Branded Content Specialist
Harga barang yang semakin meningkat membuatkan ramai jadi lebih berjimat dalam berbelanja. Kalau zaman dulu mungkin dengan RM50 boleh penuh satu troli di pasar raya, sekarang memang tak lah kan. Mungkin dengan RM50 tu boleh dapat penuhkan satu bakul je.
Lebih-lebih lagi kalau yang duduk di tengah bandar, memang perlu mengikat perut demi kelangsungan hidup. Oleh itu, baru-baru ini team marketing Direct Lending mencuba cara survive dengan RM10 sehari saja di Kuala Lumpur.
Nampak macam tak boleh survive kan? Tetapi sebenarnya ada yang berjaya belanja tepat-tepat RM10 sehari tau. Semua yang join RM10 challenge ini diberi cabaran untuk membelanjakan wang sebanyak RM10 dalam masa sehari untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Untuk sarapan, Mandy selalunya tidak makan sarapan jadi dia memilih untuk membancuh kopi di pantri office. Sera pula memilih untuk makan jajan yang ada di pantri juga untuk jimat dengan bajet RM10. Manakala, Niki pula belanja sebanyak RM2.30 untuk makan roti canai di kedai mamak yang berdekatan dengan rumahnya.
Untuk makan tengah hari, mereka semua memilih untuk makan di Burger King. Kesemuanya memilih untuk order makan burger ayam saja. Menu Rahmah Burger King ini memang ada dalam set bersama mineral. Walaupun tiada kentang, tapi set burger ini sangat berbaloi dengan harga RM5. Daging ayam juga tebal dan sayur yang banyak!
Untuk makan malam pula, Mandy dilihat makan burger Menu Rahmah lagi sekali yang dibungkusnya di Burger King siang tadi. Sera dan Niki pula membeli Maggi yang berdekatan dengan rumah saja untuk jimat sikit untuk kos makan malam. Selepas beli makanan untuk dinner, Sera masih ada baki RM1.10 daripada bajet RM10 siang tadi. Mandy pula menggunakan RM10 secukupnya dan Niki berbelanja lebih sedikit berbanding yang lain.
Challenge RM10 ini dimenangi oleh Mandy dan Sera kerana mereka dapat berbelanja bawah RM10. Secara konklusinya, mereka dapat boleh survive dengan RM10 sehari di KL. Hasil challenge ini mungkin berbeza untuk setiap individu yang boleh skip breakfast, ada pula yang kena makan nasi setiap hari. Apa-apa pun semua bersyukur kerana dengan adanya Menu Rahmah membolehkan mereka isi perut dan berjimat dalam kehidupan seharian.
Nak belajar berjimat dan cara untuk survive? Jom #RAHMAHBERSAMADL. Kempen Rahmah Bersama DL ini akan berkongsi tips kewangan dan belanjawan yang mesra poket sepanjang bulan Mac ini. Stay tune untuk konten yang lebih menarik di media sosial DL! Nak tahu antara konten menarik? Ini antaranya:
Tunggu apa lagi? Jom follow media sosial Direct Lending sekarang untuk tips kewangan dan belanjawan melalui kempen #RAHMAHBERSAMADL!
Ell is a branded content specialist who works in the leading digital publisher in Malaysia for 2 years. Graduated from University Malaya. She is a versatile content writer who can switch her tone and language style swiftly including branded and editorial content.