Marketing
Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya di kawasan yang jauh dari bandar dan kurang akses kepada perkhidmatan awam. Oleh itu, walaupun nilai kereta akan jatuh lebih cepat berbanding nilai hartanah individu Malaysia terpaksa buat pinjaman untuk beli kereta dahulu baru rumah.
Jika anda berada dalam situasi ini dan sedang merancang untuk membeli kereta. Anda pasti sedang dilema untuk membeli kereta terpakai atau kereta baru. Yelah, hutang kereta bukan sekejap anda akan diikat hampir 7 atau 9 tahun. Namun, tidak dinafikan kedua-dua jenis kereta ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, artikel ini akan kongsikan cara beli kereta terpakai dan kereta baru serta perbandingan antara kedua-dua jenis kereta ini, dan tips beli kereta terpakai.
Jawapannya bergantung pada situasi anda. Berikut adalah antara soalan-soalan penting yang anda patut tanya pada diri sendiri sebelum membeli kereta:
Soalan-soalan ini adalah penting. Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan kesilapan yang besar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda mungkin ingin cari kereta yang lebih besar seperti sebuah SUV, MPV atau sebagainya.
Akan tetapi, jika anda seorang yang suka mengubahsuai atau ‘modify’ kereta, anda lebih sesuai membeli kereta terpakai kerana tidak perlu berasa bersalah atau sayang untuk menggantikan bahagian-bahagian kereta tersebut. Mari kita melihat perbandingan kereta baru dan kereta terpakai dari segi harga, kos servis kereta, pinjaman dan cukai jalan dan insurans.
Kereta terpakai secara amnya lebih murah berbanding kereta baru. Harga kereta baru menyusut dengan cepat dan boleh mencapai 50% nilai asal kereta dalam masa 5 tahun sahaja. Marilah kita lihat perbandingan antara kereta baru dan terpakai. Kami akan memilih jenama dan model kereta yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sebagai contoh.
Kereta Baru | Harga | Kereta Terpakai | Harga |
Myvi 1.3 G MT 2023 | RM48,500 |
Myvi G 1.3 2017 |
RM38,800 |
Axia 1.0 G 2023 | RM38,600 |
Axia G 1.0 2016 |
RM28,600 |
Honda City 1.5 S 2023 | RM84,900 |
Honda City V i-VTEC 1.5 20147 |
RM54,800 |
**Harga adalah tepat pada masa penulisan.
Untuk kereta yang melebihi 5 tahun umurnya, kos penyelenggaraan dijangka meningkat. Secara puratanya, jangka hayat kereta adalah sekitar 12 tahun mengikuti kajian pada tahun 2018. Ini bermaksud kereta yang lebih tua daripada 12 tahun akan kerap mempunyai isu teknikal yang perlu ditangani dan ini akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kos penyelenggaraan. Jadi, sangat penting untuk anda ada dana kecemasan supaya boleh membantu anda jika
Tambahan pula, kebanyakan penjual kereta di Malaysia hanya menawarkan servis warranti perlindungan asas untuk kereta baru selama 5 tahun atau 100,000 km servis waranti. Sebagai contoh, Honda menawarkan 5 tahun servis waranti untuk model terbaru mereka. Jadi kesemua kos pembaikan atau penyelenggaraan selepas tempoh ini anda terpaksa tanggung sendiri.
Oleh itu, anda perlu menyediakan dana kecemasan untuk situasi tidak dijangka seperti, kerosakan kereta yang memerlukan major service yang mahal. Anda mungkin akan dikenakan bil yang mahal untuk sekali servis dan jika anda tidak mempunyai dana yang cukup, anda boleh gunkan pelan ansuran seperti Pembiayaan Auto Servis untuk bil servis kereta anda. Dengan pelan ini, anda tidak perlu risau akan bil yang mahal kerana anda boleh bahagikan jumlah bil servis kereta kepada 3 atau 6 bulan.
Kereta yang bernilai kurang daripada RM10,000 kemungkinan boleh dibeli dengan tunai dan anda tidak perlu mengambil pinjaman sewa beli daripada bank. Pinjaman yang diambil untuk kereta terpakai biasanya mengenakan faedah yang lebih tinggi, sekitar 3 – 4.45%* manakala pinjaman untuk kereta baru mengenakan faedah serendah rendah iaitu 2.5%* setahun. **Kadar faedah tepat pada masa penulisan.
Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada anda mampu mengambil pinjaman kereta kerana bayaran bulanan (apabila ditambah dengan bayaran bulanan pinjaman lain) tidak sepatutnya melebihi 60% daripada pendapatan anda.
Namun, jika anda merupakan kakitangan kerajaan,anda mempunyai alternatif pembiayaan lain iaitu pinjaman peribadi bank dan koperasi. Anda boleh membeli kereta terpakai dan motosikal dengan kadar lebih murah serendah 2.95% setahun. Anda juga tidak perlu menyediakan sebarang cagaran ataupun penjamin untuk memperolehi pembiayaan tersebut.
Di samping pinjaman yang mungkin anda perlukan, anda perlu juga berfikir sama ada anda mampu membayar cukai jalan dan insurans kereta yang anda beli itu. Insurans dan cukai jalan biasanya bertambah jika adalah kereta baru atau kereta import manakala kereta terpakai biasanya mempunyai insurans dan cukai jalan yang lebih rendah.
Berikut merupakan jadual perbandingan tahap insurans berdasarkan umur kereta dan model. Anggaran dibuat berdasarkan liputan komprehensif yang standard tanpa polisi tambahan lain (lokasi: Semenanjung, tiada diskaun NCD) dengan penggunaan kalkulator.
Kereta Baru | Premium Insurans | Kereta Terpakai | Premium Insurans |
Myvi 1.3 G MT 2023 | RM1,155.38 | Myvi G 1.3 2017 | RM579.74 |
Axia 1.0 G 2023 | RM962.33 | Axia G 1.0 2016 | RM460.40 |
Honda City 1.5 S 2023 | RM1,865.18 | Honda City V i-VTEC 1.5 2017 | RM766.94 |
**Harga adalah tepat pada masa penulisan.
Untuk cukai jalan, bayaran adalah sama untuk kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai. Untuk kenderaan 1.0cc di Semenanjung Malaysia, bayaran setahun adalah RM55 manakala untuk kenderaan 1.5cc adalah RM90.
Kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kereta baru biasanya dapat reputasi buruk kerana harga mereka menyusut dengan cepat tidak seperti rumah atau harta benda lain. Tetapi kereta baru dapat berfungsi lebih lama berbanding dengan kereta terpakai.
Selain itu, kereta terpakai adalah lebih murah dari segi harga di mana anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta dengan tunai. Beli kereta terpakai jika anda tidak kisah untuk memandu kereta model yang lebih lama dan tidak mahu menghabiskan masa dan wang untuk jaga kereta anda. Selain itu, anda juga tidak perlu risau jika nilai kereta akan susut.
Namun, alternatif lain juga adalah anda boleh gunakan kereta baru kurang dari 5 tahun dan jual kereta tersebut di website jual beli kereta jika berniat untuk membeli kereta baru. Cara ini juga lebih jimat dan untung untuk pembelian kereta baru anda.
Jom tonton YouTube video kami untuk penjelasan lanjut tentang perbandingan pembelian kereta terpakai dan kereta baru.
Bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru, kereta terpakai juga boleh menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan jika kena dan betul caranya.
Pun begitu, harus diingat juga yang ia boleh menjadi suatu kerugian dan bebanan jika tidak dirancang dengan betul.
Menetapkan bajet bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan perlu dilakukan sebelum membeli sebarang kereta terpakai atau second hand.
Sebagai contoh, membeli pada harga di bawah RM100,000, menetapkan had bayaran bulanan pinjaman seperti RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun bergantung kepada komitmen bulanan masing-masing.
Mengenal pasti atau menetapkan usia kereta terpakai yang ingin dibeli juga penting. Sesuaikan carian mengikut keadaan semasa kewangan dan pilihan anda.
Bagi mengelakkan rambang mata, cuba kecilkan skop pilihan anda dan meneliti semula bajet yang telah ditetapkan agar tidak tersasar dan membebankan.
Sejarah kereta menjadi salah satu perkara penting sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana kereta terpakai.
Selidik terlebih dahulu sama ada kereta yang anda berkenan itu pernah ditenggelami banjir, banyak kali bertukar pemilik, terlibat kemalangan besar atau mempunyai had perbatuan terlalu tinggi.
Luaran sahaja kelihatan cantik tidak menggambarkan keseluruhan isinya, jangan pula anda merana di kemudian hari!
Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan kereta yang dipilih itu mempunyai ukuran had perbatuan yang rendah atau sederhana.
Selalunya, semakin tinggi perbatuan, semkin rendah nilai jualan sesebuah kereta terpakai tersebut. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk pada bajet dan usia model kereta yang ingin dibeli.
Kini, informasi mengenai kereta terpakai boleh didapati secara dalam talian tanpa perlu ke mana-mana premis.
Pelbagai platform dalam talian membolehkan anda menetapkan tapisan (filter) mengikut kesesuaian dan keperluan anda.
Hanya perlu masukkan bajet yang ditetapkan dan sistem akan memaparkan pilihan model kereta terpakai yang berada dalam lingkungan bajet anda.
Elakkan terpukau atau tergoda dengan kata-kata yang ditawarkan oleh premis kereta terpakai. Berkemungkinan skil dan kemahiran memujuk dimiliki mereka menyebabkan anda terperangkap dan membeli tanpa menitikberatkan soal bajet.
Cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing dan diservis secara konsisten mengikut jadual. Pusat servis akan merekodkan sejarah servis menggunakan sistem tersendiri.
Anda boleh meminta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti sekiranya pemilik ada berurusan di bengkel biasa. Ini penting untuk mengetahui jenis alat ganti yang ditukar atau mempunyai kerosakan tertentu.
Sekiranya anda seorang yang pelupa, anda boleh download aplikasi SERV memudahkan untuk anda pantau sendiri dan semak rekod sejarah servis kereta. Anda juga boleh menggunakan SERV untuk membuat temu janji secara online dengan bengkel berdekatan.
Anda perlu memeriksa dan memastikan sama ada terdapat sebarang kerosakan. Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian dan pemilik tidak mahu mengeluarkan kos untuk membaikinya, cubalah berunding untuk mendapatkan diskaun agar tidak menelan belanja yang besar.
Pastikan juga peralatan atau kelengkapan asas lain seperti wiper, lampu, soket, signal, penyaman udara, hon kereta, radio, pintu, cermin sisi, bonet, picu tangki minyak, tayar simpanan, panel meter dan sebagainya dalam keadaan berfungsi serta baik.
Enjin merupakan komponen yang penting bagi sesebuah kereta. Sekiranya anda kurang berpengetahuan, minta bantuan rakan yang mahir mengenainya atau rujuk sahaja ke mekanik.
Mekanik boleh memastikan sama ada enjin berfungsi dalam keadaan baik selain mengesan sama ada terdapat kesan minyak bocor, keadaan radiator, tiada kabel sambungan yang reput atau terputus, tiada komponen tertanggal serta minyak enjin.
Anda juga mempunyai hak untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli untuk mengetahui tahap kepuasan dan keyakinan.
Anda boleh menguji kemampuan brek, stereng, pemanduan di pelbagai kawasan dan kelajuan termasuk gear kereta.
Penting untuk kita mempelajari asas penjagaan kereta kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan poket anda tetapi boleh jadi sebagai backup untuk mengelakkan bil servis kereta yang tidak dijangka. Nanti tidaklah anda ditipu atau diketuk bulat-bulat oleh mekanik atau bengkel apabila berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan.
Minyak berfungsi untuk memastikan enjin anda dalam kedaaan senyap serta tidak menghadapi sebarang masalah semasa memandu.
Anda juga perlu tahu minyak yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana minyak enjin ada beberapa jenis seperti berikut;
Wajib periksa terlebih dahulu tekanan angin tayar sama ada mencukupi atau tidak. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tayar rosak dan pecah.
Semak juga keadaan tayar kereta anda sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak.
Sama seperti minyak hitam, palam pencucuh (spark plug) juga mempunyai had penggunaanya. Palam pencucuh kebiasaannya digunakan dari 30,000 hingga 40,000 km.
Sekiranya melebihi 40,000 km, disarankan untuk menukar yang bahru kerana elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis dan menyebabkan ia lemah seterusnya menyebabkan kereta anda hilang kuasa dan menjadi semput.
Dua jenis bateri kereta, iaitu sel basah dan sel kering. Penjagaan juga agak berbeza, sel basah memerlukan anda mengisi air suling apabila sudah berkurangan dan jangka hayat bateri kereta boleh bertahan selama 2 tahun atau lebih bergantung pada penggunaan.
Jika bateri mengalami masalah atau lemah, kereta akan sukar untuk dihidupkan dan anda boleh menukar kepada bateri baru atau mengecas bateri tersebut.
Penyejuk radiator (radiator coolant) berbeza dengan air paip biasa yang mana air coolant akan menjadikan suhu enjin lambat panas dan tidak mendidih serta disarankan untuk menukar air coolant setiap 60,000 km.
Kesimpulanya, pilihlah kereta mengikut kemahuan and kemampuan kewangan masing-masing. Jika anda belum mampu untuk beli kereta, tidak salah untuk beli motosikal dulu. Anda bukan sahaja dapat jimat kos minyak motor malah kos penyelenggaraan juga mampu milik. Ada beberapa cara terbaik untuk anda yang mahu berjimat, beli motor loan kedai ataupun dapatkan pembiayaaan peribadi daripada pemberi pinjaman wang berlesen. Kadar untuk kedua-dua pembiyaan ini juga tidak jauh beza daripada loan kedai motor.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 15 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 22 April 2024).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.