Content Creator and Business Journalist
Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak itu telah menjejaskan banyak kumpulan masyarakat.
Bagi mengatasi perkara tersebut, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu melibatkan golongan B40, M40 atau T20 serta usahawan miro dan PKS.
Tidak ada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, semakan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memohan dan kelulusan akan diberikan secara automatik, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu.
Kategori | Bantuan Bayaran Balik Pinjaman |
Semua individu (B40, M40 dan T20) | Moratorium 6 bulan.Tiada dokumen sokongan diperlukan. |
Semua perusahaan mikro* | |
Semua PKS* yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 | Moratorium 6 bulan.Tiada dokumen sokongan diperlukan.Hanya pengisytiharan kendiri diperlukan. |
Berikut adalah panduan daripada BNM untuk memohon moratorium pinjaman:
Jika anda memohon untuk mendapatkan moratorium tahun ini, ia tidak akan menjejaskan rekod kewangan atau CCRIS anda. Ini 3 saluran untuk mohon bantuan moratorium 6 bulan
Memetik Harakah Daily sebagai berkata, langkah moratorium dilakukan adalah bagi memastikan setiap individu dan peniaga mempunyai ‘lebihan tunai’ dalam tempoh 6 bulan yang mencabar ini, supaya dapat bertahan dan boleh berbelanja seterusnya menggerakkan ekonomi negara.
Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Jun 2020, Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan.
Maka pengguna perlu memahami secara terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap penangguhan ini, meliputi aspek:
1. Jadual pembayaran semula (revised payment schedule)
2. Jumlah bayaran ansuran (total repayment)
3. Jumlah bayaran faedah/keuntungan (interest/profit payment)
4. Jumlah penalti/rebat, jika ada (penalty/rebate)
Sementara itu, memetik perkongsian Berita Harian sebagai berkata, peminjam atau pelanggan perlu memastikan mereka memahami kesan kewangan secara keseluruhan serta keupayaan untuk memenuhi obligasi meningkat, sama ada jumlah ansuran lebih tinggi selepas itu, pelanjutan tempoh pinjaman atau pembiayaan selepas tempoh penangguhan.
Moratorium antara kaedah yang boleh membantu golongan memerlukan lebihan tunai dalam tangan dan amat penting untuk kelompok perniagaan terkesan mahupun kalangan individu kehilangan pekerjaan atau kekurangan sumber pendapatan atau gaji.
Jika sebelum ini, anda mempunyai hutang setiap bulan RM1,500 x 6 bulan = RM9,000 (jumlah simpanan kecemasan).
Ia boleh digunakan untuk belanja kecemasan dan membeli barangan keperluan asas. Namun, sekiranya masih ada gaji, gunakalah duit gaji tersebut. Selagi masih mampu, elakkan guna dana kecemasan ini.
Kadar faedah kad kredit sangat tinggi, iaitu antara 12-15%. Makin lama melekat, makin buruk kewangan anda.
Manfaatkan duit moratorium ini untuk langsaikan hutang kad kredit secara berperingkat.
Kadar dikenakan oleh Ar-Rahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7%. Agak tinggi kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali di rumah anda.
Jika anda ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik, maka cuba selesaikan mana-mana hutang yang mampu dan paling kecil terlebih dahulu.
Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi sebanyak RM3,000. Maka, lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snowball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.
Manfaatkan duit ini untuk pelaburan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan terburu-buru.
Penyatuan hutang atau loan consolidation sebenarnya bukannya penghapus hutang atau penyelesaian hutang.
Ia satu cara efektif untuk menghimpunkan semua hutang mahal anda ke dalam satu pinjaman peribadi baru yang berkadar rendah.
Manfaatnya dapat membantu mengurangkan ansuran bulanan dan fokus bayaran satu ansuran sahaja.
Hanya ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama. Contohnya, anda ada pinjaman peribadi dan kad kredit (pinjaman aktif) di Bank X. Anda boleh mohon Overlapping Facilities di bank tersebut.
Cara overlap pinjaman peribadi:
Strategi ini adalah mengubah kontrak pinjaman yang sudah ada. Contoh penyusunan semula khas adalah dengan panjangkan tempoh bayaran pokok kontrak hutang atau ubah pembayaran faedah.
Cara ini lebih sesuai kepada peminjam yang ada pekerjaan atau simpanan tetapi mengalami pengurangan pendapatan atau simpanan yang terhad.
Kalau income sedia ada masih tidak mencukupi untuk menyokong kehidupan harian dan komitmen sedia ada, alternatif lain diperlukan.
Anda boleh juga menjadi freelance, dropship/ejej, runner, food rider atau bisnes kecil-kecilan atau sertai DirectBantu+ untuk menjana lebih income daripada partners kami.
Jangan sesekali pergi ke ‘Ah Long’ disebabkan hendak mencari jalan mudah. Anda akan menyesal!
Sebenarnya tidak salah atau memalukan untuk berhubung dengan AKPK. Mereka menawarkan servis rundingan percuma. Ada juga program ‘Debt Management Programme (DMP)’ yang mana kaunselor akan membantu individu menyediakan pelan oembayaran balik hutang bagi menguruskan masalah kewangan dengan lebih baik.
Senaraikan perbelanjaan bulanan anda dan komitmen hutang. Ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti “jurang” atau “kekurangan” antara pendapatan yang dijangka atau simpanan dengan perbelanjaan yang perlu dibayar dalam masa 6 ke 12 bulan akan datang.
Semak perbelanjaan anda dan kenal pasti cara-cara untuk mengurangkannya. Sebagai contoh, salah satu perbelanjaan utama adalah sewa rumah. Bincang dengan tuan rumah tentang keadaan semasa anda dan cuba untuk dapatkan diskaun ke atas sewa bulanan anda.
Untuk perbelanjaan seperti makanan dan pengangkutan, anda boleh membawa bekal dari rumah sebagai ganti makan di luar, menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja atau berkongsi kereta, melakukan aktiviti luar dan elak daripada menyertai keahlian gimnasium dan kurangkan video dan penstriman muzik untuk beberapa ketika sehingga keadaan kewangan anda kembali stabil.
Kerja sampingan boleh dilakukan dengan mudah dan selesa dari rumah, ataupun selepas waktu bekerja anda. Pada dasarnya ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Gunakan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang anda ada. Jadikan ia sesuatu yang orang lain akan sanggup membayar untuknya.
Gunakan masa lebih yang anda ada untuk mencari pekerjaan baru dan tingkatkan diri anda dengan kemahiran baru yang mempunyai permintaan tinggi pada waktu seperti sekarang ini – sama ada pemasaran digital, pembangunan web, atau reka bentuk grafik.
Jika anda telah melakukan penilaian ke atas kewangan anda seperti yang dibincangkan di atas dan boleh menunjukkan pendapatan berbanding jurang komitmen kepada pengurus bank anda, ia akan membantu mereka untuk lebih memahami situasi anda dan dengan itu dapat meluluskan skim pembayaran mengikut keperluan anda.
Ini dapat membantu individu untuk mengurus masalah kewangan mereka dengan lebih baik.
Anda juga boleh mengetahui lanjut tentang tip persediaan selepas moratorium berakhir di sini.
Sementara itu, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bank-bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah PEMULIH.
Tambahnya lagi, kerajaan membangkitkan perkara itu dan telah mendapat persetujuan bank-bank dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
Pengguna juga boleh membuat laporan serta aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti (ke atas moratorium itu).
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.