Cara paling mudah untuk dapatkan bantuan kewangan adalah dengan pinjaman peribadi. Pembiayaan ini dibekalkan oleh bank, pinjaman koperasi atau institusi kewangan yang sah di Malaysia. Jika anda memerlukan pinjaman segera untuk untuk keperluan seperti membayar yuran sekolah anak-anak, membeli kereta atau membayar bil perubatan, ada pinjaman peribadi bank menjanjikan proses yang mudah dan cepat.
Namun begitu, syarat kelayakan pinjaman peribadi bank yang ketat mungkin mengambil masa lama untuk lulus. Bagi kakitangan kerajaan dan pekerja swasta dengan gaji rendah, pemilihan pinjaman yang sesuai boleh membantu mencapai matlamat kewangan. Oleh itu, anda perlu cari pinjaman terbaik berdasarkan situasi kewangan. Artikel ini menyenaraikan pinjaman peribadi bank terbaik dengan mengambil kira faktor seperti kadar faedah, syarat-syarat pinjaman, dan kemudahan proses permohonan.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi PercumaAntara kelebihan bekerja dalam sektor kerajaan adalah tawaran pinjaman peribadi seperti pinjaman bank dan koperasi yang menguntungkan. Ianya pinjaman yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak bank menawarkan faedah seperti pinjaman berkadar rendah, tempoh ansuran panjang dan payout yang tinggi khas untuk kakitangan kerajaan.
Selain itu, kadar faedah dan cara pembayaran balik untuk pinjaman peribadi kakitangan kerajaan adalah berbeza. Jumlah pinjaman untuk kakitangan awam biasanya lebih besar. Oleh itu, kadar faedah juga lebih rendah untuk pinjaman tempoh panjang. Anda tak perlu risau jika terlepas pembayaran balik kerana potongan dibuat melalui slip gaji ANGKASA.
Tidak dinafikan, pinjaman peribadi ditawarkan untuk sektor swasta tidak sebanyak dan selonggar sektor awam. Jika permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank sebab faktor-faktor tertentu seperti syarat gaji minima, anda boleh cuba membuat perbandingan pinjaman dahulu. Terdapat beberapa pelan pinjaman peribadi bank yang disediakan untuk pekerja sektor swasta, dengan syarat gaji serendah RM1,500.
Pinjaman ini membuat pembayaran balik melalui potongan autodebit, potongan gaji majikan (PGM), dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kadar keuntungan pinjaman untuk sektor swasta biasanya lebih tinggi dan kebanyakannya adalah kadar terapung. Berikut adalah penerangan ciri-ciri pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Anda juga boleh membuat pinjaman peribadi bank dan koperasi dengan platform Direct Lending. Pinjaman bagi penjawat awam ini dibuka untuk individu yang bergaji RM1,500 ke atas dengan kadar serendah 2.95% setahun. Jika anda pekerja sektor swasta, pinjaman peribadi wang berlesen boleh menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000 selama 4 tahun maksimum.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi PercumaTerdapat 2 jenis pinjaman peribadi untuk pekerja awam dan swasta yang disediakan oleh Bank Rakyat. Ciri ciri utama dan pautan untuk maklumat penuh pinjaman disediakan seperti di bawah:
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam daripada Bank Rakyat ini dibuka kepada semua individu yang bergaji RM1,600 ke atas termasuk elaun tetap, bekerja di sektor awam dan syarikat-syarikat GLC terpilih sekurang-kurang 3 bulan. Amaun dan tempoh pinjaman maksima yang ditawarkan adalah sehingga RM400,000 selama 10 tahun, bergantung kepada kelayakan berdasarkan gaji bulanan anda.
Peminjam yang memenuhi syarat kelayakan diberi pilihan antara kadar keuntungan tetap atau kadar keuntungan terapung, bermula serendah 3.42% setahun. Selain itu, pinjaman ini juga tidak memerlukan sebarang penjamin. Anda boleh membuat pembayaran balik melalui Biro Perkhidmatan Angkasa, Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pembayaran secara elektronik. Sebagai maklumat tambahan, anda juga boleh rujuk jadual pembayaran bagi pinjaman ini.
Disediakan untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan), Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah sesuai untuk pekerja swasta yang bergaji minimum RM2,000 sebulan. Pembiayaan tanpa penjamin ini menawarkan jumlah pinjaman setinggi RM400,000 dengan kelayakan pinjaman tertakluk kepada gandaan pendapatan.
Selain itu, kadar faedah adalah terapung bermula dari 4.91%+kadar asas dan peminjam diberi pilihan sehingga 10 tahun untuk pembiayaan balik pinjaman. Kaedah pembayaran balik bagi pinjaman ini sama seperti pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk sektor awam, jadi anda boleh pilih mengikut keselesaan anda. Anda juga boleh rujuk jadual pembayaran bagi pinjaman ini.
Untuk memohon anda boleh layari portal rasmi Bank Rakyat, dan pegawai Bank Rakyat akan menghubungi untuk proses konsultasi. Selain itu, anda boleh kunjungi cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454 untuk sebarang pertanyaan dan permohonan pinjaman. Tetapi anda perlu tahu dokumen yang wajib disediakan bagi memohon kedua-dua pinjaman peribadi Bank Rakyat.
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
Pinjaman peribadi dari Bank Rakyat sesuai bagi peminjam yang mahukan kepastian komitmen setiap bulan tanpa perlu risau penambahan bayaran bulanan disebabkan oleh OPR. Peminjam boleh overlap pinjaman kerana amaun pinjaman yang besar dan berkadar tetap 3.42% setahun. Kriteria kelayakan Bank Rakyat juga tidak ketat kerana syarat gaji minimum yang rendah Oleh itu, ia sesuai untuk menyatukan pinjaman yang mahal dengan kadar pinjaman tetap daripada Bank Rakyat.
Proses kelulusan adalah secepat 3 hari bekerja, sesuai untuk anda yang memerlukan duit segera. Syarat kelayakan gaji yang longgar dengan amaun pinjaman yang besar menjadikan pinjaman peribadi ini di antara yang terbaik untuk individu yang bergaji rendah. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pinjaman ini tidak menerima masalah blacklist, SAA dan AKPK.
2 produk pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah BSN MyRinggit (sektor awam) dan BSN MyRinggit (Eksekutif-1). Ciri-ciri utama adalah seperti berikut.
BSN MyRinggit (sektor awam) dibuka untuk warganegara yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun dan telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dengan majikan yang menyediakan kemudahan potongan gaji dengan BPA. Pendapatan bulanan minimum RM1,500 diperlukan untuk layak memohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi BSN ini datang dengan 2 jenis kadar faedah, iaitu kadar tetap 4.60%-6.99% atau kadar terapung BR + 1.75% – BR + 3.77% dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Jumlah pinjaman yang ditawarkan pula adalah daripada RM5,000 – RM400,000.
Khas untuk warganegara Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun (bergantung kepada umur persaraan), BSN MyRinggit (Eksekutif-1) adalah sesuai untuk pekerja swasta yang bergaji daripada RM3,000 sebulan. Pinjaman peribadi tanpa penjamin ini menawarkan amaun sehingga RM200,000 dengan kelayakan pinjaman tertakluk kepada gandaan pendapatan.
Selain itu, anda boleh pilih antara kadar keuntungan tetap atau terapung. Kadar tetap bermula dari 6.0% setahun manakala kadar terapung adalah bermula dari 5.85%+kadar asas. Peminjam diberi pilihan sehingga 10 tahun untuk pembiayaan balik pinjaman. Kaedah pembayaran balik bagi pinjaman ini sama seperti pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk sektor awam, jadi anda boleh pilih mengikut keselesaan anda.
Anda hanya boleh memohon dengan mengunjungi cawangan BSN yang terdekat. Untuk memudahkan proses, sila muat turun borang permohonan bagi pinjaman peribadi sektor awam dan sektor swasta terlebih dahulu. Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi setiap permohonan pinjaman peribadi BSN.
1. BSN MyRinggit (sektor awam)
Muat turun Borang Permohonan DI SINI.
2. BSN MyRinggit (Eksekutif-1)
Muat turun Borang Permohonan DI SINI.
Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian. Anda boleh menyemak status permohonan melalui www.bsn.eom.my/page/lnsan-i.
Pinjaman peribadi BSN menawarkan pinjaman amaun besar sesuai untuk penyatuan hutang yang berbaloi. Dengan gaji serendah RM1,500, penjawat awam sudah layak untuk membuat permohonan. Fleksibiliti jumlah pembiayaan yang besar menjadikan pinjaman ini antara yang terbaik untuk penjawat awam.
Anda juga tidak perlu risau tentang kenaikan OPR kerana ada kadar tetap yang ditawarkan. Untuk penjawat awam, anda tidak perlu menyediakan borang yang banyak untuk proses permohonan. Jadi, ini merupakan pinjaman peribadi terbaik dengan proses yang mudah dan pantas.
Maybank menyediakan 2 jenis pinjaman peribadi, Pembiayaan Peribadi Maybank/-I dan Pinjaman Peribadi Maybank. Ciri ciri utama dan maklumat penuh pinjaman adalah:
Eksklusif untuk pekerja awam, kumpulan syarikat yang terpilih, universiti awam, kerajaan negeri dan anak syarikatnya. Pinjaman ini dibuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 ke 58 tahun dan bergaji minimum RM3,000 (termasuk elaun tetap). Setiap pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Maybank untuk mendapat kelulusan. Pinjaman ini menawarkan ansuran bulanan mampu milik serendah RM110 sebulan dengan amaun pinjaman daripada RM10,000 sehingga RM200,000. Anda juga boleh dapat kelulusan segera secepat 48 jam dari tarikh permohonan.
Selain itu, anda boleh pilih untuk membuat pembayaran semula melalui PGM ataupun potongan Maybank2E dengan kadar serendah 5.70% setahun. Tempoh pembayaran juga fleksibel daripada 2 ke 10 tahun maksimum. Rujuk jadual pembayaran semula di bawah.
Dengan aplikasi MAE, anda boleh dapatkan pinjaman peribadi segera daripada Maybank. Berita baik, pinjaman berkadar tetap ini adalah 100% online. Syarat kelayakan pendapatan sedikit tinggi iaitu RM3,500 sebulan, dibuka untuk warganegara Malaysia berumur 21 ke 60 tahun.
Pembiayaan ini menawarkan jumlah pinjaman daripada RM5,000 hingga RM100,000. Kadar keuntungan adalah berbeza bergantung kepada jumlah pinjaman. Namun tempoh pembiayaan adalah fleksibel dengan pinjaman sehingga 6 tahun, dengan permulaan kadar serendah 6.5%. Rujuk jadual pembayaran semula di bawah.
Kedua-dua pinjaman peribadi ini boleh dimohon dengan dua cara, sama ada secara online atau di cawangan Maybank terdekat.
1. Pembiayaan Peribadi Maybank/-I
Langkah 1: Muat turun dan isi Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi /-i di sini
Langkah 2: Lampirkan dokumen yang diperlukan
** Penyata Penebusan (Redemption Statement) ialah dokumen undang-undang yang menyatakan jumlah akhir pinjaman/pembiayaan yang anda perlu jelaskan kepada pihak Institusi Kewangan.
Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke cawangan Maybank yang terdekat.
Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar permohonan atau pertanyaan melalui e-mel ke salaryfinancing@maybank.com
2. Pinjaman Peribadi Maybank
Untuk pinjaman ini, anda tidak perlu datang ke cawangan Maybank. Proses permohonan boleh dilakukan sendiri secara online.
Dokumen yang diperlukan
Anda boleh muat turun borang permohonan pinjaman DI SINI
Pinjaman peribadi Maybank sesuai bagi anda yang memerlukan pinjaman segera secepat 48 jam daripada tarikh permohonan. Cara permohonan juga mudah dan pantas kerana panduan untuk mohon pinjaman telah disediakan secara terperinci. Pinjaman ini juga menawarkan amaun yang besar dengan kadar tetap setahun, sesuai untuk sebarang kecemasan kewangan. Jika penyelesaian awal dilakukan pada separuh tempoh pertama pinjaman, caj penyelesaian awal sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman (yang mana lebih tinggi) akan dikenakan.
Tetapi perlu diingatkan, syarat kelayakan pinjaman peribadi Maybank lebih ketat kerana gaji minimum perlu RM3,000 dan ke atas. Jadi, proses kelulusan mungkin sedikit sukar untuk pekerja sektor swasta yang bergaji rendah.
Bank Islam menawarkan 2 pelan pinjaman peribadi iaitu Pinjaman Peribadi I Package dan Pinjaman Peribadi I Non Package.
Kriteria untuk Pinjaman Peribadi I Package ini lebih longgar. Ia dibuka untuk individu yang bergaji tidak kurang daripada RM2,000 sebulan dalam sektor kerajaan, syarikat tersenarai awam tertentu, dan syarikat persendirian yang terunggul sahaja. 2 pilihan kadar faedah bagi pinjaman ini adalah kadar tetap daripada 4.20% setahun dan juga kadar terapung daripada 5.18% setahun. Kadar ini bergantung kepada tempoh pinjaman anda. Amaun pinjaman boleh diberi sehingga RM300,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun. Pembayaran semula boleh dibuat melalui potongan gaji atau secara auto-debit, dan bayaran ansuran pendahuluan 2 bulan akan ditolak bagi pinjaman ini. Rujuk jadual pembayaran balik di bawah untuk maklumat lanjut.
Pinjaman Peribadi I Non Package ini dibuka untuk pekerja warganegara dari syarikat tersenarai awam sahaja. Syarat pinjaman peribadi bank islam adalah pendapatan yang tidak kurang daripada RM4,000 sebulan. Walaupun syarat kelayakan gaji agak tinggi, amaun pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM300,000. Tempoh maksimum untuk pembiayaan balik pinjaman adalah sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan adalah rata dan bergantung kepada tempoh pinjaman, bermula dari 4.5% setahun untuk pinjaman di bawah 3 tahun dan 6.99% setahun untuk pinjaman 9 ke 10 tahun. Rujuk jadual pembayaran di bawah untuk maklumat lanjut.
Cara permohonan 2 pinjaman ini amat mudah iaitu hanya melalui laman web atau pergi ke cawangan Bank Islam terdekat. Untuk permohonan online, anda boleh layari laman web rasmi dan klik butang ‘Apply now’. Pastikan anda sediakan borang yang lengkap untuk pinjaman cepat lulus:
Berdasarkan ciri utama, pinjaman peribadi Bank Islam adalah lebih sesuai untuk pinjaman tidak segera. Dengan kadar keuntungan rata bermula dari 4.20% untuk pinjaman sehingga RM300,000, ianya merupakan pakej pinjaman yang agak menarik untuk selesaikan hutang lapuk. Pinjaman ini juga amat sesuai untuk individu yang memerlukan dana berlebihan untuk pelaburan jangka pendek.
Walau bagaimanapun, bayaran pendahuluan ansuran 2 bulan diperlukan dalam untuk pinjaman ini. Pinjaman ini juga tidak terbuka untuk pekerja swasta bergaji rendah. Jadi anda perlu membuat perbandingan yang bijak sebelum memohon pinjaman.
Pekerja sektor swasta boleh cuba untuk memohon pinjaman peribadi wang berlesen dengan kelayakan gaji serendah RM1,500. Pinjaman berkadar tetap ini tidak bercagar dan mudah lulus secepat satu hari bekerja. Amaun pinjaman yang ditawarkan sehingga RM20,000 untuk tempoh maksimum 4 tahun.
Anda boleh juga memohon pinjaman bank dan pinjaman koperasi untuk penjawat awam melalui platform Direct Lending. Untuk makluman, pinjaman daripada platform kami menawarkan kadar keuntungan serendah 2.95% setahun dengan pembiayaan sehingga RM350,000 untuk 10 tahun tempoh pinjaman. Cara mohon pinjaman peribadi kini lebih mudah dan cepat. Semak kelayakan anda melalui platform kami, dan kami akan bantu anda untuk pilih pinjaman peribadi yang terbaik sesuai dengan keperluan pembiayaan anda.
Setelah lulus semakan kelayakan, loan consultant kami yang berpengalaman akan hubungi anda dan membantu melalui proses permohonan pinjaman peribadi anda dari A hingga Z.
Proses pendaftaran yang mudah dan cepat hanya dalam 3 langkah mudah:
Langkah 1: Isi borang permohonan online dan pilih pemberi pinjaman.
Klik 'Semak Kadar Anda' dan isi borang dalam talian kami dengan butiran peribadi anda. Beritahu jumlah dan tempoh pinjaman yang anda perlukan.
Langkah 2: Semakan kredit dan pengesahan.
Pemberi pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda melalui e-mel atau panggilan untuk semakan lanjut jika anda layak untuk pinjaman.
Langkah 3: Hantar dokumen yang diperlukan dan tandatangani perjanjian.
Selepas proses pengesahan, anda boleh mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank, borang EPF atau pendapatan cukai terkini, dan bil utiliti (seperti bil elektrik, bil air, dll.) sebelum menandatangani perjanjian.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
**Maklumat pembiayaan adalah tepat sewaktu artikel ditulis. Info pinjaman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi PercumaKhairina is an English graduate who is chronically online consuming various forms of literature. She finds passion in simplifying complex ideas into chunks of words and love finding out fascinating random facts of the day.