Marketing
Ada tak cara mudah nak keluarkan duit ASB online dengan menggunakan aplikasi dari telefon pintar anda?
Kebanyakkan orang menggunakan ASB sebagai dana pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Namun pastinya dengan keadaan kegawatan ekonomi yang semakin menekan, masyarakat terpaksa menggunakan sebahagian simpanan ASB atau mohon pinjaman peribadi untuk keperluan kewangan segera.
Jika dulu kita terpaksa pergi ke kaunter perkhidmatan ASB, mengambil nombor giliran, beratur seorang demi seorang hanya semata-mata untuk mengeluarkan duit ASB. Namun hari ini, kaedah yang lebih mudah dan efisien melalui online dianggap sesuatu yang sangat membantu masyarakat berurusan dengan pihak tertentu walau dimanapun mereka berada.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda panduan lengkap tentang pengeluaran ASB online.
Sebelum anda belajar cara keluarkan duit ASB online, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membuat pendaftaran di myASNB.
Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan anda untuk membuat pelaburan secara online tetapi juga menyemak baki pelaburan di dalam akaun, melakukan transaksi dan urusniaga dengan percuma, dan pelbagai lagi inisiatif menarik.
Berikut adalah cara daftar ke dalam myASNB:
Selesai mendaftar ke dalam aplikasi akuan myASNB, kini anda boleh belajar tentang cara keluarkan duit ASNB online.
Berikut adalah cara keluarkan duit ASNB online:
1.Log in ke dalam aplikasi MyASNB atau portal myASNB di pautan https://www.myasnb.com.my/
2. Kemudian, klik pada butang “Jualan Balik” atau “Redemption”
3. Anda akan dibawa ke page ““Jualan Balik” atau “Redemption”. Klik pada pilihan dana yang diinginkan.
4. Seterusnya, masukkan jumlah unit yang ingin dijual balik. Anda boleh memilih RM100, RM300, RM500, atau jumlah lain yang perlu diisi. Jika sudah lengkap, “tick” pada persetujuan di bawah dan klik butang “Next”.
5. Anda akan dibawa ke page “Unit Holder Confirmation”. Klik pada butang “Submit”.
6. Semak semula butiran bank untuk pemindahan dana. Anda akan diberikan pilihan sama ada membuat verifikasi melalui aplikasi myASNB atau SMS TAC
7. Notifikasi verifikasi akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan.
8. Masukkan nombor TAC atau sahkan notifikasi yang dihantar bagi tujuan pemprosesan keluar duit.
Duit ASNB yang anda keluarkan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Boleh juga berlaku duit tidak dikreditkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa alasan yang dinyatakan iaitu:
Namun sekiranya proses pengkreditan tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam tabung unit amanah saham dalam tempoh 10 hari bekerja.
Mengikut terma dan syarat 2024 yang ditetapkan oleh pihak ASB, had maksimum pengguna boleh mengeluarkan ASB secara dalam talian sebanyak RM2,000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB.
Walau bagaimanapun, tiada had jualan balik jika proses urus niaga tersebut dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Berikut ini adalah contoh urusniaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Jun:
Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Februari | Status Urus Niaga |
4/6 | ASB | RM 1,000.00 | RM 1,000.00 | Berjaya |
17/6 | ASB 3 Didik | RM 1,000.00 | RM 1,000.00 | Berjaya |
25/6 | ASN | RM 500.00 | RM 0.00 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 25 Jun tidak berjaya disebabkan oleh pemegang unit telah mencapai had maksimum RM 2,000.000 bagi bulan Jun.
Di samping itu juga, anda juga perlu faham bahawa terdapat had bilangan urus niaga ASB. Di mana urus niaga jualan balik dihadkan maksimum sebanyak 3 kali sahaja bagi setiap bulan.
Berikut ini adalah contoh urusniaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Jun:
Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik | Baki Bilangan Urus Niaga Jualan Balik yang dibenarkan bulan Jun | Status Urus Niaga |
4/6 | ASB | RM 1,000.00 | 2 | Berjaya |
10/6 | ASB 3 Didik | RM 500.00 | 1 | Berjaya |
17/6 | ASB | RM 200.00 | 0 | Tidak Berjaya |
25/6 | ASN | RM 500.00 | 0 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 17 Jun dan 25 Jun tidak berjaya disebabkan oleh pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih dari 3 kali dalam bulan Jun.
Selain keluarkan duit secara online, anda juga boleh keluarkan duit ASNB secara offline melalui Pejabat Pos Malaysia. Berikut adalah caranya:
Waktu Pengeluaran ASB Di Pejabat Pos
Had Pengeluaran Duit ASB Di Pejabat pos
Selain pejabat pos, pengguna boleh menggunakan kaedah keluarkan duit ASB di mana-mana kaunter bank berdekatan. Berikut adalah caranya:
Senarai Bank Keluarkan Duit ASB
Had Pengeluaran Duit ASB Di kaunter Bank
Jika anda memilih untuk melabur atau mengeluarkan duit dari akaun ASB, terdapat beberapa kesan yang mungkin berlaku:
1.Pendapatan Dividen
Jika anda mengeluarkan duit dari akaun ASB, jumlah yang anda keluarkan akan berkurang daripada jumlah pelaburan awal anda.
Ini bermakna, jika duit yang dikeluarkan adalah daripada dividen yang diperoleh, pendapatan dividen yang akan diterima pada masa hadapan mungkin akan berkurang.
2. Jangka Masa Pelaburan
Jika anda mengeluarkan duit dari akaun ASB sebelum jangka masa pelaburan yang disyaratkan, anda mungkin akan dikenakan penalti atau bayaran tambahan. Ini bergantung kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh PNB
3. Keperluan Kewangan
Mengeluarkan duit dari akaun ASB boleh memberi manfaat kepada keperluan kewangan anda pada masa kini. Anda boleh menggunakan duit tersebut untuk pelbagai tujuan seperti membayar hutang, membiayai pendidikan, atau memenuhi keperluan kecemasan.
Namun, anda perlu mengambil kira kesan jangka panjang dari pengurangan jumlah pelaburan anda.
4. Potensi Pertumbuhan Pelaburan
Jika anda mengeluarkan duit dari akaun ASB, anda akan hilang potensi pertumbuhan pelaburan yang akan berlaku pada duit yang dikeluarkan itu. ASB biasanya memberikan pulangan pelaburan yang stabil dan menguntungkan dalam jangka masa panjang.
Jika anda mengeluarkan duit sebelum ia mencapai kematangan, anda mungkin akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka panjang.
5. Penalti atau Bayaran Tambahan
Bergantung kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh PNB, mengeluarkan duit dari akaun ASB sebelum jangka masa pelaburan yang disyaratkan mungkin akan menyebabkan anda dikenakan penalti atau bayaran tambahan.
Ini boleh mengurangkan jumlah yang akan anda terima dan mempengaruhi pulangan pelaburan anda.
Sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan duit dari akaun ASB, adalah penting untuk mempertimbangkan kesan jangka panjangnya. Anda boleh berunding dengan penasihat kewangan atau memahami terma dan syarat yang dikenakan oleh PNB.
Setiap keputusan perlukan pertimbangan yang teliti dan sesuaikan dengan keperluan kewangan peribadi anda.
Sekiranya anda masih tidak pasti dan rasa susah dengan cara pengeluaran duit ASB secara online, cuba dengar sendiri pengalaman pengguna lain dalam menggunakan aplikasi ASB online. Pengguna dengan username Lisa.Zyndoc ada kongsikan pengalaman positif dalam mengeluarkan duit ASB secara online di aplikasi Lemon8.
Setelah memuat turun aplikasi ASB online, beliau hanya perlu memilih bahagian 'jualan balik' dan jumlah yang ingin dikeluarkan. Perlu diingatkan bahawa had pengeluaran dalam sebulan adalah sehingga RM2,000 tanpa caj tambahan. Minimum pengeluaran pula adalah RM100, jadi beliau boleh melakukan hingga tiga transaksi dalam tempoh tersebut, dengan syarat jumlah keseluruhan tidak melebihi RM2,000. Selepas pengesahan TAC berjaya, beliau menerima mesej yang mengesahkan bahawa permohonan berjaya dan duit akan dikreditkan ke akaun bank pada hari bekerja seterusnya.
Beliau berpuas hati dengan proses yang mudah dan mesra pelanggan kerana duit yang dikeluarkan biasanya akan dimasukkan ke akaun dalam tempoh kurang dari separuh hari selepas transaksi. Jadi kaedah pengeluaran ini lebih sesuai untuk anda yang perlukan duit segera kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter
Untuk maklumat lanjut mengenai cara keluarkan duit ASB atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan ASB, anda boleh merujuk kepada butiran di bawah ini:
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
Mohon Pinjaman PeribadiA UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.