Author
Siapa je yang tak suka melancong kan, berjalan-jalan dengan family ke, pasangan ke ataupun dengan kawan-kawan untuk hilangkan stress kerja, stress belajar dan sebagainya.
Tapi tulah bila fikir nak melancong of course poket nak kena tebal sikit, lagi-lagi part nak cari tiket flight murah tu, memang pening nak survey satu-satu.
Harga pulak beratus, beribu tu memang tak lari lah. Kalau nak balik kampung pun lagilah susah, dahlah harga mahal, memang semua urgent nak duit extra untuk tanggung kos tiket flight tu kan.
Jadi harini kami nak share cara atau travel hacks untuk anda dapatkan harga tiket flight murah serendah RM 0 je tau! Boleh save siap-siap dan share artikel ni dekat travel partner anda nanti.
Zaman dah berubah. Kalau dulu anda perlu beli tiket secara manual di kaunter lapangan terbang. Tetapi sekarang anda hanya perlu cari destinasi di google dan book secara online. Nak lagi mudah, anda hanya perlu download apps syarikat penerbangan di dalam telefon. Ada banyak kelebihan booking tiket di aplikasi.
Selain booking tiket kapal terbang, anda boleh tahu promosi terbaru, pakej pelancongan, dan pelbagai kelebihan lain mengikut syarikat penerbangan tersebut. Contohnya, anda boleh semak harga tiket airasia dari semasa ke semasa menggunakan aplikasi AirAsia MOVE.
Cara pertama yang anda boleh guna adalah membeli tiket melalui Skyscanner. Kalau syarikat Trivago membandingkan hotel, Skyscanner ni pula dia bandingkan harga dan beri pilihan tiket flight murah yang berada di pasaran. Tak perlu dah kita nak pergi ke tab and survey harga tiket flight murah satu persatu.
Mereka juga ada tawarkan servis lain seperti bantu cari hotel penginapan untuk anda tinggal sepanjang tempoh percutian anda, dan juga kereta sewa yang boleh digunakan sebagai kenderaan sementara sewaktu melancong di destinasi idaman anda nanti. Memang complete set syarikat ni sediakan.
Anda boleh pilih samada ingin tempah tiket flight murah melalui website mereka di Google ataupun muat turun aplikasi Skycanner di Apple App Store (Iphone) dan Google Play store (Android). Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Skycanner.
Sekiranya anda masih tidak mempunyai destinasi yang ingin dituju, masukkan sahaja “everywhere” pada search box.
Pilihan ini sesuai bagi sesiapa yang inginkan tiket murah tapi masih belum ada tarikh percutian yang tetap.
Aplikasi ini akan paparkan senarai tempat beserta harga termurah yang anda boleh dapat bagi bulan tersebut. Kemudian pilih sahaja lokasi yang anda berhajat untuk melancong.
Sebagai contoh di sini, pilihan lokasi yang dipilih adalah ke Singapore. Jadi, tarikh-tarikh penerbangan ke sana akan dipaparkan mengikut harga yang paling murah. Dan dari sini, anda boleh pilih tarikh dan banding harga yang sesuai dengan bajet anda.
Setelah anda check maklumat penerbangan tersebut, anda boleh tekan “Choose a Provider” untuk pilih syarikat ataupun travel agency yang tawarkan pakej harga yang termurah. Sebagai contoh di sini, travel agency eDreams menawarkan kos tiket yang termurah berbading agensi-agensi yang lain.
Seterusnya, anda akan dibawa ke website provider tersebut dan boleh membuat pembayaran secara dalam talian seperi biasa.
Hopper ni pula satu aplikasi membantu anda cari tiket flight termurah berdasarkan preferensi anda. Selain menggunakan Skyscanner, ramai juga para traveller yang menggunakan aplikasi ini sebagai alternatif lain untuk travel secara bajet serta dapatkan harga tiket flight murah.
Harga tiket yang anda boleh dapat di aplikasi tersebut bermula serendah RM 0 tau jika mereka mengadakan promosi besar-besaran. Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Hopper.
Sebagai contoh di sini, destinasi yang dipilih adalah dari Penang ke Kuala Lumpur.
Sebagai contoh di sini kami memilih perkhidmatan daripada Mas Airlines.
Jika anda pertama kali menggunakan aplikasi Hopper, anda perlu masukkan maklumat diri atau penumpang seperti nama, nombor passport dan sebagainya.
Setelah anda selesai membuat pembayaran, anda akan dapat booking reference. Anda boleh masukkan booking reference tersebut dalam aplikasi syarikat penerbangan yang anda pilih. Sebagai contoh, di sini kami menggunakan Mas Airlines, jadi masukkan booking reference tersebut ke dalam aplikasi Mas Airlines dan selesai.
Jika anda tidak berminat untuk menggunakan dua aplikasi di atas, anda juga boleh menggunakan alternatif lain seperti Google Flights. Google flights adalah perkhidmatan carian tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket flight murah.
Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempunyai tarikh yang tetap, Google Flights akan mencadangkan masa terbaik untuk anda terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan dan jadual alternatif.
Bukan itu sahaja, Google Flights juga akan membantu anda dapatkan senarai tempat-tempat menarik pada destinasi yang anda tuju. Contohnya jika anda berminat untuk ke Korea tetapi anda masih kurang pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Seoul, Google Flights bakal membantu anda untuk cadangkan atau recommend tempat pelancongan hangat di sana.
Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana maklumat itu adalah berdasarkan data sahaja dan tidak 100% tepat sepanjang masa.
Di sini kami sediakan 9 langkah yang anda boleh ikut untuk beli tiket flight murah melalui Google Flights.
*Nota: Hanya gunakan google flights sebagai panduan atau reference untuk anda cari harga tiket flights termurah. Pembelian sebenar dibuat di website syarikat penerbangan pilihan anda.
Pilihan lain bagi anda yang inginkan tiket flight murah untuk kurangkan bajet travel adalah dengan menggunakan aplikasi seperti Air Asia & Mas Airline. Syarikat penerbangan tempatan ini terkenal dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana mereka kerap membuat promo mengikut masa dan musim-musim yang tertentu. Sebagai contoh, musim cuti sekolah, perayaan dan sebagainya.
Bagi anda yang belum tahu, kebiasaannya bagi syarikat penerbangan Mas Airline, harga tiket murah selalunya tiket yang dijual pada hari rabu. Bagi syarikat penerbangan Air Asia pula, promo seperti Air Asia Free Seats yang berakhir pada July lalu salah satu jenis promosi yang selalu dilancarkan oleh syarikat ini. Anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan Bigpay untuk kumpul dan dapatkan lebih points yang anda boleh tebus jika anda ingin membeli tiket flight yang lain pada masa depan menggunakan Air Asia.
Kebanyakkan orang akan menunggu info tentang promosi yang akan dibuat oleh syarikat penerbangan tempatan ini. Jadi, anda kena sentiasa bersedia dan peka dengan promosi-promosi yang mereka akan lancarkan untuk elakkan tiket flight murah tersebut habis dijual kerana demand untuk tiket flight bagi syarikat-syarikat ini sentiasa tinggi.
Untuk makluman anda, harga tiket kapal terbang adalah tidak tetap. Ianya bergantung mengikut hari dan masa penerbangan. Jadi untuk pastikan anda dapat harga tiket terendah, anda boleh cuba semak sendiri harga tiket menggunakan aplikasi. Anda perlu masukkan destinasi dan tarikh penerbangan untuk tahu berapa harga harga tiket mengikut hari. Harga tiket akan dipaparkan di kalendar penerbangan seperti di gambar.
Selain itu, mungkin ramai yang risau jika ada perubahan status penerbangan sebelum perjalanan. Anda boleh semak status penerbangan anda secara online menggunakan laman web AirAsia. Boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.
Mungkin anda pernah dengar, di mana anda boleh dapatkan harga tiket flight murah jika anda menggunakan incognito mode. Kebiasaanya, jika anda cuba search harga tiket flight di mana-mana website syarikat penerbangan, harga yang akan terpapar untuk kali pertama selalunya lebih murah berbanding jika anda masuk ke website yang sama buat kali yang kedua.
Perkara ini menjadi salah satu sebab utama ramai traveller-traveller yang dah berpengalaman ataupun “otai” menggunakan trick ini kerana syarikat penerbangan tidak boleh manipulasi internet history anda untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya melalui fungsi incognito mode.
Dalam artikel ini juga, kami akan kongsikan antara tips lain yang anda boleh cuba bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk grab harga tiket flight murah setiap kali anda ingin melancong pada bila-bila masa.
Jika anda sudah melawati mana-mana website booking tiket flight seperti Air Asia ataupun Mas Airlines untuk survey harga dan sebagainya, anda perlu pastikan anda clear cache browser yang anda gunakan di phone atau laptop.
Ini untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila anda membuka atau melayarinya buat kali kedua kerana website penerbangan tersebut dapat “track” yang anda pernah buka website mereka sebelum ini. Jadi, sentiasa clear cache browser selepas anda survey harga tiket flight di mana-mana website penerbangan.
Kebiasaanya, syarikat penerbangan seperti Air Asia akan tawarkan harga tiket flight yang lebih murah jika anda buat tempahan 6 bulan ke 12 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan.
Anda boleh cuba untuk subscribe newsletter syarikat -syarikat penerbangan seperti Air Asia dan Mas Airlines. Anda boleh menjadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlangsung dan dilancarkan oleh syarikat-syarikat ini. Dalam masa yang sama, anda boleh jimat masa dan rancang percutian dengan lebih awal.
Salah satu hari yang terbaik untuk anda beli tiket flight murah adalah pada hari Selasa dan Rabu. Kebanyakkan syarikat penerbangan biasanya mempunyai sistem tempahan di mana details tentang tawaran tiket flight akan ditetapkan pada hari Selasa jam 7 malam.
Sistem ini dibuat kerana syarikat penerbangan tersebut tahu kebanyakkan pembeli akan survey dan membuat tempahan tiket flight pada hari minggu.
Cuba bandingkan harga sebelum anda pilih penerbangan. Harga tiket ke lapangan terbang bandar besar adalah lebih mahal berbanding di bandar-bandar kecil. Contohnya kalau nak bercuti ke London, anda terus pilih lapangan terbang utama di Heathrow. Sebaliknya cuba turun di lapangan terbang kecil yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Anda boleh jimat lebih dengan menaiki train dari Manchester ke London.
Buat pembelian tiket secara one way juga salah satu trick untuk dapatkan harga tiket flight murah yang ramai tak tahu. Jika anda beli tiket secara return, sudah pasti syarikat penerbangan tersebut dapat tahu yang anda akan pulang dari percutian tersebut. Dan dari sinilah mereka dapat kaut keuntungan lebih banyak dan kenakan harga yang lebih tinggi berbanding jika anda membeli tiket secara asing pergi dan balik.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi untuk pinjaman bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami bantu cari, banding & mohon pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.