Marketing
Baru-baru ini viral kes seorang pakar perubatan terkenal, selepas memuatnaik status kekecewaan beliau di Facebook selepas duit di akaun simpanan CIMB miliknya hilang sebanyak RM13,000.
Menurutnya, beliau sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Namun, hari ini sangat sangat kecewa dengan bank berkenaan kerana langsung tidak memiliki langkah keselamatan.
Walau bagaimanapun, kes ini dikhabarkan berpunca daripada link yang ditekan oleh beliau beberapa hari sebelum duit tersebut “lesap”.
Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata beliau dihubungi CIMB yang mengatakan dia tertekan link beberapa hari lepas.
“Terima kasih CIMB kerana menelefon saya. Katanya, saya tertekan link beberapa hari yang lepas. Link ini membolehkan satu lagi device telefon iphone 6 untuk register akaun saya,” katanya dalam kiriman ketiganya mengenai isu kehilangan wang RM13 ribu dari akaunnya awal pagi semalam.
Namun beliau berkata bagaimana keadaan itu boleh senang sangat berlaku sedangkan dia sudah memiliki akaun bank berkenaan sejak hampir 30 tahun lalu dan tidak pernah mendaftarkan dua phone untuk akaunnya.
Memandangkan isu ini tengah hangat, ramai yang pertikaikan macam mana scammer memindahkan duit ke akaun lain tanpa menghantar TAC. Ini berlaku kemungkinan akaun bank anda sudah pun dipautkan dengan peranti yang digunakan oleh ‘scammer’ atau penipu online tanpa anda sedar.
Bagi pengguna CIMB Clicks yang ingin memastikan akaun bank tidak dipautkan atau di “link” kan selain peranti yang didaftarkan, di sini kami sediakan cara mudah untuk anda semak akses telefon lain di akaun “online banking” CIMB untuk elak duit hilang dan ditipu scammer.
1. Login apps CIMB anda dan Slide ke tepi untuk pergi ke Setting.
2. Tekan pilihan Setting
3. Kemudian, lihat di bahagian “Other Registered Device” untuk menyemak jika ada peranti lain yang didaftarkan di bawah ID CIMB Clicks pengguna.
4. Jika ada peranti yang mencurigakan dalam senarai tersebut, padam peranti tersebut dengan cara pilih peranti yang ingin dipadam > leret ke tepi > tekan simbol padam. Akhir sekali tekan “Yes” dan peranti yang tidak diingini akan segera dinyahaktif dari senarai tersebut.
Namun, jika anda masih lagi kurang pasti dengan langkah pencegahan ini, boleh hubungi pusat khidmat pelanggan CIMB dengan kadar segera di talian 03-62047788. Harap ikhtiar ini dapat menguatkan lagi keselematan akaun ‘online banking’ anda.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi untuk pinjaman bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami bantu cari, banding & mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95 setahun% atau secepat 2 hari bekerja.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.