Content Creator and Business Journalist
Ramai pengguna menggunakan platform digital sebagai medium melakukan pembayaran transaksi, dan jumlah pengguna digital juga meningkat terutamanya di era pandemik disebabkan bayaran ‘cashless’ ini lebih selamat berbanding pembayaran wang tunai.
Trend pembayaran ini telah membuka peluang baru untuk peniaga di Malaysia beralih kepadapendigitalan dengan lebih baik, juga membuka pelbagai peluang untuk inovasi dalam pembayaran digital dan keperluan pengguna, antaranya pembayaran dengan pembiayaan jangka masa pendek iaitu Buy Now, Pay Later (BNPL). Pembayaran ini tergolong dalam pembiayaan lain, seperti pinjaman peribadi dan kad kredit.
Terdapat beberapa perbezaan dan fungsi untuk setiap pembiayaan di Malaysia, namun pilihan akhir bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda untuk melangsaikan hutang tersebut. Berbaloi ke untuk anda buat BNPL? Atau lebih baik memilih pembiayaan lain seperti pinjaman peribadi, atau kad kredit? Artikel ini akan jelaskan apa itu Buy Now Pay Later, bagaimana ianya berfungsi di Malaysia dan perbezaannya dengan pinjaman peribadi vs kad kredit.
Semak Kelayakan Pinjaman Percuma
Pengenalan platform Buy Now, Pay Later di Malaysia dianggap sebagai kaedah yang tepat pada masanya dan sangat perlu bagi membolehkan perniagaan mengekalkan pertumbuhan berterusan dalam pandemik ini. Ia membolehkan pelanggan membuat pembelian dengan membahagikan jumlah pembelian kepada bayaran ansuran bulanan, yang pada kebiasaannya mempunyai 0% faedah. Kebiasaannya ia berfungsi seperti berikut:
Kelebihan
Kekurangan
Pastikan anda mempunyai pemahaman yang baik tentang kewangan anda dan melihat sama ada ia sesuai dengan bajet atau belanjawan. Hanya kerana anda layak untuk menggunakan mana-mana platform BNPL, jangan terburu-buru untuk setuju.
Setiap pembayaran hutang dan kredit anda akan dilaporkankepada syarikat yang menguruskan skor kredit. Oleh itu, cara pembayaran balik kad kredit dan pinjaman anda akan direkod untuk mengesahkan tabiat penjagaan kredit. Jika anda melakukan pembayaran lewat dan syarikat BNPL melaporkannya, ia boleh membahayakan sejarah kredit anda. Terdapat 2 jenis laporan kredit yang akan kena tahu, iaitu CTOS & CCRIS. Baca artikel Apa Itu CCRIS dan CTOS danCara Membaca Laporan Kredit CCRIS untuk penjelasan lanjut.
Anda mungkin akan disekat daripada pembelian akan datang sehingga anda selesai membuat pembayaran, malah kemungkinan untuk pemungut hutang memintanya daripada anda sekiranya gagal membayar balik. Memandangkan pemberi pinjaman mempunyai yuran dan polisi berbeza-beza, adalah penting untuk menyemak dengan teliti terma dan syarat BNPL sebelum terjerat kelak. Selain itu, bank mungkin akan mengenakan yuran lewat sekiranya anda mendaftar pembayaran balik automatik melalui kad debit atau akaun bank yang tidak mempunyai dana mencukupi.
Pinjaman BNPL pada masa ini tidak mempunyai perlindungan pengguna seperti yang digunakan untuk kad kredit. Contohnya, syarikat BNPL tidak menawarkan perlindungan pertikaian yang sama seperti kad kredit jika item dibeli rosak atau ditipu.
Memulangkan barang kadangkala boleh menjadi rumit. Platform BNPL mungkin tidak bertanggungjawab ke atas jumlah kos pembelian walaupun selepas anda memulangkan produk, jadi pastikan anda membaca dan memahami dasar yang ditetapkan.
|
BNPL |
Kad Kredit |
Pinjaman Peribadi |
Kadar Faedah |
0% faedah |
Antara 15% – 18% setahun |
Antara 8% -11% setahun |
Caj |
Tiada yuran tahunan |
Ada yuran tahun* |
Caj bayaran lewat* |
Kelayakan |
Mudah lulus |
Syarat ketat bergantung dengan laporan skor kredit |
Sedikit fleksibel berbanding kad kredit, namun masih bergantung dengan laporan skor kredit |
Kemudahan |
15-20 minit* |
3-4 minggu* |
1 hari – 2 minggu* |
Penerimaan |
Pembelian dalam platform yang sama sahaja (dalam platform tertentu saja) |
Seluruh dunia |
Sejenis pinjaman yang tidak bercagar. Anda boleh mohon & bebas menggunakan dana tersebut untuk keperluan kewangan anda |
*anggaran dan berbeza mengikut bank masing-masing
Walaupun BNPL dan kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah, tempoh masanya berbeza sedikit. Kebanyakan kad kredit menawarkan tempoh tanpa faedah sehingga 45 hari. Manakala BNPL, biasanya antara 15 hingga 30 hari.
Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia pula menawarkan kadar tetap di mana kadarnya tetap dan tidak berubah. Kemudian, lihat amaun kadar faedah. Ini adalah bahagian yang menentukan berapa banyak jumlah ansuran bulanan anda.
Yuran Tahunan: Kebanyakan kad kredit datang dengan kos tambahan, seperti yuran penyertaan dan yuran tahunan, yang boleh lebih tinggi untuk kad mewah.
Sebaliknya, tiada yuran penyertaan atau tahunan untuk skim BNPL. Jadi, anda boleh mendaftar secara percuma dan memastikan had kredit sedia untuk digunakan pada bila-bila masa yang anda perlukan.
Bagi pinjaman peribadi, caj bayaran lewat akan dikenakan ke atas peminjam yang terlepas membuat bayaran bulanan selepas tarikh akhir. Sekali lagi, ia bergantung kepada bank masing-masing. Fi akan dikenakan ke atas pinjaman peribadi tersebut di mana selalunya dikira sebagai peratusan ke atas jumlah pinjaman yang tertunggak.
Walau bagaimanapun, bagi pinjaman peribadi Islamik, tiada terdapat pengkompaunan caj faedah bayaran lewat. Peminjam akan dikenakan caj berdasarkan baki amaun pembiayaan. Ini bermakna pinjaman peribadi Islamik mengenakan caj bayaran lewat yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi konvensional.
Kad kredit mengikut kriteria kelayakan yang ketat termasuk bukti pendapatan, keperluan pendapatan minimum, skor kredit yang baik dan sejarah kredit, dsb. Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan maka permohonan kad kredit anda akan ditolak.
Manakala, BNPL tidak mempunyai kriteria yang begitu ketat. Malah, prosesnya cepat dan mudah jika anda menggunakan skim BNPL yang ditawarkan oleh syarikat Fintech atau syarikat e-dagang. Seperti yang telah dinyatakan, anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan memberikan butiran asas yang diperlukan, dan talian kredit anda akan sedia untuk digunakan.
Pinjaman peribadi pula, syarat kelayakan dari segi pendapatan dan komitmen anda untuk membayar ansuran bulanan memainkan peranan yang paling penting, bukannya sektor pekerjaan anda semata-mata. Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang ditetapkan dan mengekalkan rekod kredit yang bagus, tidak kira sama ada anda seorang kakitangan swasta atau kerajaan, anda mempunyai peluang yang sama dalam kelulusan pinjaman. Penting untuk anda tahu rekod pembayaran kredit anda melalui laporan kredit seperti CCRIS dan CTOS. Baca perkongsian perbezaan CCRIS & CTOS kami untuk info lanjut.
Namun, jika anda seorang kakitangan kerajaan anda mempunyai kelebihan kerana mempunyai alternatif pembiayaan seperti pinjaman peribadi koperasi selain daripada pinjaman daripada bank ataupun pemberi pinjaman wang berlesen.
Proses permohonan kad kredit memakan masa dan membosankan, kerana ia melibatkan beberapa kriteria pengesahan. Kad kredit biasanya mengambil masa 3-4 minggu untuk memproses permohonan. Sedangkan jika dibandingkan, permohonan BNPL adalah mudah dan cepat. Anda mendapat akses kepada talian kredit anda dalam masa beberapa minit.
Bagi pinjaman peribadi, penyediaan dokumen yang lengkap dan sah amat penting bagi memudahkan proses permohonan pinjaman supaya menjadi lebih cepat dan efisien. Jadi, pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang dapat membuktikan kestabilan pendapatan anda (seperti slip gaji, penyata KWSP terbaru atau Borang Pengesahan Cukai) untuk diserahkan kepada pihak pemberi pinjaman bagi proses permohonan.
BNPL ditawarkan oleh syarikat Fintech terhad kepada peniaga yang mempunyai hubungan dengan mereka. Jadi, anda tidak boleh menggunakan kemudahan ini untuk membuat pembelian di luar syarikat rakan kongsi mereka.
Sebaliknya, kad kredit diterima di seluruh dunia. Anda boleh membeli daripada hampir setiap peniaga, dalam talian atau luar talian, melalui kad kredit.
Sebelum memohon sebarang pinjaman peribadi, siasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah ejen yang menawarkan perkhidmatan pinjaman. Anda perlu tahu bahawa pemberi pinjaman peribadi yang sah tidak akan mengenakan apa-apa yuran pendahuluan sebelum menerima pinjaman.
Merupakan kolaborasi Direct Lending dan aplikasi SERV. Pembiayaan ini boleh membantu anda membayar bil servis kereta dengan kaedah 3 ke 12 kali bayaran ansuran dengan instalment yang rendah. Sedikit berbeza dengan BNPL kerana pembiayaan ini mempunyai kadar kadar keuntungan antara 0.8% – 1.5% sebulan, bergantung kepada profil kredit peminjam dan merchant yang menyediakan bayaran ansuran servis kereta ini tidak dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan.
Apa yang bestnya pembiayaan instalment servis kereta ini tidak memerlukan kad kredit dan kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan yang layak akan dimaklumkan 15 minit* selepas anda melengkapkan pemohonan.
Hanya 3 langkah mudah untuk mohon:
1. MOHON: Isikan maklumat peribadi & terima keputusan pra-kelulusan segera
2. MUAT NAIK: Kad pengenalan dan penyata bank
3. DAFTAR KELUAR: Tandatangan kontrak pembiayaan, buat bayaran pertama dan sediakan pembayaran balik.
Atome secara automatik membahagikan kesemua bil kepada tiga pembayaran yang sama, yang pertama akan dibuat pada masa pembelian. Dua pembayaran berikut akan diluaskan selang 30 hari, tanpa yuran atau faedah tersembunyi.
Pengguna juga boleh menjejaki dan mengurus perbelanjaan bulanan atau membeli-belah terus melalui Atome, tersedia untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play.
Pengguna boleh membahagikan pembelian mereka kepada dua, tiga atau enam pembayaran dengan sifar faedah. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai akses kepada kad debit atau local debit boleh mendaftar akaun dan terima kelulusan kredit segera RM1,000 untuk pembelian di peruncit yang diluluskan.
Ia tersedia untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play.
Ia membolehkan pengguna membahagikan bil kepada tiga ansuran yang sama selama tiga bulan dengan sifar faedah dan tiada yuran tambahan. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, cuma pilih Hoolah sebagai kaedah pembayaran anda semasa pembayaran dan isi borang permohonan pantas (untuk pengguna kali pertama) dengan butiran kad debit/kredit anda dan anda akan menerima peringatan secara automatik tiga hari sebelum tarikh akhir pembayaran anda yang seterusnya .
Anda juga boleh membeli-belah dan menguruskan pembayaran melalui aplikasi Hoolah, tersedia di App Store dan Google Play.
Ia tersedia di semua Grab rides, pesanan GrabFood/Mart, dan pembelian dalam talian yang dibuat menggunakan GrabPay. Terdapat dua cara untuk menggunakan PayLater. Satu pilihan ialah membahagikan bil besar kepada empat pembayaran.
Sebagai alternatif, pengguna boleh menyatukan kesemua bil mereka dan membayarnya semua dalam satu pada bulan berikutnya. Grab tidak mengenakan sebarang faedah atau yuran pendahuluan, selagi anda membayar tepat pada masanya. Tersedia di App Store dan Google Play.
Ia membolehkan anda membahagikan bil anda apabila mendaftar keluar item ketika berbelanja di kedai. Terdapat juga katalog pada peranti PoS untuk membolehkan anda memilih pelan pilihan anda, yang berfungsi dengan kedua-dua kad debit dan kredit.
Tidak dinafikan, BNPL ini membantu anda untuk membuat pembelian besar tanpa menjejaskan bajet kewangan pada bulan tersebut. Pembelian dengan BNPL lebih ‘kurang sakit’ kerana anda menggunakan kredit, ataupun tidak membuat bayaran penuh. Kalau bayar tunai atau penuh, terasa ‘sakitnya’ bila tengok duit tu hilang dari akaun bank kita kan? Namun, anda kena ingat ‘kesakitan’ itu akan dirasa apabila anda membuat pembayaran ke masa hadapanyang mana menyebabkan kita lebih cenderung untuk berbelanja lebih.
Lebih-lebih lagi kalau anda menyimpan maklumat kredit anda di akaun online shopping sepertiShoppee, Lazada dan lain-lain, lebih mudah untuk anda berbelanja mengikut kehendak bukan keperluan. Lagi mudah proses pembelian, lagi banyak kita akan berbelanja. Sebab itu kalau anda sedang mencuba untuk mengawal perbelanjaan, tambah rintangan dan sukarkan proses pembelian.
Sebagai contoh:
Antara tips lain yang boleh diamalkan supaya tidak berbelanja lebih adalah dengan menunggu 3-5 hari sebelum membuat bayaran. ‘Add to cart’ dulu dan tengok semula selepas beberapa hari. Kalau anda masih perlu membeli barulah teruskan dengan pembayaran.
Oleh itu, sekiranya anda seseorang yang boleh bayar hutang ‘ontime’, membuat pembelian BNPL disebabkan kecemasan; seperti membaiki kereta yang rosak di bengkel, dan jika anda gagal mendapatkan pinjaman peribadi untuk pembelian penting disebabkan skor kredit yang kurang baik, anda boleh cuba menggunakan Buy Now, Pay Later ini.
Namun, jika anda mempunyai skor kredit yang baik tidak salah untuk memohon alternatif pembiayaan lain seperti, pinjaman peribadi patuh syariah yang tidak mengenakan sebarang caj pendahuluan dan tidak memerlukan penjamin pinjaman. Kadar kentungan juga lebih rendah daripada pinjaman peribadi konvensional.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.