Marketing
Sesungguhnya keinginan untuk berpasangan adalah fitrah manusia, maka ia adalah penting untuk membuat persediaan perkahwinan terutamanya dari segi bajet kahwin. Ramai yang telah berkongsi pengalaman cara kumpul duit kahwin dan bagaimana mereka berjaya mengumpul duit dalam jumlah yang besar untuk majlis perkahwinan mereka. Berbekalkan pengalaman daripada mereka, terhasilnya artikel ini. Semua tips yang terbukti berhasil telah dirangkumkan menjadi satu perkongsian cara kumpul duit kahwin yang terbaik!
Perkara pertama anda mesti buat adalah ketahui berapa jumlah yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda. Bincangkan dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengenai majlis yang diinginkan. Inilah masa untuk anda analis dan berterus-terang tentang kemampuan diri. Kos perkahwinan bergantung sepenuhnya kepada jenis hantaran, pelamin, baju pengantin, mak andam, jurugambar, serta katering.
Oleh itu, penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Jangan hanya kerana terlalu mengikut trend atau menjaga hati orang lain, anda pula yang menanggung beban di kemudian hari. Jika anda akan berkahwin dua tahun lagi dengan sasaran RM20,000, maka setiap bulan anda perlu menyimpan kira-kira RM833. Kalau tempohnya lebih singkat tentulah lebih besar lagi jumlah tabungan dalam sebulan.
Sekali lagi, analisis kemampuan diri. Anda boleh kurangkan kos dengan mengutamakan syaratnya iaitu nikah dan boleh ditambah dengan jamuan makan sederhana sahaja. Jika mahu pelamin, cuba dapatkan idea pelamin DIY yang lebih jimat kosnya tapi tetap cukup menarik untuk mengambil gambar kenangan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Ajak pasangan untuk sama-sama menabung bagi merealisasikan impian anda berdua. Tidak perlu menyimpan dalam akaun atau tabung yang sama. Masing-masing boleh bina tabung sendiri atau buka akaun berasingan. Jumlah sasaran pun boleh sama atau sebaliknya.
Jika anda dan pasangan target RM20K, anda boleh gunakan idea tabung kahwin 24 bulan dan mampu kumpul RM10k setiap seorang. Sedar tak sedar dalam masa 24 bulan, anda dan pasangan mampu kumpul duit kahwin RM20k. Pastikan konsisten dan tabung tak bocor!
Kalau anda berdua mahu berkongsi perbelanjaan perkahwinan, cuba bahagi mengikut pendapatan masing-masing. Bakal suami yang ada pendapatan lebih tinggi, contohnya, boleh menyumbang lebih ke dalam tabung perkahwinan.
Menabung bersama akan meningkatkan motivasi diri sebab anda mengejar matlamat bersama insan tercinta. Ini boleh diteruskan sehingga semasa bergelar suami isteri.
Sikap menabung ini bukan sahaja manfaat untuk kumpul duit kahwin, malah ianya juga salah satu ciri-ciri lelaki idaman yang bijak mengurus kewangan keluarga. Menariknya kalau wang simpanan tidak habis digunakan untuk majlis, bolehlah anda gunakannya untuk keperluan rumahtangga selepas itu.
a) Sediakan pen, kalendar & balang kosong
b) Bermain ‘O-som’ (gunting, batu & kertas) dengan pasangan
Kemudian tentukan pemenangnya dapat nombor genap atau ganjil. Ikutlah kesukaan masing-masing.
c) Tentukan siapa yang dapat nombor ganjil & genap
Katakan anda memilih nombor ganjil, maka pasangan pula dapat nombor yang genap. Oleh itu, pada 1hb setiap bulan, pasangan anda perlu masukkan RM1 ke dalam balang dan menanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Keesokkan harinya pada 2hb, anda pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tick-kan’ pada 2hb pada kalendar. Kemudian seterusnya 3hb pasangan anda masukkan RM3, 4hb anda masukkan RM4, 5hb pasangan anda masukkan RM5 dan konsisten hingga hujung bulan.
d) Hasilnya
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465
Kalau anda konsisten menyimpan selama setahun, RM465 X 12 bulan = RM 5,580
Bila dapat gaji, ketepikan terlebih dahulu wang untuk simpanan. Simpan sekurang-kurangnya 20% daripada gaji anda. Lebih banyak, lebih baik. Kita panggil ini sebagai cara simpan duit dengan kaedah ‘paksaan’ tapi berkesan. Maksudnya, tiada alasan diterima untuk membelanjakannya. Nak tak nak, anda tidak boleh guna 20% itu. Selepas ditolak dengan perbelanjaan, bakinya bolehlah dimasukkan juga ke dalam tabung. Pengiraannya begini,
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Masukkan ia ke dalam akaun bank berasingan atau akaun yang susah untuk anda keluarkan duitnya. Anda juga boleh sembunyikan sahaja kad ATM tersebut untuk mengelakkan perbelanjaan tidak penting.
Masukkan ia ke dalam akaun bank berasingan atau akaun yang susah untuk anda keluarkan duitnya. Anda juga boleh sembunyikan sahaja kad ATM tersebut untuk mengelakkan perbelanjaan tidak penting.
Jika tidak mampu kumpulkan jumlah itu, amalkan tabiat menabung setiap hari walaupun bukan dalam nilai tersebut. Yang penting, simpan. Ataupun jika anda ingin menyimpan di dalam bank, pilihlah bank dengan kadar dividen yang tinggi, sekiranya ada. Kalau ada akaun yang susah untuk dikeluarkan pun lebih baik seperti Amanah Saham atau Tabung Haji. Selain simpanan tidak diganggu, dividen pun anda akan dapat.
Syarat kumpul duit dalam jumlah yang banyak mestilah dengan mengurangkan perbelanjaan. Belajarlah untuk menangguhkan kehendak. Utamakan keperluan terlebih dahulu. Bezakan yang mana keperluan, yang mana kehendak. Antara contoh kehendak adalah membeli baju kerana hendak mengikuti trend terkini. Percayalah, ia tak akan berkesudahan.
Jimatkan juga perbelanjaan lain seperti makanan dan pengangkutan. Mungkin anda boleh menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan di mana anda boleh berkongsi kos minyak.
Sebelum beli sesuatu, cuba bandingkan harga. Cari nilai terbaik untuk barang yang anda hendak beli. Biasanya anda akan jumpa barang yang serupa pada harga yang amat berbeza tanpa sedikit pun berkurang kualitinya.
Satu lagi cara kumpul duit kahwin adalah dengan berbelanja semasa jualan murah atau ketika promosi. Tapi hati-hati. Jangan sampai terlebih beli pula. Gunakan kupon jika ada. Ini betul-betul menjimatkan walaupun hanya beberapa ringgit sahaja perbezaan bagi satu barang.
Ramai orang silap apabila mereka memilih jalan singkat dengan membuat pinjaman peribadi bagi tujuan perkahwinan. Akibatnya, banyak kes di mana mereka terpaksa menanggung beban hutang dalam jangka masa panjang sehingga menjejaskan perkahwinan.
Sekiranya anda tidak mempunyai dana di tangan dan perlu memohon pinjaman hanya untuk tujuan perkahwinan. Mungkin anda perlu kurangkan kos kahwin atau tangguhkan perkahwinan sehingga anda yakin semuanya cukup. Apa yang penting, jangan letakkan diri dalam risiko yang sebenarnya boleh dielakkan.
Begitu juga jika anda ada hutang jangka pendek seperti kad kredit, hutang daripada pinjaman wang berlesen ataupun hutang-hutang serupa yang lain. Inilah juga masa terbaik untuk berhenti menggunakan kad kredit, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai tabiat berbelanja melebihi kemampuan diri.
Namun, jika anda betul-betul berminat dengan pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk majlis perkahwinan ini baik buruk dan penjelasan lanjut.
Pada masa kini, seramai 79% milennial ingin jana ‘duit tepi’ untuk menampung kos hidup yang lebih tinggi. Jadi, ramai orang mengorbankan masa mereka untuk menambah pendapatan bagi melancarkan urusan. Contoh kerja yang boleh dilakukan pada masa lapang adalah seperti jadi penghantar makanan, buat food review di YouTube, jadi penterjemah, dan lain-lain.
Inilah juga yang selalu dicadangkan oleh mereka yang berhasrat untuk mengumpul duit bagi tujuan perkahwinan, beli rumah pertama, beli kereta dan tujuan lain. Selain membuat simpanan daripada pendapatan utama, pendapatan sampingan boleh bantu mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat tabungan anda. Ia memang memakan masa dan tenaga tetapi amat berbaloi untuk dilakukan.
JANUARI
1.1.24 (Isnin)
21.1.24 (Ahad)
24.1.24 (Rabu)
FEBRUARI
4.2.24 (Ahad)
12.2.24 (Isnin)
24.2.24 (Sabtu)
MAC
3.3.24 (Ahad)
24.3.24 (Ahad)
APRIL
2.4.24 (Selasa)
14.4.24 (Ahad)
24.4.24 (Rabu)
MEI
4.5.24 (Sabtu)
5.5.24(Ahad)
24.5.24 (Jumaat)
JUN
16.6.24 (Ahad)
23.6.24 (Ahad)
24.6.24 (Isnin)
Mengumpul duit untuk perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan usaha dan disiplin yang tinggi, ia dapat direalisasikan. Perkahwinan merupakan hari yang istimewa, namun ini tidak bermakna ia perlu dilakukan secara mewah. Cukup sahaja dengan penyatuan dua jiwa yang berjanji meneruskan kebahagiaan bersama dalam susah dan senang.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 11 Disember 2017 dan dikemas kini pada 23 Disember 2023)
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.