Marketing
AG Sasidar, 33 tahun dan merupakan seorang bapa kepada 2 orang cahaya mata yang comel, telah memulakan kerjaya beliau selama 9 tahun dalam perniagaan rangkain.
Ketika itu, semuanya indah kerana beliau mampu menampung keluarganya dengan memperoleh pendapatan sebanyak RM40,000 hingga RM50,000 setiap bulan.
Namun, malang tidak berbau kerana dalam masa semalaman, syarikat perniagaan rangkain itu tiba-tiba lingkup menyebabkan beliau tiada punca pendapatan untuk menyara keluarga kecilnya itu.
Ketika kejatuhan kerjayanya dalam perniagaan rangkain, kebetulan anak keduanya baru lahir, hal ini menyebabkan beliau lagi buntu untuk mencari jalan keluar dari masalah kewangan belenggu.
Setelah nekad untuk mengubah nasib keluarganya itu, beliau telah membuat keputusan untuk menjadi pemandu kereta Grab untuk mendapatkan punca pendapatan.
Dia telah memandu kereta Grab ulang alik dari tempat tinggalnya di Seremban ke Kuala Lumpur dan sering kali menghabiskan hampir enam hari seminggu tidur di dalam keretanya dan menggunakan tandas awam untuk mandi.
Ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, beliau keluar untuk mencari rezeki seawal jam empat pagi Isnin dan akan pulang lewat malam Sabtu, setiap minggu.
Akan tetapi, usahanya tidak berterusan kerana beiau telah menyedari bahawa memandu Grab bukanlah minatnya yang sebenar.
Beliau telah memberi peluang kepada dirinya lagi sekali untuk berusaha mencari rezeki dalam bidang pekerjaan lain.
Setelah fikir masak-masak, Sasidar telah memutuskan untuk mengikut kata hatinya untuk memulakan kerjaya baharu dengan menyertai IQI sebagai ejen hartanah.
Kerjaya sebagai ejen hartanah telah menukar kehidupan beliau 360 darjah kerana sekarang beliau telah berjaya meraih pendapatan sebanyak lima hingga ke enam angka, lebih dari cukup untuk menampung keluarga kecilnya itu.
Beliau tidak perlu lagi membuat kerja sampingan untuk menjadi pemandu e-hailing dengan membawa kereta Grab, malah sekarang beliau yang mengupah pemandu persendirian untuk dirinya.
Anda ingin mengubah nasib seperti AG Sasidar juga? Kami sediakan tips untuk anda belajar cara menjimatkan wang dan mendapatkan pendapatan sampingan.
Untuk jimatkan wang daripada gaji yang anda perolehi, anda boleh mencuba kaedah 50/30/20 yang disarankan oleh Senator Warren.
Ini adalah kaedah pengurusan bajet yang terkenal dan berkesan dalam perancangan kewangan. Konsep asasnya adalah membahagikan pendapatan bersih anda kepada tiga bahagian:
Menetapkan bajet adalah langkah penting dalam usaha untuk menjimatkan wang dan mengurus kewangan dengan lebih berkesan. Dengan menetapkan bajet, anda dapat melihat aliran tunai dengan jelas, yang memudahkan perancangan anda.
Menggunakan aplikasi kewangan untuk merekodkan setiap perbelanjaan dan kos juga sangat berguna. Aplikasi ini membantu anda memantau perbelanjaan harian dan bulanan secara lebih terperinci, serta memastikan setiap sen yang dibelanjakan dicatat dengan tepat.
Selain itu, anda boleh mengetahui sama ada anda berbelanja secara berlebihan atau berhemat setiap bulan.
Dengan cara ini, anda dapat membuat penyesuaian yang diperlukan untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan bahawa wang anda digunakan dengan bijak.
Ini bukan sahaja membantu menjimatkan wang tetapi juga meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan anda.
Untuk menjimatkan wang, salah satu cara yang efektif adalah dengan mengubah gaya hidup anda.
Jika usaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan tidak berhasil, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk menyesuaikan cara hidup baharu anda.
Pastikan anda tidak membelanjakan pendapatan anda untuk perkara-perkara yang tidak perlu, seperti hiburan yang berlebihan atau barangan mewah yang tidak memberikan manfaat yang besar.
Mengelakkan perbelanjaan ini dapat membantu anda menyimpan lebih banyak wang untuk keperluan yang lebih penting dan masa depan.
Selain itu, dalam keadaan ekonomi sekarang, kita harus lebih berhati-hati dan terancang dengan keadaan kewangan kita.
Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa depan, oleh itu, adalah penting untuk membuat keputusan kewangan yang bijak dan berhemat.
Dengan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sederhana dan terancang, anda dapat memastikan kestabilan kewangan anda dalam jangka masa panjang.
Menjadi rider adalah salah satu cara yang efektif untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh mendaftar sebagai penghantar barang di Shopee Express atau sertai GrabFood dan GrabExpress untuk penghantaran makanan dan barang. Selain itu, anda juga boleh menghantar makanan untuk Foodpanda atau menjadi rider penghantar makanan tempatan melalui platform Bekal. Lalamove juga menawarkan peluang untuk penghantaran barangan yang fleksibel.
Pelaburan adalah langkah penting untuk membina kekayaan jangka panjang. Pertimbangkan untuk membeli dan menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang yang stabil. Selain itu, belajar tentang pasaran saham dan mula melabur dalam saham yang berpotensi untuk keuntungan masa depan. Jika anda berminat dengan teknologi dan inovasi, pelaburan dalam cryptocurrency seperti Bitcoin boleh menjadi pilihan yang menarik, namun pastikan anda memahami risikonya.
Freelance adalah cara yang fleksibel untuk menjana pendapatan tambahan sambil melakukan kerja yang anda minati. Sebagai penulis, anda boleh menulis artikel, blog post, atau buku untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Jika anda mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, anda boleh menyediakan perkhidmatan reka bentuk untuk syarikat atau individu. Bagi yang berbakat dalam fotografi, mengambil gambar untuk majlis, produk, atau landskap dan menjual hasil kerja anda boleh menjadi sumber pendapatan yang baik. Selain itu, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan pembersihan rumah atau pejabat secara sambilan. Menjadi ejen hartanah juga adalah pilihan yang baik, di mana anda boleh membantu orang menjual atau membeli hartanah dan mendapatkan komisen daripada transaksi tersebut.
Cerita AG Sasidar ini adalah kisah benar dari salah seorang ejen hartanah IQI yang ditulis asal di laman web mereka. Ini adalah artikel kerjasama antara IQI Global bersama Direct Lending.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.