Marketing
Niat nak jadi usahawan berjaya tu memang ada, tapi ramai yang sangkut bila nak buka perniagaan sendiri. Salah satu sebab utama adalah, kekurangan modal perniagaan. Walaupun nak buka bisnes kecil-kecilan memang kena ada modal juga. Dah nama pun bisnes, mestilah kena keluar modal baru dapat untung kan? Selain membuat pinjaman perniagaan SME, memohon pinjaman TEKUN atau MARA ada juga alternatif lain untuk kumpul modal bisnes. Jadi, ini adalah cara-cara memulakan perniagaan sendiri untuk yang tengah cari modal.
Cara pertama anda memang kena mula untuk cari kerja dan kumpul duit. Kalau tidak kerja macam mana nak dapat duit kan? Lainlah kalau memang ada keluarga yang boleh sediakan modal untuk anda mulakan perniagaan walaupun bisnes kecil-kecilan saja. Tapi, kalau anda memang mula dari bawah, kunci utama memang kena rajin. Jangan malu atau segan walaupun anda buat job kecil-kecilan saja, asalkan ianya dapat bantu untuk kumpul modal perniagaan. Bonus kalau anda dapat bekerja dalam bidang perniagaan yang anda memang minat atau pun merancang untuk buka bisnes tersebut.
Pengalaman dapat, modal pun dapat. Bak kata orang, pengalaman tu tiada harganya! Contoh, anda berminat untuk ada perniagaan kedai kopi anda boleh bekerja di mana-mana cafe yang anda suka untuk tambah ilmu perniagaan dan pengalaman. Masuk gaji terus simpan dan kumpul sebagai modal, jangan pula guna untuk benda yang tak penting. Kena disiplin dan kuat semangat, kalau tidak makin lambat lah anda dapat capai target untuk memulakan perniagaan.
Cara simpan duit gaji mungkin berbeza untuk setiap individu disebabkan jumlah pendapatan yang berbeza. Berdasarkan bajet kewangan rule 50/30/20, Jika anda mempunyai gaji bersih RM3,000 anda boleh simpan sekurang-kurangnya 20% daripada gaji untuk tambah modal perniagaan. Jika anda tidak mempunyai komitmen yang besar, anda boleh juga cuba simpan 50% daripada gaji. Cara ini anda akan dapat kumpul modal bisnes dengan lebih cepat.
Kalau anda ada masa extra untuk buat side job, walaupun ada pekerjaan tetap apa salahnya buat job tepi-tepi. Pendapatan daripada side job ini pun boleh menambahkan lagi modal bisnes anda. Sekarang memang banyak sangat peluang untuk anda buat side income. Kalau boleh cari side job yang anda memang minat dan memang ada pengalaman. Sebab bila anda memang minat dan tahu buat side job tu, tidaklah terasa tertekan dan penat sangat.
Sebagai contoh, kalau anda memang ada pengalaman dan minat dalam video editing, ataupun anda ada skil dalam photography, anda boleh cari kerja freelance dan part time untuk jana pendapatan. Jika anda tiada masa untuk buat side job offline, boleh juga cuba untuk buat side job online seperti menjadi affiliate atau menjawab online survey. Ada banyak platform side income yang anda boleh cuba, seperti GoGet, Swifty etc.
Pendapatan yang anda terima daripada side job ini boleh membantu untuk menambahkan lagi modal bisnes anda. Tapi, jika anda buat kerja ini secara part time, anda mungkin tidak akan dapat kumpul amaun yang banyak dan tetap setiap bulan. Jadi, tips mula bisnes seterusnya adalah untuk memohon bantuan atau pun pinjaman perniagaan.
Kalau sudah buat kedua-dua tips di atas tapi masih tak cukup modal untuk memulakan perniagaan sendiri, anda boleh cuba untuk mohon pinjaman perniagaan daripada agensi kerajaan. Selalunya pinjaman perniagaan ini adalah skim untuk tambah modal bisnes yang disediakan khas untuk bumiputera Malaysia untuk menggalakkan ramai lagi golongan bumiputera menceburi bidang keusahawanan. Ada beberapa pinjaman perniagaan daripada TEKUN Nasional, MARA, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), TERAJU dan banyak lagi yang anda boleh mohon.
Kelebihan pinjaman perniagaan daripada agensi kerajaan ini adalah kadar faedah yang ditawarkan lebih rendah berbanding pinjaman perniagaan dengan bank, dan ianya juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Kebanyakkan pinjaman perniagaan ini selalunya meletakkan syarat kelayakan seperti perniagaan haruslah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan. Ada juga agensi kerajaan ini yang akan melawat tapak perniagaan anda untuk nilai kelayakan pinjaman yang sesuai untuk anda mohon. Sebagai contoh, pinjaman TEKUN mereka akan melawat lokasi perniagaan anda sebelum melulusan pinjaman agar memastikan amaun pinjama yang anda mohon tidak lebih dan juga tidak kurang.
Jadi, pinjaman ini pun sesuai kalau anda memang sudah mula berniaga dan ingin mengembangkan perniagaan atau ingin menambahkan modal kerja. Cara untuk mohon pula ada yang melalui online, ada yang memang kena melawat pejabat terdekat untuk isi borang pembiayaan. Anda boleh layari laman web agensi kerajaan ini untuk info lanjut mengenai pinjaman perniagaan yang ditawarkan.
Macam mana pula untuk yang nak jadi usahawan tapi bukan bumiputera? Jangan risau, ini pula alternatif selain daripada memohon pinjaman perniagaan dengan agensi kerajaan. Anda boleh menambah modal perniagaan dengan memohon pembiayaan melalui platform Direct Lending. Pinjaman PKS Mikro ini memang ditawarkan khas untuk semua jenis syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.) yang berdaftar dengan SSM.
Pinjaman PKS Mikro ini sesuai untuk usahawan yang sudah beroperasi minimum 6 bulan dan perlukan modal tambahan untuk kembangkan bisnes kerana anda boleh mohon pinjaman sehingga RM200,000 dan kadar faedah pun bermula dari 0.8% sebulan. Anda tak perlu pergi ke mana-mana cawangan, anda boleh mohon pembiayaan perniagaan ini secara online saja. Proses kelulusan pun secepat 3 hari.
Antara dokumen ringkas yang diperlukan:
Syarat kelayakan untuk mohon:
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut anda juga boleh hubungi kami melalui WhatsApp.
Kalau anda memang start dari zero maksudnya belum start beroperasi dan baru nak mulakan bisnes, kami faham mungkin pinjaman perniagaan daripada agensi kerajaan sedikit susah untuk lulus. Oleh itu, anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan tujuan untuk memulakan perniagaan. Berbanding dengan pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi ini lebih fleksibel kerana hanya perlukan dokumen ringkas seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji/ penyata KWSP dan penyata bank. Biasanya pinjaman peribadi ini tidak bercagar akan ditawarkan kepada pekerja swasta dan kakitangan kerajaan. Jika anda perlukan modal perniagaan segera, anda boleh mohon pinjaman wang berlesen atau pinjaman koperasi secara online melalui platform Direct Lending.
Kalau anda mohon pinjaman peribadi bank dan koperasi, anda boleh terima kadar faedah serendah 2.31% setahun untuk amaun pinjaman sehingga RM250,000 bergantung dengan profile kewangan dan kredit anda. Pinjaman bank dan koperasi ini hanya dibuka untuk Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih dengan status bekerja tetap minimum 3 bulan.
Bagi pemohon yang bekerja di sektor swasta, anda boleh mohon amaun yang kecil sebagai modal bisnes daripada kredit komuniti. Pinjaman wang berlesen sehingga RM20,000 dengan kadar faedah 1.5% sebulan disediakan tanpa cagaran. Apa yang penting anda sudah bekerja minimum 3 bulan, dan jika anda berstatus kontrak baki tempoh kontrak ada lagi 6 bulan dan ke atas.
Semua permohonan pinjaman peribadi ini juga tidak meminta apa-apa wang pendahuluan atau pun caj servis. Mohon pinjaman peribadi atas tujuan perniagaan adalah percuma. Kalau anda boleh sediakan dokumen yang lengkap, anda boleh terima wang pinjaman secepat 2 hari bekerja saja.
Cara lain untuk memulakan perniagaan sendiri juga adalah dengan memohon bantuan perniagaan daripada kerajaan. Setiap kali pembentangan belanjawan negara, kerajaan memang akan sediakan bajet untuk membantu para peniaga dan usahawan yang nak mulakan perniagaan. Permohonan bagi bantuan dana tambahan untuk peniaga ini selalunya dibuka dalam tempoh masa yang terhad saja dan jumlah amaun bantuan rendah berbanding dana daripada pinjaman perniagaan.
Sebagai contoh, Geran Khas Prihatin 2023 yang memberi bantuan kewangan one-off RM1,000 kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro untuk meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan mereka. Buat masa ini, permohonan baru untuk GKP 2023 masih belum dibuka tapi anda boleh rujuk pengumuman di website hasil.gov.
Anda juga boleh stay tuned dengan bantuan kewangan untuk modal bisnes yang akan disediakan dibawah Bantuan Kewangan & Pembiayaan Untuk Perniagaan & Majikan dalam initiatif Belanjawan 2023: Malaysia Madani. Antara Skim Bantuan Belanjawan 2023 yang akan dibuka untuk semua usahawan:
Setakat ini saja alternatif cara memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2023. Buat masa ini kami akan kemaskini artikel ini jika ada apa-apa bantuan perniagaan yang terbaru sebagai rujukan anda. Kami harap anda akan lebih semangat untuk memulakan bisnes dan tidak berputus asa untuk mengembangkan perniagaan anda.
Ya betul, menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah suatu proses yang kadang kalanya cepat dan ada kalanya lambat. Memetik ayat dari Jack Ma, Never give up. Today is hard, tomorrow will be worse, but the sun will shine the day after tomorrow! Seperti mana kata-kata pengasas kepada Ali Baba ini, perniagaan dan keusahawanan bukannya satu perjalanan yang mudah.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi cepat, mudah dan selamat untuk pekerja swasta dan kakitangan kerajaan.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.