Marketing
Bagaimanakah cara selesaikan hutang along yang betul dan berkesan? Masih ramai orang yang tidak berfikir panjang bila urgent perlukan duit. Sebelum ni kami selalu kongsikan tips untuk mohon pinjaman peribadi lebih selamat, tapi kali ini lebih kepada 'merawat' bukan mencegah terutamanya untuk anda yang mungkin sudah terlanjur ada hutang along.
Hal in kerana, ada yang tidak sedar pun mereka sebenarnya berhutang dengan Along, dan interest yang dikenakan tidak masuk akal. Tetapi kerana memang terdesak, mereka sanggup mengambil risiko. Bila sudah terlanjur buat pinjaman, mahu tidak mahu tetap kena tanggunglah risiko yang bakal dikenakan.
Oleh itu, di sini ada beberapa cara selesaikan hutang along yang boleh anda praktikkan untuk langkah keselamatan diri dan keluarga.
Pakar kewangan menjelaskan ada beberapa faktor utama yang membuatkan masyarakat cenderung untuk membuat pinjaman Along. Antaranya kerana:
Ada dua modus operandi Along iaitu beroperasi secara haram dan gunakan cara yang tidak jujur untuk paksa orang bayar hutang.
Walaupun kebanyakkan orang tahu benda ini tapi ramai sahaja yang masih buat pinjaman dengan Ahlong. Hal ini kerana mereka terdesak untuk dapatkan pinjaman segera sehingga sanggup pinjam duit dengan Ahlong
Statistik yang dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, menunjukkan sebanyak 1,784 kes Ahlong dengan pinjaman lebih RM8.8 juta dilaporkan sejak 2020.
Antara risiko lain apabila anda buat pinjaman Along adalah seperti yang berikut:
Terma sepuluh tiga atau kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam adalah jumlah yang sangat tidak adil.
Kadar faedah sepuluh tiga ini bermaksud faedah sebanyak 30% untuk sebulan dalam setiap transaksi peminjaman wang.
Sebagai contoh sekiranya anda buat pinjaman sebanyak RM500 daripada Along.
Jumlah dipinjam: RM500
Faedah yang dibayar (sebulan) 30% = 30/100 x RM500 = RM150
Faedah untuk pinjaman 12 bulan = RM150 x 12 = RM1800
Jumlah keseluruhan = Faedah pinjaman 12 bulan + Jumlah dipinjam
= RM1800 + RM500 = RM2300
Jelaskan, memang sangat jauh kadar yang perlu anda bayar berbanding jumlah pinjaman yang mula-mula anda pinjam tadi.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa kadar faedah lai yang dikenakan Along seperti sepuluh empat dan sepuluh lima yang ke semuanya memberi manfaat kepada Along seorang.
Mereka juga memperkenalkan konsep pinjaman hari-hari iaitu konsep faedah harian ke atas pinjaman kecil, dan sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan khususnya apabila mereka menyasarkan golongan yang susah dan terdesak seperti pekerja buruh, petani dan peniaga kecil-kecilan.
Apabila peminjam tidak mampu untuk membayarnya, maka hutang dan faedah akan dibawa ke hari-hari seterusnya menyebabkan ia semakin bertambah dan berisiko.
Seperti biasa, pinjaman Along menjanjikan anda dengan pelbagai janji-janji manis yang mudah membuatkan mangsanya tergoda untuk meminjam.
Salah satunya dengan Along tidak mempunyai terma dan syarat yang sangat jelas sebelum anda menandatangani perjanjian pinjaman.
Hal ini pastinya tidak berlaku sekiranya anda membuat pinjaman wang daripada bank atau institusi kewangan seperti syarikat peminjam wang yang berlesen.
Liciknya mereka, mereka tidak akan memaklumkan dengan jelas tentang kos dan caj yang berkemungkinan mungkin dikenakan.
Bahkan setiap peraturan pembayaran dan kadar faedah yang ditentukan boleh berubah-ubah bila-bila masa sahaja tanpa halangan kerana tidak didokumenkan secara hitam putih untuk tujuan perbuktian.
Along suka mengambil barangan peribadi sebagai cagaran atau wang jaminan. Kad pengenalan, passport, dan kad ATM akan dirampas oleh mereka walaupun ia menyalahi undang-undang.
Contohnya, Ahlong gunakan taktik licik ambil kad ATM peminjam untuk memudahkan mereka dapatkan wang setiap kali gaji peminjam masuk.
Bukan itu sahaja, ada setengahnya juga yang menggunakan kad ATM ada untuk judi online atau kegiatan landing scam. Memang bahaya!
Bayangkan, kalau apa-apa terjadi dengan kad ATM anda, akhirnya anda juga yang kena bertanggungjawab. Inilah beza Ahlong dan pinjaman berlesen yang sah.
Lagi cepat anda selesaikan hutang dengan Along, lagi rugi mereka kerana meminjamkan duit kepada anda. Justeru itu, bayaran balik secara lump sum adalah tidak dibenarkan.
Hal ini kerana, tempoh pinjaman yang lama akan memberi manfaat kepada Along untuk mengutip faedah yang tinggi bersama hutang kepada anda.
Pembayaran secara lump sum akan melibatkan pembayaran faedah yang rendah, walaupun kadar faedah yang mereka kenakan adalah tinggi. Sekaligus, merugikan mereka.
Apa sahaja akan dibuat oleh Along untuk mengaut keuntungan daripada anda walaupun tindakan tersebut kejam dan licik.
Mereka tidak peduli tentang kesempitan hidup atau masalah yang anda hadapi. Mudahnya, jika anda gagal melangsaikan hutang, Along akan kejar dan cari anda sampai ke lubang cacing.
Bila anda buat pinjaman peribadi dengan Along, anda akan berhadapan dengan terma dan kadar faedah yang memang tidak masuk akal.
Apa yang akan terjadi bila anda tidak mampu untuk membayar? Anda akan ditekan oleh Along sehingga mendesak anda untuk meminjam dengan Along lain untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Jika kita lihat di dada akhbar setiap hari, ada sahaja kisah-kisah keganasan tentang pemungut hutang, simbahan cat merah, pos peluruh hidup, merosakkan harta benda, memecahkan barangan dalam rumah, membakar perabot di rumah, serta tindakan-tindakan yang mengaibkan peminjam yang tidak membayar hutang.
Justeru, ini seolah-olah meletakkan anda dan keluarga anda di dalam bahaya. Ancaman dan ugutan adalah taktik yang sering digunakan, dan mampu membawa kepada keganasan.
Tambahan pula, mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat ancaman kepada ahli keluarga anda sendiri.
Apabila anda sudah terlanjur pinjam dengan Along, bertenang jangan panik dulu. Ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk elak anda tanggung beban fizikal dan mental yang berterusan.
Perkara pertama yang boleh anda buat adalah menyenaraikan hutang bagi memudahkan anda memantau jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan.
Anda boleh gunakan aplikasi kewangan ke telefon pintar untuk memantau hutang tersebut.
Apabila siap membuat senarai hutang, buat sekali jadual bayaran yang lengkap dan padat. Masukkan tarikh bayaran dan jumlah wang yang perlu dibayar.
Hal ini sedikit sebanyak akan membantu untuk anda menyelesaikan hutang pada waktu yang ditetapkan.
Hari ini, setiap orang perlukan pendapatan tambahan untuk menampung hidup mereka dengan ekonomi sara hidup yang semakin tinggi. Apatah lagi jika anda mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan.
Terdapat banyak pekerjaan sampingan yang tersedia di Malaysia boleh anda lakukan seperti bekerja sebagai freelancer, menjadi pemandu e-hailing, buat bisnes online, menjadi tutor dalam talian, buat affiliate marketing, dan sebagainya.
Tambahan lagi, jika anda mempunyai sebarang kebolehan atau skill untuk melakukan sesuatu di luar zon selesa anda, inilah peluang terbaik untuk anda cuba.
Cuba selesaikan hutang Along ikut tempoh dan jumlah yang dah dijanjikan. Adat berhutang mestilah kena bayar, lebih-lebih lagi berhutang dengan ceti haram.
Ada orang bayar hutang dari muda sampai ke tua memang tidak pernah skip, tetapi hutang tidak pernah habis. Ini semua sebab ada interest dan kos-kos tersembunyi lain yang dikenakan Along. Sebab itulah hutang anda tidak pernah selesai.
Walau bagaimanapun, mahu tidak mahu anda perlu bayar balik juga. Dan yang paling penting jangan pernah skip langsung bayar dan jangan lari dari bayar hutang.
Setiap kali selepas selesai bayar, jangan lupa buat rekod, simpan dan catat segala perjanjian hutang yang dibuat.
Supaya Along tak mudah memperkotak-katikkan atau amik kesempatan dekat anda, yang mana ini jelas sangat berbeza dengan modus operandi pinjaman peribadi yang boleh dipercayai.
Apabila anda tidak dapat bayar balik hutang, Along biasanya akan gunakan ancaman dan ugutan yang boleh membawa kepada keganasan.
Apa yang lebih teruk, mereka tidak akan ragu-ragu melibatkan ahli keluarga anda untuk memaksa anda atau keluarga menyelesaikan hutang tersebut.
Jika perkara ini terjadi, anda boleh buat laporan polis untuk polis buat tindakan awal yang sepatutnya.
Mengikut Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen 1951, individu yang mengganggu dan mengugut peminjam wang adalah merupakan satu kesalahan jenayah.
Anda tahu atau tidak, terdapat beberapa NGO dekat Malaysia ini yang boleh bantu mangsa-mangsa yang terjerat dengan Along?
Agensi ini boleh jadi pilihan pertama anda, bila anda mula rasa tidak boleh handle atau sudah buntu cari cara untuk selesaikan hutang Along. Antara agensi yang dimaksudkan ini adalah seperti
Elakkan dari cuba menyelesaikan masalah ini sendiri kerana dikhuatiri apa yang berlaku kepada anda akan bertembah teruk.
Memang bukan mudah untuk memohon bantuan, tetapi setidaknya anda boleh pastikan keselamatan dan keamanan diri terjamin dengan bantuan NGO ini.
Kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan diri dari membuat pinjaman Along. Sekiranya sangat perlukan pinjaman wang sekalipun, carilah pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai.
Bagi anda yang saat ini, sedang terjerat dengan hutang pinjaman peribadi, jangan biarkan masalah hutang mempengaruhi hidup anda. Usahakan untuk menyelesaikan hutang dan jalanilah hidup yang lebih bebas dari beban serta masalah kewangan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.