisi insurans yang ditawarkan di pasaran dengan tujuan untuk membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta tersebut.
Anda dapat menjimatkan sejumlah wang yang agak besar dalam jangka masa panjang kerana nilai kereta yang anda miliki dilindungi serta ia juga dapat memudahkan anda untuk menjual balik kereta tersebut di pasaran pada masa hadapan.
Anda juga akan dilindungi daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga walaupun anda yang melakukan kesalahan dan menyebabkan kemalangan yang melibatkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain.
Dengan adanya insurans kereta ini, anda akan mendapat pertolongan daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga dan ini termasuklah dari aspek pembelaan undang-undang jika situasi anda pada ketika itu memerlukannya.
Program Myezycover adalah satu skim takaful (insurans) kenderaan yang dibuat secara ansuran tanpa sebarang caj faedah dikenakan kepada pengguna serta program ini memfokuskan golongan penjawat awam B40 bagi memudahkan mereka untuk memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan.
Pelaksanaan program pembiayaan insurans kereta ini melibatkan pembiayaan RM100 juta melalui kerjasama antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).
Program ini juga merupakan insurans kereta berkonsepkan patuh syariah Qardhul Hasan iaitu satu pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau unsur riba bagi memastikan ia selamat untuk semua terutama sekali bagi majoriti umat Islam di Malaysia.
Berikut antara kelebihan yang dapat dimanfaatkan kepada penjawat awam yang memperbaharui insurans kereta mereka melalui program Myezycover ini.
Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalan.
Pembayaran ansuran yang ditawarkan bermula dari tempoh 3, 6 atau 10 bulan.
Pembayaran balik pinjaman amat mudah kerana dibuat melalui potongan gaji (Skim Potongan Gaji ANGKASA SPGA).
Anda boleh dapatkan sebutharga dalam masa hanya 5 minit sahaja.
Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah khidmat hutang atau nama lainnya Debt Service Ratio (DSR) tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.
Di sini kami sertakan tutorial mudah untuk anda mohon dan renew insurans kereta dan cukai jalan secara ansuran melalui laman web Myezycover.
Anda juga boleh klik di sini untuk pergi terus ke laman web Myezycover.
Masukkan nama penuh, nombor telefon bimbit, e-mel, mykad, nombor kenderaan & poskod.
Pilih tawaran harga yang terbaik yang disediakan.
Mohon pinjaman 0% atau buat pembayaran terus.
Ya. Skim MyEzyCover adalah produk takaful patuh Syariah untuk kakitangan kerajaan.
Semua rakyat Malaysia khususnya penjawat awam yang mempunyai lesen memandu JPJ yang sah.
Melalui Skim MyezyCover, pembaharuan insurans boleh dilakukan secara atas talian yang mana prosesnya sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan.
Pengguna mempunyai beberapa pilihan untuk memilih daripada semua syarikat insurans dan Takaful yang mengambil bahagian dalam MyezyCover. Pengguna boleh menyemak dan membandingkan semua ciri yang ditawarkan termasuk faedah asas dan tambahan yang ditawarkan oleh penyedia insurans dan takaful yang berbeza.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi untuk pinjaman bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami bantu cari, banding & mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.