Marketing
Memandangkan kos memiliki sebuah kereta di Malaysia semakin tinggi, maka motosikal adalah pilihan kenderaan peribadi yang lebih jimat dan mampu milik. Walaupun, ada yang mampu membiaya kereta terpakai, ianya tetap menjadi salah satu komitmen pinjaman yang perlu diselesaikan setiap bulan.
Proses beli motor tidak memakan masa yang lama berbanding dengan proses beli kereta terpakai dan kereta baru. Tempoh perjalanan menggunakan motosikal bukan sahaja cepat, tapi kos minyak motor, insurans motor, dan kos penyelenggaraan juga lebih murah.
Berbanding dengan ansuran bulanan kereta, anda boleh beli motor dengan ansuran serendah RM100 sebulan saja, bergantung kepada jenis pembayaran.
Terdapat 2 pilihan pembayaran yang boleh digunakan, beli motor loan kedai atau pun beli motor secara cash menggunakan pinjaman peribadi. Oleh itu, jangan pelik jika ada individu yang memilih pinjaman peribadi untuk beli motor terpakai dengan berkapasiti tinggi, seperti superbike kerana berjaya dapat pembiayaan dengan ansuran mampu milik.
Di sini kami akan kirakan perbandingan pembiayaan sewa beli motor loan kedai VS beli motor cash dengan pinjaman peribadi untuk bantu anda memilih jenis pembiayaan yang sesuai.
Biasanya, pembiayaan yang menjadi pilihan untuk membeli motosikal adalah dengan skim sewa beli daripada loan kedai. Pelanggan dapat menggunakan kenderaan tersebut sambil membayar ansuran bulanan. Pelanggan tidak mempunyai hak sepenuhnya ke atas kenderaan tersebut sehingga pinjaman tersebut telah selesai sepenuhnya.
Namun, pembiayaan ini akan mengenakan kadar faedah (atau lebih dikenali sebagai kadar keuntungan) bagi perbankan Islamik seperti pinjaman peribadi bank dan koperasi dan tempoh pembayaran adalah berbeza mengikut jenis motosikal yang dibeli.
Biasanya, pelanggan yang memilih untuk beli motosikal dengan loan kedai daripada pembekal akan menikmati harga ansuran murah dengan tempoh pinjaman yang lebih lama. Ada pula yang lebih memilih untuk memendekkan tempoh pembayaran untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat.
Salah satu pembiayaan motosikal yang menjadi pilihan adalah loan motor AEON Credit. Hal ini kerana, kebanyakan kedai motosikal menyediakan pembiayaan sewa beli antara pelanggan mereka menggunakan AEON Credit. Pembiayaan sewa beli ini memudahkan urusan peminjam mendapatkan motosikal kerana AEON Credit menawarkan pembiayaan yang berkonsep syariah dan syarat kelayakan tidak ketat. Kadar yang ditawarkan juga mampu milik untuk pemohon pinjaman. Tapi kena ingat, untuk loan kedai biasanya kena sediakan bayaran deposit sekurang-kurangnya 10% daripada harga motor.
Jadual di bawah menunjukkan pakej pembiayaan yang biasanya ditawarkan oleh loan motor AEON Credit.
Jenis Motosikal | Faedah / Kadar Keuntungan Sebulan | Tempoh Pembayaran | Margin Kewangan |
Moped (bawah 250 cc) | serendah 0.833% sebulan | Baru: Sehingga 60 bulan Terpakai: Sehingga 48 bulan |
Sehingga 90% |
Big Bike, Superbike & Maxi Scooter (250 cc & ke atas) | serendah 0.375% sebulan | 12 - 84 bulan (terbuka untuk motor baru dan terpakai) | Sehingga 90% |
E-Bike (motor elektronik) | serendah 0.65% sebulan | Sehingga 48 bulan | Sehingga 90% |
Antara pembiayaan alternatif untuk membeli motor adalah memohon pinjaman peribadi, di mana pelanggan akan mohon pinjaman peribadi daripada institusi kewangan dan beli motor secara cash daripada pembekal motor. Jadi, setiap bulan pelanggan perlu bayar ansuran bulanan pinjaman peribadi tu.
Salah satu kebaikkan dengan cara ini adalah motosikal akan jadi hak milik korang sepenuhnya, boleh terus dapatkan geran motor. Tapi kadar faedah, amaun pinjaman dan tempoh pinjaman bergantung juga pada institusi kewangan dan juga latar belakang kredit dan kriteria kelayakan peminjam tersebut.
Okay, jom kita tengok kira-kira sikit dan lihat perbandingan antara beli motor dengan loan kedai dan loan bank. Untuk loan kedai, saya akan menggunakan contoh loan motor AEON Credit dan untuk pinjaman peribadi adalah Pinjaman Koperasi Kuwait Finance House (KFH) di mana pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan sahaja. Andaikan kadar faedah adalah 4.2% setahun, jadi kadar faedah sebulan adalah 0.35%.
Kos Beli Motor Loan Kedai | Kos Beli Motor Pinjaman Peribadi | |
Kadar Faedah Bulanan | 0.833% | 0.35% |
Tempoh Pembayaran | 60 bulan (5 tahun) | 60 bulan (5 tahun) |
Bayaran Faedah | RM7,199 x 0.833% x 60 = RM3,598 | RM7,999 x 0.35% x 60 = RM1,680 |
Jumlah Bayaran | RM7,199 + RM3,598 = RM10,797 | RM7,999 + RM1,680 = RM9,679 |
Ansuran Bayaran | RM10,797 / 60 = RM180 | RM9,679 / 60 = RM161 |
Deposit | RM799.90 (10%) | Tiada |
Kos Beli Motor Loan Kedai | Kos Beli Motor Pinjaman Peribadi | |
Kadar Faedah Bulanan | 0.375% | 0.35% |
Tempoh Pembayaran | 60 bulan (5 tahun) | 60 bulan (5 tahun) |
Bayaran Faedah | RM40,949 x 0.375% x 60 = RM9,214 | RM45,499 x 0.35% x 60 = RM9,555 |
Jumlah Bayaran | RM40,949 + RM9,214 = RM50,163 | RM45,499 + RM9,555 = RM55,054 |
Ansuran Bayaran | RM50,163 / 60 = RM836.05 | RM55,054 / 60 = RM918 |
Deposit | RM4549.9 (10%) | Tiada |
Ikut contoh ni, pinjaman peribadi juga lebih jimat disebabkan kadar faedah yang lebih rendah. Peminjam juga taklah rasa sakit sangat nak keluarkan deposit tinggi sebanyak RM4,000. Take note ya, bergantung pada syarat kelayakan anda, ada juga loan kedai yang mungkin akan minta deposit 20%.
Adakah pinjaman peribadi pilihan yang lebih baik untuk membeli motosikal? Mungkin ya, daripada segi jumlah bayaran yang lebih rendah. Tetapi ia bergantung juga kepada profil dan akses kredit anda. Sebagai pelanggan bijak, anda patut nilai kesemua pilihan sebelum membuat keputusan yang sesuai dengan keperluan kewangan anda.
Tidak salah untuk mencuba pinjaman peribadi kerana mungkin ia adalah pilihan yang sesuai dengan kemampuan sama ada anda ingin membeli motor atau beli kereta yang berbaloi dengan wang anda.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
2 Comments
Terima kasih atas penerangan. info yang sangat berguna
Sama-sama encik Jasni 🙂